CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 0

Panduan Pengambilan ubatan semasa kehamilan

[Copy link]
Post time 12-1-2015 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Keadaan badan ibu hamil akan berubah selepas kehamilan dan enzim dalam badan akan berpengaruh terhadap proses metabolisme sebilangan ubatan. Lagipun sekiranya ibu hamil memakan ubatan tanpa waspada akan mengakibatkan kesan buruk yang mana ubatan mudah diserap oleh janin yang berada dalam proses tumbesaran. Ini akan membawa kesan negatif yang besar terhadap janin terutamanya dalam peringkat awal kehamilan iaitu semasa pembentukan organ-organ janin.

Atas sebab perubahan keadaan badan ibu hamil, jadi ubatan tidak mudah didetoksifikasi dan dibuangkan melalui perkumuhan,dan ia akan terkumpul dalam badan maka perkembangan janin akan terjejas. Justeru, ibu hamil disarankan supaya berwaspada dalam memakan ubatan walau ubat selesema dan lain-lain lagi. Meskipun mengambil ubat semasa kehamilan berisiko membawa kesan buruk tertentu tetapi juga terdapat kebaikan yang mana sebahagian daripada ubatan dapat merawat penyakit tertentu yang cenderung lebih bahaya. Jadi,sarankan memakan ubatan preskripsi dengan mengikut arahan doktor.

Panduan asas ibu hamil mengambil ubat:

1.Dilarang memakan ubat tanpa preskripsi
Ibu hamil janganlah memakan ubat tanpa preskripsi dan semua ubatan haruslah diambil bawah arahan doktor. Sekiranya terdapat beberapa pilihan antara ubatan yang memberi kesan rawatan yang sama, pilihlah ubatan yang cenderung memberi kesan buruk yang lebih kecil terhadap janin.

2.Dilarang memakan ubat semasa peringkat awal kehamilan
Bagi ubatan yang bukan berperanan merawat penyakit atau boleh dihentikan buat sementara, jadi elakkan daripada mengambil ubatan tersebut semasa peringkat awal kehamilan.

3.Kurangkan dos ubat dan masa pengambilan
Memakan ubat dengan mengikut dos yang minimum dan masa keberkesanan iaitu elakkan memakan ubat dengan dos yang tinggi dan berkekalan dalam jangka panjang.

4.Membaca panduan sebelum memakan ubat
Ini adalah perlu untuk membaca dan memahami panduan asas ubatan sebelum memakan. Elakkan mengambil ubatan yang ditandakan dengan arahan”larangan ”atau “awas” bagi golongan ibu hamil.

5.Memilih ubatan yang sesuai
Sekiranya penyakit ibu hamil telah menjangkit kepada janin, makan perlulah memilih jenis ubatan yang sesuai dan selamat supaya kedua-dua pihak dapat dirawat dengan serentak.

6.Elakkan memakan ubat yang tidak dikenalpasti kesan
Elakkan memakan ubatan yang tidak pernah membuat kajian atau resipi ubatan rahsia. Ibu hamil seharusnya mengambil ubat yang sudah digunakan secara umum. Selain itu, menghindari daripada menggunakan ubat yang masih tidak dapat dikenalpasti samada ia akan membawa sebarang kesan buruk terhadap embrio atau bakal bayi.

7.Memakan ubat dengan mengikut minggu kehamilan
Ibu hamil haruslah memakan ubat dengan merujuk kepada minggu kehamilan iaitu memakan dengan dos dan masa yang sesuai. Hentikan memakan ubat tersebut sekiranya tersembuh. Semasa berhampiran dengan waktu pelahiran, berhati-hati dengan ubatan yang akan menjejaskan janin dalam rahim melalui plasenta atau bakal bayi selepas pelahiran.

8.Pengesanan ubatan yang sesuai dan selamat

Ini dapat dikesan melalui teknik DNA untuk menentukan jenis ubatan yang sesuai dan selamat digunakan dalam waktu kehamilan.

Pengumuman: Kami akan membincangkan kemudaratan yang dibawa oleh ubat ke atas embrio.Jumpa lagi.

Utk keterangan lanjut, sila layari facebook ini



https://www.facebook.com/notes/l ... lan/879278088784042
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.032730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list