CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18985|Reply: 150

HUKUM HUDUD: Pas perlu jawap satu soalan mudah

 Close [Copy link]
Post time 14-1-2004 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Saudara Pengarang,
KITA lihat ibadat sembahyang, zakat, puasa, haji, cara berpakaian, bersalaman, berzikir dan lain-lain ajaran Islam. Memahami dan bercakap mengenainya adalah mudah, tetapi melaksanakannya tidaklah semudah yang dicakapkan.

Kita ambil contoh berzikir, nampak mudah tetapi dalam satu hari berapa kali kita berzikir. Kenapa perkara mudah begini tidak dapat kita jadikan amalan. Apakah halangannya.

Saya ingin bertanya kepada para pemimpin dan penyokong Pas, adakah mudah untuk melaksanakan hukum hudud? Jawapan daripada mereka tentulah mudah. Sebab itulah mereka melabel para pemimpin dan penyokong UMNO dari sebelum merdeka sehinggalah kepada Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran yang tidak patut diucapkan oleh orang Islam. Begitu juga kutukan yang ditujukan terhadap PM kita sekarang.

Begitu mudah mereka bercakap dan berjanji akan melaksanakan hukum hudud. Umpama menukar bateri lampu suluh apabila cahayanya malap. Memang lebih mudah berbohong apabila berjanji, seperti janji orang-orang yang suka meminjam.

Haji Hadi membuat kenyataan sekiranya Pas memerintah Malaysia, orang Islam akan diadili di Mahkamah Syariah dan bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Saya ingin bertanya satu soalan yang mudah kepada mereka. Ditakdirkan berlaku satu kes pembunuhan, yang tertuduh beragama Islam membunuh seorang yang bukan Islam.

Mahkamah Syariah memutuskan atas alasan tidak cukup bukti atau alasan yang lain (seperti yang berlaku dalam satu kes di sebuah hotel di Kelantan), tertuduh dibebaskan. Tentulah pihak keluarga mangsa yang bukan beragama Islam mahu kes ini dibicarakan di Mahkamah Sivil pula.

Dengan kebijaksanaan pendakwaraya, tertuduh didapati bersalah pula. Keputusan mahkamah mana yang akan diambil? Adakah Haji Hadi, Nik Aziz atau Harun Din akan melambung duit syiling atau buah dadu? Begitu juga kes-kes jenayah lain yang akan melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Jawablah pertanyaan mudah saya ini.

Saya tidak menentang hukum hudud, yang saya tentang ialah hukum hudud Pas (hukum kerana politik). Yang saya benci ialah orang-orang yang menggunakan Islam untuk menipu orang Islam. Sebabnya kerana tergila-gilakan kerusi dan pendapatan tetap serta elaun lebih RM5,000 sebulan. Tambahan pula dapat bonus wang derma daripada penduduk kampung setiap kali mereka temberang dalam ceramah mereka.

Gunakanlah wang anda ke jalan yang berfaedah. Adakah pelaburan akhirat yang dijanjikan oleh Nik Aziz dan kawan-kawan menampakkan hasil setelah berpuluh tahun berusaha. Siapakah yang mengaut dividen, bonus, berumah besar, berkereta besar dan beristeri lebih dari satu?

Saya berharap pemimpin dan penyokong Pas yang baru sedar tentang hukum hudud selepas bersara dari jabatan kerajaan atau yang kehilangan payung untuk mereka berteduh sebelum ini, sedarlah semula daripada kesedaran yang silap.

Mudah saja untuk sedar, pada malam yang sunyi sepi berfikirlah. Apakah matlamat kita? Bolehkah terus memaki-hamun, bohong, fitnah kerana hendak mencapai matlamat menghapuskan maksiat dan menghukum pesalah? Tidak adakah cara lain?

Adakah sia-sia berdakwah secara berhemah, menyeru umat Islam sentiasa bermanis muka, berzikir, jujur, amanah, membaca al-Quran, sembahyang dan lain-lain perkara yang baik? Adakah usaha ini tidak mendapat sebarang ganjaran di dunia dan akhirat? Adakah hukum hudud sahaja dituntut dalam Islam?

Jangan begitu mudah kita melabelkan perjuangan kita demi dan untuk Islam, tetapi pada waktu yang sama kita menghalalkan cara yang kotor untuk mencapai matlamat kita. Saya ingin memberi contoh perumpamaan yang mudah kepada Nik Aziz dan ahli Pas. Sekiranya kita lapar (bukan dalam darurat), untuk kenyang dan bertenaga kita perlu makan, apakah Islam membenarkan kita makan apa sahaja?

Daruratkah sangat perjuangan Pas sampai sanggup melakukan perkara-perkara yang terang-terang Allah larang seperti memfitnah, memaki-hamun dan mencerca.

Sekiranya kita hendak membina rumah, ia akan melibatkan wang, tanah, bahan, air, elektrik dan lain-lain lagi yang perlu disiapkan secukupnya jika kita mahu sebuah rumah yang sempurna. Itu cerita hendak menyiapkan rumah, objek yang mati.

Hukum hudud melibatkan manusia. Sudah tentulah di Malaysia ia akan melibatkan para penganut agama lain dan berkaitan dengan bermacam-macam perkara. Cakap memang mudah, sebab bercakap dalam hutan getah.

Kepada semua pemimpin dan penyokong Pas, sekiranya saudara baca tulisan saya ini tentu anda marah, benci dan sakit hati. Tetapi bacalah semula dengan fikiran terbuka dan fikirlah tulisan saya yang mudah difahami ini. Jangan berfikir seperti orang yang sudah dirasuki... - SHAFIN, Pulau Pinang.


P/S:  Kita pun nak tanya soalan yg mudah jugak, sampai bila PAS nak tangguhkannya..boleh ker tak boleh lobai2 ni jawap 2 soalan mudah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2004 02:23 PM | Show all posts
Hahaha....bila ditanya kenapa tak buat buat Hudud ala PAS  mereka akan jawab hudud hanya 0.000001% dari syariat. Bila di tanya apasal buruk benar rupernya Hudud ala PAS Terengganu tuh,  Nik Ajis  jawab "Kito buleh beki beki".

Maideen tak tahulah macamana lobai lobai malang kat sini nak jawab soalan mudah tu AN.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 02:32 PM | Show all posts

Hudud oh Hudud

Nak tergelak juga Lax membaca cabar mencabar bab Hukum Hudud ni.... adakah itu syarat membuktikan siapa lebih Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2004-1-14 02:32 PM:
Nak tergelak juga Lax membaca cabar mencabar bab Hukum Hudud ni.... adakah itu syarat membuktikan siapa lebih Islam?

bukan nak bukti sapa lebih ISlam..
nak tau..macamana, detail la sikit..
bagi semua org paham...
tu jer..

tapi kalau duk kata "hukum ALlaah, hukum Allah"..adik aku pon tau sebut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2004 03:11 PM | Show all posts
Macam mana rakyat Malaysia tak cakap yg Hudud tu Hudud PAS, Hudud politik, Hudud Pilihanraya..tanya soalan begitu punya mudah  tarak sorang pun lobai2 ni yg boleh bagi jawapan..tu lum tanya soalan2 yg susah2..habih tu ada hati nak perintah Malaysia.

Betul lah kata kamu Maideen, lobai2 ni, pulangkan jerlah pada tok2 goroo mereka, baik kata lobai, baik lah utk saya..tanpa banyak soalan lagi..lagi nak kata dalam PAS ramai intelek..Prfffffggggghhh.

Tu datang plak si Lax..bukannya dia nak jawap soalan mudah gitu, pusing citer kata nak cabar dan nak tunjuk siapa lebih islam plak..hang memang baguih lah Mail...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 03:17 PM | Show all posts

Satu Soalan Mudah untuk Ahli-Ahli UMNO

aku sampai laa nih tertunggu-tunggu hudud versi UMNO dan kajian umno tentang hudud nih...sampai laa nih senyap ajer sesaper yg umno tu boleh jawap tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2004 04:21 PM | Show all posts
Ek eleeee..datang plak orang bru masuk PAS kot..jawap dalam soalan yg lain plak..ish ishh ishhh..tak dak ker yg ceredik sikit datang utk jawap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 04:35 PM | Show all posts
BukaN KAH  ADA SLOGAN mALAYSIA boleh.
mENGAPA YANG ITU TAK BOLEH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


al-Ghozi This user has been deleted
Post time 14-1-2004 04:58 PM | Show all posts

Assalamualaikum WBH

Pertanyaan mudah juga, diri kita sendiri ni nak ke tidak hukum Islam nih. What really our stand on this Islamic Law. Ataupun kita sememangnya lebih selesa dengan Common Law saduran dan peninggalan tok nenek penjajah ni ajer. Ataupun kita memang fikir Mission Imposible le "Pak Lobai2" ni nak implement hukum Allah kat bumi Malaysia yang multiracial nihaa. Bak kata Tuan Guru Hamid Othman satu ketika dulu, hukum Islam kat Malaysia ni tak sesuweii ler.

Kalau mmg taknak so tak payah ler citer panjang. Kalau setakat hanya nak amal separuh-separuh apa lagi yang di kata. Sekolah dulu pun ramai yang dok sekolah sekular. Belajar agama pun, sekadar untuk lepas exam jer kan. So apa nak heran if most of us still fool around sana sini yang puak tu tak berkemampuan, tak cukup intelek etc etc. Apa sibuk2 nak laksana hudud, tak laksana pun boleh declare negara Islam apa. Apa nak diharap kat Pak Lobai tu, setakat baca doa kat kenduri cukur jambul boleh ler kan.

So kalau camtu pemikiran most of us, so apa pulak our initiative, yang mengaku Islam dulu, kini dan selamanya nih dalam menegakkan hukum Allah version original. Dari sejak dulu mendapat mandat rakyat, sampai la ni, Islam kita hanyalah pada yang ber'comercial value.

Bertoleransi bukanlah bermakna kita kena perlu korbankan agama dan akidah kita. Semacam contoh, dalam majlis kafir yang depa dok tunggang arak takkan semata2 nak jaga air muka,  kita pun dok tunggang sama. Sepatutnya kitalah yang guidance dan berdakwah untuk kaum2 lain kat Malaysia nih. Bukan jadi sebaliknya. Dakwah bukan semestinya kena ajak they all semua convert to Islam, cukuplah dengan diberi penerangan berterusan betapa baik dan adilnya hukum Tuhan berbanding hukum ciptaan manusia. Bukannya tak tahu, bukannya takda Ilmu, bukannya takda kuasa, bukannya baru semalam tapi "dah lama dahhh"

Tapi itulah, angkara berbeza fahaman politik punya pasal, kita prefer takut2kan pulak they all ngan fahaman sempit kita sendiri terhadap hukum hudud, hukum Allah itu sendiri. Then mulalah nak menyalak sana sini, merpelekehkan Pak Lobai tu pulak. So kesimpulannya from non muslim, if muslim also reject this hudud, why should I accept it. Maybe we prefer to believe what Sammy Vellu tell us about Highway Toll besides from those kampung looks Pak Lobai about Hudud and Kisas. Entah ler Labu.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2004 05:18 PM | Show all posts
Jawap dalam Soalan lagi...ish..ish..ish.

Penulis pun dah memberitahu dia tidak menentang hudud, AN pun begitu, dah berapa kali pun diberitahu macam tu.

AN bertanya sampai bila nak ditangguhkan..pi jawap dalam soalan yg meraban dan panjang lebar buat apa..takkan begitu sekali keupayaan lobai2 ni menjawap soalan yg mudah itu, kata dalam PAS ramai intelek2, camni intelek ker..Prffffffrrfffhhhhhhh.

Kalau tak boleh jawap atau sekadar jawap dalam soalan, baik tak payah berposting dithread ini, membuang masa dan menunjukkan ketidak upayaan utk menjawap pada semua orang..sungguh memalukan.

Patut sangat lah dikata akai sekupang.

Next.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 05:18 PM | Show all posts

hahahahaha

Originally posted by al-Ghozi at 19/08/2003 16:58:
Pertanyaan mudah juga, diri kita sendiri ni nak ke tidak hukum Islam nih. What really our stand on this Islamic Law. Ataupun kita sememangnya lebih selesa dengan Common Law saduran dan peninggalan  ...





terima kasih di atas pendapat...begitu berani :cool:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2004 05:19 PM | Show all posts
Dah datang pulak langau dari Paris...jawapnya tidak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 05:21 PM | Show all posts

hahahhaaha

Originally posted by Anak Nogori at 19/08/2003 17:18:
Jawap dalam Soalan lagi...ish..ish..ish.

Penulis pun dah memberitahu dia tidak menentang hudud, AN pun begitu, dah berapa kali pun diberitahu macam tu.

AN bertanya sampai bila nak ditangguhka ...




bak kata orang yang mahu hudud...liwat bini dibolehkan...potong tangan nanti kudung...habis batu dijalan raya...itu kata orang yang mahu tau bukan yang tak mahu ...dimana agaknya 'akal' orang menilai ...atau lebih2 lagi 'akal' orang yang cuba berdalih :stp:

ST~ si zaid tu pun bukannya menentang tapi menyokong peguam2 hindu tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 05:23 PM | Show all posts

hahhaahaa

Originally posted by Anak Nogori at 19/08/2003 17:19:
Dah datang pulak langau dari Paris...jawapnya tidak juga.




sebabnya datang soalan dari 'lembu' yang tahu putar belit saja...rasanya topik ni boleh dijadikan bahan pilihanraya bulan 3 nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2004 05:26 PM | Show all posts
Sah..setakat ini memang tak boleh jawap.

Next.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 05:35 PM | Show all posts

hahhahahaa

Originally posted by Anak Nogori at 19/08/2003 17:26:
Sah..setakat ini memang tak boleh jawap.

Next.




hah...masih mencari jawapan atau mencari kesalahan orang lain ... teruskan usaha murni mu itu ...demi menegakkan hukum ALLAH ...bab ni yang tak tahan nak gelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eM*No This user has been deleted
Post time 14-1-2004 06:03 PM | Show all posts
Aku nak tokok sikit tentang Hudud Setan tu.  Negara kita 60% Melayu.  Tapi di Kuala Terengganu sendiri telah menetapkan peraturan pemakaian bagi orang perempuan.  Belum lagi dikuatkuasakan, Karpal Singh dah ugut nak challenge peraturan tersebut di mahkamah kerana pada pendapatnya bercanggah dengan Perlembagaan.

Kalau PAS menawan Malaysia, yang 40% orang bukan Islam tu sokong sangatkah hudud tu?  Bila ada hudud, segala lubang maksiat akan ditutup.  Mula dengan arak dulu.  Orang Cina setujukah supaya arak dihapuskan di Malaysia? Lepas tu pergi ke industri hiburan.  Tutup semua.  Orang Cina setujukah?

Melayu 60% saja.  Bolehkan PAS nak laksanakan hudud.  Janji nak laksanakan hudud.  Tapi kena tawan Malaysia dulu, kena tumbangkan UMNO dulu.  Macam mana nak tawan Malaysia kalau orang Cina tak sokong PAS.

Peraturan kecik macam pakaian pun orang Cina dah bising.  Inikan pula Hudud yang PAS janjikan.  Janji sejak sebelum merdeka lagi sampai sekarang pun dok janji lagi. Sambil janji sambil makan gaji buta. Itu saja.  Sebenarnya bukan nak laksanakan hudud sebab lebai PAS tahu susah nak laksanakan tapi janji dulu, sebab janji boleh dapat sokongan dan dapat kerusi dan dapat elaun dan derma.

Sebab tulah aku kata dari dulu Hudud PAS tu Hudud Setan. Hudud nak tipu orang.

[ Last edited by eM*No on 14-1-2004 at 06:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 11:02 PM | Show all posts
surat tue hanya satu lagi kebimbangan atau kekeliruan yg mahu dicipta dan dijaja umno utk menakut2kan hudud dari dilaksnakan(mahdey paling pakar dalam hal ini).

menjadikan kenyataan hj hadi kononnya syariah utk islam dan sivil utk bukan islam.........kemudian berimaginasi kes berkait dan meletakkan seribu satu pertanyaan utk dibimbangi pembaca.

macamlah dalam islam tiada keadilan........macamlah pakar2 syariah kita terlalu banggang........macamlah tidak boleh dilakukan kompromi utk penyelesaian kes.hudud tue sendiri adalah pencegahan.sabitan bagi hukum tersebut itu sendiri adalah bagi kes2 yg mutlak tanpa wujud sebarang keraguan.dalam islam juga bukan bergantung seratus peratus utk itu.dan islam bukan menolak terus hukum takzir yg beramal sekarang.

sebab tue aku kata umno dalam memperkatakan isu ini hanya mahu memalukan hudud,menakutkan hudud,mengelirukan hudud.

jika mereka benar2 ikhlas.......mana daya usaha mereka.mana sessi penerangan atau pemahaman mereka.difitnah hudud itu halal liwat bini adalaaaa aku dengar.
Reply

Use magic Report

neon This user has been deleted
Post time 14-1-2004 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by eM*No at 14-1-2004 06:03 PM:
Aku nak tokok sikit tentang Hudud Setan tu.  Negara kita 60% Melayu.  Tapi di Kuala Terengganu sendiri telah menetapkan peraturan pemakaian bagi orang perempuan.  Belum lagi dikuatkuasakan, Karpal  ...


yang ayah pin murtad kat tganu tu, kenapa tak hukum guna hudud pas?

Hai boroi takut roper-ropernya.... si boroi tu mana ada telur, semua dah kecut masuk ke dalam, lagi-lagi si boroi penipu tu tahu dia nak kena terajang keluar dari wisma darul iman!!!... shiioooh shiiioooh!!!

pas mesra liwat bini :nana: molek kata bang aji, molek la bagi saya... ha ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 11:04 PM | Show all posts
kan aku dah kata..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.166674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list