CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26919|Reply: 118

Koleksi Kisah Mistik 3 dekad

[Copy link]
Post time 12-1-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:42 PM

Salam..
Ni first time buka benang. Perkongsian kisah mistik yang saya dengar dan alami, serta hasil csi pengalaman keluarga terdekat dan kawan- kawan.

Kisah 1 - Mak terkena badi kubur lama? ~ Hasil csi.

        1981.. Masa ni Mak baru berkahwin dengan Ayah. Ayah ajak mak tolong bersihkan kebun getah. Nak dijadikan cerita, masa menebas tu mak terpandang satu kawasan yang agak bersih jika dibandingkan dengan kawasan lain, siap dengan batu yang agak cantik. Mak pergi tempat tu sambil jerit tnya ayah..
`Tmpat ni bersih, ni batu apa.. Cantik batu ni'.
       Mak goyang2 kan batu tu, x cukup dengan goyang, tangan mak gatal ambil parang tumpul, dipotong2 dan dikikis batu tu kononnya nak bagi lagi cantik. Ayah jerit kat mak..
` dah la tu, mari sini cpat...!'
        Ayah pun beritahu mak yang batu mak kacau tu batu tanda kubur lama. Ayah pun x kenal pemilik kubur tu. Maka terkejutlah mak. Mungkin kerana lemah semangat, menjelang tengah hari, mak mula demam. Balik rumah demam mak makin teruk. Menjelang petang kulit mak yang putih mula bertukar kemerah-merahan, menjelang petang mula kehitam hitaman dan mengeluarkan cecair berbau busuk. Langau mula menghurung mak.
     Mujurlah biras mak, aunty Ha ada sedikit kepandaian. Petang tu juga dia ubatkan mak. X taulah macam mana aunty Ha buat, yang mak ingat makcik sembelih seekor ayam dara, kemudian darah ayam tu dicampur dalam air mandian mak. Lepas mandi air tu baru mandi sekali lg dengan air limau, kemudian  mandi macam biasa.     
       Syukurlah, lepas diubati aunty Ha, demam mak kebah, kulit mak pulih dan dah bau busuk hilang. Esoknya mak pulih macam biasa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2015 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:43 PM

Kisah 2 ~ Arwah Aki (datuk) meninggal.

        Al fatihah untuk arwah Aki saya, semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
        Ramadhan 1990, ketika tu saya berumur 4 tahun. Ni la satu satunya peristiwa yang saya ingat dengan jelas pada usia 4 tahun. Dalam jam 10 pagi..ketika tu mak sedang menyusukan adik, ayah pula sedang melayan saya makan. Tiba2 abang S,(anak sulung uncle Im) datang smbil menjerit panggil ayah dengan cemas. 'Uncle.. Cuba p tengok aki, aki jatuh'.
        X lama ayah jerit2 panggil mak, mak dukung adik dan kami bergegas dan sampai saja d tmpat ayah kami tengok aki dah kaku. Jatuh di tempat mandi, darah segar masih mengalir dari mulut aki. Ayah dan abang S angkat aki naik rumah.
        Serentak dengan tu saya trdengar bunyi berdesing yang agak kuat. Kepala saya rasa agak sakit. Kemudian saya dah tak ingat apa2. Sedar-sedar saya nampak orang dah ramai datang, kemudian uncle Im datang, pegang kepala saya n ckp kat ayah. ' Panas budak ni, budak ni dah keteguran, nanti saya buatkan air penawar'.
       Lepas minum air penawar sakit kepala saya beransur hilang. Masa tu dah beransur petang. Dah adat orang2 sini, kalau ada orang meninggal kena tunggu sanak saudara jauh datang.                 
        Maka mayat Aki dibiarkan semalaman lagi dalam rumah. Orang ramai akan berjaga, berborak sesama sendiri sambil main daun terup untuk hilangkan mengantuk. Ada seorang dua baca yasin.
        Malam tu, saya tak pasti jam berapa, saya terjaga bila ada orang tepuk. Saya tengok ada beberapa orang masih berjaga. Ada seorang lelaki berjubah putih duduk dekat mayat Aki. Kemudian saya tengok tempat berlunjur mayat aki bergoyang-goyang. Seolah ada orang tolak dari bawah.  Masa tu mungkin sebab masih kecil, saya tak berasa takut.                 
        Saya kejutkan mak, `Mak aki nak bangun mak, tu aki goyang2…' Mak bangun kemudian berbisik2 dengan orang yang masih berjaga. Kemudian diorang baca yasin. Esoknya, mayat aki selamat di kebumikan. Tentang lelaki berjubah putih tu tak tahu la siapa, sebab orang kampung saya tak ada yang suka berjubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:44 PM

Kisah 3 ~ Aunty Ha sakit.

        1990. Kami sekeluarga, keluarga ayah, uncle Im, dan adik bongsu mereka,  aunty Su tinggal sekali di rumah utama, rumah utama dibina di kawasan perumahan kampung. Ni rules yang uncle im buat, namun masing2 ada rumah kecil yang dibina seadanya di kawasan tanah masing2.  

        Sebulan berlalu, kami mula membiasakan diri dengan ketiadaan Aki. Namun Aunty Ha kelihatan agak terganggu. Aunty sering termenung dan agak murung. Lupa nak cerita, sebenarnya arwah Aki ada kebolehan merawat kaedah tradisional. Kadang2 upacara merawat dilakukan secara berduet dengan aunty Ha. Sewaktu pemergian Aki, aunty Ha masih berpantang selepas melahirkan anak.

        Satu pagi selepas sebulan pemergian Aki. Tiba2 aunty Ha berperangai pelik. Aunty menyuakan bayinya kepada semua yang ada di ruang tamu, dan berkata dia dah nak jalan dah sebab aki dah datang nak jemput dia.

        Keadaan jadi kelam kabut bila tiba2 aunty Ha kerasukan. Tenaga aunty Ha tersangatlah kuat. 3 lelaki dewasa yang kebetulan datang untuk bersembang dengan ayah, yang cuba untuk memegang aunty Ha terpelanting akibat rontaan aunty Ha. Mujurlah ada Imam Sim, Imam kampung kami menjadi hero pada hari itu. Setelah dibacakan ayat2 suci, Aunty Ha lembik. Setelah sedar Aunty Ha menceritakan yang dia nampak Aki datang menjemput dia dan dia nampak jalan untuk dia, lurus terus ke kubur Aki, lepas tu dia dah tak ingat apa2.                        
        Bermulalah penderitaan Aunty Ha. Hingga kini 2015, Aunty Ha masih sakit, sakit datang on off. Saya akan cuba selitkan kisah aunty Ha dari semasa ke semasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:30 PM

Kisah 4 ~ Abang makan berudu??

        1992. Selepas pemergian Aki, kami sekeluarga lebih suka tinggal di rumah hinggap. Saya namakan rumah hinggap sebab rumah kecil ayah bina, seba kekurangan, terletak d hujung kampung. Xda elektrik, kerana kampung kami lambat mendapat bekalan elektrik. Xda jalan raya. Hanya jalan lorong saja, berjalan kaki dalam 20 minit ke kawasan perkampungan.
        Ok.. Panjang pula intronya. Tambah lagi intro. Kawasan tanah ayah ada alur. Bila ada masa terluang saya dan abang suka bermain2 di kawasan anak sungai. Biasanya kami suka tangkap berudu (sbp hanya mampu tangkap berudu sahaja). Tp abang ni agak nakal.. Masa ni abang berumur 9 tahun. Bila dah dapat berudu, dia cucuk dengan lidi, macam cucuk sate.. Kemudian keringkan. Kadang-kadang bagi kucing makan,(kucing pun tak lalu makan). Biasanya dibiarkan begitu sahaja sehingga berpuluh- puluh cucuk.
        Hingga la satu hari, tengah seronok bermain air tiba2 abang sakit perut. Perut abang mengeras. Jadi abang membuang air besar di tepi alur (perangai tak senonoh). Tp abang bukan buang dalam air, sebab mak marah. Mak ckp ada orang lain tinggal di hilir, guna air tu untuk minum.
        Tiba2 abang terjerit jerit.. `N.. Tgok sini cpat..' abang tunjuk sesuatu, dan saya nampak banyak berudu masih hidup bergerak-gerak di atas tanah. Ada sikit cecair. ` Abang terberak berudu'. Abang mengadu. Muka abang pucat. Air mata abang mengalir. Bukan sebab sakit, tapi bingung dan takut dengan perkara yang berlaku.
        Abang tarik tangan saya balik rumah sambil melolong lolong menangis panggil ayah. Ayah dan abang balik ke alur sebab ayah nak lihat berudu yang abang dah berak. Balik rumah ayah merungut2, ayah kata tiada berudu. `Mana ada orang berak berudu, kita tak makan berudu…' Ayah cuba pujuk abang. Hari tu juga abang demam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:31 PM

Kisah 5 ~ Abang nak lari dari rumah.

        Petang tu demam abang makin teruk. Nak hantar ke hospital, tiada transport nak hantar abang. Bas mini kampung pula cuma ke pekan setiap rabu dan sabtu sahaja.

        Malam tu ketika ayah sedang solat maghrib/isyak saya pun tak pasti. Tiba2 abang meracau teruk. Dia menjerit-jerit.. `Api.. api.. Ada api nak kejar abang..'
        Abang bingkas bangun dan berlari dalam rumah. Mak mengejar abang, berlaku adegan kejar mengejar dalam rumah. Mak dapat tangkap abang, mak peluk erat-erat. Namun sebaik ayah selesai memberi salam abang terlepas, kali ni terus keluar rumah. Ayah dan mak mengejar abang.
        Saya tak pasti berapa lama dan berapa jauh abang dapat lari. Yang pasti hero kami malam tu uncle Im datang. Abang diazankan di telinga, diberi air penawar.. Kemudian abang tertidur.
        Berapa hari kemudian, mak hantar abang ke hospital. Rupa2nya, abang dijangkiti malaria. Yang tak best saya pun dijangkiti. Mak, ayah dan adik pun kena. Berumahlah kami di hospital hampir seminggu. Rupa-rupanya hampir satu kampung dah dijangkiti wabak malaria. Maka masuklah pasukan perubatan di kampung kami, kami diberi ceramah, disuruh membersihkan kampung, dan diberi kelambu berubat.
        Ayah pula memohon jadi sukarelawan. Tapi saya tak pasti tahun berapa ayah berjaya.. Tapi ayah diberi kursus, cara2 mengambil sample darah, diberi sedikit ubat. Kalau tak silap, cuma paracetamol yang dibekalkan. Jadi lah ayah MA tak bertauliah di kampung. Habis kisah ni... Sorry kalau tak seram.. Hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:32 PM

Kisah 6~ Kak Jun disantau perempuan dari Malaya?

        Kontroversi tak tajuk? Haa... Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Berlaku kepada sepupu saya, Kak Jun. Kak Jun seorang yang sangat cantik. Beliau berkulit cerah, bentuk badan langsing, suara lembut, dan memiliki senyuman yang manis. Pendek kata pakej lengkap pada pandangan mata saya.
        Suami kak Jun bernama Abang Di adalah seorang Askar, asalnya beliau bertugas di Borneo. Namun tuntutan tugas telah menyebabkan beliau di pindahkan ke Malaya. Saya dah lupa kem mana.
        Sebagai isteri yang taat kak Jun kena lah ikut suami. Semuanya berjalan lancar sehinggalah satu hari kak Jun balik dengan anak-anak kerana sakit misteri.
        Muka Kak Jun timbul tompok-tompok hitam bersaiz besar, dan gatal. Badan Kak Jun lemah dan sering sakit dada. Merata tempat Kak Jun berubat, termasuklah perawatan moden, namun tak jumpa yang serasi. Doktor pula mengesahkan Kak Jun tak ada masalah kesihatan serius. Diberi antibiotik untuk tompok2 gatal di wajah kak jun.
        Hampir setahun Kak Jun sakit, sehinggalah suatu hari, Kak Jun bertemu seorang ustaz.  Ketika itu lah segalanya terbongkar.  Rupa-rupanya Kak Jun telah disantau. Santau angin. Namun selain itu, Kak Jun diberi sihir melalui makanan. Ustaz tersebut cuba untuk merawat Kak Jun namun dah terlambat. Sihir dah sebati.
        Pelakunya ialah jiran sebelah kuarters Abang Di yang Kak Jun dah anggap macam kakak sendiri. Puncanya adalah cemburu, sebab suami kakak tu selalu memuji kecantikan dan budi pekerti Kak Jun, sehingga tahap membanding-bandingkan. Sebab tu kakak jiran tu sakit hati.
        Selepas berubat Kak Jun makin tenat. Dirujuk ke hospital doktor sahkan jantung dan paru-paru Kak Jun dah rosak. Doktor angarkan hayat Kak Jun tak panjang. Namun takdir Allah, satu hari kak Jun sihat. Agak sihat hingga tak ada tanda-tanda sakit. Selama 3 hari boleh bergelak tawa dan waktu petang boleh bermain bola tampar. Kak Jun suruh Abang Di cancel cuti, lalu beli tiket flight nak ke Malaya 4 hari akan datang. Waktu tu kami merasakan itulah miracle yang dah Allah anugerahkan kepada kami.
        Allah menguji kami apabila satu malam sehari sebelum tarik flight, Kak Jun jatuh ketika sedang berkemas untuk ke Malaya. Dikejarkan ke hospital, (ayah kak Jun ada kereta) namun Allah lebih menyayangi Kak Jun. Beliau meninggal di hospital, meninggalkan suami dan sepasang anak.
        Setahun kemudian, kami mendapat khabar bahawa Abang Di turut menyusuli pemergian Kak Jun kerana kemalangan motorsikal. Anak-anak kini dijaga oleh ibu Abang Di. Al fatihah untuk Arwah Abang Di dan Kak Jun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik.. menarik.. lagi plsss.. hihiihii
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 07:53 PM | Show all posts
aunty ha sakit apa? dah 2015 pun masih tak kebah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
luvAnne replied at 12-1-2015 03:49 PM
Kisah 7~ Kak Jun disantau perempuan dari Malaya?

        Kontroversi tak tajuk? Haa... Kisah ini berlaku ...

Mudahnye guna cara terkeji utk ubat sakit hati...kasihan anak2 kecil hilang tmpat bergantung n bermanja. Tunggulah balasan..pasti .
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 08:29 PM | Show all posts
macam tulah kalau dah dengki..cara mudah nak kenakan orang...

al fatihah untuk Kak Jun dan Abang Di..
saya tahu..santau angin sukar dirawat..jika terkena...boleh bawa maut..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 01:57 AM | Show all posts
Best citer, takde sambungan.... Keep it up tt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 07:11 AM | Show all posts
Menarik. sambung la lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
suka2 replied at 12-1-2015 07:53 PM
aunty ha sakit apa? dah 2015 pun masih tak kebah2

Aunty Ha sakit jiwa. Tu penjelasan doc utk segala kelakuan luar biasa aunty selepas kejadian tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:33 PM

Kisah 7 ~ Kami dikejar hantu tinggi.

1997  ~ Siapa ingat apa berlaku pada tahun ni?

        Masa ni la negara kita dilanda musim kemarau. Banyak tempat terjejas termasuklah kampung kami. Satu2 nya sumber air terdekat adalah dari air kolam air terjun kecil di kawasan kampung namun hampir mustahil untuk mandi di kawasan itu kerana terlalu curam.

        Atas usaha orang - orang kampung air ditarik ke tepi jalan raya raya. Dengan cara batang bambu dibelah untuk dijadikan laluan air.

        Air itulah digunakan untuk mandi dan membasuh namun tak selesa untuk golongan hawa. Selalunya, saya akan ikut mak untuk mandi, namun hari tu saya tertinggal kerana terlalu leka bermain.
        Ketika hampir gelap saya sertai sepupu-sepupu saya untuk mandi. Dalam 8 orang termasuk abang. Kiranya abang la body guard kami.        
         Malam tu bulan mengambang penuh. Selesai mandi kami bersiap untuk balik. Tiba2 samar2 kami nampak ada orang berjalan ke arah kami. `Oh.. Itu uncle xxx.. Kita tunggu dia, barulah ada kawan balik' kata abang. Makin dekat kami nampak orang tu makin tinggi..
        Kira2 sepuluh meter dari tempat kami, di bawah cahaya bulan, kami lihat orang tu makin jelas, rupa tak kelihatan namun saiz kepalanya sangatlah panjang.
      Abang tarik tangan saya, sambil menjerit. `Lari... Hantu...Jangan tengok belakang, lari cepat'. Kami bertempiaran lari sambil menjerit-jerit. Di belakang saya terdengar bunyi mendengus, xtaulah sama ada tu bunyi makhluk tu, ataupun bunyi nafas semput sepupu-sepupu saya. Malam tu juga koleksi parut lutut saya bertambah. Esoknya semua demam, kecuali saya dan abang. Xtau kenapa. Mungkin nasib saya dan abang baik masa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
anno_miss replied at 12-1-2015 07:56 PM
Mudahnye guna cara terkeji utk ubat sakit hati...kasihan anak2 kecil hilang tmpat bergantung n ber ...

Tu lah.. Dah tertulis tu takdir untuk kak jun. Thanks sudi baca cerita saya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
MellyNad replied at 12-1-2015 06:56 PM
Menarik.. menarik.. lagi plsss.. hihiihii

Thanks... Jgn lupa check updates..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 12-1-2015 08:29 PM
macam tulah kalau dah dengki..cara mudah nak kenakan orang...

al fatihah untuk Kak Jun dan Abang  ...

Thanks... Selepas kes Kak Jun baru la kami tahu cabang sihir tu.. Biasa jumpa kes terkena sihir asal borneo saja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
luvAnne replied at 13-1-2015 08:26 AM
Tu lah.. Dah tertulis tu takdir untuk kak jun. Thanks sudi baca cerita saya..

Sama2 kasih..trima kasih kembali menulis n menceriakan bod MPS juga..


Harap teruskan penulisan Anne ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:34 PM

Kisah 8 ~ Kami dikejar Penanggal.

        Masih 1997 ~ 1998. Musim kemarau. Selepas dikejar hantu tinggi saya dan sepupu-sepupu saya dah tak nak mandi di kawasan air terjun tu. Kami beralih ke kawasan kebun ayah. Bukan kawasan yang ada alur air tu, ni kawasan bukit ayah buat dusun buah.
        Hari tu kami cuma berempat, semua perempuan, abang xda. Kami gerak awal dari rumah. Namun akibat terlalu leka mandi hingga tak sedar hari dah nak gelap. Kami bergegas balik.
        Hari tu saya perasan hari gelap dengan cepat, belum separuh jalan dah gelap, mujurlah ada sang rembulan dan fireflies sebagai penerang jalan, sebab kami tak bawa torch light.
        Dipendekkan cerita tiba-tiba kami terdengar bunyi penanggal. Siapa yang pernah dengar tahu la bunyi macam mana, agak nyaring. Saya lega sebab orang kata kalau nyaring maknanya makhluk tu jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:06 AM | Show all posts
luvAnne replied at 13-1-2015 08:18 AM
Aunty Ha sakit jiwa. Tu penjelasan doc utk segala kelakuan luar biasa aunty selepas kejadian tu..

meroyan tak

kesian sgt
harap semua ok2 lah


mcm2 perkara mistik berlaku pd awak & famili
ade something wrong somewhere agaknya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.251989 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list