CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: luvAnne

Koleksi Kisah Mistik 3 dekad

[Copy link]
 Author| Post time 13-1-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:35 PM

Cont.... Kisah 8 ~ Kami dikejar penanggal.

Kami bertukar2 isyarat, saling memahami, masing- masing berdiam diri jalan cepat2. Namun malam tu nasib kami agak malang. Bunyi tu jadi makin perlahan dan tiba2 saya ternampak bebola api di udara. Saya jerit sepupu-sepupu saya suruh lari. Kami semua berlari sekuat hati sebelum tiba2 sepupu saya kak Lin, anak dara Aunty Su menjerit minta tolong. Saya menoleh dan nampak Kak Lin dah jatuh.
        Dua sepupu saya yang lain pun dah jatuh. Mereka masing-masing menjerit ketakutan. Mungkin jatuh akibat terlanggar batu atau tunggul. Saya tak berani nak tolong, sebaliknya lari sekuat hati sehinggalah tiba2 saya jatuh kerana terlanggar seseorang.
        Rupa-rupanya ayah. Dia datang nak check kami sebab belum balik sedangkan hari dah gelap. Ayah bertempik `Allahuakbar' beberapa kali, dan kami pun mendapat suntikan semangat baru, keadaan mula tenang. Ayah membebel sepanjang perjalanan balik.
        Sampai di rumah Kak Lin mengadu sakit di bahagian betis. Mak periksa dan lihat ada kesan lebam macam bekas dihisap. Masih ada sedikit percikan darah. Ayah picit dan gosok dengan limau. Rupanya Kak Lin period masa tu. Sebab tu benda alah tu target Kak Lin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 10:11 AM | Show all posts
luvAnne, good simple story telling.

Sila teruskan cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:36 PM

Cont.. Kisah 8 ~         Kami dikejar Penanggal.

      Saya terdengar perbualan Ayah dan Mak, rupanya ada orang kampung sebelah buka ladang sayur skala besar, diorang mengupah ramai pekerja dari indonesia. Mungkin balan-balan tu salah seorang dari pekerja-pekerja tersebut.
   Kak Lin lepas kejadian tu demam berhari -hari akibat terkejut. Kakak jadi penakut dan mudah terkejut. Agak lama juga nak memulihkan semangat Kak Lin. Namun akhirnya Kak Lin pulih macam biasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 13-1-2015 10:30 AM
thoyol replied at 13-1-2015 10:11 AM
luvAnne, good simple story telling.

Sila teruskan cerita.


Thanks.... Insha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 11:01 AM | Show all posts
sila teruskan
suka baca, simple tp ada kisah

N ni asal belah mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 13-1-2015 11:01 AM
sila teruskan
suka baca, simple tp ada kisah


Thanks..Asl sabah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:37 PM

Kisah 9 ~ Kami dikejar hantu Lembu jadian?

        Back to 1993. Masa ini, di kampung kami islam adalah golongan minoriti. Yang islam kebanyakan baru convert jadi pengetahuan tentang agama amatlah terbatas. Ramai yang tak tahu sembahyang, mengaji lagi lah tak tahu.
        Ustaz sekolah kami buka kelas mengaji malam. Ustaz buat di sekolah yang terletak kira2 3km dari kawasan kampung. Namun hanya budak2 yang datang termasuklah saya dan abang.
        Satu malam lepas mengaji kami seramai 11 orang budak2 balik sambil bergurau senda. Kami terdengar bunyi mendengus. Bila menoleh kami lihat ada seekor lembu berwarna hitam di belakang.
        Kami terpaku sambil meneliti lembu tu sebab hairan, di kampung kami cuma ada kerbau dan kambing. Pada pandangan mata saya, tiba-tiba mata lembu tu bertukar jadi merah. Lepas tu dari color hitam tukar jadi putih, kejap hitam, kejap putih. Kemudian tukar jadi kambing, lepas tu jadi lembu semula. Lembu tu makin dekat.
        Abang tarik tangan saya lalu menjerit.. Lari... Lari.... Maka kami berlumba lah balik rumah. Gempar satu kampung malam tu bila kami semua balik sambil menjerit-jerit dan menangis.
        Esoknya, ada ibu bapa yang complain ustaz sebab anak mereka demam terkejut. Kelas pun ditukar pada waktu petang.
        Banyak versi tentang bentuk makhluk yang mengacau kami pada malam itu. Ada yang nampak lembu tu bertukar jadi kain putih melayang mengejar kami, ada yang nampak lembu tu bertukar jadi bola putih bergolek mengejar kami.
        Ustaz jelaskan kepada kami tu semua adalah tipu daya syaitan yang tak mahu kami belajar agama. Namun kelas tu tk lama. Sebab ustaz pindah sekolah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 11:41 AM | Show all posts
bestnya cerita, nak lagi..

p/s tt org Borneo ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 13-1-2015 11:41 AM
bestnya cerita, nak lagi..

p/s tt org Borneo ke?

Ya... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 12:16 PM | Show all posts
bila baca citer TT ni, teringat zaman masa sekolah dulu...
sbb saya pun asal Sabah ..perkara2 mistik ni tk jadi kat saya, tapi melalui cerita2 kwn2 masa sekolah dulu..sbb tu bila baca, saya dpt membayangkan situasi tu...mcm flashback lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:38 PM

Kisah 10 ~  Aunty Zubaidah terkena sihir pengasih lelaki Murut.

        Hasil CSI. Back to 1980-an. Aunty Zubaidah kakak Mak. Pada tahun 1980 aunty ke daerah K, menemani atok dan nenek (belah mak), selama seminggu untuk menghadiri majlis kahwin abang sulung mereka Uncle R. Masa tu aunty dah pun menjadi isteri orang.
         Ketika majlis itu aunty tersangatlah ramah. Melebih-lebih layan orang sehinggalah ada yang berkenan. Orang itu saya bagi nama P. P sentiasa mencuri peluang bertemu aunty.
         Cukup seminggu atok dan nenek nak balik rumah, aunty tak nak ikut. Menangis-nangis tak nak balik dan nak kahwin dengan P.
        Atok sangat marah, malu tak payah cakaplah. Aunty diseret di jalan sehingga luka2 kaki aunty terkena batu jalan raya naik kereta balik rumah.
        Sampai di rumah atok aunty makin teruk. Aunty angau. Malam2 terjun tingkap nak jalan kaki ke rumah P yang terletak berpuluh kilometer jauhnya. Nasib baik ada yang perasan.
        4 hari kemudian aunty hilang. Rupa-rupanya ke rumah P. Suami aunty yang malu dengan kejadian tu menceraikan aunty. Akhirnya aunty berkahwin dengan P.
        Satu hari Aunty balik, menangis nangis dengan perut dah memboyot. Cakap dia tak suka P. Dia nak balik ke pangkuan bekas suaminya. Namun nasi sudah jadi bubur. Bekas aunty dah tak nak.
        Rupanya atok tahu aunty terkena sihir pengasih. Namun kerana malu atok biarkan aunty berkahwin. Bila dah mengandung kesan sihir tu hilang, namun aunty dah hilang segalanya.
        Aunty terpaksa meneruskan perkahwinan tu demi untuk anak yang berada dalam kandungannya. Namun perkahwinan tu masih berkekalan hingga kini. Kiranya P tu tak lah jahat mana. Cuma cara dia dapatkan aunty tu agak keji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kekcawan replied at 13-1-2015 12:16 PM
bila baca citer TT ni, teringat zaman masa sekolah dulu...
sbb saya pun asal Sabah  ..perkara2 mi ...

Thanks sudi baca cerita saya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:15 PM | Show all posts
... best2...nak lg......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:23 PM | Show all posts
luvAnne replied at 13-1-2015 08:23 AM
Kisah 8 ~ Kami dikejar hantu tinggi.

1997  ~ Siapa ingat apa berlaku pada tahun ni?

TAK MENAHAN....
KOLEKSI PARUT
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:28 PM | Show all posts
luvAnne replied at 13-1-2015 01:20 PM
Kisah 11 ~  Aunty Zubaidah terkena sihir pengasih lelaki Murut.

        Hasil CSI. Back to 1980-an. Aunt ...

betul mmg keji
pasal waktu tu aunty dah kawin pun
abih tu, camana penerimaan famili terhadap P?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:32 PM | Show all posts
luvAnne replied at 13-1-2015 11:29 AM
Kisah 10 ~ Kami dikejar hantu Lembu jadian?

        Back to 1993. Masa ini, di kampung kami islam adala ...

abih kelas mengaji, sapa yg teruskan pada masa tu?
tak dapat lah korang nak jumpa lembu tu lg...hehehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2015 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 13-1-2015 03:28 PM
betul mmg keji
pasal waktu tu aunty dah kawin pun
abih tu, camana penerimaan famili terhadap P?
...

Atok haramkan P masuk rumah.. Tapi biasalah orang tua, lama2 hilang juga perasaan tu marah tu. Lagipun P jenis tak makan saman. Walaupun atok marah, P tetap datang. Atok tak bagi masuk rumah, dia berdiri di laman ajak atok bersembang... Selepas 5 tahun berlalu barulah atok dapat terima P..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 13-1-2015 03:32 PM
abih kelas mengaji, sapa yg teruskan pada masa tu?
tak dapat lah korang nak jumpa lembu tu lg...h ...

Beberapa tahun lepas tu dah ada kelas kafa.. Jd cikgu kafa yang ajar mengaji. Dah tak jumpa lembu tu lepas tu... Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:39 PM

Kisah 11 ~ Ikal dan kawan kawan disorok hantu?

        Masih musim kemarau 1998. Ikal ni pangkat anak buah saya, anak kepada sepupu saya yang agak nakal. Ada dua orang budak sekepala dengan Ikal, saya bagi nama Kudu dan Ketot.
        Satu petang, kami sedang main masak-masak di tepi bukit. Seolah chef sebenar kami buat unggun api kecil guna ranting pokok. Alatan memasak guna tin sardin dan tempurung kelapa. Tengah seronok main Ikal datang dan terus tendang alat mainan kami. Api kami yang masa tu sedang marak pun Ikal tendang. Berlagak betul.
        Tendangan Ikal terlalu kuat, ranting berapi jatuh ke dalam semak. Api marak dengan cepat. Tak sampai seminit, bukit mula terbakar. Orang kampung kelam kabut mengawal api dari merebak.
        Setelah api dipadamkan, kami perasan 3 orang budak tu dah hilang. Orang kampung cari di setiap ceruk namun tak jumpa. Sehingga jam 9 malam masih tak jumpa. Orang kampung mula susah hati, tambahan pula tiada orang pandai di kampung pada masa tu. Imam Sim dan uncle Im berpergian.
        Ada pondok kosong di hujung kampung, ayah yakin budak2 tu berada dalam pondok tu, namun bila digeledah kawasan pondok tu budak -budak tu tiada di dalam.
        Akhirnya ayah mula putus asa. Ayah duduk di atas sebuah tong plastik yang disimpan melintang, sambil merokok. Tiba-tiba ayah terdengar bunyi kentut disusuli bau yang agak busuk dari dalam tong tersebut. Rupa-rupanya si Ketot terkentut. Dalam tong tu rupanya mereka bersembunyi sebab takut dimarahi. Yang peliknya ayah dah periksa tong tu sebelum tu dan pasti budak2 tu tiada di dalam.
        Menurut Ikal dia jerit-jerit panggil ayah tapi ayah tak dengar. Ikal juga mengetuk tong kerana Ikal dah tak sabar nak keluar dari tong tu sebab dah tak tahan dihimpit oleh kudu dan ketot yang dah tertidur dalam tong tersebut. Mujurlah si ketot terkentut, kalau tak, mungkin ayah tak jumpa budak2 tu hari tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:40 PM

Kisah 12 ~ Bila cinta jadi benci.

        1999. Lia mendapat penempatan di sebuah sekolah rendah di pedalaman daerah R. Akhirnya cita-cita Lia selama ini tercapai. Lia kini adalah seorang guru. Cikgu Lia disukai dan disayangi murid-murid sebab beliau pandai mengajar dan pandai mengambil hati. Cikgu Lia turut popular dalam kalangan penduduk kampung pedalaman tersebut.
        Ada seorang pemuda berketurunan dusun jatuh hati pada Cikgu Lia. Pemuda itu sering mengutus surat cinta kepada Cikgu Lia. Mulanya Cikgu Lia tak peduli, namun surat yang diterima semakin banyak. Gossip tentang mereka juga mula bertebaran. Semuanya sengaja dilakukan si pemuda untuk mendapat perhatian daripada Cikgu Lia.
        Akhirnya Cikgu Lia mengajak pemuda itu bersemuka. Kepada pemuda itu Cikgu Lia berterus terang, Cikgu Lia meminta maaf kerana tak dapat menerima cinta si pemuda. Cikgu Lia sebenarnya sudah bertunang, dan akan berkahwin tidak lama lagi.
        Adat manusia, ditolak cara baik pun tetap berdendam. Satu petang beberapa hari selepas bertemu si pemuda, Cikgu Lia pengsan. Sebaik tersedar, Cikgu Lia mula berkelakuan pelik. Bercakap sendirian, sekejap ketawa, kemudian menangis, lepas tu marah-marah. Cikgu Lia dah tak peduli tentang kerja. Akhirnya Guru Besar terpaksa hantar Cikgu Lia balik. Masa tu dah hampir sebulan Cikgu Lia berkelakuan pelik.
        Cikgu Lia dibawa berubat. Di hospital Cikgu Lia didiagnosis mengalami personality disorder. Perawat alternatif pula mengatakan Cikgu Lia terkena sihir, ada orang sakit hati, seorang lelaki, kerana Cikgu Lia telah menolak cintanya. Orang tu nak bagi Cikgu Lia gila.
        Ketika proses berubat, ada banyak perkara berlaku pada Cikgu Lia yang agak mustahil untuk dijelaskan dengan akal logik. Antaranya, kepala Cikgu Lia berpusing 180 darjah (kepala pusing mengadap belakang, macam kita pusingkan kepala anak patung). Masa tu Cikgu Lia menjerit kesakitan, lepas tu ketawa, kemudian menangis.
        Setelah puas berubat, keadaan Cikgu Lia bertambah baik. Namun tak pulih sepenuhnya. Kali terakhir melawat Cikgu Lia pada 2005, masa tu dia tak nak bercakap dengan orang. Sering berkurung. Mungkin kecewa dengan apa yang dah berlaku. Tunang Cikgu Lia pun tinggalkan Cikgu Lia ketika dia sedang sakit.
        Dari berita yang saya dengar, Cikgu Lia juga masih makan ubat-ubat hospital hingga kini. Cikgu Lia ni saudara mara belah Mak. Tamat cerita Cikgu Lia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.370024 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list