CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: luvAnne

Koleksi Kisah Mistik 3 dekad

[Copy link]
Post time 14-1-2015 10:48 AM | Show all posts
banyak juga haantu d kawasan TT .. xpe ttp seronok+nervous membacanya ... sambung lagi ya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
LabuLabi69 replied at 14-1-2015 10:48 AM
banyak juga haantu d kawasan TT .. xpe ttp seronok+nervous membacanya ... sambung lagi ya .

X juga... Cuma budak2 yang diganggu, mungkin benda tu suka sakat budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:32 PM | Show all posts
luvAnne replied at 14-1-2015 12:00 PM
X juga... Cuma budak2 yang diganggu, mungkin benda tu suka sakat budak2..

elok gak mcm tu . biar bdak2 dh masuk maghrib masing2 berlari masok umah .. xde la kes main memalam ye dok .. huhu

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 01:06 PM | Show all posts
luvAnne replied at 14-1-2015 09:57 AM
Kisah 13 ~ Bila cinta jadi benci.

        1999. Lia mendapat penempatan di sebuah sekolah rendah di peda ...

skrg cikgu lia ada perubahan tak?
dah sihat ke dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 14-1-2015 01:06 PM
skrg cikgu lia ada perubahan tak?
dah sihat ke dia?

Masih makan ubat-ubatan hospital. Kalau tak makan nanti dia dengar suara2 ghaib..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 01:27 PM | Show all posts
luvAnne replied at 14-1-2015 01:12 PM
Masih makan ubat-ubatan hospital. Kalau tak makan nanti dia dengar suara2 ghaib..

oh ya ke? kesiannya
tak buat rawatan tradisional, jumpa ustaz ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 14-1-2015 01:27 PM
oh ya ke? kesiannya
tak buat rawatan tradisional, jumpa ustaz ke?

Rasanya parents Cikgu Lia dah stop cari perawat.. Bergantung rawatan moden ja skg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:41 PM

Kisah 13 ~ Uncle Wahab terkena sihir ....telur???

        Y2K. Uncle Wahab ni sepupu dua kali Mak. Seorang yang friendly namun ada sikap buruk. Uncle Wahab suka cakap tinggi. Selalunya propa ja lebih.
Kami perasan perangai buruk uncle Wahab makin menjadi-jadi. Kali- kali pun nak propa sampai sendiri lupa apa yang dia propa. Orang sekeliling makin menyampah. Kawan kawan mula menjauhkan diri.
        Kulit Uncle Wahab makin putih. Rambut dan bulu kening uncle makin nipis. Jadi uncle botakkan kepalanya. Badan pun makin kurus.
        Satu hari, Uncle Wahab sedang propa di kedai kopi, tiba-tiba ada seorang wak dari indonesia menegur uncle. `Anak ni sakit, nanti datang rumah wak'. Lebih kurang begitu la dialognya.
        Kemudian uncle pun dirawat. Saya tak tahu proses sebab tak ikut masa tu. Menurut Uncle, tak tau lah kalau uncle propa ja, Wak bagitau yang uncle dikenakan sejenis sihir. Dah lupa sihir apa, tapi caranya uncle diumpamakan seperti telur rebus. Putih dan togel.
        Sihir tu makan dalam, luarannya uncle sihat.  Uncle akan lupa ingatan, klu terlalu lama sihir tu boleh bawa maut. Menurut uncle, orang yang sihir tu marah dengan perangai uncle yang kuat propa. Tau pun. Siapa suruh sendiri cari musuh.
Tamat kisah Uncle Wahab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 04:57 PM | Show all posts
luvAnne replied at 14-1-2015 04:49 PM
Kisah 14 ~ Uncle Wahab terkena sihir ....telur???

        Y2K. Uncle Wahab ni sepupu dua kali Mak. Seora ...

brp umur uncle Wahab?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rayonronie replied at 13-1-2015 10:06 AM
meroyan tak

kesian sgt

Agaknya lah... Sbnarnya mcm2 jadi pas pemergian Aki..

Tapi ada yang tak sesuai diceritakan. Entahlah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 14-1-2015 04:57 PM
brp umur uncle Wahab?

Mungkin skg ni dah 50 an...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:46 AM | Show all posts
luvAnne replied at 12-1-2015 03:49 PM
Kisah 7~ Kak Jun disantau perempuan dari Malaya?

        Kontroversi tak tajuk? Haa... Kisah ini berlaku ...

citer kak jun ni sama lak dgn citer kwn sekampung aku..kak min ni kawen dgn askar..pindah dok kt borneo....
kak min & hubby kena santau masa kt sana..mmg terukla..hubby dia meninggal..so kak min blk semenanjung berubat kt sini jer..
mmg dgr citer teruk kena santau dgn salah 1 kaum kt sana..sbb cemburu gak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:55 AM | Show all posts
me ada kwn Singaporean... tk leh pijak Tanah borneo..sbb dah kena santau dgn org borneo .. kalau dia pijak je Tanah borneo, dia akan muntah darah bagai... dia kata mmg kempunan le nak diving kat sipadan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 15-1-2015 09:46 AM
citer kak jun ni sama lak dgn citer kwn sekampung aku..kak min ni kawen dgn askar..pindah dok kt b ...

Kesiannya.. Alfatihah utk hubby kak min. Tak sangka pula kaum2 di borneo ni ada yang pandai ilmu menyantau..

Xpa orang jahat pasti dapat balasannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kekcawan replied at 15-1-2015 09:55 AM
me ada kwn Singaporean... tk leh pijak Tanah borneo..sbb dah kena santau dgn org borneo .. kalau dia ...

Seriously... Ketinggalan keretapi btl saya ni. Ingatkan orang2 Borneo tak tau ilmu menyantau ni..

Dah advance rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 03:45 PM

Kisah 14 ~ Ceritera cinta si sumandak Borneo.

2006. Saya dah malas ikut timeline. Cerita ikut mana yang terlintas la ya.
        Selepas tamat diploma ketika berusia 21 tahun Vivian (bns) mendapat pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah bank ternama. Kemudian dia berkenalan dengan seorang pemuda kacak dari KL yang pada masa tu baru menuntut di sebuah ipt di borneo dalam tahun pertama.
        Mereka saling jatuh cinta. Si pemuda muslim urban tanpa rasa bersalah duduk serumah. Kehidupan seharian seperti suami isteri. 7 tahun berlalu, pada tahun 2013, si pemuda telah tamat pengajian ijazah.
        Satu hari si pemuda memberitahu yang dia nak balik Kl selama sebulan. Vivian tak sedap hati, mcm ada sesuatu mengenai pemergian kekasihnya kali ini, walaupun itu bukan kali pertama kekasihnya balik ke pangkuan keluarga. Vivian pernah ditinggalkan lebih dua bulan.
        Rupa2nya kerisauan Vivian berasas. Ketika mengemas pakaian si pemuda, dia terjumpa satu set kad jemputan perkahwinan kekasihnya. Tarikh 2 minggu akan datang. Hati Vivian remuk. Namun dia sembunyikan perasaannya, pura-pura tak tahu.
        Sepemergian si pemuda, Vivian memasang tekad. Dia harus mendapatkan kekasihnya semula. Kerana selama 7 tahun, dia dan serahkan segala-galanya. Seluruh hidupnya, wang ringit, masa, segala perbelanjaan si kekasih dari diploma hingga tamat ijazah ditangungnya. Lagipun Vivian amat menyintai kekasihnya itu.
        Keluarga dan kawan-kawan Vivian semua dah tahu hubungan mereka. Vivian malu kalau hubungan mereka putus. Mana Vivian nak letak muka.
        Step 1. Kawan sekerja kenalkan bomoh di Sandakan. Vivian sanggup drive sorang2 selama 5 jam untuk bertemu si bomoh. Si bomoh suruh mandi air jampi, satu kali mandi rm100. 3 hari berturut disuruh mandi 300 melayang. Belum campur perbelanjaan lain. Hampir 1k wang melayang. Seminggu berlalu, tiada perkara positif berlaku. Si pemuda call Vivian pun so so saja.
        Step 2. Jumpa lagi bomoh lain, mandi juga. Wang rm 500 melayang. Namun tetap tiada kesan. Sehari sebelum perkahwinan, Vivian menangis dalam tandas di tempat kerjanya. Seorang cleaner terlihat lalu bertanya. Vivian tak malu bercerita, sambil menangis dia luahkan segala-gala kepada kak cleaner. Kakak cleaner berasa belas, lalu beri jaminan akan bawa berjumpa bomoh yang pandai.
        Step 3. Di hari perkahwinan si kekasih, Kak cleaner bawa jumpa seorang bomoh perempuan bangsa Suluk. Bomoh pengasih. Syaratnya bawa bersama baju si kekasih yang belum dicuci. Gambar seorang si kekasih yang nampak seluruh badan. Senang saja.Vivian ada benda tu. Memang ada baju yang belum dicuci, Vivian bawa tidur sebagai penawar rindu. Gambar pun tak jadi masalah, selama 7 tahun bersekedudukan Vivian ada beratus gambar kekasihnya.
        Sebelum mula si bomoh suruh call si kekasih. Nak pastikan betul atau tak dia akan berkahwin. Vivian call dan memang kedengaran background meriah, bila ditanya si kekasih jawab anak jiran kahwin. Macam lah Vivian tak tahu yang dia la pengantinnya.
  Setelah ditilik tilik si bomoh sanggup tolong. Lagipun kata si bomoh pemuda itu tak cintakan gadis yang akan jadi isterinya. Si pemuda cuma ikut permintaan keluarganya. Step pertama mandi air daun keladi sungai. Tujuannya supaya si kekasih menjadi semakin rindu.
        Step kedua, bomoh nak buat pengasih. Bomoh tanya, sanggup ke tanggung dosa? Vivian sanggup. Jadi bomoh suruh beli barang kemas, tak payah mahal yang penting emas, sebagai saksi pengakuan Vivian untuk tanggung dosa. Vivian beli.
        Untuk buat pengasih, bomoh suruh cari bulu kucing, bulu babi dan hidung lembu. Senang saja. Vivian ada bela kucing. Bulu babi dan hidung lembu ada di pasar. Petang tu juga Vivian hantar ke rumah bomoh.
        Majlis dah selesai. Upacara si bomoh juga dah selesai. Petuanya pula kalau kekasihnya balik, jangan ditanya, jangan dimarahi. Segala yang tak puas hati, simpan saja dalam hati. Nampaknya sihir pengasih bomoh berjaya. Kekasih Vivian tak senang duduk. Setiap masa call Vivian. Seminggu kemudian kekasih tinggalkan isterinya kembali ke borneo.
        Kepada Vivian, si pemuda ajak kahwin. Vivian setuju. Vivian sanggup tukar agama. Tak ada majlis besar, cuma nikah di jabatan agama. Vivian pilih Ameena sebagai nama islamnya.
        Si pemuda berterus terang kepada keluarganya tentang kehadiran Vivian dalam hidupnya. Isterinya diceraikan. Keluarganya terpaksa redha. Namun mereka ada datang melawat, untuk berkenalan dengan Vivian.
        Kini Vivian dah tak main bomoh. Setiap hujung minggu dia ke kelas agama anjuran Muis untuk mendalami ajaran islam. Vivian adalah kenalan kepada sahabat saya. Tamat kisah Vivian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2015 09:31 AM | Show all posts
perghhhhh mmg teruk la suami dia tu...knp x bgtaw ja dia ada kekasih hati len...hidayah allah untuk vivian....jodoh pun utk dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
woddy replied at 16-1-2015 09:31 AM
perghhhhh mmg teruk la suami dia tu...knp x bgtaw ja dia ada kekasih hati len...hidayah allah untuk  ...

Tu la pasal... Dalam hal ni saya nampak kesalahan berat pada pemuda tu..

Klu dia terus terang, tak la banyak hati yang terluka..

Tp ap boleh buat.. Benda dah jadi.. Hrp yg terbaik saja utk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 03:22 PM | Show all posts
Good TT, dan nak tumpang for sharing my old exprience 18 years ago.....

November tahun 1997, ketika itu saya berusia 16 tahun ( form 4 ) pernah mengalami kejadian yang aneh. Petang sabtu dalam lebih kurang pukul 04:00 petang saya dan sepupu ride motorsikal dari rumahnya di Selayang to Mempaga because nak involve majlis kenduri tahlil dan doa selamat malam itu kat rumah makcik, kebetulan pula parent saya dan parent dia telah gerak dengan lebih awal iaitu pada waktu pagi dengan menaiki 2 buah kereta. Semasa itu Lebuh Raya Karak tengah sibuk with construction untuk dinaik taraf kerja2 melebarkan for 3 lane yang asalnya yang ada 1 lane saje. Petang sebelum gerak, sepupu dah decide untuk ride saje ke Mempaga dan sebab nak jimat masa jugak dia nak ikut jalan lama Gombak ke Bentong sebab taknak masuk Karak Highway sebab banyak sangat lorong yang kene divert sepanjang tempun naik taraf highway tu. Tepat pukul 04:15 petang kami berdua pun sampai kat area Gomabk tak silap Kg Sungai Cincin rasanya before lalu jalan lama ke Bentong, and rasanya sangat gloom weather area among jalan Gombak tu seolah2 dah hampir nak masuk waktu magrib. Lepas aje area kampung batu 10 dah tak berapa banyak sangat rumah2 orang kat kiri dan kanan jalan lama tu ( sekarang dah banyak rumah & resort ) pemandangan hanyalah semak2, kebun2, dusun durian, rimbunan pokok buluh liar, pokok pisang hutan, dan hutan balak yang kayunya besar2 serta tinggi yang kelihatan. Tapi kira nasib kami berdua baik sebab ada juga beberapa kenderaan yang lalu kat jalan lama Bentong sebab taknak ikut lebuh raya agaknya. Lepas je lalu berbelas2 selekoh tajam kat jalan sempit tu, motor yang dinaiki selamat melepasi jalan belakang R&R Genting Sempah ( McD takder masa ni ) dan Kampung Janda Baik punya junction, tiba2 saya terperasan macam ada kelibat benda berwarna hitam terbang melintasi dari atas motor sebelum benda hitam tu hilang di rimbunan pokok hutan balak kat tepi jalan. Lepas terperasan kelibat benda hitam yang terbang melintasi atas motor sempat juga saya mencuri2 pandang side mirror motor sepupu yang dia pun turut sama menjeling keatas dan kami hanya berdiam diri tidak berkata apa2 pun masa tu. Pukul 06:15 petang kami berdua berdua selamat sampai area bandar Bentong dan singgah sekejap kat stesen minyak BP ( now BHP ) untuk refill minyak motor. Budak yang tengah pegang nozel pam minyak ( masa ni takder lagi self service kat petrol pump ) sempat pulak menelinga semasa sepupu tanya saya "ko perasan tak ada masa macam benda terbang warna hitam tadi?"... dan saya hanya anguk2 kepala sebab malas nak pikir2 panjang pasal benda yang terbang warna hitam tu on that time.... kami pun sambung ride to Mempaga sampai2 rumah dah nak dekat azan magrib. Hari ini baru saya terfikir semula misteri berkenaan benda terbang yang melintasi motor kami pada 18 tahun yang lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ex_klia replied at 16-1-2015 03:22 PM
Good TT, dan nak tumpang for sharing my old exprience 18 years ago.....

November tahun 1997, keti ...

Thanks... Sharing is caring..

Tp syukurlah tiada perkara buruk berlaku..
Agaknya benda tu saja nak mlintas.. Dah rezeki korang ternampak hari tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.294510 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list