CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: luvAnne

Koleksi Kisah Mistik 3 dekad

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2015 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by luvAnne at 9-7-2015 04:11 PM

Kisah 15 ~ Penampakan malam kematian mendiang Tamin.

         Kematian Tamin paling diingati di kampung kami. Sebabnya berlaku penampakan yang jarang dilihat. Pada tahun itu, dalam 90-an,  Tamin (bukan nama sebenar) anak muda kampung saya mati mengejut berpunca daripada terpijak paku berkarat. Tak sempat hantar hospital, jam 2 ptg terpijak, jam 6 petang dah meninggal. Malam tu orang2 kampung berjaga, ayah dan kakak sepupu saya Kak Diah antara yang turut berjaga.
        Malam tu Kak Diah dan 2 orang lagi gadis disuruh buat kopi. Setelah siap, baru nak keluar dari dapur, tiba2 air paip terbuka dengan sendirinya. Kakak bersangka baik, dia masuk dapur dan terus tutup air, baru dua tiga langkah, air terbuka kembali, bila menoleh kakak ternampak jelmaan Tamin berdiri di penjuru dapur dengan wajah sedih.
        Kak Diah berjaya menahan diri dari menjerit. Cpat2 masuk ke ruang tamu. Malam itu, smua yang berjaga ketakutan kerana penampakan lembaga hitam dan putih berselang seli, kejap di dapur, kejap di beranda.
Semua yang datang malam tu tpaksa bertahan di rumah mendiang, sebap tak berani balik.
        Esoknya mayat mendiang selamat ditanam. Adat orang sini, akan ada aktiviti berjaga setiap malam hingga ckup seminggu. Oleh kerana mendiang bukan muslim, aktiviti malam berjaga adalah minum tapai dan main daun terup. Setiap malam makanan kegemaran mendiang ketika masih hidup dihidang. Setiap malam juga berlaku penampakan.
        Cukup seminggu, oleh kerana berlaku penampakan, terpaksalah ritual utk say goodbye diadakan. Alatan adalah lilin, tepung dan bomoh yang pandai. Beberapa minit sebelum tengah malam, semua yang datang akn berkumpul di tengah rumah. Bomoh taburkan tepung. Dari pintu depan dan bahagian tepi ruang tamu, hingga ke meja tempat makanan kegemaran dihidang.
        Menurut Kak Diah, malam itu, tepat jam 12 bomoh baca mantera, serentak angin kencang dan lilin terpadam sendiri, disebabkan angin yang tiba2 bertiup. Yang datang berpeluk2 di tengah2 rumah. Bomoh baca mantera, makin kuat baca, angin makin kuat. Berpusar2 dalam rumah, menjatuhkan barang perhiasan dalam rumah.
        Tak sampai 5 minit upacara tamat. Lampu dipasang. Aneh. Tepung atas lantai tak berselerak walaupun ada angin dalam rumah. Ada tapak kaki pada tepung. Bomoh bagitau tu tapak kaki mendiang. Namun mendiang dah setuju untuk pergi dan menerima hakikat yang dunianya dah tak sama dengan dunia kita.
         Minta maaf kalau ada yang tak senang dengan cerita ni. Saya dah cuba ceritakan selembut yang boleh. Yang buruk jadikan sempadan. Moga kita mendapat iktibar. Sekian kisah 15.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2015 03:05 PM | Show all posts
luvAnne replied at 19-1-2015 01:58 PM
Kisah 16 ~ Penampakan malam kematian mendiang Tamin.

         Kematian Tamin paling diingati di kampung  ...

sorry la nak share/menyibuk sikit

dulu aqua pernah baca, mcm orang barat kan kalau ada kematian dorang nanti tutup semua
cermin dalam rumah dengan kain putih sebabnya tak mau ternampak jelmaan si mati
apa kaitan dengan kisah tamin ni?
ntah la cuma tiba2 teringat sebab ada orang kata kalau kita ternampak jelmaan si mati,
orang tu tak sangka dia dah mati/tak boleh terima kenyataan dia dah mati
kesahihan dan relevan statement ni, aqua tak pasti
aqua pun tak tau dari aspek agama islam benda ni betul ke tak, atau mungkin pernah
terjadi kat sesiapa sebab benda ni unexpectable

nice story
kalau ada kisah lagi, bila2 free sambung ya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
lavender_aqua replied at 19-1-2015 03:05 PM
sorry la nak share/menyibuk sikit

dulu aqua pernah baca, mcm orang barat kan kalau ada kematian ...

Xpa.. Thanks baca cerita saya. Seingat saya, masa tu tak ada yang mention tentang cermin. Jadi, rasanya tak ada kaitannya... Ia lebih menjurus kpd si mati belum bersedia untuk pergi..

Kalau nak hadam cerita ni kena lihat dari konteks kepercayaan mendiang lah..

Saya pernah juga dengar cerita, yang orang agama islam pun pernah ternampak jelmaan si mati. Tp kena percaya tu semua kerja syaitan.

Lagipun dalam islam tak boleh percaya benda macam ni...kann.. boleh jatuh syirik.


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 12:05 PM | Show all posts
dalam agama islam tak ada istilah jelmaan dari simati....yg menjelama hanyalah Syaitan. Syaitan mencuba sedaya upaya untuk memesongkan manusia.

Tidak ada saranan atau amalan dari Rasulullah yg menyatakan cermin mesti ditutup ketika jenazah ada dirumah.  Ini hanyalah amalan orang 2 tua dahulu dan lebih kepada kepercayaan orang2 hindu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 04:38 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 04:42 PM

Salam.. lama tak update. banyak perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang ni. lupakan seketika dan layanlah kisah mistik yang  dah lama saya berhajat nak kongsi, namun susah untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan.

Kisah uncle lim si pemburu harta karun. Part 1.

Kisah bermula pada tahun 2000. Uncle lim (kiranya adik ipar ayah saya) berkenalan dengan seorang pemuda suluk pemburu harta karun bernama Jeriko. Kononnya moyang jeriko adalah berketurunan tentera jepun yang datang menjajah tanah borneo. setelah kalah perang, moyang jeriko sembunyikan harta2 di tanah borneo, namun dia ada buat petanda2 dan simbol untuk kegunaan cucu cicitnya nanti. Jeriko ada salinan buku yang mengandungi simbol2 tersebut.

Uncle Lim jadi rakan kongsi jeriko, tugasnya mudah saja. Cari tempat2 yang ada monumen2 atau batu2 ganjil, nanti jeriko akan kaji. kebetulan, di kampung saya, berdekatan dengan sungai, ada sebuah batu besar berbentuk ganjil, berbentuk binatang. Tengok sisi kiri macam ayam besar, dari kanan nampak macam lembu. Entahlah…no komen. Jadi itulah sasarannya,Jeriko tilik2 dan yaa.. ada 5 simbol yang ada dalam buku catatan jeriko. jeriko suggest yang harta ada ditanam di bawah batu tersebut. Setelah menguruskan apa yang perlu, penggalian bermula. Ramai penduduk kampung yang terlibat, termasuklah ayah. semuanya mengharap habuan harta karun.

HARI PERTAMA, tiada apa2 berlaku. Hari kedua ketika matahari tegak diatas kepala, ketika sedang sibuk menggali, tiba2 hujan panas turun dengan lebat. Bunyi ayam hutan jelas kedengaran, disertai bau harum  bunga hutan (xtau jenis)). Semua berhenti menggali, namun penggalian diteruskan setelah keadaan tenang.

HARI KE-2. sampai saja di tapak, ahli2 penggali harta terkejut apabila mendapati site rosak teruk. pondok berehat rosak teruk. mungkin kerja binatang buas atau kerja org2 yang dengki. jadi mereka cadangkan untuk bermalam. Ayah, uncle lim, jeriko dan ada beberapa orang lagi memilih utk bermalam. Malam itu kejadian tak disangka2 berlaku, seawal jam 8 malam, dimulai bau harum dan kicau2 burung. Tak ubah bunyi sewaktu siang, bezanya cuma malam itu agak gelap. Walaupun unggun dipasang, gelap malam itu amat berlainan, kata ayah. Yang ada terus bertahan. Malam itu, bila semuanya sudah masuk ke dalam khemah, terdengar di luar, bunyi tapak kaki seseorang yang berbadan besar, dan ramai. Bergegar2 tanah kawasan perkhemahan. Keadaan berlanjutan sehingga subuh.

Namun semua ahli yang ada berhati batu, walaupun setiap hari berlaku gangguan, demi harta mereka tak peduli semua tu. Masing2 agak yakin dengan si suluk jeriko. Genap seminggu, penggalian siap, namun tiada harta ditemui. Yang ada di bawah batu hanyalah sarang anai2 yang agak besar, saiznya separuh saiz batu yang digali. Yang orang kampung dapat hanyalah penat, demam dan lemah semangat akibat gangguan2 yang dialami semasa penggalian. KAUM adam terpaksa menadah telinga akibat sindiran kaum ibu yang mengambil kesempatan melepaskan geram. Pengajaranya, harta tak akan datang bergolek, tiada harta karun jepun, orang tamak selalu rugi. Sekian.

#prayformyhometown #pray4ranau #pray4kundasang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 04:39 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 6-7-2015 04:43 PM

kisah uncle lim si pemburu harta ….part 2

Hubungan Uncle Lim dengan Jeriko tak berakhir dengan kegagalan mendapatkan harta di kampung saya. Mereka terus bersama2 mencari harta di seluruh tanah borneo utara ini. Namun kisah yang saya ceritakan ini merupakan kerjasama terakhir uncle dan jeriko. Uncle dapat tau ada sebuah batu menyerupai kijang di sebuah kampung, dan terus mengkhabarkan pada jeriko. Jeriko siasat dan macm biasa la. mesti dia nak korek. Penduduk bagi warning.. batu tu batu tempat orang kampung buat ritual mengemburongoh (ritual perubatan) dan monogit (denda/kapanasan). Masa tu penduduk kampung telah berpecah belah, ada yang bersetuju kemaruk harta. Satu pihak lagi menentang keras, dengan alasan batu tu batu suci mereka. Tak boleh diganggu.
Yang kemaruk harta lagi ramai dari yang menentang, tambahan pula politik si jeriko agak kuat, kononnya comfirm ada harta. 70% milik kampung, team uncle cuma ambil 30%.  Jadi batu tu pun digali untuk cari harta. Malangnya.. tiada harta..
Balik dari kampung tu uncle dan team demam teruk, mengigau dan bercakap sorang2. Dirujuk ke hospital, cuma demam biasa. Masing2 cari kaedah alternatif untuk sembuh. Namun bagi uncle Lim, keadaan tidak berubah. demam tak kebah,makin kurus, malah mula hilang ingatan. bini dan anak2 pun dah tak kenal.
Para perawat mengatakan, uncle dah kena sihir orang kampung yang dah sakit hati dengan perbuatan uncle di kampung tersebut. Akhirnya setelah bertahun2 berubat, uncle lim akhirnya meninggal dunia. AL fatihah utk uncle lim.

#prayformyhometown #pray4ranau #pray4kundasang


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah N utk segala yg blaku. Best cite N, straight to the point. nenek suke baca, senang hadam.. Kipidap!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 02:16 PM | Show all posts
nenek_lampir replied at 6-7-2015 06:22 PM
Takziah N utk segala yg blaku. Best cite N, straight to the point. nenek suke baca, senang hadam.. K ...

Thanks..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2015 02:17 PM | Show all posts
Uncle K diserang penyakit gila.

Satu hari awal tahun 90 an.. ketika matahari tegak di atas kepala, tiba2 hujan panas turun dengan lebat. Masa tu Mak, Uncle K (abang mak) dan nenek sedang berada di tengah sawah sedang merumput. Dalam hujan2 tu tiba2 uncle jatuh, mengelepar sambil mulut berbuih2. Uncle dihantar ke hospital (kg mak berdekatan pekan) dan diberi rawatan. Malangnya lepas kejadian tu uncle dah berubah sikap. Suka berkurung, kuat marah dan sering berteriak2 dan mengamuk tak tentu pasal. Agak pembersih dan sangat anti terhadap budak2. habis budak2 termasuklah abang dipukul. Saya sendiri pernah dikejar sebab buat kotor bermain masak2 dalam rumah. Uncle sakit jiwa aka gila, kata doktor.

Banyak tempat Nenek bawa uncle berubat alternatif. Namun tak ada yang serasi, setiap kali berubat keadaan jadi makin teruk. Ada satu hari, polis terpaksa dipanggil sebab uncle mengamuk teruk. Uncle disimpan satu malam dalam lokap. Selepas kes lokap tu uncle berkurung lebih daripada 6 bulan. Makanan dihantar depan pintu bilik, pandailah dia ambil. Tak mandi, klu nak kencing atau buang besar, dia buang ja melalui satu lubang lantai yang dia buat sendiri, kotoran jatuh terus ke bawah kolong rumah. Lepas 6 bulan, tiba2 uncle keluar berteriak2 lepas tu buang duit2 ke luar rumah, disebabkan terlalu lama berkurung,atau mungkin sebab tak kena cahaya matahari, rambut uncle dah berubah putih semuanya. Masa tu Pak cik Tua dan Uncle P (rujuk cerita sihir murut) tangkap uncle K. Atas cadangan uncle P, Uncle K akan dirawat ikut kaedah orang dulu2.. kaedah mengemburongoh kata Uncle P.

Jadi Uncle K dibawa ke pekan K dan menjalani rawatan di sana. Kata mak kaedah mengemburongoh ni merupakan kaedah di mana bomoh perempuan akan berinteraksi dengan makhluk halus untuk mengubati pesakit. Agak mengejutkan, Uncle akhirnya pulih. Seolah baru bangun dari tidur yang panjang. Uncle telah habiskan 8 tahun hidupnya berada dalam alam gila. Kata bomoh perempuan tu, Uncle terkena badi kubur orang pagan. Kononya di sawah padi nenek ada kubur lama. Tambah bomoh tu lagi, ada sebab lain lagi, kononya uncle patah hati, kecewa cinta bertepuk sebelah tangan. Yang ni uncle tak mengaku. Tapi sehingga kini, Masih ada keanehan yang bersisa pada uncle K. Selain masih membujang, setiap kali bulan mengambang penuh, uncle tak boleh duduk diam, tak boleh tidur. Asyik gelisah dan sepanjang malam kerjanya keluar masuk rumah lagak macam orang kepanasan. Namun asal uncle boleh mengurus diri sendiri dan tak membahayakan diri orang lain, kami dah cukup bersyukur. Bukan apa.. trauma bila teringatkan 8tahun uncle dalam alam gila tu. SEKIAN.
#pray4myhometown
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:23 AM | Show all posts
luvAnne replied at 8-7-2015 02:17 PM
Uncle K diserang penyakit gila.

Satu hari awal tahun 90 an.. ketika matahari tegak di atas kepala ...

sian.. uncle k tu bukan terkena buatan org la kan? berapa umur uncle tu skang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:30 AM | Show all posts
@luvAnne ok lah sudah di sana? teda lagi gegaran kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 01:39 PM | Show all posts
Syazzy replied at 9-7-2015 11:30 AM
@luvAnne ok lah sudah di sana? teda lagi gegaran kah?

masih ada lagi.. kemarin pagi kazen sy ckp la 9 lebih.. gegar sama bunyi batu gunung runtuh.. paling rasa la di kundasang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 01:46 PM | Show all posts
nenek_lampir replied at 9-7-2015 10:23 AM
sian.. uncle k tu bukan terkena buatan org la kan? berapa umur uncle tu skang

kalau ikut cakap perawat tu, tiada unsur dengki orang..  kiranya macam dah terkacau tempat orang halus.. skg ni sudah 50 an si uncle tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 01:51 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 9-7-2015 04:10 PM

Benang hantu ni la yang paling aman damai dalam forum ni.. dan sekarang sebab ada banyak masa free saya sambung lagi kisah2 mistik.. Sekadar perkongsian semata2 tiada.. tiada maksud lain k..

Cerita kali ni bertajuk.. Empat hari sesat di hutan

Cerita ni kira masih baru. Cerita ni agak famous, kalau ada sabahan yang tau cerita ni rasanya dapat detect identiti sebenar saya. Oh nooo... rasa macam tak nak cerita pun ada. Ok tak apa, untuk melindungi privasi maka tahun berlaku adalah dirahsiakan.

Bertahun2  yang telah berlalu… Cerita bermula apabila uncle J (menantu pak cik im abang ayah ku) dan 7 orang kawan2 pergi berburu di hutan tebal sempadan daerah K dan T. Setelah minta izin ketua kampung, group uncle J masuk hutan. Yang ni pun 2 dalam 1 juga aktivitinya- iaitu, sambil berburu, menangkap ikan, sambil2 mencuba nasib cari pokok gaharu.

Rancangan asal mereka cuma berburu untuk tempoh 3 hari. 2 hari pertama mereka langsung tak dapat hasil buruan, masuk hari ketiga ketika dua orang daripada ahli group (group 1), memilih untuk balik awal pagi ke perkampungan. Yang lain memilih untuk balik lewat sikit.Ketika mereka bersiap2 untuk balik, tiba2 ada 3 beranak kijang lalu di tapak perkhemahan mereka. Jadi uncle J dan seorang lagi abang S pergi la menghambat kijang tersebut. Berjaya tembak seekor. Sudah dapat seekor, mereka mula tamak. Jadi uncle J ajak Abang S untuk mengejar2 ekor lagi (group 2). Manakala 4 orang lagi tunggu di tapak perkhemahan (group 3). Uncle J pesan suruh tunggu, jangan pandai2 nak balik sendiri. Lagipun kebanyakan ahli  group 3 ni first time mereka masuk hutan tu.

Empat hari sesat di hutan : Masalah bermula..

Group 2 : Kijang yang nak dihambat sudah tak nampak bayangnya. Jadi Uncle J dan abang S dah nak balik tapak perkhemahan. Masa nak balik tiba2 hujan turun dengan lebat. Jadi Uncle dan abang S berteduh di bawah pokok ara yang agak besar. Lepas ja hujan teduh, Uncle J tiba2 dah tak nampak jalan. Bila nak jalan kawasan hutan jadi makin tebal.

Group 3 : Oleh kerana terlalu lama menunggu uncle J mereka mula bosan, jadi mereka nak balik dulu. Salah seorang daripada ahli, pernah masuk kawasan tu dah tertidur. Jadi ahli group yang mengharap akan ahli itu (bagi nama L la) sebagai penunjuk arah segera mengejutkannya. Si kawan ni pula, bangun ja terus angkat bag, tak cakap sepatah perkataan terus gerak. Yang lain ikut di belakang. Lebih 3 jam berjalan masih tak sampai2 ke kawasan perkampungan. Standard jalan kaki selama 1 ½ jam, dan mereka sedar mereka dah sesat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 01:54 PM | Show all posts
Empat hari sesat di hutan : Solution Group 1.

Group 1 : Oleh kerana menjelang senja ahli yang lain masih belum balik, mereka bersama beberapa orang kampung masuk ke hutan untuk mencari. Mereka suspek ahli2 tu sudah sesat, tapi mereka bersepakat untuk tunggu keesokan hari sebelum memutuskan apa2 tindakan yang perlu diambil. Keesokan harinya.. Orang kampung masuk ke hutan untuk mencari berbekalkan bunyi2an dan gendang2 serta gong mereka berbuat bising dengan harapan ahli group akan dengar. Sehari suntuk mencari tak jumpa. Jadi ahli keluarga masing2 mula diberitahu. Masa tu ahli keluarga dah mendesak untuk lapor polis tapi ada yang tak setuju sebab group masing2 masuk hutan dengan membawa senjata api tanpa lesen (lagi takut masuk lokap daripada memikirkan nyawa ahli yang sesat). Akhirnya pada pagi hari keempat report polis dibuat dan pasukan polis dan RELA mula bersiap untuk memulakan operasi pencarian. Seorang Ustaz dihubungi dan menurut ustaz lokasi ahli2 yang sesat tu berada di banjaran Terus Madi. Ketika anggota penyelamat bersiap untuk gerak, tiba2 dapat call ahli group 2 dah selamat keluar dari kawasan hutan, manakala ahli group 3 pula telah dihantar oleh menggunakan lori balak oleh pekerja pembalakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 01:55 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 9-7-2015 02:02 PM

Empat hari sesat di hutan : Apa sebenarnya yang berlaku?

Group 2 ~ CERITA UNCLE J : Uncle J sebenarnya tak sedar yang mereka dah sesat. Sebab Uncle J dah terlalu biasa masuk ke kawasan hutan tersebut. Uncle asyik fikir nak keluar cepat. Jadi mereka asyik berjalan sampai seluar dah koyak rabak. Yang paling mistik uncle tak sedar yang sebenarnya mereka dah sesat beberapa hari sebab keadaan sepanjang masa adalah kelam dan hanya bulan sahaja yang kelihatan di langit. Tak ada matahari. Akhirnya setelah penat berjalan Uncle dan abang S tiba di kawasan sungai. Mereka ada nampak sebuah pondok. Uncle dan abang S masuk berehat dan masa tu mereka nampak ada sepohon pokok hutan berbuah (buah boleh makan) namun masam. Mereka jadi amat lapar dan masa tu mereka berebut untuk mengambil buah2 pokok tu. Uncle J dan abang S bergaduh sesama sendiri sebab berebutkan buah tersebut. Masa bertengkar tu tiba2 Uncle J nampak ada ramai orang sedang mandi manda. Dia pergi menghampiri dengan niat nak tanya arah. Namun kumpulan manusia tu cepat2 lari. Uncle kejar dan tiba2 tersedar sebab terlanggar seketul batu yang agak besar. Uncle jatuh terduduk dan masa tu baru la uncle sedar yang mereka dah dipermainkan. Si uncle ni pun bukanlah alim sangat.. sama macam kami2 juga baru convert.. mungkin sebab tu dia lambat pick up. Uncle beristighfar panjang, sambil senyum uncle berkata pada abang S. “Kita betul2 bodoh”. Lalu uncle azan sekuat hati. Kemudian segalanya berubah macam biasa. Uncle dah cam jalan dan masa tu la mereka terpaksa balik dengan keadaan merangkak sebab dah terlalu penat. Sungai tu sebenarnya terletak tak begitu jauh dari kawasan perkampungan.

Group 3 ~ CERITA L:  Kata L masa dalam keadaan mamai akibat dikejutkan tu dia ternampak sebatang jalan yang agak lurus dan bersih. Laluan tu yang agak bersih dan sehingga rumpai dipinggir jalan itu berwarna kekuningan seolah disembur racun serangga. Selepas 3 jam berjalan dia sedar mereka dah sesat namun dia dah tak tahu jalan keluar. Mereka tiba di sebuah sungai dan tidur semalaman di pinggir sungai tersebut. Keesokan harinya mereka sambung berjalan dan tiba di sebuah kem pembalakan. Rupanya mereka dah tersesat lebih 50 km dari kawasan perburuan. Mereka diberi makan dan berehat dua hari lagi di kem tersebut, baru call ahli keluarga,(pinjam telefon renjer) dasar tak sedar diuntung. Ahli keluarga risau separuh mati mereka sempat lagi rehat selama dua hari di kem tersebut.

Kesan paling besar yang dialami oleh team uncle J adalah trauma. Yang first time masuk hutan dan bertaubat tak nak masuk hutan lagi. Uncle J dan abang S yang paling teruk terjejas, sebab masa ditemui tu badan Uncle J dan abang S dah susut benar. Mereka seolah2 kurang siuman sebab tak tidur selama 3 hari tanpa mereka sedari. Oh ya.. Uncle dan team dikenakan denda oleh penduduk kampung. Adat sogit berupa seekor ayam setiap seorang sebab telah menimbulkan huru hara di kawasan perkampungan pedalaman tersebut.. sekian tamat..
#pray4myhometown #pray4ranau #pray4kundasang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2015 02:04 PM | Show all posts
Syazzy replied at 9-7-2015 11:30 AM
@luvAnne ok lah sudah di sana? teda lagi gegaran kah?

Yang kin takut tu mamut ba.. beliau saya ckp kan telampau dalam jepun korek tu dulu, skg gegar2 ja x berenti takut klu tiba2 runtuh ka.. kan penuh air..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 03:30 PM | Show all posts
Edited by luvAnne at 9-7-2015 03:32 PM

Pernahkah anda dengar mengenai mayat yang akan dirasuk hantu apabila dilangkah binatang seperti kucing dan anjing? Kisah kali ini berkaitan dengan perkara ini. Kisah benar ini bertajuk…

Mayat hidup kembali dilangkahi binatang?

Lama dulu lebih kurang 35 tahun yang lalu.. Disebuah pondok kecil di hujung sebuah kampung (dirahsiakan) sebab waris2 masih hidup,  ada seorang tua yang tinggal sebatang kara, bukannya tak ada saudara mara, tapi orang tua ni memilih untuk tinggal sendiri. Sebenarnya Atok ni menghidapi sejenis penyakit kulit, jadi dia tak mahu menyusahkan saudara maranya. Yang tinggal bersamanya di pondok itu adalah kucing2 dan anjing2 nya. Setiap hari ada cucu Atok yang rajin datang menghantar makanan. Satu hari cucunya pergi ke kampung lain untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya, dia terpaksa tidur di kampung itu selama dua hari untuk menolong apa2 yang patut.

Selepas dua hari, cucu yang baik hati ni pergi menghantar makanan untuk atoknya itu. Ketika sampai atoknya sedang baring. Tiba2 Atoknya berkata, “Ugou, boleh bagi air?” Si cucu pun beri air. Lepas minum air si Atok pun duduk. Dia berkata pada cucunya. “Ugou saya teringin mau makan tebu.. bolehkah kau bagi saya tebu?” Masa tu baru si cucu tu perasan yang sebenarnya, telinga atoknya sudah tiada,si cucu syak akibat dimakan binatang (suspek-anjing), mata Atoknya merah, dan perangai agak lain pada pandangan si cucu berbanding selalu (tak tahu apa yang lain). Kemudian cucunya teringat kata-kata ibu bapanya, mereka khuatir satu hari kalau Atok tu meninggal tak ada yang perasan nanti dilangkahi binatang akan dirasuk hantu. Jadi si cucu dengan takut berkata kepada Atoknya,
“Baiklah aki kau tunggu di sini, jangan p mana2, saya p ambil dulu” Kemudian cucunya terus balik ke perkampungan kemudian memberitahu orang kampung. Orang kampung terus datang sambil bawa antan dan lesung, kononnya petua untuk mengalahkan hantu yang dan memasuki badan mayat. Akhirnya Atok tu meninggal dunia.

Sebelum ramadhan saya ada balik kampung, saya berbincang dengan ayah dan mak mengenai perkara tersebut. Persoalan yang saya timbulkan adalah.. benarkah Atok tu mati hidup semula? Lalu timbul lah teori mak, mak berpendapat mungkin Atok tu belum meninggal masa tu, tentang telinga yang hilang tu mungkin luruh sebab Atok tu kan ada penyakit kulit. Mata yang merah mungkin terlebih tidur. Atok tu betul2 mati lepas dihimpit lesung dan antan padi oleh orang2 kampung. Kebenaran tentang benarkah Atok tu mati hidup semula akibat dilangkahi binatang tidaklah dapat dipastikan kesahihannya. Moral cerita : Walau teruk mana pun penyakit ahli keluarga kita, janganlah diasingkan begitu rupa walaupun itu kemahuannya. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala... siannye ke atuk.. kalau la betol betol belom meninggal masa tu, kan aniaya dia aje...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:58 AM | Show all posts
luvAnne replied at 9-7-2015 02:04 PM
Yang kin takut tu mamut ba.. beliau saya ckp kan telampau dalam jepun korek tu dulu, skg gegar2 ja ...

sabar.. kita byk2 berdoa jak...ramai2 solat hajat tiap hari... mintak dilindungi Allah...
aku minggu depan baru balik beraya di KK...mudahan ok lah dalam perjalanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.115139 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list