View: 3535|Reply: 25
|
[Tempatan]
Lori terbabas, orang ramai kecoh berebut buah oren
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Orang ramai di sekitar tempat letak kereta di Kepong terkejut melihat berkilo-kilo buah oren jatuh secara tiba-tiba dari atas bumbung dua buah kenderaan.
Buah itu sebenarnya datang dari sebuah lori yang terbabas di jalan bertingkat yang terletak di atas tempat letak kenderaan terbabit.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai berkerumun di sekitar tempat letak kereta berkenaan untuk mengutip buah yang dianggap tidak bertuan itu.
Malah, ada yang sanggup menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk berebut buah yang dipercayai dibawa dari sebuah kilang di Rawang.
Advertisement
Jurucakap polis berkata, sebuah lori membawa muatan penuh buah-buahan terbabas ketika melalui jalan bertingkat untuk ke Pasar Borong Selayang, kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
Katanya, lebih 20 kotak oren itu terjatuh dan mengenai bumbung sebuah lori dan van yang diletakkan di tempat letak kereta tersebut.
“Pemandu lori buah itu dari Rawang dan mahu ke Pasar Borong Selayang untuk menghantar buah. Namun kenderaannya gagal dikawal lalu menghentam tembok jalan terbabit.
“Hentaman itu menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian belakang lori malah buah yang berada dalamnya terjatuh terkena bumbung van serta lori di tempat letak kereta di bawah,” katanya.
Katanya jurucakap itu, tiada kemalangan jiwa berlaku dan pemandu lori buah hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.
“Ketiga-tiga pemandu kenderaan itu telah membuat laporan polis dan kes ini akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
apalah org kat malaysia ni, tak tolong tapi nak curi oren2 tu kat lantai |
|
|
|
|
|
|
|
elok dihududkan aja depa2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
ade gambar tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Cehh.. berkat ke makan buah tu? Jadi darah daging tuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
tiada beda ummah pati dgn org kita
https://www.facebook.com/SukanStarTV/posts/818715368195483
Eksiden kontena yang membawa muatan oren diflyover sekitar kawasan pasar borong telah menjadi "mini pesta" bagi sebahagian warga pekerja myanmar,vietnam dan sebahagian warga tempatan.
Ini kerana buah oren yang jatuh dari atas flyover telag diambil secara "berjemaah" oleh mereka yang dimaksudkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni kalau lori babi terbabas
tidak ada kes babi hilang dilaporkan
tidak ada kes kereta melanggar belakang lori (ternyata brek berfungsi dgn baik bila ada lori babi di hadapan) |
|
|
|
|
|
|
|
aiikkk...dalam lori pun kena sakau gak ke |
|
|
|
|
|
|
|
i wish i ckp strong utk tidak buat mcm ni klu insiden ni berlaku dpn mata
jadi darah daging tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat buah oren tu jatuh dr langit ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
simpan utk chinese new year lettewwww |
|
|
|
|
|
|
|
adakah anggapan mereka itu rezeki jatuh dari langit? |
|
|
|
|
|
|
|
harap ustat zaharuding buat kenyataan media..suruh geng2 ni bertaubat
|
|
|
|
|
|
|
|
Persis mendapat hidangan drpd langit kkdahnya...pprt sunggoh...siap berkelubong suchi sambil mengutup harta rampasan. |
|
|
|
|
|
|
|
asteruk!!! dh ada la thread pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ayo... kemain amek buah oren tu.. kesian sggh,.. |
|
|
|
|
|
|
|
janji berkelubung sis
tetap suci dimata ummah
|
|
|
|
|
|
|
|
pasni slah sorg pencuri ni msti sbuk update kat moment or fb supaya dilaksanakan hukuman hudud, lwak tgok org malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Lori oren tu kat atas.. yang kat bawah tu lori jual groceries yg kena hempap oren.
jangan rembat sekali yg bawah suda.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|