Bukit Mertajam: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mengenakan denda RM3,000
terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas tuduhan merosakkan patung Buddha dan peralatan sembahyang bekas di kuil pada 2 Januari lalu.
Tertuduh Mohd Firdaus Said, 29, berhadapan penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan.
Mohd Firdaus, mengaku bersalah di hadapan Hakim M Vijayalakshmi, selepas faham dengan pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Dia dituduh merosakkan dua Patung Kwang Ying, tempat abu colok dan bekas lilin di Wat Chantararam Thai Buddhist Temple Bukit Mertajam, pada 10.10 pagi, 2 Januari lalu.
Perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mengaibkan agama Buddha.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum selama dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 12:48 PM
MOHD Firdaus (kiri) mengaku bersalah merosakkan beberapa patung Buddha serta peralatan sembahyang. FOTO Danial Saad
http://www.hmetro.com.my/node/23540
|