CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29196|Reply: 365

[Tempatan] Jawi jejaki tiga wanita di peluk cium arits KPOP.

[Copy link]
Post time 13-1-2015 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Jawi Jejak Tiga Wanita Dipeluk, Cium Artis K-Pop

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kini sedang menjejaki tiga wanita Islam yang terlibat melakukan perbuatan sumbang bersama ahli kumpulan K-Pop, B1A4 ketika penganjuran sebuah konsert di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, setakat ini tiada pihak yang berkenaan tampil bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan kita progesif. Tetapi kita sedang mencari di mana budak-budak perempuan itu berada untuk minta mereka bantu siasatan.

“Kita ada skuad di bahagian penguatkuasaan yang akan bertanggungjawab untuk menjejaki mereka.Apapun, saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk tampil sendiri kepada kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Video aksi mereka kini menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial selepas ia dimuat naik di YouTube.

Ditanya sekiranya Jawi akan mendapatkan maklumat mengenai peminat wanita berkenaan daripada penganjur konsert, Wan Jaafar berkata, kemungkinan sukar kerana mereka tidak mahu mendedahkan butiran tersebut.

“Jadi, kita perlu berusaha menjejaki mereka yang terlibat, atau mereka sendiri tampil kepada kita,” katanya sambil menambah, sebarang perkembangan mengenai siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Penganjur konsert, TGM Events dalam satu kenyataannya pada Isnin memberitahu, sebarang maklumat peminat yang terlibat tidak akan dikeluarkan.

Sementara itu, kertas siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam kenyataannya pada Isnin berkata, perbuatan peminat yang dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu siot..
Mak pak depa sure xkuar rumah punya lah...
Disebabkan nafsu memuncak anak sundiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat artis melayu yang berpeluk sakan tu ada beza ke jawi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:32 PM | Show all posts
i feel sorry for them...

aku rasa isu ni dh diperbesarkan way out of proportion...

for sure la dorang  dtg event ni tanpa niat pun nak peluk or dicium... benda ni berlaku too fast aku rasa budak2 ni tak sempat pun nak berfikir secara rasional masa atas stage tu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:34 PM | Show all posts
motip semua orang melayu yang naik ke pentas?

ke penonton semua orang melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral nyer..jaga tingkah laku..org memerhati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa panggil wanita? Mcm dh tua Budak2 ni.. Ke mmg dh baya makcik2 yg kene peluk tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
what's the big deal la weyyyyy isu ni?   please lah... aku rse instead of budak pmpan 3 org ni sedikit sbyak cemarkan imej islam, yg JAWI n JAKIM n ummah meleis yg double standard lagi mencemarkan nama islam.. org pn takut nk peluk islam.. sikit2 kene hukum.. kalo nk hukum pn be fair la.. just sbab benda ni uncommon n viral ttbe nak amek tindakan... what the fishh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sementara itu artis meleis dan ummah bebas berlaga kopek di kaca tv  dan instagram setiap waktu maghrib..halal pula siap jadi peluanh pekerjaan lagi sis.

The hypocrisy is gangbanging my mind hard.lord help meh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:36 PM | Show all posts

artis bepelokan tu jawi dok buat apa???
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:37 PM | Show all posts
noor2 replied at 13-1-2015 09:27 PM
Kat artis melayu yang berpeluk sakan tu ada beza ke jawi?



itu laeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:37 PM | Show all posts
Tahniah. Sekarang sudah ada skuad anti-peluk
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:38 PM | Show all posts
Kena hukum artis yang sewenang-wenangnya berpeluk jugak. At least budak-budak tu tak rancang pun nak menggeletis. Yang dalam drama dan persembahan pentas tu bukan main plan lagi nak bergomol so hukum mereka sekali ya.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:38 PM | Show all posts
kesian bebudak ni.. mmgla salah tapi biasalah bdk muda akal singkat nak2 mmg obses... zmn kita mgkn sa blalu bolehla pungpang.. tapi xpyhla sampai nk malukan depa viral kat media.. kalo betul nk jatuhkan hukuman jgnla double standard.. seeupa gak kat konsert anuar zain pangkat makcik2 yg da tua dan ckp matang lagi gedik siap kis peluk2 mcm xde laki.. artis mlysia slrg pn cte kt tv wayang lagila terang2 an... isk3... xpela dik pengajaran utk korang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 13-1-2015 09:37 PM
itu laeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnn.....

Elok budak2 ni jadi artis..berpeluk sakan..baru jawi x ambik tindakan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
JAWI bodoh...booooooooo
Punya ramai terang2 retis2 berpeluk2 bagai korang tak nak tangkap
Punya ramai retis togok arak pun korang x nak tangkap
Bangsat je JAWI ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 13-1-2015 09:38 PM
kesian bebudak ni.. mmgla salah tapi biasalah bdk muda akal singkat nak2 mmg obses... zmn kita mgkn  ...

Ya......kesilapan sebab teruja dan akai singkat...tak bermakna satu dunia boleh menghukum seteruk2nya ke atas kesilapan depa berbanding artis2 melayu yang nak muntah kita tengok  berpeluk sakan sambil JAWI tutup mata ja selama ni pun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jawi takmo p tangkap ipa rajiah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan apakah ni smpai nak jejak2 org? Yg terang2 dalam tv peluk cium tu ko biar je? Ummah melayu dan ekstreme berpisah teda
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:50 PM | Show all posts
noor2 replied at 13-1-2015 09:43 PM
Ya......kesilapan sebab teruja dan akai singkat...tak bermakna satu dunia boleh menghukum seteruk2 ...

rasanya bebudak ni mst student lagi.. kesian kat depa mst kena hentam kaw2 dgn mmber2 rakyat mlysia lagi.. jgnla trus jth hukum.. cari pendekatan lain yg lbh mendidik secara positif..yg media pun ari2 ke nak interview jawi follow up kes ni nak cari berita sensasi xpatut kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.085761 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list