Foto budak perempuan berseragam sekolah comot jadi viralPix 1: Nozalle Alfred Joe, enam tahun, tiba-tiba menjadi terkenal di laman sosial selepas dia ditemui dengan pakaian seragam sekolah yang comot di tepi jalan oleh penduduk kampung. - Foto: WhatsApp
[size=100%]KOTA KINABALU, 13 Januari:Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, tiba-tiba menjadi ‘terkenal’ di rangkaian media sosial apabila gambarnya yang memakai pakaian seragam pra-sekolah, menjadi viral. Ketua Polis Asisten Komisioner M Chandran mengesahkan laporan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nozalle Alfred Joe ditemui penduduk kampung di tepi jalan di Inanam, kira-kira 10 kilometer dari sini, sebelum membawanya ke balai polis di sana untuk tindakan selanjutnya. Pix 2 (insert into text): Nozalle yang berpakaian pra-sekolah yang comot ditemui penduduk kampung ketika berjalan kaki balik ke Kampung Kionsom. – Foto: WhatsApp
“Kami mendapat tahu, kanak-kanak itu membuat keputusan untuk berjalan kaki dari sekolah Kemas di pekan Inanam ke Kampung Kionsom semalam apabila bas sekolahnya tidak tiba untuk mengambilnya di sekolah. Sebenarnya bas itu terlambat tiba.
“Seorang penduduk kampung yang prihatin segera menghantar kanak-kanak itu ke balai polis untuk mencari siapa ibu bapanya,” katanya.
Chandra berkata, maklumat mangsa segera dimuat naik ke kumpulan WhatsApp polis dan dikongsi sehingga mereka menemui bapanya, Alfred Joe.
“Ibu bapa kanak-kanak itu datang ke balai polis untuk mengambil anak mereka pada jam 7.30 malam,” kata Chandra.
Khabar angin mengenai kanak-kanak itu menjadi viral sehingga ada yang mengatakan dia ditinggalkan di sekolah selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut di mana ibunya meninggal dunia di tempat kejadian, sementara bapanya dimasukkan ke unit penjagaan intensif.
“Khabar angin itu tidak benar. Kanak-kanak itu selamat dan kembali kepada keluarganya,” katanya.
Sementara itu jurucakap Kemas Sabah mengesahkan menerima laporan yang sama dan menambah kanak-kanak itu kembali ke sekolah hari ini, seperti biasa.
TRP |