CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3267|Reply: 2

Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

[Copy link]
Post time 14-1-2015 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

Hasil kerja yang dibuat oleh manusia ribuan tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan sangat mengagumkan dunia moden. Diantaranya adalah Penempatan-penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan dibawah. layannnn





Penempatan Bandiagara Escarpment Dogon Country, Mali

Kawasan ini telah didiami manusia sejak zaman Paleolitik lagi tapi hari ini kawasan ini dikenali dengan nama 'Land of The Dogons'. Antara orang-orang terawal yang membuat penempatan di sini ialah orang-orang Tellem.

Mereka turut dikenali sebagai 'orang merah kecil'. Mereka membina kediaman mereka di bahagian bawah tebing tetapi ianya dibina masuk ke dalam dinding batu.

Pada sekitar tahun 1,300, mereka telah digantikan dengan puak lain iaitu Dogon dan dikatakan masih ada yang menetap di situ sehingga ke hari ini dan masih menggunakan sebahagian daripada bangunan-bangunan asal puak Tellem.

Sesetengah penduduk Mali hari ini mengatakan yang puak Tellem mempunyai kuasa magik dan boleh terbang. Jadi tidak hairanlah kalau rumah mereka tinggi di tebing.





Monumen Nasional Bandelier New Mexico, Amerika Syarikat

Semasa ahli antropologi terkenal, Adolph Bendelier melawat ke kawasan tebing ini pada tahun 1880, dia berkata kawasan itu adalah salah satu benda yang paling hebat yang pernah dilihatnya.

Manusia zaman purba telah membuat penempatan dikawasan tersebut dengan membuat terowong melalui dinding-dinding ngarai manakala sesetengah lagi bangunan dibina dibahagian bawah tebing.

Mengikut sejarah, puak Pueblo menjadikan kawasan itu kediaman mereka pada tahun 1150. Malah, artifak yang ditemui juga menunjukkan yang penduduk awal di situ turut terlibat dengan kegiatan rangkaian dagangan yang berlaku sehingga ke Mexico.

Yang menariknya, bila pihak musuh menyerang, penduduk di situ akan segera menarik tangga mereka ke atas menyebabkan musuh tidak dapat memanjat ke atas gua.




Penempatan Uchisar Cappadocia, Turki


Di Cappadocia, Turki pula, manusia mula membuat rumah mereka di kawasan berbatu di situ sejak 1,400 yahun yang lampau lagi. Di bahagian tertinggi Cappadocia, terdapat Istana Uchisar yang mempunyai begitu banyak bilik, laluan dan juga tangga yang mana sesetengahnya tidak lagi boleh digunakan.

Mengikut teori, bandar seperti Uchisar adalah sebahagian daripada rangkaian terowong-terowong tersembunyi yang digunakan untuk tujuan pertahanan tetapi teori itu masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

Walaupun tiada akses untuk sesetengah laluan rahsia, namun masih banyak lagi kawasan lain yang boleh diterokai di kawasan tersebut.



Penempatan Tebing Manitou Colorado, Amerika Syarikat

Biasanya kediaman di tebing adalah kekal di satu-satu lokasi, tetapi yang menariknya tentang kediaman tebing di Manitou Springs ialah, ia telah dipindahkan dari tapak asalnya beratus-ratus batu jauhnya dari situ.

Puak Pueblo telah membina kediaman asal mereka di wilayah Four Corners yang didiami mereka antara tahun 1200 dan 1300 namun akhirnya pada tahun 1900, rumah mereka telah dipindahkan ke lokasi yang ada sekarang.

Lokasi ini seterusnya dijadikan muzium dan terus kekal sehingga kini. Ianya masih terpelihara dengan baik dan sangat mudah diakses oleh orang ramai.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 03:06 PM | Show all posts
Dalam ini ada banyak lagi rajin masuk lah : http://www.sentiasapanas.com/201 ... .html#axzz3Op63FGk3

Comments

tepek semua kat sini...  Post time 15-1-2015 09:09 AM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list