CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106515|Reply: 169

AMARAN: BAHAYA Produk Kosmetik Beracun

[Copy link]
Post time 14-1-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Elle_mujigae at 10-2-2017 03:03 PM

Hai kengkawan sekalian,
Hari ini aku tetiba je rajin baca pasal produk kosmetik..

Tetiba aku jumpa satu blogspot ni advise org kita utk slalu pegi check kat website BPFK
(Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Okay..

Intro jap...

Jabatan BPFK ni fungsinya untuk memastikan bahan2 terapeutik yang dibenarkan di pasaran tempatan
adalah selamat, berkesan dan berkualiti.

Ia juga memastikan bahawa produk kosmetik yang diluluskan adalah selamat dan berkualiti.

http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm


Dari website tu, aku jumpa yang Dnars magic Gold Foundation & Yellow Cream (Krim Ku-Neng) racun berjadual yang dikesan
bernama Hydroquinone.

Korg boleh refer link ni http://portal.bpfk.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=52&action=view&retrieveid=472

Artikel kat link tu aku quote kat bawah. Selamat membaca dan pastikan produk kosmetik yang korg guna skrg bebas dari
apa2 jenis racun yang memudaratkan kulit dan kesihatan.

Sekian,terima kasih.

KENYATAAN AKHBAR
PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
  
Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut:
Bil.
Nama Produk
Nombor Notifikasi
Racun Berjadual Yang Dikesan
Nama Pemegang
Notifikasi
Nama Pengilang
1.
Dnars Magic Gold Foundation
NOT111001084K
Hydroquinone
Seri Mh Ummi Sdn Bhd
Yamni Industry, Malaysia.
2.
Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
NOT120101719K
Hydroquinone
Seri Mh Ummi Sdn Bhd
Yamni Industry, Malaysia.
Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi. Penggunaan hydroquinone tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta danmemanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.
DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/newsma ... thash.K2u6AIAN.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 05:26 PM | Show all posts
dah agak dah... klo tak takde la cepat kulit kawan aku cantek...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:41 PM | Show all posts
Hati2 dengan pelbagai lambakan produk kosmetik yang ada di pasaran sekarang. kebanyakannya ada banyak kandungan kimia yang tinggi. produk yg import dari siam pun banyak skrg. Diorang repack balik dan taruk jenama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:45 PM | Show all posts
Produk dnars ni kalau tak silap aku yang disenaraihitamkan ni produk yang tiruan. kalau produk yang asli maybe kandungan hdroquinone dia rendah atau not detected. sebab pihak dinars dah hantar test kat lab produk ni. result test tu kata kedua produk di atas tu bebas dari racun berjadual.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Made in thailand...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai kak....ketinggalan lrt lah.kan dah ada thread pasal dnars ni....cuba beklog...ermmm bulan january ni dah genap setahun krim dnars ni diharamkan di brunei.sila google untuk maklumat lanjut..selain menjual krim beracun pengusaha dnars ni juga dilihat cuba mengelirukan pengguna dgn cubaan menukar nama produk dari putih pitera kepada p-terra dgn harapan customer bbnu akan tertipu.dan dnars adalah pengusaha melayu pertama yg berani mati ckp produk dia ada pitera yang padahal dari tahun 70-an dah dipatenkan di jepun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
produk dnars ni sebenarnya repack produk siam jenama polla.ada baca somewhere....kat kedai 2 ringgit banyaklah jual barang siam termasuk krim polla ni.entah2 dia borong kat siam satu jar seciput tu 50 sen pastu dia jual balik sejar rm10 ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 08:11 AM | Show all posts
whadda replied at 14-1-2015 05:26 PM
dah agak dah... klo tak takde la cepat kulit kawan aku cantek...

Tu lah..

Stiap hari sblum ni kat era.fm promote produk ni..

Tp terkejut jugakla bila tgk kat website tu yg Dnars ni bahaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2015 08:12 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-1-2015 05:41 PM
Hati2 dengan pelbagai lambakan produk kosmetik yang ada di pasaran sekarang. kebanyakannya ada banya ...

Yes. Absolutely true..

Mesti check kat pihat penguasa yg bkaitan apa2 kecurigaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 08:14 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-1-2015 05:45 PM
Produk dnars ni kalau tak silap aku yang disenaraihitamkan ni produk yang tiruan. kalau produk yang  ...

Oh. ye ke?

Tak pasti pulak.

Mungkin kita perlu ambik precaution step jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 08:14 AM | Show all posts

Not sure.

Mungkin jugak kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 08:15 AM | Show all posts
chica_chica replied at 14-1-2015 08:55 PM
alahai kak....ketinggalan lrt lah.kan dah ada thread pasal dnars ni....cuba beklog...ermmm bulan jan ...

Hehehe..

Mmg ketinggalan keretapi akak ni..

Baru tau ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 08:16 AM | Show all posts
chica_chica replied at 14-1-2015 08:58 PM
produk dnars ni sebenarnya repack produk siam jenama polla.ada baca somewhere....kat kedai 2 ringgit ...

Aduh..

Smpai begitu skali ye nak untung..

Tapi tak pikir akan memudaratkan customer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
missdara replied at 15-1-2015 08:14 AM
Oh. ye ke?

Tak pasti pulak.

ini semua helah pengusaha kosmetik.bila kene serbu cakap itu produk tiruan.takdenye kkm bodoh sangat nak check produk tiruan.ingat kkm tu takde sop ke nak raid produk.sebelum dorang raid tu dah berbulan2 dorang buat risikan based on people report.kalau kkm bodoh gi check tiruan,so maknanya yang kementerian brunei pun bodoh gak la yer check yang tiruan punya....brunei 9 bulan lebih awal dah declare dnars ni beracun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 11:19 AM | Show all posts
chica_chica replied at 15-1-2015 11:12 AM
ini semua helah pengusaha kosmetik.bila kene serbu cakap itu produk tiruan.takdenye kkm bodoh sang ...

Huh.. Teruk jugak pengusaha dnars ni..

Smpai buat promotion thru radio lagi kan..

Tapi benda yg dijual mdtgkan kemudaratan pd customer..

Tp mmg stkat ni tak pernah cuba local punya brgn kosmetik or collagen la..

Masih dlm pemerhatian mana yg benar2 bagus dan tidak mendatangkan kemudaratan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:04 PM | Show all posts
dulu mmg sara beli & pakai produk tempatan cenggini.. last tabita pastu tobat dah pakai cun kejap je pastu kulit kelaut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 12:09 PM | Show all posts
Laa baru bli cc cream dia..namalbh kurg nak sama..tp xsure sama ka x.tiruan ka ori apa suma tuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 12:22 PM | Show all posts
sara_thrash replied at 15-1-2015 12:04 PM
dulu mmg sara beli & pakai produk tempatan cenggini.. last tabita pastu tobat dah pakai cun kejap je ...

Tabita pun x ok kan sara?

Ada racun jugak dlm tu..

Aku juz guna safi rania set only.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 12:23 PM | Show all posts
alieyrina replied at 15-1-2015 12:09 PM
Laa baru bli cc cream dia..namalbh kurg nak sama..tp xsure sama ka x.tiruan ka ori apa suma tuu...

Ye ke?
Klu camtu, maybe rina boleh stop dulu la guna.

Takut ada side effect pulak nanti kan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:28 PM | Show all posts
missdara replied at 15-1-2015 12:23 PM
Ye ke?
Klu camtu, maybe rina boleh stop dulu la guna.

Belum guna lg..tu la gatai sgt..dahla mahal benda2 gitu..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076702 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list