View: 3627|Reply: 17
|
[Dunia]
AirAsia Indonesia akui berlaku kecuaian pentadbiran pada penerbangan QZ8501
[Copy link]
|
|
AirAsia Indonesia akui berlaku kecuaian pentadbiran pada penerbangan QZ8501Agensi | Kemas kini: Januari 14, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 14, 2015 17:46 MYT)
AirAsia pernah memfailkan permohonan penjadualan semula bagi pelepasan penerbangan Surabaya-Singapura.
KUALA LUMPUR: Pesawat QZ8501 tidak mempunyai permit penerbangan ketika ia meninggalkan Surabaya untuk ke Si
ngapura.
Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko dilaporkan berkata demikian kepada portal berita Tempo.co sebentar tadi.
“Kami mengakui berlaku kecuaian administrasi,” katanya merujuk kepada Pesawat AirAsia QZ8501 yang sebenarnya mempunyai permit untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Namun begitu, AirAsia dilaporkan pernah memfailkan permohonan penjadualan semula bagi pelepasan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
"Dalam proses tersebut, penjadualan semula itu telah disampaikan secara lisan kepada Ketua Direktorat Pengangkutan Udara. Kecuaian ini harus kami perbetulkan secara dalaman," kata Sunu dalam laporan itu.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menjalankan siasatan berhubung permit penerbangan AirAsia susulan musibah yang menimpa pesawat QZ8501 pada Disember 28 lalu.
Siasatan tersebut merupakan lanjutan dakwaan bahawa AirAsia telah melanggar permit penerbangan dengan melakukan penerbangan pada hari Ahad.
Kementerian Pengangkutan kemudian mengambil keputusan untuk menggantung permit penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura bermula 2 Januari 2015.
Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata beliau tidak pernah mengaku bahawa syarikat itu tidak mempunyai kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/airasia-indonesia-akui-berlaku-kecuaian-pentadbiran-pada-penerbangan-qz8501-52176?cp |
|
|
|
|
|
|
|
bila berlaku perkara begini, akan terjumpalah glitches every where. itu biasa.
tapi aku masih tidak nampak kaitan hari terbang dengan nahas yang ini. ka ada?...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada permit, ada jaminan ke xde nahas?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni br airasia, airlines lain ada x yg xde permit gak? |
|
|
|
|
|
|
|
Xde permit. Patutlah low cost airline. |
|
|
|
|
|
|
|
Kunfayakun.....
Permit tu cuma procedures yg perlu diikut.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: bila berlaku perkara begini, akan terjumpalah glitches every where. itu biasa.tapi aku masih tidak nampak kaitan hari terbang dengan nahas yang ini. k ...
nope, i don't see that too. |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan.. kalo ditakdirkan terhempas hari yg dibenar terbang, nk salahkan sapa pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ada permit, cuaca elok hoccay....
on a serious note, kita bukan nak nafi peraturan tu penting tapi aku rasa isu hari yang dibenarkan terbang ni over blown as if itu yang menyebabkan nahas. Bagi aku ini serupalah bila ada kereta accident, check tengok road tax mati. Lepas tu hari2 ratib pasal road tax mati.
In fact, this could indicate that the airline has been so good you cannot find a more valid reason. They should have tried harder....
my 2 rupiah lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Napelah indon ni suka melalak sblm siasatan selesai dijalankan? Nk cari glamer x kena tempat....pepatah mat salleh ada ckp...makin byk kita bercakap makin byk keburukan kita terserlah....dok diam2 tunggu kotak hitam punya content suda la |
|
|
|
|
|
|
|
Heh, kalau MH17/MH370 jadi camni jugak...takde permit...aku tak tau la macam mana orang kita kutuk kaw2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy rasa bnda2 smua ni utk procedure. Bukan directly jd pnyebab kmalangn. Cthnya claim insurance kan ada syarat2nya. Heheh. My 2 rupiah too. |
|
|
|
|
|
|
|
ada terbaca laporan awal semasa nahas mengatakan pilot meminta kebenaran atc utk naik ke ketinggian tertentu akibat cuaca, namun atc tidak benarkan kerana laluan tersebut sibuk dgn flite lain, pilot diminta kekal pd ketinggian asal, tak lama slps itu terus hilang dari radar
jd permit mmg diperlukan utk kawalan trafik udara
satu kecuaian dan kelalaian dari air asia indonesia yg mengundang malapetaka
|
|
|
|
|
|
|
|
archilless replied at 15-1-2015 04:35 PM
kalau kes mcm ni airline dah ngaku silap.. nanti insurance bayar jugak ke?
Ikut rule of thumb...aku rasa tak... |
|
|
|
|
|
|
|
I faham sangat.
Recently ada small accident at one of the labs under me. Cari tentu lah jumpa somewhere the glitch, yang kalau keadaan biasa tak ada apa pun but macam this guy, I had to take full responsibility.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|