CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ezzie

Koleksi Ezzie - IMPIAN MUNIRAH ( UPDATE 16/11/15 - PAGE 3)

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2015 10:51 AM | Show all posts
aylanins replied at 20-1-2015 11:06 PM
Cerpen best. Patut pun baju lusuh tak ganti-ganti ahakkkss...

Takde cerpen lain ke? Buatlah ...

cerpen lain...coming soon. tinggal nak kasi cantik sikit je lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2015 03:30 PM | Show all posts
Edited by Ezzie at 21-1-2015 03:59 PM

     
-HILANG-



      “Kau ada nampak Bedah tak Joned? Dari tadi aku cari Bedah tapi jangan kata badan, suara dia pun aku tak dengar ni,” Bidin mula kalut bila buah hati yang baru semalam dapat dipikat tiba-tiba hilang dari pandangan.

        “Selalunya Bedah’s Group lepak kat bawah pokok tepi bendang je kan? Kau dah cari kat sana ke belum?” tanya Joned sambil menyambung makan.

        ‘Kacau jelah Bidin ni. Aku baru je nak mula sarapan, dah sibuk mencari Si Bedah dia,’ rungut Joned dalam hati.

        “Aku dari sana la ni. Selalunya masa-masa macam ni Bedah dah lepak kat situ tapi hari ni dia tak ada la pulak. Kaum kerabat dia pun aku tak nampak ni,” jelas riak kerisauan terpamer di wajahnya.

        “Bedah ada tu, kau jangan risau la. Bukan kau tak tahu Bedah tu macam mana. Pantang lepa sikit, mula la merata dia merayap. Minggu sudah, sampai kampung sebelah dia merayap. Puas jugak Pak Ayob cari dia,” ujar Joned selamba.

        “Tu minggu lepas punya cerita. Masa tu Bedah bukan gepren aku, dia nak merayap ke mana tu dia punya pasal la tapi hari ni lain, Bedah tu dah jadi gepren aku. Kalau ada yang mengurat melepas la aku,” Bidin dah tak senang duduk. Hari ni dalam sejarah buat Bidin, selalunya masa-masa macam ni dia sedang bersantai elok depan rumah Tok Ketua tapi disebabkan Bedah, rutin hariannya dah berubah.

        “Kau dah cari kat tempat lain ke?” malas betul Joned nak melayan kerenah Si Bidin ni. Pagi-pagi lagi dah buat kecoh, macam la Bidin tak tahu kerenah Bedah tu macam mana. Asal terleka je, habis satu kampung dijelajahnya.

        “Belum lagi, aku baru cari kat tempat dia selalu lepak je. Aku gerak dulu la, nak cari Bedah, sambil-sambil tu aku nak cari makan. Hari ni aku belum makan apa-apa lagi ni,” pantas Bidin berlalu meninggalkan Joned yang sedang leka menjamah sarapan.

        Bidin betul-betul risau. Macam mana dia tidak risau, sudah hampir dua bulan dia cuba memikat Bedah namun bukan mudah Bidin nak mendapatkan Bedah. Bedah cukup liat membalas cintanya. Pertama kali menatap wajah ayu Bedah, hati Bidin sudah terpikat. Bila mendengar suara Bedah, hati Bidin macam nak jatuh ke tanah. Bila Bedah jeling....Bidin rasa macam nak pengsan. Belum pernah Bidin rasa macam ni. Dia betul-betul jatuh cinta dengan Bedah.

        “Mana la Bedah hilang ni....”guman Bidin sendirian.

        Dua bulan lalu......

        “Aku dengar Pak Ayob bawak keluarga baru. Yang bestnya, ada ‘bunga’ baru la wei,” Kumat selaku pembawa maklumat membawakan maklumat yang cukup membuatkan suasana sunyi bertukar riuh rendah.

        “Bunga baru? Megancam tak?” Dol yang berkulit hitam manis mula menunjukkan miangnya. Dalam group bujang teruna ni, Dol lah yang paling hitam tapi yang peliknya, banyak pulak ‘bunga-bunga’ yang sukakan Si Dol ni. Pantang Si Dol ayat sikit, kompom banyak ‘bunga-bunga’ sangkut. Sampai ada yang tak nak balik rumah lah dibuatnya dan yang paling peliknya pulak, Si Dol ni nampak je miang tapi berani dari jauh je. Bila ‘bunga’ dah ada depan mata, dia pulak yang lari tak cukup tanah.

        “Bergetah wa cakap lu. Ada empat ‘bunga’ baru cuma nama je aku belum sempat dengar tadi,” beria-ia Kumat bercerita.

        “Ala Kumat....kenapa kau tak tunggu lama sikit. Kalau kau tunggu lama sikit, kompom la kau dapat nama ‘bunga-bunga’ tu,” Kyol merungut tak puas hati.

        “Kau nak mampus, kau tahu ajelah Pak Ayob tu macam mana. Kalau dia nampak aku dekat kawasan rumah dia, mahunya dia kejar aku dengan parang. Orang tua tu bukan boleh dibuat main,” baran betul Kumat dengan Kyol ni. Bukan Kyol tak tahu Pak Ayob tu macam mana. Bukan dia aje yang kena kejar tapi semua geng-geng bujang teruna ni Pak Ayob tak suka. Menyemak katanya.

        “Betul ke cerita kau ni Kumat? Aku tak nak jadi macam tiga bulan lepas. Beria kau bagitahu kononnya Wak Deraman bawak balik ‘bunga’ muda, alih-alih tengok ‘bunga’ dah layu,” Bedul yang diam dari tadi mula menyampuk.

        “Ha a Kumat.....kau ni bawak cerita betul ke tak ni? Aku tak nak jadi macam yang lepas je. Bukan main seronok lagi nak kenal, alih-alih.....kau dulu yang cabut lari,” Bidin mula menunjukkan riak yang kurang senang.

        “Kali ni memang kompom la. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Hari tu aku nampak belakang je tapi kali ni aku tengok depan-depan tau. Memang cair habis la aku kali ni,” terbayang di ruang mata Kumat keempat-empat ‘bunga’ yang dibawa Pak Ayob tadi.

        “Kalau macam tu esok pagi kita jumpa kat tempat biasa. Aku tak sabar nak tengok ‘bunga-bunga’ baru ni,” ujar Bidin teruja.

        “Ok set,” ujar bujang teruna serentak.

        “Bidin...oooo Bidin.....kau tak reti nak balik ke? Dah nak magrib ni,” sayup kedengaran suara Pak Hassan memanggil Bidin.

        “Aku chow dulu la. Orang tua aku dah panggil tu,” Bidin pantas berlari ke arah suara Pak Hassan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:44 PM | Show all posts
Ezzie replied at 21-1-2015 07:30 AM
“Kau ada nampak Bedah tak Joned? Dari tadi aku cari Bedah tapi jangan kata badan, suara dia ...

ubah tajuk kat thread naaaaaaa..tekan edit thread..Huhu. baik ltak tajuk cerpen terkini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 04:02 PM | Show all posts
Esmiria replied at 21-1-2015 03:44 PM
ubah tajuk kat thread naaaaaaa..tekan edit thread..Huhu. baik ltak tajuk cerpen terkini.

org baru biasala....dok gaduh dgn line tenet yg cm siput. dr td nk edit baru ni dpt edit...tension tulllll
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:24 PM | Show all posts
Ezzie replied at 21-1-2015 08:02 AM
org baru biasala....dok gaduh dgn line tenet yg cm siput. dr td nk edit baru ni dpt edit...tension ...

Sambungan mna....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 03:48 PM | Show all posts
sambung sikit......



Keesokan harinya.....

        “Fuhhhh.....cayalah kau Kumat. Kali ni kau betul-betul kawan kita oranglah. Bergetah gila ‘bunga-bunga’ tu. Tangkap leleh wa cakap lu” Dol dah mula pasang angan-angan. Kali ni akan di ayat ‘bunga-bunga’ tu sampai dapat.

        “Kalau kita dok usha kat sini je mana boleh beb, kena pergi tegur ni. Mana tau tersangkut satu kat aku,” Kyol sudah mula melangkah.

        “Kyol....kau kat belakang. Kau tu belum cukup umur lagi. Ni bagi kat abang-abang otai ni jalan dulu. Syhuuhh syuuhh...,” perlahan Kyol berundur ke belakang bila ditegur Bedul.

        ‘Dia halau aku macam halau nyamuk la pulak,’ hati Kyol berbisik geram.

        “Tah kau ni......kau tu belum cukup umur lagi. Jangan nak lebih-lebih pulak,” ada pulak suara back up kat belakang. Mana boleh Bidin berdiam diri, hati dah mula tersangkut kat ‘bunga’ cun di depan sana.

        “Sorry abang-abang otai, adik terlebih excited la pulak. Maklumla ‘bunga-bunga’ kat depan tu bergetah gila,” malas nak gaduh, akhirnya Kyol mengalah. Melepas la jawabnya.

        “Kalau dah tahu macam tu, buat apa tercegat lagi? Tempat kau kat belakang sana. Ada faham?” sengaja Kumat menaikkan darah Kyol tapi Kumat tahu, Kyol takkan melawan punya. Kalau melawan memang masak la Kyol kena dengan geng bujang teruna ni. Kyol diterima masuk pun sebab Kyol selalu lepak kat tempat dia orang berkumpul, kalau sesekali datang nak terus join, memang cari nahas la jawabnya.

        Kyol tarik muka tak puas hati. Mahu tak baran, baru je berangan nak dapatkan satu ‘bunga’, tiba-tiba kena jadi pengiring kat belakang. Kira macam pelamin anganku musnah la jawabnya. Punah segala angan yang tersimapan dalam hati.

        “Hai....kami datang nak berkenalan,” Dol memulakan langkah pertama.

        “Sapa nama cik adik-cik adik semua ni? Kami ni group bujang, dah la bujang, teruna lagi,” Kumat pula menambah perisa sambil tersengih macho.

        “Ada kami kesah you all ni bujang terlajak ke bujang teruna,” tu dia ‘bunga’ dah bagi ayat bikin panas.

        “Sombongnya dia....kita orang datang sini sebab nak eratkan silaturrahim la,” Bidin mula rasa meluat pada ‘bunga’ yang dianggap cukup kurang budi bahasanya.

        “Kita orang sombong ke apa,  bukannya kita orang mintak makan dengan korang semua,” sengaja Timah menaikkan darah bujang teruna. Dalam hati dah mula tersangkut dekat si hitam manis tapi saja jual mahal sikit. Mana boleh senang sangat, nanti dikata menggedik pulak.

        “Sudahlah tu Timah, kita ni kat kampung orang. Jangan sombong sangat, nanti kita jugak yang susah,” bisik Munah sambil matanya sesekali memandang Kumat.

        “Macam tu kan senang....kami datang sini bukan nak cari musuh tapi nak tambah kenalan. Saya Dol, yang sebelah kanan saya ni Kumat, sebelah kiri ni Bidin, belakang Bidin tu Bedul dan yang last sekali tu Kyol. Kyol tu budak belum cukup umur lagi, sebab tu dia kat belakang,” dengan penuh bangga Dol memperkenalkan geng bujang teruna.

        “Saya Munah, yang ni Timah, belakang Timah tu Bedah dan belakang Bedah tu Senah. Senah tu pemalu sikit sebab tu dia kat belakang,” Munah tersenyum senang sambil memperkenalkan diri dan kawan-kawannya.

        “Munah ni dah ada yang punya ke?” Kumat bertanya sopan. Dari tadi matanya tak lepas-lepas memandang Munah. Hati dah terpikat, bunga-bunga cinta dah mula tumbuh meliar dalam hati.

        “Belum,” malu-malu Munah memandang Kumat. Tak sangka jejaka idaman hati bertanya soalan cepu cemas.

        “Sama la kita, saya pun belum berpunya,” hilang segala perasaan malu bila ‘bunga’ pujaan dah tunjuk respon.

        “Bedah dah ada yang punya ke?” laju je Bidin bertanya, takut pujaan hati disambar jejaka yang menanti giliran nak sambar ‘bunga’ depan mata.

        “Belum jugak tapi saya tak minat cintan cintun ni. Aku chow dulu la, korang nak bercnita ke apa, korang punya pasal. Aku nak makan, lapar gila ni. Hadap muka dia orang ni bukan boleh kenyang pun,” Bedah berlalu tanpa riak bersalah.

        “Maaflah Bidin, Bedah tu memang macam tu. Hati sejuk beku, dia bukan pandai nak bercinta ni, yang dia tahu makan je memanjang,” Munah hanya mampu menggeleng kepala melihat Bedah berlalu tapi bagi Bidin, ini cabaran untuk dia. Akan dipikat Bedah sampai dapat. Bermula hari tu, Bidin mula memasang tekad untuk memikat Bedah. Hati dah terpikat, tak ada maknanya nak lepaskan ‘bunga’ idaman macam tu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2015 04:44 PM | Show all posts

Aku geram. Geram sbb penulis guna bunga. Aku dpt rskn, something  about perkataan bunga. Tapi aku dok tahu. Itu yg buat aku tertanya2 dan geram sebab dok  dapak expect bende hape.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:45 PM | Show all posts

Aku geram. Geram sbb penulis guna bunga. Aku dpt rskn, something  about perkataan bunga. Tapi aku dok tahu. Itu yg buat aku tertanya2 dan geram sebab dok  dapak expect bende hape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2015 04:41 PM | Show all posts
Esmiria replied at 22-1-2015 04:45 PM
Aku geram. Geram sbb penulis guna bunga. Aku dpt rskn, something  about perkataan bunga. Tapi aku  ...

relaxla es.....saja nak ubah sikit, selalu kalau perempuan org akn letak gurl o awek so sy cari kelainan skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 04:49 PM | Show all posts
ni samb...dan dh tamat.....



Hari-hari seterusnya.....

        “Hai Bedah....baru keluar ke?” Bidin senyum sampai ke telinga.

        “Buta ke? Tak nak nampak ke aku baru keluar ni,” Bedah berlalu dengan jelingan maut.

        “Bedah makan apa tu?” Bidin masih tak serik.

        “Yang kau sibuk kenapa? Aku nak makan apa pun aku punya pasal la,” Bedah angkat kaki meninggalkan Bidin yang tersengih macam kerang busuk.

        “Bedah buat apa tu?” Bidin ramah menegur.

        “Suka hati aku la nak buat apa pun, yang kau sibuk sangat kenapa?” sekali lagi Bidin ditinggalkan terkapai-kapai sendirian.

        “Bedah suka warna apa ye?” Bidin masih bersabar.

        “Suka hati aku la nak suka warna apa pun tapi aku lagi suka kalau tak nampak muka kau,” Bedah terus blah.

        “Bedah sihat hari ni?” Bidin tunjukkan yang dia betul-betul prihatin.

        “Kau nampak aku ni macam sakit ke?” Bedah terus angkat kaki.

        Begitulah rutin harian Bidin. Hari-harinya sepi sekiranya tidak dapat menyapa Bedah. Walaupun Bedah agak kasar namun Bedah tetap menjawab walaupun jawapannya kadang-kadang menyakitkan hati. Bukan kadang-kadang pun tapi memang selalunya jawapan Bedah macam tu, sentiasa menyakitkan hati. Bidin tak kisah dengan semua tu, janji dia dapat dengar suara Bedah. Dapat dengar suara pun jadilah, hilang sikit rindu di hati.

        Semalam.......

        “Kau tak keluar tengok Bedah ke hari ni?” Kumat pelik tengok Bidin masih bersantai elok di bawah pokok depan rumah Pak Hassan.

        “Aku tak sihatlah. Badan aku rasa macam lesu je,” Bidin betul-betul tak larat nak keluar tengok Bedah. Walaupun hati ni rindu bagai nak rak tapi apakan daya, badan pulak buat hal hari ni.

        “Kalau kau tak sihat, kau rehatlah. Aku nak keluar lepak dengan geng kita ni,” Kumat berlalu meninggalkan Bidin sendirian.

        Kalau ikutkan rindu di hati, mahu digagahkan kaki menjeguk Bedah namun apakan daya, kakinya tidak larat untuk melangkah. Rindu memanglah rindu tapi bila sakit macam ni terpaksa diketepikan rindu yang membuak dalam hati buat sementara waktu. Lagipun Bedah mana kisah dia datang tegur ke tak.
       
        Sedang leka Bidin melayan hati yang gundah, tiba-tiba matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang melangkah menghampirinya. Bagaikan tidak percaya, rasa macam mimpi pun ada.

        “Bedah buat apa kat sini?” sungguh Bidin rasa macam tak percaya. Kalau mimpi, biarlah lenanya tidak terganggu agar mimpi indah ini mampu bertahan lama.

        “Aku dengar kau tak sihat. Aku datang ni nak jenguk kau la,” walaupun bahasa Bedah masih kasar tapi bagi Bidin, bahasa Bedah sudah selembut sutera.

        “Tah la Bedah, hari ni Bidin rasa macam lesu sangat. Nak keluar jalan-jalan pun tak larat,” lemah Bidin menuturkannya tapi hakikat sebenarnya...saja nak bagi Bedah simpati.

        “Bidin ok ke ni?” jelas terpancar riak kerisauan di wajah Bedah.

        “Bidin salah dengar ke?” macam tak percaya je bila Bedah panggil namanya. Selalunya Bedah akan ber aku kau je dengan dia.

        Bedah tersenyum malu. Tanpa sedar Bedah memanggil nama Bidin.

        “Bedah...Bidin dah lama sukakan Bedah. Masa kita mula-mula jumpa hari tu lagi Bidin dah sukakan Bedah tapi kenapa Bedah tak sukakan Bidin?” Bidin nekad kini, walau apa pun jawapan Bedah, Bidin akan terima dengan hati terbuka. Dah lama soalan itu terbuku di hati, baru kini kesempatan itu datang.

        “Sapa cakap Bedah tak sukakan Bidin?” soalan Bedah buat hati Bidin melompat kegembiraan.

        “Jadi selama ni Bedah pun sukakan Bidin lah ni?” Bidin betul-betul gembira. Hilang segala sakit dan lesu saat ini. Anggukan Bedah buat Bidin terbang di awangan.

        Hari ini............

        “Aku risau betul tengok kau ni Bidin, dari tadi dok ke hulu ke hilir, kau cari apa ni Bidin,” ujar Pak Hassan sambil menepuk-nepuk badan Bidin. Dia betul-betul risau dengan kerenah Si Bidin. Pagi semalam Bidin betul-betul lemah tapi lepas je dia balik dari pasar, Bidin dah lesap tah ke mana.

        “Aku pun pelik tengok Bidin macam tu. Selalunya masa-masa macam ni, depan rumah aku tu tempat dia bersantai tapi hari ni, dari pagi tadi dia dok merayap. Pelik betul dia hari ni,” Tok Ketua juga pelik dengan perangai Si Bidin.

         “Aku cari  Bedah pak. Bedah aku dah hilang, aku risau sangat-sangat ni. Dah puas aku cari tapi langsung tak jumpa. Naik letih kaki aku ni pak,” Bidin memandang Pak Hassan dan Tok Ketua meminta simpati. Dia betul-betul rasa kehilangan. Buah hati yang baru jatuh ke tangan tiba-tiba hilang dari pandangan mestilah dia risau.

        Sedang Tok Ketua dan Pak Hassan leka memandang Bidin, lori Pak Ayub berhenti di hadapan mereka.

        “Kau dari mana ni Ayob?” tanya Tok Ketua bila melihat Pak Ayob kepenatan.

        “Dari pekan Tok,” sopan Pak Ayob menjawab pertanyaan Tok Ketua.

        “Tok dengan Pak Hassan  buat apa kat sini?” tanya Pak Ayob pelik. Jarang sekali Pak Hassan bersama dengan Tok Ketua. Kalau bersama pun mesti pasal kerenah Si Bidin yang selalu membuat onar.

        “Tu ha.....Bidin tu dari tadi dok ke hulu ke hilir. Tah apa yang dicarinya. Kau buat apa pergi pekan?” dipandang Pak Ayob lama. Jarang sekali Pak Ayob ke pekan kecuali ada urusan penting saja.

        “Aku ke pekan hantar Si Munah, Bedah, Timah dengan Senah,ada orang nak beli” selamba Pak Ayob menuturkannya.

        “Kau hantar siapa? Kau jual anak orang pulak ke sekarang ni?” terperanjat Pak Hassan bila Pak Ayob dah bertukar jadi ‘bapak ayam’.

        “Anak orang apa nya, bila masa pulak aku ni jual anak orang? Tu nama lembu-lembu aku la. Semalam ada orang beli, pagi ni pagi-pagi lagi dia orang nak sembelih, tu yang lepas subuh je aku terus ke pekan. Balik dulu lah Tok, penat sangat ni,” ujar Pak Ayob seraya berlalu ke arah lorinya.

        “Bedah dah kena sembelih....oh tidakkkkkk,” saat ini Bidin hanya mampu meraung. Punah segala harapannya untuk sehidup semati dengan Bedah. Kesian Bedah, dah selamat jadi rendang rupanya kau Bedah.


                                                     -TAMAT-
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 05:16 PM | Show all posts
Ezzie replied at 23-1-2015 08:49 AM
ni samb...dan dh tamat.....

Aku suka plot twist ni. Means,Bidin ni ada naluri cinta terhadap haiwan.

Kan?

awk, let me get this straight. Bedah tu mmng mnusia.

WOI!aku confuse!Terangkan!Please terangkan!

Wait.Bidin is lembu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:31 PM | Show all posts

oky.aku patut AGAK yg watak utamanya lembu.

Pak Ayob bawak keluarga baru.
Yang bestnya, ada ‘bunga’ baru la wei,”

Oh...patutlah tt guna bunga. N ada dialog, dia kata SAMBIL-SAMBIL CARI MAKAN.

Oh gad! Camme aku missssssssssssssass?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:33 PM | Show all posts

gelak pulak aku bca balik. lembu ngorat lembu.haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 04:09 PM | Show all posts
tak hapdet keee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 04:01 PM | Show all posts
BAB 1

“Munirah, ambikkan mak air....mak hausla!” sayup-sayup kedengaran suara tua Mak Munah di telinga Munirah. Kerja yang dilakukan di dapur pantas ditinggalkan. Segera gelas dicapai bersama botol air untuk dibawa ke halaman. Gerak kaki Munirah yang agak laju menyebabkan rumah usang yang diduduki berpuluh tahun hampir bergegar.

        “Ish kamu ni Munirah....cuba la jalan tu pelan-palan sikit. Ni kamu berjalan macam nak roboh rumah. Kalau orang tengok cara kamu berjalan dah macam gengstar dah. Cuba la sopan sikit, kamu tu anak dara, bukannya jantan,” bebel Mak Munah dari halaman.

        “Mak ni....mak nak orang jalan macam mana lagi? Takkan nak jalan terkepit-kepit macam Si Katty yang separuh pompuan tu. Orang tak reti la nak jalan macam tu, terlebih sopan sangat la pulak mak,” rungut Munirah perlahan.

        “Kamu ni...ada je nak menjawab. Mak tak de la nak suruh kamu tu berjalan macam si Katty tu tapi jalan tu sopanla sikit. Dah la baju kamu tu tak macam baju perempuan, ni berjalan...kalah lelaki. Satu rumah bergegar,” rungut Mak Munah sambil mencapai air di tangan Munirah.

        “Mak, ni baju langkah keselamatan tau, bukan semua orang boleh pakai,” ada je idea nak menjawab leteran ibu kesayangannya.

        “Ada je nak menjawab, cuba la sesekali tu dengar cakap mak ni. Kamu tu sorang je anak mak, dah tak dua tiga lagi tau. Umur kamu ni kalau masa mak dulu dah boleh kahwin tau tapi mak tengok kamu ni, jangan kata nak kahwin, nak dapat pakwe pun susah. Dahla pakai baju macam jantan, perangai pulak...kalah jantan. Kasar yang amat,” keluh Mak Munah perlahan tapi masih dapat didengar oleh Munirah.

        “Mak…..orang pakai macam ni ada sebabnya mak. Kita ni berdua je kat rumah ni, kalau Munirah pakai macam ni sekurang-kurangnya tak adalah orang nak kacau ada dara mak ni. Kalau orang pakai cantik-cantik, ala-ala ayu gitu, mak ingat rumah ni selamat ke kita nak duduk?” terdiam Mak Munah apabila mendengar kata-kata Munirah itu. Ada benarnya apa yang Munirah katakan. Walaupun Munirah berpakaian dan berlagak seperti lelaki tetapi masih ramai yang ingin mencuba nasib unuk memikat hati anak daranya.

        “Mak, orang ingat orang nak bercucuk tanam la. Kerja kat kilang air tu berapa sen sangat gajinya. Kerja penat, nak kena angkat tong air bagai tapi bayar gaji.....alahai ciputnya.”

        “Kau nak tanam apa Munirah? Tanam pokok bunga taik ayam pun kojol, ni kan pulak nak bercucuk tanam. Alamatnya sebelum kau tanam, pokok tu dah awal-awal mengucap,” ujar Mak Munah sambil tergelak. Bukan dia tak tau tangan anaknya macam mana, jangan kata nak tanam pokok, kalau sentuh pun pokok boleh mati.

        “Mak ni....orang baru je nak bersemangat sikit, dah potong jalan. Macam mana la orang nak maju kalau mak sendiri tak bagi sokongan,” panjang muncung Munirah bila dikutuk emak kesayangannya.

        “Bukan mak tak bagi sokongan tapi masalahnya....pernah ke pokok yang kau tanam tu hidup? Kalau hidup pun, pokok kau tu cukup zat ke tak? Memanjang mak tengok pokok bunga kertas yang kau tanam tu mati, mak tak nak nanti kau jugak yang kecewa nanti,” terang Mak Munah menyedarkan anak gadisnya akan kekurangan yang dimiliki.

        “Yelah....orang tau la orang tak de bakat menanam pokok macam mak tapi orang nak cuba jugak. Mak tengokla nanti, orang akan buktikan orang akan jadi penanam yang berjaya,” ujar Munirah penuh semangat.

        “Elokla tu....orang guna pekebun kau guna penanam, bagus sangat la tu,” ujar Mak Munah sambil berlalu ke dapur.
       
         ‘Adussss malunya....macam mana boleh tersalah ayat ni.’

        “Orang saja je guna perkataan tu, bukan orang tak tau la,” laung Munirah kuat, ayat  cover malu sebenarnya tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 04:02 PM | Show all posts

dah update....sorry busy yang teramat sampai rumah ni dh bersawang dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2015 04:05 PM | Show all posts
BAB 2

        “Kau nak tanam apa Irah? Asal kau tanam je mati, asal mati je kau tanam. Cukup-cukuplah berangan tu. Baik kau tanam cita-cita lain. Dari kau tanam pokok, baik kau tanam angan-angan kau tu dalam-dalam. Baik kau kambus jelah angan-angan mat jenin kau tu. Kau buat jelah benda lain yang berfaedah sikit,” nasihat Hawa kawan baiknya.

        “Kau dengan mak aku sama jelah, asal aku cakap nak tanam pokok je mesti kena bebel. Kenapa sorang pun tak nak bagi aku galakan? Menci la macam ni,” rungut Munirah sambil berlalu meninggalkan Hawa keseorangan.

        “Irah, Irah! Tunggu aku la. Yang kau nak sentap semacam ni kenapa? Aku dengan mak kau cakap ni untuk kebaikan kau jugak. Aku tak nak kau kecewa kemudian hari je,” tutur Hawa lembut. Dia tahu dalam keadaan Munirah sedang marah, dia perlu menjadi air yang mampu melembutkan hati Munirah. Munirah ni nampak je brutal tapi dalam hati ada taman. Cepat merajuk yang amat, kalah dia yang jenis lemah gemalai ni.

        “Aku fikir benda ni dah lama tau. Aku jealous tengok Hadi ada kebun pisang. Tiap-tiap hari ada je tauke dari pekan datang ambik pisang dia. Dia ada cakap dengan aku satu hari je dia boleh dapat tiga empat ratus tau, aku kalau boleh nak jugak jadi macam dia,” ujar Munirah sayu sambil menatap daun yang berselerak di bawah pokok getah. Port yang selalu menjadi sarang untuk mereka melepak. Mana lagi kalau bukan kat bangsal dalam kebun getah ayah Hawa.

        “Irah...kau pandang aku. Aku nak tanya kau satu benda, yang kau beria-ia nak tanam pokok ni, kau dah ada tanah ke?” pertanyaan Hawa membuatkan Munirah tersentak.

        “Ha a ek....aku sibuk-sibuk nak tanam pokok ni aku dah ada tanah ke? Takkan aku nak tanam pokok pisang kat dalam dapur mak aku pulak,” ujar Munirah sambil tesengih macam kerang busuk.

        “Kau ni kan....bila aku suruh kau tanam je angan-angan kau tu bukan main lagi marahnya tapi tengok la ni. Aku sekeh-sekeh jugak minah ni kan,” ujar Hawa geram.

        “Alololo bucuk bucuk bucuk.....jangan la marah. Nasib baik kau tanya soalan cepu cemas tu. Kalau kau tak tanya soalan macam tu, sampai sekarang aku tak terfikir pasal tu,” pujuk Munirah lembut sambil menarik hidung Hawa. Terjerit Hawa dibuatnya.

        “Sakit la wei. Jangan la dok tarik-tarik hidung aku yang mancung ni. Tau la kau jealous dengan hidung aku ni tapi kalau jealous pun jangan la dok tarik-tarik hidung orang. Aset penting ni tau,” ujar Hawa geram.

        “Penting la sangat. Tang mana tah yang pentingnya, macam la hidung dia tu boleh gadai kat pajak gadai. Kalau boleh gadai kat pajak gadai, aku pun nak hidung kau tu,” ujar Munirah sambil ketawa kuat.

        “Gelak la gelak, aku tinggal kau kat sini sorang-sorang baru tau,” ugut Hawa sambil tersengih jahat.

        “Kau jangan la tinggalkan aku sorang-sorang kat sini wei, patah kaki aku nak menapak. Bukan dekat tau rumah aku dengan kebun kesayangan kau ni. Tau la aku ni miskin, nak beli motor pun tak mampu, asyik dok kat belakang orang je, orang dah mula benci dengan aku la ni sampai sanggup nak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang,” muka sedih dipamer padahal dalam hati dah guling-guling dia gelak.

        “Dah mula la tu nak buat cerita pak pandir. Alo minah....rumah kau dengan kebun getah ni jangan kata nak patah kaki berjalan, kau merangkak pun sampai tau. Ni kalau aku bersin sah-sah mak kau dengar. Toksah dok buat cerita kartun kat sini da, busan tau aku dengar,”geram betul Hawa dengan sikap loyar buruk Munirah.

        “Saja je aku nak buat lawak tak berapa cerdik petang-petang macam ni,”Munirah hanya tersengih. Ingat comel sangat la tu buat muka macam tempe basi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 04:21 PM | Show all posts
Ezzie replied at 14-11-2015 04:02 PM
dah update....sorry busy yang teramat sampai rumah ni dh bersawang dah

Ooo..nk tnya,nama watak utama, ttt ambik dari nma membe tt ke? Saja je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 04:25 PM | Show all posts
Ezzie replied at 14-11-2015 04:05 PM
BAB 2

        “Kau nak tanam apa Irah? Asal kau tanam je mati, asal mati je kau tanam. Cukup-cukuplah b ...

munirah oh munirah. Haippp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2015 05:07 PM | Show all posts
Esmiria replied at 14-11-2015 04:21 PM
Ooo..nk tnya,nama watak utama, ttt ambik dari nma membe tt ke? Saja je..

tak ambik nama sapa-sapa...
just guna nama biasa yg dekat dengan kita...lagipun latar belakang cerita ni kat kampung
so nama pun kena nama biasa jelah....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074608 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list