CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 0

Laluan dipendekkan tidak jejas LTDL 2015

[Copy link]
Post time 16-1-2015 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Laluan dipendekkan tidak jejas LTDL 2015

               

                     
                                                                                                                                                                                 LALUAN perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015, yang dipendekkan kepada lapan peringkat berbanding 10 tidak menjejaskan status 'Hors Classe 2.0 yang diiktirafkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
       
        Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg berkata, malah keputusan untuk memendekkan laluan itu adalah atas permintaan beberapa pihak termasuk pasukan terkemuka dunia.
       
        Tindakan memendekkan tempoh perlumbaan pada edisi ke-20 ini menjadi daya tarikan kepada lebih banyak pasukan terkemuka dunia dan bukan kerana masalah kewangan, katanya pemberita selepas menhadiri majlis penyerahan penajaan Vittoria Industries Asia Pacific di Lobi Menara, Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, hari ini.
       
        LTdL 2015 sejauh lebih 1,000km itu dijadual bermula dari 8 hingga 15 Mac ini.
       
        Kronenburg menjelaskan kebanyakan pasukan dari benua Eropah dan Amerika Utara meminta perlumbaan itu dipendekkan memandangkan perlumbaan itu merupakan pembuka tirai musim jelajah berbasikal dunia.
       
        "Walaupun ia dipendekkan, itu tidak bermakna ia sudah tidak mencabar lagi.
       
        Ia masih mencabar dan masih status Hors yang mengambil kira betapa mencabar perlumbaan itu dan juga tahap kesukaran perlumbaan berkenaan," katanya.
       
        Dalam perkembangan berkaitan, Kronenburg berkata, kebanyakan laluan perlumbaan yang terjejas akibat banjir telahpun dibaiki dan perlumbaan dapat diteruskan di laluan terbabit.
       
        Bagaimanapun, katanya pasukan teknikal akan membuat tinjauan bermula esok sebelum mengumumkan laluan tersebut secara rasmi kepada media pada minggu depan.
       
        Kronenburg berkata, pasukan yang akan menyertai perlumbaan kali ini merupakan beberapa pasukan yang pernah berlumba di LTdL pada edisi lepas, selain beberapa pasukan profesional, profesional benua dan pasukan benua yang baharu.
       
        LTdL 2015 dianjurkan oleh Human Voyage Sdn Bhd., yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Malik Mydin. - Bernama
sinar harian

               
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.124833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list