![](http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/01/16/22/00/win.ashx?w=620&h=413&crop=1&/) [size=0.75em]Antara kelihatan dengan tidak...selaras senapang Winchester ditemui tersandar pada sebatang pokok selama 133 tahun tanpa diganggu atau disentuh oleh manusia.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]NEW YORK: Selarang senapang berusia 133 tahun mungkin milik seorang cowboy telah ditemui tersandar pada sepohon pokok Juniper di Taman Negara Nevada, Amerika Syarikat oleh ahli-ahli arkeologi yang sedang membuat penyelidikan di taman berkenaan. [size=0.98em]Senapang itu adalah dari model Winchester yang dikeluarkan pada tahun 1882 dan masih dalam keadaan baik serta sempurna melainkan ia telah berkarat kerana terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca. [size=0.98em]Ia ditemui November lalu dan kini akan dipamerkan untuk tontonan awam di taman negara tersebut, demikian menurut jurucakap Taman Negara Nevada, Nichole Andler. [size=0.98em]Bagaimana senapang tersebut boleh berakhir di situ masih lagi menjadi misteri. [size=0.98em]Menurut Andler, senapang itu mungkin sukar ditemui apabila ia telah bertukar warna menjadi warna coklat kerana karat dan itu menyebabkan warnanya seakan-akan sama dengan warna batang kayu pokok Juniper tersebut. [size=0.98em]Pada laras senapang berkenaan terukir perkataan “Model 1873” sekaligus membuktikan yang ia adalah salah satu jenama senapang paling popular pada zamannya. [size=0.98em]Winchester diketahui mengeluarkan lebih 700,000 unit senapang berkenaan yang mana menurut Andler dijual pada harga yang berpatutan serta dikenali sebagai “senapang yang memenangkan wilayah Barat untuk Amerika”. [size=0.98em]Winchester mengeluarkan senapang ini dari tahun 1873 sehingga 1916.
|