CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5821|Reply: 5

Vladimir Komarov yang jatuh dari angkasa

[Copy link]
Post time 18-1-2015 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Kisah dan picca sila klik link bwh ini:
Vladimir Komarov


Soviet military officials view the remains of cosmonaut Vladimir Komarov.


Vladimir Komarov adalah seorang juruterbang ujian, jurutera aerospace dan juga angkasawan Soviet. Beliau merupakan salah sseorang dari angkasawan kumpulan pertama yang terpilih pada tahun 1960. Dipendekkan cerita, pada tahun 1967, Komarov telah diarahkan oleh pihak atasan untuk menjadi angkasawan untuk kapal angkasa Soyuz 1.

Vladimir sudah tahu yang kapal Soyuz 1 mengalami banyak masalah dan tidak bersedia untuk menjalani misi angkasa lepas. Beliau turut menulis surat kepada pihak atasan untuk menangguhkan misi ini. Namun ketua Komarov ketika itu sangat tegas dan tidak mahu menangguhkan misi itu dan mengarahkan agar misi itu diteruskan. Jika Komarov enggan, angkasawan ganti, iaitu Yuri Gagarin akan dipilih. Oleh kerana tidak mahu rakannya menjadi mangsa, beliau sanggup untuk meneruskan misi tersebut. Seperti yang dijangka, roket Soyuz 1 mengalamai pelbagai masalah ketika pelancaran. Antenna tidak berfungsi, kuasa enjin turut mati dan navigasi telah rosak. Komarov berjaya berlepas ke angkasa walaupun mengalami banyak masalah, Namun masalah timbul apabila ingin kembali ke bumi.

Setelah 19 kali mengelilingi bumi, akhirnya Komarov berjaya memasuki atmosfera namun semua fungsi kapal telah rosak. Payung terjun tidak berfungsi dan minyak sudah habis. Akhirnya Komarov terhempas dan mati hangus. Begitulah kisah seorang hero yang sanggup berkorban demi menyelamatkan rakannya iaitu Yuri Gagarin .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 10:24 PM | Show all posts
kenapa hangus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 02:25 PM | Show all posts
ini laa yang dikatakan ,.. "In the name of exploration" tak nampak mana satu kepala ngan bontot kan da macam burgerr rentung...mcm picca di atas tuuu,...brader vladimir ni dah tahu space capsule soviet yg dia naik tu memang banyak rosak..dia siap tulis surat/memo panjang berjela lagi pada ketua kgb pada masa tu minta postpone pelancaran..ketua dorang pada masa tu memang tegas..mana yg ketua tu tak bekenan akan dihantar ke siberia,ala siberia tak kan tak tahu...kawasan tandus ais..ada yg terus dibuang..kalau dia tak pegi member dia pula akan pergi sebagai ganti..jadi nak tak nak dia sarung jugak baju angkasawan..hari pertama dah start problem..antena tak naik..

Antennas didn't open properly. Power was compromised. Navigation proved difficult.And worse, Komarov's chances for a safe return to Earth were dwindling fast.payung terjun utama yg dibawa pun tak berfungsi hanya payung kecik yg berfungsi aja..minyak dah nak abis..pendek kata vladimir ni dah tahu dia akan kiok...ia masuk atmosfera bumi sambil memekikmenyumpah seranah pegawai kgb itu sebab masa hari kebumian, kasket vladimir  di buka sebagai slah satu syrat atau wasiat terakhir brader ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:55 AM | Show all posts
Projek Soyuz ni antara usaha Soviet Union untuk hantar manusia ke bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:58 AM | Show all posts

Rasanya Komarov mati masa kapsul tu terhempas....tapi bila kapsul tu terbakar...apa lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.091621 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list