CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3515|Reply: 7

[Jenayah] Rasuah: Bekas CEO Tekun Ditahan Reman

[Copy link]
Post time 18-1-2015 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Rasuah: Bekas CEO Tekun Ditahan Reman
PUTRAJAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun)  ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.
Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 22 Januari ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) 2009.
Suspek bergelar 'Datuk' itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.
Difahamkan lelaki yang tamat kontrak dengan agensi berkenaan pada Disember tahun lalu itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam Khamis.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.
Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut rekod, suspek dilantik ke jawatan itu pada 2004 di mana ketika itu Tekun adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bagaimanapun selepas kementerian itu dimansuhkan, Tekun kini diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

ameno dan rasuah berpisah tiada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2015 10:28 PM | Show all posts
CEO: Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno
OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 7 October 2013 6:31 PM



Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.
Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

"embangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.


"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.

"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.

Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.

Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.

"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.

Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.

"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.

"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.8xOvAIMk.dpuf


berkobar2 cakap nak berbakti kepada melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 06:53 AM | Show all posts
Bagaimanapun selepas kementerian itu dimansuhkan, Tekun kini diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) .....dari niaga ..ke...pertanian ke....????
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
freebird replied at 18-1-2015 10:28 PM
berkobar2 cakap nak berbakti kepada melayu...

Agensi tu memang untuk membantu melayu..tapi ceo dia yang nak bantu diri sendiri..

Tahniah sprm..kes besar ni kalau disabitkan kesalahan...melibatkan seorang ceo bergelar datuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 06:59 AM | Show all posts
Al-Patih replied at 19-1-2015 06:53 AM
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) .....dari niaga ..ke...pertanian ke....????

apa2 pun, tekun menerima rasuah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 07:08 AM | Show all posts
Menurut siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki yang pernah memegang jawatan tinggi dalam Bahagian UMNO Jelutong Pulau Pinang berusia 60 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam tadi di Kelab Shah Alam.


perkara biasa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2015 02:24 PM | Show all posts
konfom org UMNO la nehhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Layaklah..mana2 debt collection agency kat malaysia ni pun memang kuat rasuah org nak kan hutang2. Kalau kat negara omputih 7 taun je bad debt. Yg kat malaysia ni dah puluh2 taun boleh nak kutip lagi padahal dah claim insuran segala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082633 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list