CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6787|Reply: 65

[Tempatan] Perutusan Khas Situasi Ekonomi & Kedudukan Kewangan Negara

[Copy link]
Post time 20-1-2015 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by liton at 20-1-2015 10:32 AM

Sekarang bersiaran langsung di tv.

Update:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada AS$55 setong bagi 2015.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas mengenai ekonomi dan kewangan semasa negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, sebentar tadi.
* Kesannya kata PM, RM8.3B pendapatan kurang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 10:17 AM | Show all posts
update plis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:21 AM | Show all posts

Sabar, PM baru citer pasal kebaikan penurunan harga minyak.

-Kenaikan disposable income rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 10:24 AM | Show all posts
liton replied at 20-1-2015 10:21 AM
Sabar, PM baru citer pasal kebaikan penurunan harga minyak.

-Kenaikan disposable income rakyat
...

live update plis.

TV xde ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 10:36 AM | Show all posts
Minyak dah takde subsidi. Dah jimat RM28 billion setahun. Kalau kurang RM8.3 billion, takde kesan apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:41 AM | Show all posts
Bell replied at 20-1-2015 10:36 AM
Minyak dah takde subsidi. Dah jimat RM28 billion setahun. Kalau kurang RM8.3 billion, takde kesan ap ...

Walaupun subsidi dihapuskan, pendapatan negara tetap turun sbb penurunan harga minyak , pendapatan negara dari royalti minyak Petronas berkurangan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2015 10:42 AM | Show all posts
liton replied at 20-1-2015 10:41 AM
Walaupun subsidi dihapuskan, pendapatan negara tetap turun sbb penurunan harga minyak , pendapatan ...

Meaning RM8.3 billion tu on top of RM28 billion? so negara rugi RM28billion + RM8.3 billion?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 10:56 AM | Show all posts
Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak · 4m4 minutes ago

Keenam, Perbelanjaan Mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar2 diperlukan sahaja.

0 replies50 retweets11 favorites Reply
Retweet50
Favorite11
More







Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak · 4m4 minutes ago

Pada bulan Mei nanti, saya akan bentang RMK11 bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020

0 replies53 retweets9 favorites Reply
Retweet53
Favorite9
More







Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak · 5m5 minutes ago

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3, High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura dan Rapid Pengerang akan tetap diteruskan

0 replies75 retweets6 favorites Reply
Retweet75
Favorite6
More







Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak · [color=#1c77bd !important]6m6 minutes ago

Ini termasuklah projek2 bersifat people economy yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik & infrastruktur pengangkutan

0 replies54 retweets5 favorites Reply
Retweet54
Favorite5
More







Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak · 6m6 minutes ago

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2015 10:58 AM | Show all posts
Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak  ·  9m 9 minutes ago
Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:00 AM | Show all posts
liton replied at 20-1-2015 02:58 AM
Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak  ·  9m 9 minutes ago
Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat a ...

hahahahahahaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:02 AM | Show all posts
Apa lagi idea bijak Si Dogol ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 11:03 AM | Show all posts
Berita baik pada yg x nak hantar anak pi PLKN

Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak  ·  20m 20 minutes ago
(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi mcm teruk sgt nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Derang kasi visa free kat PRC.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:09 AM | Show all posts
liton replied at 20-1-2015 03:03 AM
Berita baik pada yg x nak hantar anak pi PLKN

Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak  ·  20m 20 minute ...

lagi lagi lagi ??(gelojoh tak den ahahaha)
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:16 AM | Show all posts
Bajet permata dikurangkan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2015 11:18 AM | Show all posts
BANJIR

Banjir baru2 ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.

(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir.Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta

(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki  & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri

(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat; dan Menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;

(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan

9) @BNM_official akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah.....iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan  perbankan.

(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas...dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran

11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dgn jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas

(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 11:22 AM | Show all posts
Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.

* Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.

* Beberapa perkara pokok yang kerajaan unjurkan bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.


* Sebagai kerajaan bertanggungjawab, akan terus mencari jalan mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

* Kejatuhan harga minyak mentah dunia secara langsung kurangkan pendapatan negara yang digunakan untuk tujuan pembangunan.

* Pemberian visa percuma kepada pelancong antaranya dari China, untuk giatkan industri pelancongan negara.

* Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global

* Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.

* Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.

* Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.

* Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.

* Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.

* Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.

* Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:26 AM | Show all posts
Bell replied at 20-1-2015 10:42 AM
Meaning RM8.3 billion tu on top of RM28 billion? so negara rugi RM28billion + RM8.3 billion?

adeh, ni paham ke tak ni? hadoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:29 AM | Show all posts
brim tu teruskan gak ke tok jib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.765234 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list