CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6412|Reply: 6

Cerita pendek : Cinta Sepucuk Surat

[Copy link]
Post time 23-1-2015 07:31 PM | Show all posts |Read mode
:: ini adalah plu. sila fikir banyak kali sebelum baca, jika mahu baca juga, pastikan anda seorang yang open minded. ini hanyalah tulisan sampah seorang remaja. :: originally by afiy.

Rintik hujan masih rajin membasahi bumi. Tak pernah lelah mencurahkan air dari langit sejak senja hadir. Sesekali petir memecah hening.  Malam kian larut diselubungi rasa dingin yang mencengkam. Dalam satu kamar, lampu menerangi segenap ruang dan dua anak remaja masih berjaga.

''Awak, esok saya dah pindah. hmm'' Syazlin membuka bicara setelah beberapa ketika mereka berdiam diri.

''Okay. '' jawab Zanirah acuh tak acuh sambil menyelak-nyelak majalah yang baru dibelinya.

Sudah berkali-kali Syazlin memberitahunya. Melihat Zanirah tidak memberi respon yang diinginkan, Syazlin memilih untuk berdiam diri. Dia melemparkan tubuh  berbaring mengiring membelakangkan Zanirah. Tanpa disedar airmatanya jatuh. Hatinya sebak, terguris pilu kerana dia berkehendak Zanirah setidak-tidaknya akan turut berasa sedih apabila akan berjauhan dengan dirinya tetapi sebaliknya pula yang dirasakan Zanirah. Zanirah seolah-olah tidak mempunyai perasaan sedih untuk berjauhan dengan Syazlin.

Zanirah dan Syazlin adalah rakan sekelas. Mereka menjadi akrab setelah Syazlin bertukar ke sekolah disini beberapa bulan yang lalu. Syazlin adalah seorang lesbian yang pandai menutupi perasaan terlarangnya itu.

Ibu dan bapa Syazlin kini sudah bercerai kerana bapanya ditangkap khalwat bersama wanita sepejabatnya dan bapanya sudah pun mengaku yang mereka memang sukakan satu sama lain. Syazlin kini tinggal bersama ibunya. Sejak bapa dan ibunya bercerai, perasaan suka terhadap lelaki kian pudar dalam diri Syazlin dan dia menyedari dirinya lesbian adalah apabila dia bertemu Zanirah.

Zanirah pula seorang tomboy yang masih mempunyai perasaan terhadap yang bergelar lelaki. Kasar  Zanirah hanya luaran sahaja mungkin kerana dia anak tunggal perempuan dalam keluarganya. Ibu Zanirah telah lama meninggal dunia. Zanirah tinggal bersama ayah dan dua lagi orang abangnya. Zanirah tidak pernah menganggap Syazlin sebagai teman baiknya kerana dia  tidak suka mempunyai teman baik sebaliknya lebih senang berkawan biasa. Tetapi tidak tahu mengapa rakan-rakan kelasnya menganggap Zanirah dan Syazlin adalah teman baik dan ada juga rakan pernah menanyakan adakah mereka pasangan lesbian. Zanirah agak terkejut dengan pertanyaan itu dan menafikannya. Manakala Syazlin tidak berkata apa-apa. Sejak hal itu, Zanirah cuba menjauhkan diri dari Syazlin hingga sekarang. Kerana itulah Zanirah tidak berasa sedih kalau Syazlin pindah sekali pun.


Setelah lama membelek-belek majalah itu, Zanirah pun berasa mengantuk lalu tidur. Syazlin masih belum dapat melenakan dirinya. Syazlin bangun dan mengambil diarinya. Diluahkan perasaannya kepada diari itu. Waktu itu dirumah Syazlin, dia meminta Zanirah menemaninya kerana esok dia akan berpindah dan mungkin tidak dapat berjumpa lagi.

Setelah habis isi hatinya dicurahkan kepada diari itu, dia pun menyimpan diari itu didalam laci meja. Dia merebahkan badannya bersebelahan dengan Zanirah. '' Kenapa awak tak paham yang saya suka kan awak? Kenapa awak tak pernah menyatakan perasaan awak pada saya? Apa kurangnya saya? Atau awak sudah ada yang punya?? Kenapa awak? Kenapa ? '' detik hati Syazlin. Persoalan demi persoalan bermain difikirannya. Akhirnya selepas penat memikirkan kisah cintanya, dia pun tertidur.

*****

''Syaz... Syaz... bangunlah, dah subuh. Syazlin. '' Zanirah menggoncang sedikit badan Syazlin agar Syazlin tersedar.

'' Hmm.. Kenapa? '' Syazlin yang mesih mengantuk, bertanya mengapa Zanirah mengejutnya.

''Dah subuhlah cik adik. Bangunlah. Nanti mak awak bising awak tak subuh. Cepat bangun.'' pinta Zanirah yang sudah lali dengan kerja mengejut Syazlin.

'' Emm 5 minit.. hmm '' Syazlin menarik selimut dan berselubung.

Zanirah membiakan Syazlin tidur sekejap. Setelah 10 minit Zanirah mengejut Syazlin kembali. '' Awak cepat bangun, nanti terlambat pula subuh. Dah lebih 5 minit dah ni.''

''Hmm yela.'' Syazlin bangun dengan mata yang masih tertutup. Dia kemudiannya mengeliat sekuat hati. Kemudian Syazlin mandi dan mereka solat bersama mak Syazlin.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Syazlin dan maknya masih mempek barang-barang untuk pindah. Setelah selesai mereka berehat sebentar. Ramai juga jiran dan saudara terdekat yang datang membantu mengemas rumah.

Syazlin mencari-cari sosok tubuh Zanirah yang sejak tengah hari tadi tidak kelihatan. Akhirnya Syazlin dapati Zanirah berada didalam bilik dan alangkah terkejutnya Syazlin melihat diarinya berada di tangan Zanirah. Zanirah menatap tepat anak mata Syazlin, dengan perasaan sedikit kecewa bercampur marah Zanirah menghentak buku itu diatas meja belajar itu dan berlalu keluar . Syazlin cuba menahan Zanirah tetapi tangannya ditepis kuat. Syazlin menangis dan menyesal membiarkan diarinya terdedah dalam laci yang tidak berkunci.

Zanirah kini tahu bahawa Syazlin adalah seorang lesbian yang menaruh perasaan terhadapnya. Bila difikirkan kembali, Zanirah berasa geli dan jijik mengetahui selama ini dia berkawan dengan seorang lesbian yang mempunyai perasaan terhadapnya. Ya dia !

Waktunya telah tiba. Syazlin harus berangkat sekarang tetapi bayang-bayang Zanirah masih tidak kelihatan. Dia ingin meminta maaf. Nombor Zanirah didail berkali-kali tetapi tiada jawapan. Akhirnya Syazlin mengalah. Dia hanya mengirimkan surat kepada abang Zanirah untuk Zanirah dan Syazlin pun pergi.


****************************************************************************





Tiga tahun berlalu. Zanirah kini telah berubah. Dia menjadi seorang pengkid yang menantikan orang yang lama meninggalkannya. Mungkin inilah  karma kerana telalu benci akan orang yang bernafsu songsang. Surat Syazlin masih disimpan rapi. Dia kini tidak tahu dimana Syazlin. Rakan-rakan kelasnya juga tidak tahu dimana Syazlin. Ibu Syazlin juga tidak dapat dihubungi lagi. Mereka terus terputus hubungan sejak Syazlin berpindah ke Kedah. Apabila Zanirah merindukan Syazlin, pasti surat itu menjadi temannya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2015 07:32 PM | Show all posts
***sambungan***

Suatu hari, Zanirah bersembang di laman chatting yang biasa dikunjungi. Dia menggunakan nickname  Z Tomboyz. Tiba-tiba seorang chatter bernama Azlin menegurnya. Mereka rancak berbual dilaman tersebut sampai menjadi akrab dari sehari ke sehari. Setelah seminggu berchatting, Azlin mengajak Z berjumpa. Mereka sengaja tidak memberikan gambar mereka agar lebih berasa teruja.


Zanirah memakai baju t biru muda berserta jeans hitam dan mengenakan cap hitam. Penampilannya tak ubah seperti lelaki cuma dia tiada  halkum. Buah dadanya juga tidak menonjol kerana memakai bengkung.

Zanirah menunggu didalam cafe yang berdekatan dengan rumahnya itu. Sudah lebih kurang 15 minit dia menunggu, tiba-tiba seorang perempuan berkaca mata tidak bertudung menyapanya.

'' Z ke ni ?'' tanya perempuan yang berkulit cerah itu.

'' Err ye saya. Awak.... Syazlin ?'' mata Zanirah tidak berkelip melihat perempuan dihadapannya. ''Mungkinkah Azlin tu Syazlin?'' detik hati Zanirah.

''Ha? Macam mana awak tahu nama penuh saya ? Awak kenal saya ke ? '' tanya Syazlin dengan perasaan hairan. Dia masih belum sedar bahawa Z adalah Zanirah. Mungkin kerana penampilan Zanirah yang terlalu berbeza dari dulu. Zanirah sedar dia sudah terlanjur kata. Dia tidak mahu Syazlin tahu Z adalah Zanirah.

'' Eh tak lah. Saya agak je. haha Eh duduklah dulu. '' pelawa Zanirah. '' Awak nak minum apa? '' tambahnya lagi.

''Hmm saya pun tak tahu sebab saya baru saja balik ke sini. Dulu cafe ni tak ada . hehe Awak rasa saya patut order apa ?'' Syazlin meminta pendapat Zanirah.

'' Saya rasa  better awak order Mama's Coco Shake sebab tu paling popoular di cafe ni. '' cadang Zanirah sambil melemparkan senyuman.

'' Oh yeke ? So tu je la. hehe.'' Syazlin menerima cadangan Zanirah yang sudah lama disini. Mereka membuat pesanan yang sama. '' So rumah awak dimana ?'' tanya Syazlin.

''Ha? Err dekat belakang tu je. Awak pula?''

''Saya dekat dengan super market tu. Dulu rumah saya dekat belakang cafe ni juga tapi rumah tu dah jual. Now bila balik sini terpaksalah sewa rumah lain sementara cari rumah tetap. hehe.'' jelas Syazlin.

Pesanan mereka pun sampai. Mereka berbual-bual lebih kurang 1 jam kemudian mereka pergi berjalan-jalan di taman. Malam menjelang Zanirah menghantar Syazlin pulang menaiki motor.

''Awak, terima kasih tau sebab sudi temankan saya hari ini dan sudi hantar saya sampai rumah. hehe Saya happy sangat hari ini sebab dapat kawan baru.'' jelas Syazlin.

''Er sama-sama =D . Saya pun happy juga. Happy sangat,hehe. Er awak, nak nombor telefon boleh ? '' pinta Zanirah.

'' Nak buat apa ? Nanti boy saya marah macam mana. ? '' usik Syazlin.

''Ha? Awak dah ada boyfriend ke ? Oh tak pe lah. hehe maaf. '' Zanirah cuba tersenyum walaupun dalam hatinya sedikit kecewa kerana dia mengharapkan Syazlin masih seperti dulu. Tapi ada juga perasaan gembira kerana Syazlin telah berubah kearah kebaikan.

'' Hmm awak pula ada girlfriend dah ke ?'' tanya Syazlin.

''Belum lagi. Siapa lah nak kat saya, rupa pun tak ada. hehe'' jawab Zanirah. '' Ok lah awak, saya balik dahulu. bye'' Zanirah pun berlalu.

Sejak hari itu mereka menjadi sangat akrab. Sampailah satu masa Syazlin tahu Z adalah Zanirah apabila Syazlin dan maknya berkunjung ke rumah Zanirah. Akan tetapi Syazlin tidak berasa marah malah tetap ingin berkawan dengan Zanirah.

Sebulan berlalu...

''Syaz. Kenapa saya tengok awak tak pernah pun keluar dating dengan boyfriend awak ? ''  tanya Zanirah hairan.

''Nak dating macam mana boyfriend pon tak ada. haha'' jelas Syazlin.

''Eh awak cakap awak ada boyfriend?''

''Bila saya cakap ?''

''Masa first day kita jumpa balik. hmm'' jawab Zanirah.

''Oh . haha Awak ni percaya je kan ? Saya gurau je waktu tu. haha lawak lah awak ni.'' jawab Syazlin sambil mencubit pipi Zanirah. ''Dah lah jom. Tadi cakap nak shopping.''


Syazlin menarik tangan Zanirah dan memimpin tangannya seperti pasangan kekasih. Zanirah yang sedikit terkejut dengan perlakuan Syazlin membiarkan sahaja. Mereka kelihatan begitu mesra. Mereka masuk ke sebuah kedai kasut dan melihat kasut-kasut disitu. Tiba-tiba ada seorang pengkid menyapa mereka.

''Dah lama ke couple bro ?'' tanya pengkid itu dengan mesra.

''Err  kami... '' belum sempat Zanirah menjawab, Syazlin menyampuk.

''Dah 2 bulan. Kan sayang ? '' jawab Syazlin. Zanirah memandang sahaja Syazlin.

'' Oh haha patut mesra ya amat. So bro nak beli kasut apa? Ada offer  sekarang ni. '' tanya pengkid itu lagi.

'' Kami tengok-tengok saja dulu. Err Syaz nak beli apa-apa tak ? '' tanya Zanirah.

'' Nak. Nak beli kasut yang paling cantik. Nanti nak pergi dinner dengan awak boleh pakai. Hihihi. '' usik Syazlin tetapi dia memang maksudkan nya.

'' Err ok....... err pilihlah dulu. Saya tunggu luar.'' Zanirah cuba mengelak daripada terus rapat dengan Syazlin.

'' Hepp ! Tak boleh pergi mana-mana. Tunggu saya. lalalala '' Syazlin memegang tangan Zanirah dan membawanya kemana saja.

Setelah selesai membeli kasut dan barang lain, mereka pun pergi makan. Mulalah adegan suap menyuap antara mereka. Mereka tidak perdulikan mata-mata yang melihat. Zanirah semakin terbiasa bermanja-manja dengan Syazlin.

Sejak hari itu hubungan mereka semakin akrab. Dan pada suatu hari Zanirah membawa Syazlin ke pantai menyertai geng-geng muzik Zanirah membuat parti meraikan ulang tahun salah seorang teman mereka dan di pantai itulah Zanirah melamar Syazlin. Di pantai itu, Syazlin menerima lamaran Zanirah.

Dalam perjalanan pulang dari parti itu, mereka terlibat dalam kemalangan yang mengerikan. Motor yang dinaiki Zanirah dan Syazlin berlanggar dengan sebuah van dan hilang kawalan. Motor tersebut kemudian terlanggar tembok. Zanirah tercampak dari motor dan mengalami kecederaan teruk dibahagian perut kerana terkena bahagian besi penghadang jalan ketika tercampak manakala Syazlin mengalami luka kecil dibahagian kaki dan tangan dan tangan kanannya patah.

Zanirah meninggal dunia apabila sesampainya di hospital. Setelah seminggu Zanirah pergi, Syazlin pula pergi kerana dilanggar kereta ketika cuba lari dari hospital kerana sudah tidak tahan mengenangkan Zanirah pergi meninggalkannya di hospital itu.

Tamat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:06 PM | Show all posts
afiey replied at 23-1-2015 11:32 AM
***sambungan***

Suatu hari, Zanirah bersembang di laman chatting yang biasa dikunjungi. Dia mengg ...

Afiy. klo ko cdng nk post byk cerpen kat sini. Satu thread dah cukup. Cerpen len ko, ko paste sini .Takyah byk thread. Macam thread tajuk shortiex3 aku tu.

Aku sedih doe ending  cter ko. hoho..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 09:25 PM | Show all posts
tak paham la giler haha. x reti doe guna bende ni. baik aku fokus kat blog je wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 09:29 PM | Show all posts
afiey replied at 23-1-2015 01:25 PM
tak paham la giler haha. x reti doe guna bende ni. baik aku fokus kat blog je wakaka

Sakit ati betul. Penat aku taip. Sia2. Baik takyah bgitaw. Geram.

Haha.31 dah view thread ko. Boleh tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ringkas dan padat. Good
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2015 10:49 AM | Show all posts
bellaa replied at 12-5-2015 03:02 PM
ringkas dan padat. Good

cter plu.kopun bca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.139423 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list