CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6092|Reply: 6

Kucing sakit after vaccination

[Copy link]
Post time 23-1-2015 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Tak tahu kalau thread ni dibenarkan atau tidak..aku nak berkongsi rasa mengenai kucingku, Snowy..

11/1/2015 lalu aku bawak snowy and adik2 dia pergi ke vet untuk dapatkan suntikan vaccine pertama memandangkan ketiga-tiga mereka dah berumur 3 bulan. after vaksin bawak balik semua ke rumah. snowy nampak kurang aktif...dia duduk di tempat2 gelap dan kurang bermain seperti selalu. Tapi snowy masih mau menyusu dengan mak dia. Dia x mau makan sangat tapi mau minum. Snowy cirit pulak.... aku x tau ni petanda bagus atau tak bagus..tapi aku tak sedap hati.

2 hari telah berlalu..snowy kelihatan "OK" tapi masih tak aktif bermain. Dia masih cirit...sehinggalah bila malam aku angkat bontot dia tengok cirit dia cair macam air yang berwarna hijau. Aku dah risau and bersabar tunggu hari siang sebab nak kena rujuk snowy ke vet

13/1/2015 - aku bagi tahu vet condition snowy. vet cakap jangan risau mungkin keadaan biasa and suruh aku bagi dia air selalu sebab cirit birit menyebabkan kucing jadi dehydrated. bila aku bagi tahu vet aku kerja and balik malam pukul 11 and tak mungkin dapat bagi snowy air sekerap 2-4 jam..vet suruh aku warded snowy supaya vet boleh monitor. Aku setuju..sebab bagi aku itu yang terbaik. aku dah ada pengalaman dengan vet ni..Alhamdullilah track record dia bagus. semua kucing2 yang aku hantar dalam bukan keadaan kritikal dengan ilmu dia and kuasa Allah akan sembuh and sihat seperti sedia kala. aku tinggalkan snowy di situ and pergi kerja.

19/1/2015 - aku tak melawat snowy 4 hari kat klinik. hari ni aku pergi melawat nak check on his condition. Ya Allah terkejut beruk aku. Snowy hilang berat badan, ada eye infection, taik bersepai, badan kotor and nampak sakit. Doc masukkan iv drip dekat badan dia untuk pastikan dia hydrate. aku masuk bilik vet and terus luahkan perasaan pasal snowy. vet cakap..keadaan snowy kritikal 50-50. Mungkin snowy dah sakit sebelum vaccine tapi kita tak tau.. bila vaccine imun system dia jadi lemah and dia berlawan untuk menghasilkan antibodi sebab tu keadaan dia kritikal. sekarang bergantung kepada kekuatan snowy untuk up balik system badan dia. Apa yang doc buat ialah supportive care. Dia bagi antibiotik jugak. Aku terus takde mood - makan and minum tak lalu. aku balik rumah and terkenang2 snowy.

petang tu rakan baik ku datang rumah and ajak melawat snowy. Wah! aku terkejut lagi. Snowy nampak Ok. aku panggil2 dia..and dia response. aku bawak dia keluar dari cage..dia jalan2 and duduk kat kaki aku. Vet pun dah mandikan and bersihkan Snowy. Snowy nampak "hidup" aku lega skit. Aku balik rumah and makan.

20/1/2015 - seperti biasa rutin aku kalau kucing warded mmg aku akan melawat diorang and spend time sebelum aku pergi kerja. Aku pergi tengok snowy.  snowy nampak ok..najis masih cair tapi bukan macam air. najis dia macam ubat gigi colgate. Bilalah tahi dia nak kembali ok ? aku main2 dengan dia 15 minit. cium skit and aku pergi kerja. aku bagi tau snowy..esok kakak datang ye dik! aku bagi tau jugak "snowy kuat! snowy boleh lawan!".  Hari2 aku berdoa dengan Allah sembuhkan penyakit snowy and panjangkan umur dia and bagi kesihatan dia seperti sedia kala

21/2/2015 - Snowy ok..nampak aktif. Dia gigit2 cage nak keluar bila nampak aku. aku panggil dia and dia menyahut. aku berborak dgn vet - dia cakap snowy takde penyakit virus FIV ke, FPV ke, FIP ke.. snowy bebas virus. tapi snowy jadi mcm ni sebab dia divaksin masa keadaan dia kurang sihat. aku terasa bersalah and terasa bodoh..what a stupid move to vaccine snowy masa dia kurang sihat. macam mana aku xperasan dia kurang sihat. aku patut alert dengan dia. I am stupid. Tapi vet cakap hari ni dia OK..nampak aktif

22/2/2015 - aku melawat snowy pagi tadi. terkejut lagi! hari ni snowy nampak lemah sangat. aku panggil and dia memandang diri aku dengan sepi. takde menyahut langsung. Ah sudah! ni kritikal. aku terus dapatkan vet. vet cakap dia nampak lemah. vet explain snowy lemah pagi, aktif petang and malam lemah balik. up and down. up and down. tak stabil. aku keluarkan snowy dari cage. dia laju berjalan hendak ke luar klinik. aku tangkap and peluk cium dia. aku rasa masa macam makin hampir. aku bagi tau dia snowy kuat! snowy boleh lawan! aku bg tau aku akan dtg esok melawat. aku cakap cepat sembuh dik. nanti boleh balik umah and main2...


to be continued.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2015 08:02 PM | Show all posts
petang aku call vet..tanya keadaan dia macam mana. vet cakap snowy lemah. dia bagi snowy minum air and the good thing is snowy nak minum. dia bangun and masukkan kepala ke dalam  bekas air. aku cakap hari ni hari ke 10 dia disini..bila nak sembuh ? vet cakap bagus dia boleh bertahan! kita tengok 10 hari lagi. Ya Allah! lamanya!!
*menangis dalam hati* terseksa jiwa raga aku tengok snowy.

kalau boleh aku tak nak pergi kerja and nak duduk by his side. tapi aku ada meeting and aku kena pergi jugak. vet tutup pukul 7 aku x sempat nak melawat dia balik dari kerja. aku mintak no vet suruh vet whatsapp gambar terkini snowy.

snowy nampak lemah. tak perlu aku pos gambar kat sini. confirm korang nangis nanti. apa yang aku nak cakap sekarang aku tawakal sahaja dengan Allah - sesungguhnya dia ada kuasa memati dan menghidupkan. Aku cuma ralat dengan wrong move aku. Esok jika umur snowy masih panjang, insyaAllah aku akan berjumpa dia. aku berdoa supaya snowy diberi peluang untuk hidup. aku rela kutip najis2 dia, rela bersihkan najis dia, rela penat bersihkan sangkar dia, rela berpenat lelah menjaga dia..asalkan dia hidup. aku sanggup penat, aku tak kisah. biar aku penat..biar aku letih..asal snowy depan mata aku aktif lompat sana sini..aktif main. aku gembira tgk dia.

esok..aku akan call vet dulu tanya keadaan snowy. aku tak mahu terkejut terima berita negatif bila sampai2 klinik nanti. aku nak terus bersedia. doakan aku semua..doa untuk snowy jugak.

kepada semua yang ada pengalaman vaksin kucing sakit or kucing sakit selepas vaksin..harap dapat kongsi pengalaman..

salam semua

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 09:35 PM | Show all posts
Sy takde experience kucing sakit teruk. Tapi skrg tgh tunggu Smokey sy sihat dari cirit sbb terlepas tarikh untuk 2nd vaccination. Tapi vet yg sy jumpa mmg selalu remind. Kalau kucing sakit lg jgn hantar vaksin sbb nnt dia lambat sihat.

Semoga Dipermudahkan urusan awak dan semoga Snowy cepat sembuh nnt update lagi tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 03:35 PM | Show all posts
MegiTomyam posted on 23-1-2015 09:35 PM
Sy takde experience kucing sakit teruk. Tapi skrg tgh tunggu Smokey sy sihat dari cirit sbb terlepas ...

sorry lambat update. Snowy dah takde di dunia ni. Snowy menghembus nafas terakhir pada 24/01/2015.
Sempat jumpa Snowy kat ward klinik kucing sebelum dia pergi selama lama nya. aku cakap " kakak mintak maaf sebab selalu bully Snowy. sorry atas salah dan silap" pastu Snowy meow2 2-3 kali seolah2 dia faham kata2 ku. aku peluk dan cium Snowy x nak lepas. pastu aku bawak mak Snowy sekali masa pergi visit tu untuk mak dia tgk Snowy buat kali terakhir.

sebelum aku keluar dari klinik..aku peluk and cium Snowy berkali2. aku letakkan Snowy di lantai bagi dia merasa jejak tanah. dia dah 11 hari dalam cage...sebelum dia pergi..aku nak dia jejak tanah buat kali terakhir.

pukul 3 ptg..aku dpt msg dr vet...Snowy dah takde. Aku tentulah sedih tapi aku diam and berfikir and amik masa untuk bertenang. setelah 2 hari bertenang..aku redha dengan ketentuan Allah. aku dah buat sehabis baik..and ini lah janji Allah untuk aku dan Snowy. terima kasih sebab menghadirkan Snowy kepada ku. aku sgt2 sayangkan Snowy. InsyaAllah kita akan berjumpa di syurga nanti sayang.

semalam aku pergi klinik byr bill Snowy. Doc sertakan sekali Snowy death report. mengikut death report tu..Snowy died tu to viral infection in his intestine. Snowy has been infected with diarrhea 3 days before his first vaccine. and the vaccine that has lived virus cause the infection to be worse. Snowy antibody slowing down due to fight 2 infection at the same time and at the end because his antibody tak boleh cope up..he passed away.

Pengajaran besar buat aku dalam kes ni - always check cat condition before going for vaccine. kalau rasa was2 jangan hantar langsung. hantar bila rasa konfiden dgn keadaan kesihatan kucing kita. kalau hantar jugak..I have to pay a HEFTY price and experience for my cat. I learnt my lesson. harap2 sesiapa yang membaca kisah ni ambiklah pengajaran and jangan terkena macam aku.

Sekarang ni, kucing aku Naomi pulak hilang. hilang pada 29/1/2015 hari tu. Ya Allah hanya 5 hari apart aku diuji lagi. Berikan lah aku kekuatan.
Aku sgt2 berharap kau pulangkan lah Naomi kepada ku. panjangkan lah rezeki aku menjaga Naomi lagi. Walaupun dalam apa condition pun Naomi tu balik nanti..aku tetap akan terima. tempang ke cacat ke cedera ke luka ke bunting ke..aku tetap nakkan dia balik. apa jua keadaan Naomi, pulangkan lah dia kembali kepadaku. Sekiranya dia telah tiada..berikan lah aku petunjuk. sekiranya dia sesat tunjukkan lah dia jalan pulang. sekiranya dia di ambil orang bukak kan lah pintu hati orang itu untuk memulangkan Naomi kepada ku.

All I need is closure..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 08:06 PM | Show all posts
sebab vaksin tak pernah
kucing aku mati sebab aku tersalah bawak dia pergi mandulkan kucing betina (creamy) aku tu
aku taktau dia tgh pregnant, Allah...kalau aku taw aku tak pergi la mandulkan dia
vet tu pun tak bagitau pape pon
aku harap sebagai vet dia lebih pakar la taw kucing tu pregnant ke tak,sesuai mandulkan ke tak
aku bukan nak racist , tapi aku selalu terkena dengan klinik vet melayuuuuuuuu ...uwaaaaa
dua kali kena kes yg 1 lagi sebab kucing aku tu sakit vet masukkan air dlm bdn tp air tu berkumpul bawah kulit kucing aku tu sampai kulit bwh perut tu makan air dan menanah..nangis wehhh...tak pasal2 je sebab penyakit lain,bertambah penyakit lain lagi
rompong perut kucing aku....
dua2 kes bukan klinik yg sama..klinik lain2 tp doc melayu
aku dah fobia nak pergi vet melayu
aku pergi klinik vet india/cina okay sgt2 byk info aku dpt
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 07:54 AM | Show all posts
mashsweetpotato replied at 12-2-2015 08:06 PM
sebab vaksin tak pernah
kucing aku mati sebab aku tersalah bawak dia pergi mandulkan kucing betina  ...

Please share klinik vet mana you pegi tu sebab sometimes ada kes yang orang ingatkan vet tu sebenarnya bukan doktor haiwan pun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 03:50 PM | Show all posts
Sedihh nyaaa.. patotlah u bersungguh nak jagakan kucing u tuhh..
i takleh lah baca tentang kucing nih mudah sngat nak buat i nangis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.218006 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list