CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
Post time 26-1-2015 12:13 PM | Show all posts
Oh... korang-korang je la nama yang ada kat sini, nama aku takde ek... K... fine...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2015 12:14 PM | Show all posts

mak aih......kalu gini rupa Conan...aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:15 PM | Show all posts
aylanins replied at 26-1-2015 12:13 PM
Oh... korang-korang je la nama yang ada kat sini, nama aku takde ek... K... fine...    ...

ada-ada ...belum masuk part awek lagi ni..
rasanya Aylanins tu awek si Conan yang abang sado tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:15 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:09 PM
tak..ini cerita straight...tak dak LGBT..
tapi kalau ko nak jugak, boleh je aku selit..
ada kisa ...

errr... sapa gomol sapa nanti?



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:17 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:14 PM
mak aih......kalu gini rupa Conan...aku

Dah dia yg mintak Nabil... aku bagi ler...

Tang mana Sado nya s Nabil pun tak tawww....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:18 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-1-2015 12:20 PM
Ipo replied at 26-1-2015 12:15 PM
ada-ada ...belum masuk part awek lagi ni..
rasanya Aylanins tu awek si Conan yang abang sado tu:l ...

Awek Conan nama Ayla...

Awek Nicki...Nayla?


Motippp sangatkan 'Nicki' pilih awek awal-awal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 12:19 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:10 PM
motor kapcai jek...
keta kancil jek..
takat mamat 'Average Joe' back kata Nicki Lee...

jangan main2 ngan kancil neh



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:21 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:15 PM
ada-ada ...belum masuk part awek lagi ni..
rasanya Aylanins tu awek si Conan yang abang sado tu:l ...

Kenapaaa... kenapaaa... Aylanins harus menjadi awek kepada si mamat kerinting
Cepatlah letak entry baru...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 12:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 26-1-2015 12:17 PM
Dah dia yg mintak Nabil... aku bagi ler...

Tang mana Sado nya s Nabil pun tak tawww....  ...

okay laaa.. abang yg ni boleh? yg muka kpop tu nicki.. yg tak berapa nak kpop tu conan



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:28 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-1-2015 12:24 PM
okay laaa.. abang yg ni boleh? yg muka kpop tu nicki.. yg tak berapa nak kpop tu conan

Waaauuuuuu. Terus pilih yg kokesen kaaauuuuuu

Pasti Aylanins takkan menolak kalau beginilah ghupa boiprennyeeehhh...



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:30 PM | Show all posts
Terhibur hatiku nan lara duk bertenggek kat benang ni...

Tapikan...

Aku pun dah terasa macam kecelaruan identiti ni.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:31 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-1-2015 12:24 PM
okay laaa.. abang yg ni boleh? yg muka kpop tu nicki.. yg tak berapa nak kpop tu conan

Setuju! Sah! Yang belah kiri tu Conan .

Bantahan tidak diterima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:34 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-1-2015 12:59 PM

CONAN masih lagi berada di ruang tamu sambil menonton tv. Dari rancangan Tanyalah Ustaz, dia beralih pula pada rancangan Nasi Lemak Kopi O. Asyik melayan pengacara ganteng yang mirip Fizo Omar itu dan pengacara manis, mirip Hani Hatim itu, telefon Samsung Galaxy berdering. Conan seluk poket seluar. Senyumannya sudah lebar ke telinga. Baru tadi dia teringat awek yang sudah agak lama tidak bertemu muka, sejak berjauhan tempat tinggal. Hai..Aylanins...nama pun cun. Panggilan dari kekasih tersayang dijawab.

"Hai sayang...ada apa call saya pagi-pagi buta ni?" Sengih lagi Conan.

"Pagi buta? Dah pukul sembilan la! Ni, baru bangun ke apa ni? Dah solat subuh?"

Conan jarakkan telefon bimbitnya dari cuping telinga. Suara kuat dari hujung talian membingitkan telinga. Pagi-pagi dah jadi mak nenek awek aku ni! Ini abang sado yang alim tau!

"Err..sudah sayang.. sarapan pun sudah. Ayla call saya ni nak apa?" Conan lembutkan suara. Dia tak boleh marah-marah. Aylanins tu kuat merajuk kalau dikuatkan suara. Ini adalah awek yang pertama dalam hidupnya. Dia bukan reti nak berpasangan sangat. Masa nak 'tackle' Aylanins dulu pun, jenuh duk fikir macam mana nak  'usha' minah tu. Bila dah jadi 'steady'. haruslah dipegang kuat-kuat supaya tak terlepas. Kalau Ipo yang hubunginya tadi, lainlah cerita. Mahunya dihambur sedas dua!

"Ayla nak minta tolong ni..kereta rosak. Datang ambik Ayla ya Nan!"

Conan garu kepala. Hok aloh...motor kapcai aku pun rosak. Masih tersadai kat tepi hutan nun. Apa aku nak jawab kat awek aku ni? Kalau tolak karang..merajuk sampai hujung dunia la jawabnya. "Err...ok sayang. Sepuluh minit sampai!"

Talian putus. Conan terkulat-kulat seketika. Ah! Aku kena cepat! Bergegas dia bersiap. Nota kaki tadi dimasukkan ke dalam poket dan selepas rumah dikunci, dia terus ke jalan besar menunggu teksi di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:58 PM | Show all posts
Hampir setengah jam, barulah Conan sampai di tempat kereta Aylanins. Keluar saja dari perut teksi, dia segera menapak ke tempat Aylanins yang sudah masam mencuka di situ.

"Kata sepuluh minit?" Aylanins jeling Conan.

Conan melihat jarum jam di pergelangan tangannya. Jam yang dibeli di jalan Chow Kit. Dia kemudian beralih melihat gadis itu yang sudah berpeluk tubuh dengan mulut muncung.

"Ala...jalan sesak tadi. Entah dari mana itik dan anak-anak itik tiba-tiba terkedek-kedek melintas jalan. Terpaksalah driver teksi tu berhenti. Kalau teruskan juga bawa kereta, matilah semua itik-itik tu kan? Tak pasal-pasal tuan itik tu mengamuk karang." Entah dari mana idea yang Conan ambil.

"Banyaklah awak punya itik! Kat bandar ni mana ada itik?" Lagi muncung Aylanins marahkan Conan namun dalam hatinya terhibur dengan lawak pagi hari dari kekasih hati. Dia sebenarnya cuba menahan ketawa.

"Ha...kan..dah nak ketawa tu.." Usik Conan. "Meh, biar saya tengok apa yang rosak tu.."

Conan mula memeriksa kereta Aylanins yang sudah tersadai di bahu jalan. Dia godek-godek mana yang patut sementara Aylanins pula cuba menghidupkan enjin kereta.

"Awak!! Dah hidup!!" Jerit Aylanins dari tempat pemandu. Lega.

Conan turut senyum. Dapat juga pahala dengan amal jariah di pagi hari ini. Dia kemudian menapak ke arah Aylanins yang sudah tersenyum manis di dalam kereta.

"Awak..terima kasih. Err...saya hantar awak ke rumah?" Pelawa Aylanins sambil tersenyum lebar.

"Hmm...tak payah. Boleh awak hantar saya ke satu tempat?" Conan sengih. Dia perlu jumpa Ipo untuk berbincang hal nota kaki dan kejadian malam tadi.

"Baiklah..masuklah!"

Kereta menderum laju menuju ke destinasi yang sudah diberitahu Conan tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 12:59 PM | Show all posts
ok..nak masuk ofis ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:05 PM | Show all posts
Ipo tu skandal conan ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 01:25 PM | Show all posts
wah.. cerita baru..

#checkinbawakpopcorn20kotak
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 02:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-1-2015 12:58 PM
Hampir setengah jam, barulah Conan sampai di tempat kereta Aylanins. Keluar saja dari perut teksi, d ...

Ololololololo.....suwitnyeeeeeee.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 05:02 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-1-2015 01:04 AM

BAB 2


TERJENGUK-JENGUK Conan melihat ke arah dalam restoran mamak yang terletak di hujung bangunan lot kedai. Tercari-cari kelibat Ipo di situ. Dia menapak ke ruang di kaki lima restoran, angin sejuk dari kipas angin besar cukup menyegarkan. Punggung dilabuhkan di situ. Segera dia memanggil pelayan restoran untuk memesan minuman.

Sementara menunggu Ipo datang, suratkhabar atas meja sebelah dicapai. Tajuk berita yang dipaparkan di mukasurat hadapan menarik minatnya. 'MAYAT DIROBEK !!' Ralit Conan membaca setiap apa yang dicatat di situ. Nampaknya mayat itu sudah hancur  dan identiti mangsa juga tidak boleh dikenalpasti. Polis masih belum menemui bukti untuk mensabitkan sesiapa dalam kes pembunuhan itu.

"Haih...sah! Memang aku nampak mayat ni!" Conan geleng.

"Conan!!"

Muka diangkat dan dia menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Tersenyum melihat Ipo sudah menapak ke arahnya. Suratkhabar ditutup. Dia turut melambai ke arah Ipo yang sempoi dengan kemeja T dan seluar jeans biru.

"Apa hal kau nak jumpa aku?" Ipo mula bertanya seraya melabuhkan punggung di kerusi.

"Aku ada hal penting. Eh, kau tak apa ke jumpa aku waktu macam ni?" Conan jeling pula jam, hampir sepuluh setengah pagi.

"Tak apa. Kerja macam aku ni..bila-bila masa boleh keluar." Sengih Ipo bila bercakap hal kerja.

"Ok, aku ada benda nak beritahu kau. Ni.." Nota kaki ditunjukkan kepada Ipo.

Nota kaki itu dibaca sekilas. "Permulaan?"

Conan angguk.

"Hmm...pelik. Kenapa nota ni ada kat rumah kau?"

"Mana aku tahu. Nicki yang jumpa." Conan mula meneguk teh ais yang sudah tiba di meja.

"Hmm...pelik...pelik.." Ipo garu kepala.

"Ni..kau baca ni..kejadian ni aku nampak sendiri." Suratkhabar disua kepada Ipo.

Berita pembunuhan itu dibaca seketika. Berkerut kening melihat keadaan mayat yang dipaparkan di mukasurat pertama akhbar itu. Kemudian dia mengalih pandang pada Conan yang juga turut melihat ke arah paparan berita tersebut. "Kau nampak apa?"

Conan  bisik ke telinga Ipo, bimbang apa yang dikatakan itu akan didengar oleh orang lain. "Kau rasa..apa agaknya?"

"Aku rasa binatang buas. Tadi kau kata ada taring panjang dan kuku tajam kan?"

Conan angguk.

"Binatang tu berbulu lebat tak? Warna hitam?" Tanya Ipo lagi untuk kepastian.

"Mungkin juga. Aku tak pasti sebab malam. Kalau benda tu warna merah pun akan nampak hitam, betul tak?" Conan sengih.

Ipo senyap. Dia tahu apa yang diberitahu oleh Conan sebentar tadi adalah mungkin 'hasil' dari kajian oleh Ryan dulu yang bekerja satu makmal dengan Kurt dan dia percaya benda itu adalah hasil dari campuran genetik dan ubahsuai genetik sejenis bakteria merbahaya yang sudah diformulakan. Dia perlu jumpa Hanna, isteri Kurt yang juga seorang saintis. Mungkin semua itu ada kaitan. Sementelah lagi Kurt yang menghilang tujuh tahun tiba-tiba muncul dalam keadaan fikiran tidak waras. Kurt hilang ingatan!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:45 PM | Show all posts
menarikkkkkkk!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.097755 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list