CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
Post time 18-3-2015 10:52 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-3-2015 10:38 AM
Astagaaa! Mataku dah kero!

Nasib ada I sebelah U

Konpius lak. U sebelah I?

Tapikan, bukan ke u boss I.......tapi dah hilang jejak dalam cerita ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 11:09 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-3-2015 08:47 AM
ko tengok muka aku.ni muka gembira ka??

Ni bukan muka gembira, ni muka gatal nak kawin lagi satu




Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:59 AM | Show all posts
aylanins replied at 18-3-2015 11:09 AM
Ni bukan muka gembira, ni muka gatal nak kawin lagi satu

Ayla cayang... will you marry me??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 03:19 PM | Show all posts
mak aaaaiiiiiiiiiiiiiiiihhhh...
aku plak yg pening baca komen korang nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 03:34 PM | Show all posts
sambung sikit lagi..hari ni sibuk sikit..

malam nanti la..kalau nk panjang pun..kalau..


AYLANINS pulang ke rumah dengan hati yang sebak. Sebak melihat kebahagiaan Conan dan Arisha. Ya..Arisha sudah hamil. Bukankah itu tandanya Conan sudah dapat terima Arisha dan sudah mengulit bahagia bersama? Sedangkan dia sendiri...

"Ayla..kenapa ni?" Tegur Puan Wahida lembut.

Aylanins cepat-cepat menyeka air mata. Dia mula mengukir senyum. "Oh mak..mak masak apa ni? Dari luar dah bau sedap.."

"Masak tomyam poktek la. Hmm..dah beli barang yang nak dibeli tu?" Tanya Puan Wahida lagi.

Aylanins angguk. Dia buka beg kertas yang ada baju sejuk. Dibelek-belek baju sejuk berwarna coklat muda itu bersama mafla. Cuaca di sana nanti sangat sejuk. Jadi, rasanya tidak cukup dengan hanya satu baju sejuk saja. Dia perlu beli lagi sehelai. Tadi, sebenarnya dia ingin membeli dua helai tetapi sebaik terpandang Conan dan Arisha, terus saja dia sambar sehelai dan bergegas ke kaunter bayaran. Bimbang dia akan bertembung dengan Conan nanti.

"Mari makan..esok-esok dah ke sana, lambat lagilah nak merasa tomyam poktek ni. Maklong dah tunggu tu. Sepupu kamu yang dua orang itupun ada sekali. Mari.." Senyum Puan Wahida melihat anak perempuannya sudah mula menguntum senyum.


MASA begitu cepat berputar. Aylanins memeriksa semula semua dokumen perjalanan dan juga beg pakaiannya. Semuanya sudah lengkap termasuk surat tawaran kemasukan ke univerisiti. Dia akan belajar di Leiden nanti. Sudah terbayang kecantikan pemandangan di sana dengan bunga tulip dan kincir angin di sepanjang terusan. Mengayuh basikal di sekitar bandar. Ah..tidak sabar rasanya untuk ke sana. Biar segala rasa duka dan kecewa di sini dilepaskan di sana.

Aylanins mula memeluk ibu dan maklong. Tidak lupa juga sepupunya yang turut sama menghantarnya ke lapangan terbang. Sayu sebenarnya ingin pergi dari situ dan meninggalkan ibu dengan maklong tetapi dia juga harus ubati lukanya sendiri. Hanya dengan cara itu saja dia boleh melupakan apa yang sudah berlaku selama ini. Dia melangkah ke ruang menunggu sebaik selesai urusan di pintu masuk berlepas. Sesekali dia menoleh kebelakang, melihat sekali lagi ibu dan yang lain yang masih melambai-lambai ke arahnya. Dia terhenti langkah. Matanya tertancap pada Ipo yang sedang berbual dengan Hanna di satu sudut. Aylanins cepatkan langkahnya. Bimbang Ipo akan melihatnya nanti dan sudah tentu lelaki itu akan sampaikan pada Conan. Dai harus segera beredar dari situ.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 04:40 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-3-2015 12:00 PM
akhirnya...popcorn banyak tumpah tak?

habis bersepai.. nak suap ke mulut tapi miss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ayla... Ipo sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 08:38 PM | Show all posts
IPO sempat mengerling ke arah balai pelepasan. Tadi rasanya matanya tidak silap melihat. Ternampak Aylanins sedang melalui pintu masuk pemeriksaan menuju ke balai berlepas. Terjenguk-jenguk dia cuba mencari kelibat Aylanins.

"Hmm..ke aku salah tengok?" Ipo garu kepala.

"Apa yang kau tengok sampai terteleng macam tu?" Tanya Hanna.

"Tak ada..aku macam nampak Aylanins kat sana tadi. Mungkin perasaan aku je kut.." Sekali lagi Ipo garu kepala.

"Yalah tu kut..kan Aylanins tu dah lama tak balik KL ni. Aku faham perasaan dia..aku pernah merasainya. Pemergian Kurt dulu..aku rasa seolah dunia ni sudah kiamat.." Ujar Hanna pula. Apa yang dirasakan oleh Aylanins mungkin sama peritnya dengan kisahnya dulu. Danish di sebelahnya dipimpin tangan. Dalam keadaan orang ramai di lapangan terbang itu, dia harus berhati-hati.

"Mungkin la. Flight kau pun tak lama lagi.Hanna...aku harap kau hidup gembira di Sweden. Congratulation..kau bertemu jodoh juga dengan Eric.." Ipo mengucapkan tahniah. Hanna sudah mengambil keputusan untuk pulang dan bekerja di negara kelahirannya.

"Ya...everything is going well...I hope.." Lemah Hanna bersuara ketika ini. Dia tahu, Ipo seorang sahabat yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan.

Ipo hanya senyum. Sukar untuk menarik Hanna mengenali Islam. Mungkin belum ada hidayah lagi untuk wanita itu. Hanna mula mengucapkan selamat tinggal kepada Ipo dan Danish pula mula memeluk Ipo seketika. Ipo hanya memandang Hanna bersama Danish menuju ke balai berlepas. Matanya masih mencari kelibat Aylanins.

"Mungkin juga perasaan aku je kut.." Ipo sengih sendiri. Dia menapak semula ke tempat letak kereta. Saat kakinya melangkah, sekali lagi dia langkahnya terhenti. Seorang perempuan yang dikenalinya sedang tergesa-gesa menuju ke luar dari lapangan terbang itu. Ipo melangkah semakin laju, cuba mengekori perempuan itu. Jelas dia melihat perempuan itu menaiki sebuah kereta.

"Hmm...pelik. Rasanya, Nayla cakap dulu, dia dah ke US. Nampak macam nak cepat je tadi.." Ipo meneruskan langkahnya ke tempat letak kereta. Dia harus berjumpa dengan Conan. Dia pasti perempuan yang dilihat di balai pelepasan tadi adalah Aylanins.

Terkocoh-kocoh dia melangkah menuju ke tempat letak kereta, tidak sedar dia sudah terlanggar seseorang. Hampir terjatuh dibuatnya. Dia menoleh. Terpaku di situ. "Pretty Sofea?"

"Awak...Sharipuddin kan?" Sapa Pretty Sofea sambil tersenyum manis.

"Err..ya..ya..awak buat apa kat sini?" Ipo pula bertanya. Bagai mimpi..bertemu gadis yang dipuja selama ini.

"Saya baru balik dari Jerman. Ada kursus kat sana.." Jawab Pretty lagi. Masih tersenyum manis.

Ipo sudah menggelabah. "Oh..err..saya pergi dulu.."

"Ipo..tunggu.."

Langkah Ipo terhenti. Dia menoleh.

"Terima kasih..sebab hadiahkan saya kucing dulu. Kucing tu dah ada dua ekor anaknya. Comel..."Pretty Sofea senyum meleret.

Ipo sengih. Ingat apalah tadi. Dia kemudian minta diri untuk pergi. Tidak seharusnya dia berlama di situ. Sudah lama dia tidak bersua dengan Pretty Sofea, sudah tentu gadis itu sudah berpunya.  Langkahnya semakin laju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2015 09:02 PM | Show all posts
CONAN resah menunggu Ipo di sebuah restoran. Tadi, panggilan dari Ipo yang mengatakan ada hal penting. Sirap limau dalam gelas dikacau dengan straw. Sesekali matanya menala ke arah luar restoran. Sengih melihat Ipo sudah berjalan laju ke situ.

"Maaf..jalan sesak tadi. Aku order minum dulu. Haus gila ni!" lantas Ipo melambai seorang pelayan restoran dan memesan minuman.

"Ada hal penting apa kau nak jumpa aku ni?" Conan terus saja bertanya.

"Ni..tadi aku hantar Hanna kat airport. Aku nampak Aylanins..dia macam nak pergi ke luar negara.." Jawab Ipo dalam nada suara yang masih termengah-mengah.

"Luar negara?? Dia nak ke mana?" Bulat mata Conan mendengar kata-kata Ipo.

"Entah..mana aku tahu. Dia macam tergesa-gesa. Alah..yang kau sibuk ni kenapa? Arisha tu..tak lama lagi dah nak bersalin. Empat bulan je lagi. Dah! Baik kau beri kasih sayang kau tu pada Arisha." Ipo sengih. Minuman yang dipesan sudah mula sampai. Cepat saja diteguk sehingga separuh.

"Betul ke kau nampak Ayla?" Conan masih tidak puas hati.

"Betullah! Mata aku belum rabun lagi. Nih, lupakan pasal Ayla tu dulu,biarlah dia nak ke mana pun. Dia pandai bawa diri. Dia kan polis dulu. aku ada hal lain yang lebih penting." Ipo teguk lagi minuman sejuk bagi menghilangkan dahaga. Hampir habis jus tembikai itu diminum, satu gelas lagi dipesan.

"Maksud kau...Ayla dah berhenti kerja?"Conan sudah terkejut. Dia benar-benar sudah hilang punca berita tentang Aylanins. Selama ini Aylanins asyik mengelak saja darinya.

"Ya..ni, aku nak beritahu kau satu hal penting ni. Tadi masa di airport, aku ternampak Esmiranda..dia macam tergesa-gesa menaiki kereta yang sudah tunggu kat depan pintu masuk tu. Aku rasa ada sesuatu la.." Ipo mula ceritakan apa yang dia nampak di lapangan terbang tadi.

"Esmiranda? Dia tu..kawan Nayla kan?" Conan cuba mengingati semula kejadian makhluk jadian dulu yang melibatkan nota kaki yang Nayla sendiri mengaku.

"Ya..and guess what? Aku rasa kereta yang dia naik tadi...macam kereta Muzafar.." Tambah Ipo lagi.

"Hah? Kau biar betul Ipo. Apa kaitan Esmiranda dan Muzafar?" Conan sudah berkerut kening. Sudah lupa pasal Aylanins, teruja mendengar cerita Ipo kali ini. Mungkinkan ianya ada kaitan dengan mawar hitam?

Ipo jongket bahu. "Itu...kena tanya Nayla sendiri. Apa kata kita jumpa Nay?"

Conan angguk-angguk.

"Oh ya..aku dengar Hani dah masuk wad untuk pesakit jiwa, betul ke?" Tanya Conan lagi. Dia terlepas mengikuti kisah Hani yang sudah dirawat dan ditahan polis atas kesalahan menembak dengan sengaja tanpa niat membunuh.

"Ya..itulah yang aku dengar juga. Aku kesian kat Hani sebenarnya. Hidupnya penuh keperitan. Aku harap dia sembuh..Linda tu mungkin akan berusaha pulihkan kakaknya.." Lemah suara Ipo ketika ini.

"Jadi..Hani tidak dipenjarakan? Mana boleh macam tu? Dia tembak aku, tembak Muzafar dan lebih parah, Malik dah mati!" Conan tidak puas hati. Masih terbayang-bayang di ruang mata kejadian di tepi pantai itu.

"Kau kan tahu..Hani pernah ada sejarah split personality dan dia masih dalam tempoh berubat. Tak tahulah pula kalau dia pura-pura gila..semata-mata tak nak masuk penjara." Ipo sekali lagi jongket bahu. Jus tembikai yang dipesan tadi sudah mula sampai. Dia minum sampai separuh.

Conan geleng. Haus sangatlah tu! Sampai dua gelas masih tak hilang dahaga!

"OKlah..kalau ada apa-apa nanti aku beritahu kau." Ipo mula minta diri. Dia ada hal penting untuk diuruskan di makmal. Sekarang ini Hanna sudah tidak lagi bersamanya di makmal itu. Jadi, terpaksa dia sendiri yang menguruskan semua kerja makmal dengan bantuan pembantu makmal lain termasuk Sellie.

Conan turut beredar. Sepanjang pulang ke rumah, dia asyik berfikir tentang Aylanins. Takkan sampai ke luar negara Aylanins bawa diri?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-3-2015 09:02 PM
CONAN resah menunggu Ipo di sebuah restoran. Tadi, panggilan dari Ipo yang mengatakan ada hal pentin ...

takkan lah Esmiranda tu Mawar Hitam????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 09:19 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 18-3-2015 09:16 PM
takkan lah Esmiranda tu Mawar Hitam????

kan ipo suruh tanya Nay..

Nay nak beri jawapan apa nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-3-2015 09:19 PM
kan ipo suruh tanya Nay..

Nay nak beri jawapan apa nanti?

Nay cuma arahkn esmiranda tuk suntik Ryan jer.... Apa kaitan dia dgn Mujapar, Nay pon x tau.... Ni nay bngang ngn si Conan ni bini nk beranak dah tu sibuk amik tau pasal ayla awat???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 09:36 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 18-3-2015 09:31 PM
Nay cuma arahkn esmiranda tuk suntik Ryan jer.... Apa kaitan dia dgn Mujapar, Nay pon x tau.... Ni ...

..haaa...yg tu sila tanya conan...
awat gatal benor nak ambik hati Ayla semula..

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 10:56 PM | Show all posts

katanyaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:13 PM | Show all posts

ko ni kan..pnat aku tanya ko wat dek je..
ni tanya lagi..



(jenuh tau cari batu cincin besor penumbuk neh )



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2015 11:19 PM | Show all posts
ni lagu dari Ayla untuk conan ...masa Conan nikah ngan Arisha dulu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 11:21 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-3-2015 11:23 PM

HAMPIR SEBULAN lebih berlalu. Conan semakin sibuk dengan kerja namun dia tidak pernah lupa untuk menemani Arisha bersiar-siar di taman bila waktu petang. Itu juga nasihat dari doktor supaya senang melahirkan anak nanti bila ibu sihat dan cergas. Sebulan itulah juga dia sudah tidak lagi mendengar berita tentang Aylanins. Berita yang disampaikan oleh Ipo dulu pun tinggal begitu saja. Tiada pengesahan apa-apa dari Nayla tentang Esmiranda dan Muzafar tetapi Nayla berjanji akan menyiasat dan tanya pada Esmiranda tentang hal itu. Menurut Nayla, dia tidak sempat berjumpa Esmiranda yang tergesa-gesa pula pulang ke US semula.

"Abang...saya teringin nak makan ais krim potong tu.." Arisha tuding ke arah seorang penjual ais krim berpayung bermotosikal. Terliur melihat ais krim potong yang berwarna warni itu. Dari tadi matanya tidak lekang dari memandang ke arah penjula ais krim itu yang sedang sibuk melayan budak-budak membeli ais krimnya.

"Arisha nak berapa batang?" Conan senyum. Sejak Arisha mengandung, baru hari ini isterinya mengidam. Pelik juga. Apa yang didengarnya, selalunya tiga bulan pertama perempuan mengandung mengidam yang bukan-bukan.

"Saya nak tiga!" Sengih Arisha sambil mengusap perutnya yang kian membesar. Semalam dia sudah pergi scan di klinik Dr. Harlina. Alhamdulillah, tercapai niatnya untuk memiliki anak perempuan.

"Arisha tunggu sini ya. Biar abang pergi beli.." Conan menyuruh Arisha menunggu di bangku dulu sementara dia pergi membeli ais krim.

Arisha senyum melihat Conan yang sudah berjalan ke arah penjual ais krim itu. Sejak bernikah dengan Conan, Conan tidak pernah menolak apa saja permintaannya sehinggalah pada malam dia mengaku jatuh cinta pada Conan sewaktu di meja makan dulu. Sejak itulah juga Conan dilihat cuba mengambilhatinya apalagi setelah tahu dia sudah berbadan dua. Syukur pada Allah kerana dikurniakan suami sebaik Conan walaupun pada peringkat awal pernikahan mereka tidak seperti suami isteri yang lain.

"Ya Allah..kenapa sakit belakang aku ni datang lagi.." Arisha menggosok belakangnya yang mula terasa sakit. Entah sejak bila dia sering merasa sakit belakang. Mungkin juga disebabkan dia mengandung. Berkerut dahinya menahan sakit sehingga membongkok di bangku itu.

Conan yang sudah siap membeli ais krim tadi meluru ke arah Arisha yang sudah kelihatan pucat dan seperti menahan sakit. Dia tahu tentu sakit belakang datang lagi. Acapkali Arisha merasa sakit begitu.

"Arisha...mari abang tolong. Kita ke klinik ya.." Lantas tubuh Arisha dipeluk dan didukung masuk ke dalam kereta. Muka Arisha sudah kelihatan menahan kesakitan yang amat. Apakah Arisha sudah tiba masa untuk bersalin? Tak mungkin...masih ada dua bulan lebih lagi untuk kandungan cukup sembilan bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 11:35 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-3-2015 11:13 PM
ko ni kan..pnat aku tanya ko wat dek je..
ni tanya lagi..

Maafkan aku kerana bersalah,

Menolak cinta dari saudara,

Namun hatiku terkunci sudah,

Kerana dulunya aku sengsara.



Bukannya aku ingin sendiri,

Cuma hati masih terguris,

Jika sudi tunggulah nanti,

Bila aku berhenti tangis.


*sambil menatap cincin berlian pemberian Abang Malik *


p/s: cinta pertama sukar dilupa, cinta terakhir kan setia selamanya   








Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 06:56 AM | Show all posts
bila nak sampai garisan penamat yg sebenar @Ipo? mcm tak settle lagi kes depa semua ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.302623 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list