CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
Post time 31-1-2015 08:56 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-1-2015 12:54 AM
HANI lihat jarum jam tangan. Sudah hampir satu pagi. Dia betulkan topi yang mula senget. Sudah lebih ...

Detektif hani? hmmmm.. Hehe. Aku suka detektif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2015 09:00 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-1-2015 01:22 PM
PAGI lagi Aylanins sudah ke pejabat. Dia perlu kemaskini semua maklumat yang diterima sebelum berjum ...

Aylanins tunduk. Memang dia tak pandai
mengambil hati lelaki. Jiwanya sudah terdidik
dengan sikap tegas dan tidak mengalah
apalagi pada lelaki. Mungkin sebab itu juga
dia memilih kerjaya polis. << ayt ni buat aku suka Aylanins more!


Saya nak order CINTA sebungkus, letak SETIA
lebih sikit, CURANG jangan letak sebab saya
tak makan, Tuangkan rasa SAYANG lebih
tau..'< gila sweet.

Asal conan terasa tak diambil berat. Kan lelaki diajar tak sntap?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 31-1-2015 07:03 AM
Sweet sangat conan... So cute...

Ehemmmmm... kembang kempis sudehhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 02:54 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 31-1-2015 02:42 PM
Ehemmmmm... kembang kempis sudehhh

hahahahaha... bagus betul watak conan dlm cite ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 06:00 PM | Show all posts
saja nak bagi Conan fefeeling gitew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 06:22 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 31-1-2015 06:23 PM

AYLANINS menapak ke arah sebuah bangku batu di tepi tasik. Dari jauh tadi dia sudah melihat Muzafar sudah menunggunya di situ. Langkahnya dilajukan bila menyedari waktu rehat tengahari sudah hampir luput waktunya. Semakin dekat dengan Muzafar, semakin dia merasa serba salah kerana dalam diam dia merasa seperti mengkhianati Hani. Bukan kerana dia sering bertemu Muzafar tetapi menyiasat dalam diam tentang Hani. Serba salah juga hendak menolak kehendak Muzafar yang inginkan maklumat tentang Hani dan gerak geri detektif muda itu. Silap hari bulan, dia mungkin dituduh curang!

"Assalamualaikum.." Salam diberi sebaik tiba di tempat Muzafar.

Muzafar menoleh dan melemparkan senyuman. Aylanins dipelawa duduk sekali di situ. Mereka berbual kosong seketika sebelum ke topik sebenar. Satu sampul surat berisi maklumat ditunjukkan kepada Muzafar.

"Jadi...betullah dia nak balas dendam.." Muzafar meraup muka. Hasil siasatan dari Aylanins itu sudah banyak membuktikan tindakan dendam Hani.

"Maksud kau..aku tak faham?" Berkerut dahi Aylanins melihat Muzafar yang sudah menundukkan wajah dengan tapak tangan masih menutup muka. Kecewa benar nampak lelaki itu.

"Muz..kalau kau tak cerita pada aku, macam mana aku nak tolong kau?"

Perlahan Muzafar mengalihkan tapak tangannya dari muka dan mula menoleh ke arah Aylanins yang tidak berkelip memandang ke arahnya. Serba salah untuknya menceritakan perkara itu. Kejadian yang berlaku sepuluh tahun dulu yang sudah tentu sudah lama dilupakan. Nafas ditarik berat dan dihembus perlahan. Badan disandarkan di kerusi batu itu. Untuk seketika, Muzafar melepaskan pandangan ke tengah tasik.

Aylanins masih setia menunggu kata-kata daroi Muzafar. Dia tahu, dari riak wajah lelaki itu, ada seribu rasa yang amat berat untuk diluahkan. Apakah penuh sarat dengan kisah pahit sehingga menimbulkan dendam yang tidak berkesudahan?

"Laporan kau tadi...lelaki itu adalah yang ke tiga dari lima lelaki yang didendami Hani. Joe dan Rizal sudah terima balasan. Aku pasti..selepas ini, Benjamin pula yang akan jadi mangsa. Aku tak nak tuduh Hani tapi Hani mempunyai motif yang kuat dituduh sebagai suspek." Akhirnya Muzafar terpaksa juga meluahakn apa yang bersarang di benaknya walaupun tidak semua rahsia itu dibongkar. Bimbang ianya menjadi semakin parah.

"Jadi...maksud kau...Hani tu jejak semua lelaki tu?" Semakin pening memikirkannya, Aylanins menelan liur.

"Ya...terima kasih Ayla. Aku akan jumpa Benjamin.." Muzafar mula bangun. Sampul yang diberikan oleh Aylanins turut dibawa bersama. Dia perlu juga berjumpa dengan Benjamin. Mungkin dia boleh halang Hani dari semua itu.

Mereka berdua mula beredar dari situ menuju ke destinasi masing. Muzafar pula mula menghubungi Hani. Dia harus bersemuka dengan Hani tentang hal itu. Hani harus dihalang dari melakukan kerja gila itu. Ya, dia pasti. Kematian Joe dan Rizal ada kaitan dengan Hani dan motif pembunuhan akan menuding ke arah Hani juga. Hani seorang polis, takkan dia tidak tahu bagaimana penyiasatan dilakukan oleh pihak polis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2015 06:25 PM | Show all posts
ingat perempuan jer ke cepat sentap ... lelaki sentap lagi haru
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 31-1-2015 06:25 PM
ingat perempuan jer ke cepat sentap ... lelaki sentap lagi haru

Tu lelaki kecelaruan jantina namanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2015 06:51 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 31-1-2015 06:25 PM
ingat perempuan jer ke cepat sentap ... lelaki sentap lagi haru

betul tu Nay..lelaki ni kalau sentap mengalahkan pompuan pun ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 06:51 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 31-1-2015 06:32 PM
Tu lelaki kecelaruan jantina namanya

Ko ni..tak habis2 kecelaruan jantina..

Nicki pun dah tergelak besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 06:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-1-2015 06:51 PM
Ko ni..tak habis2 kecelaruan jantina..

Nicki pun dah tergelak besar tu

Mana tau ni?

*taktaulah apsal. dari tadi ni tergelak bila nampak tajuk Nota Kaki

Cop! Conan tau ke si Ayla tu ditektip?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 07:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 31-1-2015 06:56 PM
Mana tau ni?

*taktaulah apsal. dari tadi ni tergelak bila nampak tajuk Nota Kaki :lol ...

Tak tahu..kalau dia tahu..tentu sentap
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 07:21 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 31-1-2015 06:32 PM
Tu lelaki kecelaruan jantina namanya

muahahaha.. tapi betullah aku pernah jer jumpa lelaki yang kuat sentap
badan sado tapiiiii..,
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 07:22 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-1-2015 06:51 PM
betul tu Nay..lelaki ni kalau sentap mengalahkan pompuan pun ada

kan Ipo.... bukan semua lelaki tu nampak jer gentle tapiii bila sentap kalah pompuan peknen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 07:32 PM | Show all posts
BAB 6


HAMPIR seminggu berlalu. Pulang dari London, Muzafar meneruskan niatnya yang tertangguh dulu untuk bertemu Hani. Sejak keluarganya pergi merisik Hani, sejak itulah juga Hani sering menjauhkan diri darinya. Telefon tidak berjawab. Hani seperti ingin lari jauh darinya. Walau apa pun gadis itu cuba lakukan, dia tidak akan berputus asa mendekati Hani walau terpaksa menebalkan muka, bermuka tembok!

Kereta dipecut laju ke arah balai polis. Dia tahu jika waktu siang, Hani tidak pernah lekat di balai. Jadi, waktu sebeginilah dia akan jenguk Hani. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. 9.30 malam. Tadi, dia sudah menghubungi balai tempat Hani bekerja dan pegawai yang menjawab panggilannya mengatakan bahawa Hani bertugas malam itu dan masih berada di balai.

Muzafar melangkah kemas menuju ke balai sebaik keretanya diparkir di tempat letak kereta awam. Dia jenguk ke pintu utama balai lalu seorang pegawai polis di situ ditegur ramah sambil bertanyakan Hani.

"Dia ada tugas malam ni..ronda..."

Muzafar sedikit kecewa. Dia tahu, Hani kadang-kadang ditugaskan meronda di sekitar bandar Kuala Lumpur. Dia mula beredar dari situ setelah diberitahu oleh pegawai itu di kawasan mana Hani bertugas. Nampaknya dia tidak perlu ganggu tugas Hani. Peluang itu digunakan untuk berjumpa pula dengan Benjamin, kawan satu sekolah yang sudah lama tidak bersua. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Aylanins, mudah saja baginya untuk menjejaki tempat tinggal Benjamin. Lebih kurang setengah jam memandu, Muzafar tiba di kondominium mewah yang terletak di pinggir bandaraya KL.

"Hmm..nak call ke..atau redah saja ke rumah Ben?" Muzafar masih berkira-kira di dalam kereta. Dia lihat skrin telefon yang memaparkan nombor telefon Benjamin yang juga diperolehi dari Aylanins. Sejak habis SPM, dia terputus terus hubungannya dengan kawan-kawan satu sekolah dulu.

Muzafar mengambil keputusan untuk meredah saja ke tingkat sembilan kondominium itu. Dia percaya Benjamin tentu berada di rumah hari bekerja begitu. Lainlah jika malam minggu, mungkin Benjamin akan berhibur di luar. Dia sudah masak dengan sikap dan perangai Benjamin yang suka berhibur tambah lagi di kelab malam.

Langkah diatur cermat ke muka pintu lif setelah mendaftar di pondok pengawal. Dia perasan, tiada nama Benjamin yang mendaftar keluar. Bermakna Benjamin ada di rumahnya ketika ini. Pintu lif terbuka. Muzafar menapak masuk. Sebaik pintu lif terbuka di tingkat sembilan, Muzafar terdiam di dalam lif. Apa yang dilihat di depan mata benar-benar membuatnya merasa jengkel. Terpaksa juga dia menapk keluar dari pintu lif menuju ke unit nombor 10 milik Benjamin.

"Haih...tak pernah berubah mamat ni.." Muzafar geleng. Aksi di depan matanya semakin menjengkelkan. Benjamin dilihat berpelukan mesra dan agak intim dengan seorang gadis seksi yang padanya bakal menjadi mangsa lelaki itu bila -bila masa.

"Ben!"

Benjamin berpaling. Mukanya berkerut. Tangan yang merangkul pinggang gadis di sebelah dilepaskan. Lama dia memerhati ke arah lelaki yang memanggil namanya tadi. "Kau..Muz??"


Muzafar senyum. Nampaknya Benjamin tidak pernah lupakannya. Dia menapak semakin dekat. Tangan berjabat dan tubuh lelaki itu dipeluk seketika. Gadis seksi di sebelah Benjamin masih diam di situ. Gadis itu mula beredar setelah Benjamin menyuruhnya, sempat pula lelaki itu mencium pipi gebu gadis itu sebelum gadis itu berlalu pergi. Dunia...

"Mimpi apa kau datang sini?" Benjamin mula memaut tengkuk Muzafar dan bersama masuk ke rumah.

"Aku ada hal sikit." Balas Muzafar bersahaja.

Muzafar dijamu dengan segelas jus guava. Mereka berdua mula melabuhkan punggung dan berbual seketika. Banyak kisah sewaktu sekolah dulu menjadi topik perbualan.

"Ha..macam mana kau tahu aku tinggal kat sini?" Dari tadi Benjamin ingin bertanya hal itu.

"Alah..KL ni bukan luas mana pun.." Muzafar cuba sembunyikan rasa bersalah kerana sudah menyiasat hal Benjamin dari Aylanins.

"Aku tahu..kalau tak ada hal penting, kau tak akan muncul kan?" Benjamin jeling Muzafar sambil tersenyum sinis.

Muzafar menarik nafas seketika. Apa yang bakal dia katakan nanti tentu akan menimbulkan perbalahan. Dia sudah cukup bersedia untuk terima apa saja kata Benjamin nanti. Biarlah dia selesaikan perkara ini sekarang, dari membiarkan perkara itu luka sampai bengkak dan bernanah!

"Kau masih ingat Hani?"

Pantas Benjamin menoleh dengan riak mencerlung. "Hani? Maksud kau...Hani budak tomboy tu?"

Muzafar mengangguk.

"Kau dah dengar tentang Joe dan Rizal?" tanya Muzafar lagi bila melihat senyuman sinis Benjamin yang jelas menunjukkan keangkuhan lelaki itu.

"Ya..aku turut simpati." itu saja yang dibalas Benjamin.

"Apa kau tak pernah terfikir, kematian tragis dan ngeri Joe dan Rizal tu ada kaitan dengan perbuatan korang dulu?" Sengaja Muzafar lontarkan soalan seperti itu.

"Maksud kau? Apa kau cakap ni?" Benjamin sandar di sofa. Jus guava diteguk perlahan. Gelas masih di tangannya sambil mata menonton cerita di kaca tv. Dia sebenarnya cuba mengingati semula kejadian sepuluh tahun dulu. Ah, tidak mungkin kematian Joe dan Rizal ada kaitan dengan semua itu! Banyak sebab manusia boleh mati. Dan itu sudah takdir Joe dan Rizal menerima kematian sebegitu rupa.

"Huh! Kau jangan berpura-pura tak ingat Ben. Hani sekarang ni sedang cari korang semua!" Bibirnya diketap kuat. Geram dengan sikap sambil lewa Benjamin yang endah tak endah.

"Untuk apa dia cari aku?" Sekali lagi Benjamin menoleh. Kali ini dia merenung tajam Muzafar.

"Untuk apa kau tanya?? Kau rasa??" Tinggi nada Muzafar kali ini.

"Kalau dia nak balas dendam, kau pun akan terima balasannya juga!" Benjamin tidak mahu mengalah. Sinis kata-katanya.

"Aku mengaku aku turut sama berada di situ masa kejadian tu tapi aku tak pernah lakukannya! Korang semua yang paksa Hani!" Nada suara Muzafar semakin tinggi.

"Ah..apa dia boleh buat? Nak bunuh aku? Eh Muz, kau ingat Joe dan Rizal mati sebab dibunuh Hani? macam tu?" Benjamin semakin geram.

"Tidak mustahil!! Untuk pengetahuan kau, kau dalam perhatiannya sekarang ni. Aku hanya beri amaran pada kau. Kalau kau nak hidup lama, baik kau minta maaf pada Hani!" Muzafar tercegat bangun. Dia sudah geram dengan tingkah Benjamin yang angkuh dan tidak pernah mahu mengaku salah.

"Aku tak hairan la Muz!"

Muzafar menapak ke pintu rumah, dia berpaling semula ke arah Benjamin. "Ingat! Kau mungkin mangsa mawar hitam seterusnya!"

Benjamin tidak hiraukan kata-kata Muzafar. Muzafar sudah menapak keluar dari rumahnya. Dia bingkas bangun. rambut dicengkam kuat. Jika benar kata-kata Muzafar tadi, dia harus lakukan sesuatu.


HANI masih memerhati ke arah kondominium mewah itu. Dari dalam kereta, jelas dia melihat rumah Benjamin masih terang. Bermakna lelaki itu ada di rumah.  "Kau tak akan terlepas Ben!"

Hani menghentam stereng kereta. Dia mengetap kuat bibirnya. Matanya tertancap pula pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Muzafar?? Jadi..maknanya lelaki itu selama ini memang berpakat dengan lelaki-lelaki jahanam tu! Panas hatinya melihat Muzafar melangkah keluar dari kawasan kondominium itu.  Pintu kereta segera dibuka.

"Maaf!" Hani segera berpaling. Pintu keretanya tadi sudah terkena seseorang.

"Tak apa.." Nicki senyum. Dia cuba menahan rasa sakit lututnya yang terkena kuat pintu yang dibuka tiba-tiba tadi. Nasiblah perempuan, kalau lelaki tadi, mahunya dihambur masa itu juga.

"Err.sakit ke?" Hani serba salah. Matanya sekejap memandang Muzafar dan sekejap pula memandang lelaki di sebelahnya.

"Tak...tak rasa apa-apa pun. Ok.." Nicki mengukir senyum.

Hani masuk semula ke dalam kereta setelah melihat Muzafar sudah menaiki kereta keluar dari tempat itu. Nicki pula masih memandang gadis itu yang seperti kelam kabut tadi. Dia segera melangkah ke kondominium itu. Semalam, dia sudah berjanji dengan Alif untuk menyelesaikan kertas projek yang diberikan oleh bos semalam. Nak tak nak dia harus siapkan juga malam ini. Alif lebih tahu semua itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 09:39 PM | Show all posts

Asal lah Muzafar bgtaw..hmmm..
Dah takdir hani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2015 09:39 PM | Show all posts
NICKI senyum sebaik pintu dibuka. Alif yang hanya berseluar pendek paras lutut sudah tersengih di muka pintu. Dia melangkah masuk bersama beberapa fail dan juga sebuah komputer riba. Malam itu mereka terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kertas kerja yang akan diserahkan kepada cik Julia esok. Bos muda mereka sudah berpesan dari minggu lepas lagi. Kertas kerja itu perlu dihantar esok. Inilah bahananya bila arahan diberi dalam masa singkat dan minta pula siapkan dengan cepat.

Nicki melabuhkan punggung di sofa. Komputer riba dan fail diletakkan di atas meja. Dia melihat sekitar ruang tamu rumah itu. Suasana yang cukup tenang dengan tatarias berona merah hitam dari perabot sehinggalah ke karpet dan langsir. Ada gaya maskulin dan dia cukup faham citarasa Alif yang mementingkan aura warna dan keselesaan di rumah dengan cahaya lilin di sudut tepi dekat dengan tingkap yang mempunyai panorama bandar KL. Sementara menunggu Alif dari dapur tadi, fikirannya menerawang pada gadis yang tiba-tiba saja buka pintu kereta dengan kasar. Beria gadis itu meminta maaf padanya.

"Hmm..cantik juga minah tu tapi boleh tahan garangnya." Nicki sengih.

"Nah..air kau. Sambil kita buat kerja ni, boleh la kita kunyah jajan ni.." Sebungkus kacang gajus panggang diletakkan di atas meja. Alif senyum melihat rakan sepejabatnya sudah senyum sendiri tadi. Entah apa yang difikir. Tentu fikirkan perempuan, kalau sudah tersenyum sengih begitu.

"Terima kasih.." Nicki tersedar dari lamunan pendeknya. Dia meneguk coklat panas yang dibancuh Alif tadi.

"Kau fikir perempuan eh? Sengih semacam je aku tengok?" Alif mengusik.

"Tak adalah..aku mana ada makwe. " Nicki letak mug coklat panas di atas meja sofa semula.

"Ala..kau tackle je cik Julia aka Ladyfinger tu. Walaupun dia tu garang tapi tetap sweet. Padanlah dengan kau yang ada rupa Kpop ni." Usik Alif lagi. Dia cuba menahan ketawa.

"Sudahlah! Aku datang ni nak buat kerja, bukan nak sembang hal Lady boss tu!" Nicki segera buka fail dan komputer riba.

Alif juga turut sama membelek fail dan kertas kerja yang baru separuh disiapkan di pejabat tadi. Dia hanya membantu saja Nicki menyiapkan kertas kerja itu, segala isi dan maklumat, Nicki yang cari. Kerja sebagai pegawai kanan di bahagian pemasaran selalu kena outstation dan buat kertas kerja untuk dibentangkan kepada pelanggan.

"Maaf la Lif, aku bukan nak kacau kau malam-malam ni. Kau tahu cik Ladyfinger tu..dah la beri kerja ni minggu lepas,dah tu nak suruh siapkan hari ni juga. Esok nak hantar..pening aku dengan dia tu. Nak marah dia..dia bos.." Nicki sengih.

"Tahu tak apa..kalau kau kahwin dengan dia kan bagus?" Sengih Alif, suka mengusik Nicki yang selalu menjadi perhatian Cik Julia. Di pejabat, asyik Nicki saja yang disuruh itu ini. Nasiblah kau Nicki..

Malam itu mereka berdua mula menyiapkan kertas kerja sehingga hampir tengah malam. Alif senyum melihat Nicki yang sudah banyak kali menguap. Dia menapak ke dapur semula membancuh kopi panas pula. Selagi kertas kerja belum siap sepenuhnya, mereka perlu berjaga malam.

Nicki pula cuba mengambil angin malam di beranda apartment itu yang mengadap kota metropolitan yang berkerlipan dengan cahaya lampu dan kenderaan yang tidak pernah sunyi di jalan raya. Tangan diregang dan leher diurut-urut. Bintang di dada langit dilihat berkelip indah. Tenang seketika rasanya bila memandang keindahan alam tambah lagi di waktu malam. Angin sejuk menerpa lembut mendamaikan lagi suasana. Saat ini terbayang pula wajah Arisha yang sudah agak lama tidak bersua sejak kali terakhir mereka bertemu di restoran dulu. Selepas itu, Arisha langsung tidak nampak muka. Merajukkah dia?

Nicki melangut di situ. Dagu ditopang dengan tapak tangan kanan sambil mendongak ke dada langit memerhati bintang yang berkelip indah. Puas menikmati semua itu, dia kembali ke sofa di ruang tamu. Matanya tertancap pada sesuatu di atas karpet merah.

"Apa pula ni?" Sehelai bulu berwarna hitam dicapai dari atas karpet dan diperhatikan seketika. Pelik. Dia belum pernah melihat bulu hitam seperti itu. Takkan Alif membela kucing? Dari tadi dia tidak mendengar atau nampak seekor kucing pun di rumah itu.  Bulu hitam itu diperhatikan lagi. Kasar dan agak kesat. Terasa melekit bila dilurut.

Alif yang muncul dari dapur hanya melihat gelagat Nicki yang seperti tidak pernah melihat bulu. Dia menapak perlahan dan seteko kopi panas diletakkan atas meja.

"Bulu apa ni Lif?" Nicki mula bertanya.

"Ala..semalam, kucing entah dari mana termasuk ke dalam rumah aku ni. Aku rasa itu kucing terbiar kut. Sebab tu bulunya kasar macam tu.." Alif melihat wajah Nicki yang sudah berkerut seribu. Lama dia perhatikan tingkah Nicki.

"Tapi pelik la. Macam..bau darah.." Jari telunjuknya dicium. Memang sah bau darah. Kesan melekit tadi terlekat pula di jarinya.

"Ala..kan itu kucing terbiar. Mungkin kucing tu bergaduh dengan kucing lain la tu..luka la tu agaknya.." Alif segera mengambil bulu dari tangan Nicki dan dia menapak ke beranda lalu terus dibuang ke bawah. Dia kembali semula ke sofa.

Nicki hanya senyum kelat namun dalam hatinya seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh Alif. Dia cuba menidakkan telahannya. Kerja disambung semula sehingga ke pukul dua pagi. Malam itu, terpaksa Nicki bermalam di rumah Alif.



DALAM bilik, Nicki masih belum melelapkan mata. Benaknya sarat memikirkan bulu hitam yang dijumpai di atas karpet tadi. Puas dia berfikir tentang bulu itu yang seakan pernah dilihatnya dulu. Dia cuba mengingati semula. Dia mengiring ke kanan dan ke kiri. Jam sudah menunjukkan ke angka tiga pagi.

"Arghhhh!!!! Oougghhhh!!!"

Terus Nicki tercegat bangun. Bunyi jeritan di bilik sebelah jelas di telinga.Dia cuba memasang telinga dengan menekup telinga di dinding. Bunyi tadi sudah tiada. Perlahan Nicki bangun dan berjalan ke arah pintu. Pintu dikuak perlahan. Dia intai bilik Alif yang terbuka sedikit pintunya. Alif tiada di situ.

"Aik..bunyi apa tadi? Aku dengar dari bilik ni.." Nicki garu kepala.

Dia kemudian menapak ke ruang tamu. Tiada sesiapa tetapi kesan tompokan lumpur jelas di atas lantai. Lumpur itu seperti menghala ke arah bilik air. Nicki mengikuti kesan lumpur itu sampai ke bilik air. Dia buka pula pintu bilik air. Tiada sesiapa juga di situ.

"Mana Alif pergi?" Sekali lagi Nicki garu kepala. Dia bingung.

Sebaik dia pusingkan badan, tercegat Alif di sebelah dengan peluh merecik di muka.   Alif kelihatan lesu. Dia kemudian tanpa kata-kata terus saja masuk ke dalam bilik. Nicki hanya melihat tingkah Alif yang sudah berlainan. Dia juga turut sama menapak ke bilik semula. Esok, dia perlu tanya Alif apa yang sudah terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 08:06 AM | Show all posts
Aliff tu werewolf ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 09:09 AM | Show all posts

Hahahah...mungkin  kut
dah ada bulu bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 09:46 AM | Show all posts
DENGAN wajah yang lesu dan tidak bermaya, Alif meneguk kopi panas yang dibancuh Nicki. Sebelah tangan menopang dagu sambil merenung jauh. Nicki pula hanya memerhati tingkah Alif. Dia biarkan dahulu Alif melayan perasaan. Sinaran matahari sudah mula menerobos cermin tingkap dapur. Nicki pandang jam tangannya. 7.30 pagi. Sekejap lagi dia perlu pulang ke rumah dahulu untuk menukar pakaian. Malam tadi dia tidak berniat untuk bermalam di rumah Alif. Alif dipandang lagi, riak lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia harus berhati-hati.

"Err..Lif, aku tanya sikit boleh?" Nicki mulakan bicara.

Alif mengalih pandang. Dia angkat kening.

"Malam tadi...kau berpeluh, ada lumpur kat lantai. Kau dari mana?" Nicki beranikan diri bertanya hal malam tadi. Memang dia pelik.

"Maksud kau?"

Nicki diam sejenak. Riak Alif seperti soalannya tadi begitu pelik. Dia tidak salah melihat. Rasanya dia masih sedar semasa bangun dan menapak ke bilik air. Lumpur dan kesan tapak itu jelas semuanya dan bangun pagi tadi, semuanya sudah tidak ada. Bersih!

"Malam tadi..aku dengar kau menjerit kuat. Lepas tu, aku nampak ada lumpur kat lantai. Kau pulak berpeluh. Dah pukul tiga pagi masa tu.." Kopi panas disisip perlahan. Mata tidak lepas dari wajah Alif.

"Lumpur? Jerit?" Alif semakin berkerut dahinya.

Nicki mengangguk. Alif dilihat semakin bingung. Biar betul mamat ni. Takkan tak sedar apa yang berlaku malam tadi? Wajah lelaki itu diperhatikan lagi. Nyata Alif seperti kebingungan.

"Kau dari mana sebenarnya?"Ulang Nicki.

Alif tunduk seketika. Muka diraup perlahan. Apakah dia perlu berterus terang dengan Nicki tentang hal itu? Apa anggapan Nicki nanti jika perkara itu terbongkar? Atau..yang lebih penting, apakah Nicki akan percayakannya nanti? Ah! Sungguh buntu!

Nicki masih setia menanti kata-kata Alif yang masih meraup muka. Seolah soalannya tadi begitu payah untuk dijawab. Apakah ada sesuatu yang pelik sudah berlaku pada Alif?

"Nicki..aku..aku.." Alif terhenti kata-kata. Payah untuknya meluahkan apa yang terjadi. Terasa dia berada di dunia fantasi. Dia percaya tiada siapa pun yang akan percayakan kata-katanya.

"Macam nilah Lif, kalau kau ada masa nanti, kau ceritalah kat aku. Aku pun dah lambat ni. Aku kena balik rumah dulu. Tukar baju. Jumpa kat pejabat nanti." Nicki habiskan kopi panas dan dia sempat mengambil sekeping roti bakar yang sudah disapu mentega.

Alif masih tunduk. Apa yang sudah berlaku malam tadi? Rambutnya dicengkam kuat. Nicki sudah beredar dari situ bersama fail dan komputer riba yang dibawa malam tadi. Telefon bimbitnya berdering. Nama yang terpapar di skrin cukup membuatnya merasa tidak keruan. Dia tahu, dia sudah tiada pilihan lain. Apa yang terjadi selama ini adalah kerana terpaksa demi menyelamatkan satu nyawa tetapi dia terpaksa pula mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Tanpa sedar, air matanya bercucuran ke pipi. Panggilan itu dijawab perlahan. Setengah jam berbual, talian diputuskan.

"Nayla...maafkan aku...maafkan aku.." Kali ini Alif merasa bersalah pula pada gadis itu. Gadis itu tidak tahu apa yang sudah berlaku. Dia tahu, gadis itu berusaha untuk menyelamatkan Kurt yang sudah hilang ingatan dan juga dari cengkaman Ryan yang tidak berhati perut. Namun, dia tidak berdaya menolak kehendak Ryan dan cita-cita Ryan dek kerana  budi yang ditabur.

Sekali lagi Alif meraup muka. Apakah dia perlu berterus terang dengan Hanna tentang semua itu? Apakah Nayla akan memarahinya nanti bila mengetahui apa yang sebenarnya berlaku? Dia tahu Nayla bersungguh berkhidmat untuk Hanna mencari siapa pembunuh sadis itu kerana hanya dengan cara itu saja, Ryan boleh dikaitkan dengan semua itu dan Kurt akan kembali pulih seperti dulu. Dia juga tahu Nayla bertungkus lumus dengan Hanna mencari semula formula CB asal yang masih hilang.

"Arrghhh!!!!" Alif menjerit kuat. Meja makan dtumbuk kuat.

Lantas kunci kereta dicapai dari atas meja makan  dan dia terus saja keluar dari rumah. Hanya satu tempat saja dia perlu pergi. Makmal ABC!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073637 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list