CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1382|Reply: 0

Jorgensen mampu saingi Chen Long

[Copy link]
Post time 26-1-2015 10:16 AM | Show all posts |Read mode


               

                     
                                                                                                                         
  •                                                                                                                                                         Pemain berasal dari Denmark ini percaya dia mampu untuk menyekat Chen Long di pentas antarabangsa setelah ketiadaan Chong Wei.
                                                               


                        
                                                                                                                            DALAM arena badminton, Jan O Jorgensen bukan calang-calang pemain.
       
        Pemain dunia ini dianggap antara jagoan sepanjang zaman pengkritik serta penggemar sukan bulu tangkis.
       
        Jika diimbas, Denmark suatu ketika pernah melahirkan pemain ternama seperti Morten Frost Hansen dan Peter Gade Christensen, namun selepas persaraan pemain itu di pentas badminton, mereka dilihat sedikit sukar untuk mencari penggantinya.
       
        Kini, setelah lama menyepi, negara Scandinavia itu sekali lagi mencuri tumpuan peminat badminton dunia dengan kemunculan pemain berusia 27 tahun itu di pentas badminton antarabangsa.
       
        Kejayaan pelbagai kejayaan diperoleh membuatkan Jorgensen menjadi pemain penting dan harapan Denmark mengharumkan negara di benua Eropah itu di arena badminton.
       
        Walaupun namanya tidak gah seperti Lin Dan mahupun Chen Long, namun jangan terkejut sekiranya dia 'mengganas' dan 'membedal' mangsanya di kala tak ramai yang menyangka.
       
       
        Pintas Chong Wei
       
        Tiada apa yang dapat diungkap Jorgensen apabila beliau berjaya memintas Datuk Lee Chong Wei untuk berada di kedudukan ranking nombor dua dunia.
       
        Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jorgensen kini mengumpul 67,963 mata berbanding Chong Wei yang mengumpul 65,831 mata selepas pemain itu digantung sementara daripada sebarang kejohanan selepas gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lalu.
       
        Chong Wei kini menghuni tangga ketiga dan kemungkinan kedudukan itu mampu lagi di pintas sekiranya pemain nombor satu negara itu tidak beraksi mana-mana kejohanan tahun ini.
       
        Jorgensen berkata, selepas ketiadaan Chong Wei, kini pemain China, Chen Long menjadi pilihan untuk berkuasa di setiap kejohanan.
       
        Namun, dia percaya, ramai pemain termasuk dirinya mampu memberi tentangan kepada pemain berkenaan.
       
        "Saya salah seorang pemain yang akan bagi tentangan ketika ketiadaan Chong Wei ini.
       
        "Saya akan ambil kesempatan dengan meletakkan sasaran untuk muncul juara Kejohanan Dunia dan All England," katanya yang tekad untuk terus bersinar pada tahun ini.
       
        Mengenai perancangannya sendiri tahun ini, pemain berusia 27 tahun itu berkata dia mahu fokus sepenuhnya kepada persiapan menyertai Kejohanan All England serta mengumpul merit untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016.
       
       
        Sertai saingan KPL
       
        Dalam perkembangan lain, Jorgensen yang bakal beraksi bersama Kelab Badminton Petaling (PBC) dalam saingan Kopiko Purple League (KPL) berharap kehadirannya dapat memperbaiki kedudukan pasukan baharunya itu.
       
        “Meskipun Denmark mempunyai liga badminton, tapi ia akan bermula dari Mei hingga Ogos. Saya percaya kejohanan ini akan meningkatkan kualiti permainan selepas melihat ramai pemain ternama beraksi di sini.
       
        "Saya juga sangat berbesar hati dapat beraksi di Kopiko Purple League kerana rakyat Malaysia sangat teruja dengan sukan badminton. Saya suka datang ke negara ini,” katanya.
       
        Jorgensen juga memuji kewujudan KPL yang pertama kali diadakan dengan penyertaan daripada pemain bertaraf antarabangsa kerana secara tidak langsung memberi ruang kepada peminat untuk melihat pemain kesayangan mereka dengan lebih dekat serta meningkatkan mutu permainan.

sumber:sinar harian

               
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list