Majoriti Bumiputera bakal pembeli kondo mewah Datum Jelatek, kata PKNS OLEH MD IZWAN Published: 26 January 2015 1:32 PM
Seorang wanita berjalan melepasi penghadang zink yang rosak di tapak Projek Datum Jelatek, akibat tindakan beberapa penduduk setempat yang tidak berpuas hati dengan projek itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 Januari, 2015.Dakwaan yang projek kondominium mewah Datum Jelatek bakal menjadi penempatan daerah kaum Cina seperti dibuat segelintir penduduk setempat adalah tidak benar, kata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebaliknya, Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah menegaskan majoriti bakal pembeli kondominium di Datuk Keramat itu, yang dibangunkan DatumCorp International (DCI), adalah Bumiputera. "Sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan mendapat sambutan baik, dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat sudah mendaftar. Angka yang dicatatkan melebihi 674 unit disediakan," katanya.
Azlan berkata pihaknya sudah bertemu dengan penduduk sekitar dan reaksi yang diberikan mereka positif, berbeza dengan dakwaan kumpulan yang berdemonstrasi semalam.
"PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini. "Kita mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama penduduk sekitar. Malah, kami menerima reaksi positif daripada keseluruhan penduduk di sini yang menyokong projek ini," katanya. Mengenai insiden pencerobohan tapak projek pembinaan semasa demonstrasi semalam, Azlan memberitahu, satu laporan polis sudah dibuat bagi mendakwa pihak terlibat dalam insiden ganas itu. "Kami memandang berat perkara ini dan tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mereka yang terlibat," katanya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.pogrjMQJ.dpuf
kalau iya pun tak setuju, x perlu bertindak ganas..mungkin betul penduduk tempatan tak mampu beli, tapi ramai lagi org melayu lain yang mampu beli..takkan nak halang sesuatu projek hanya sebab anda sendiri tak mampu beli |