CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30027|Reply: 83

[CERPEN] *DARI BALIK TIRAI KEHIDUPAN* (U) -Alhamdulillah, dah selamat dibukukan

[Copy link]
Post time 28-1-2015 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by wipers81 at 21-4-2017 02:52 PM

Assalamua'laikum. Nah buah tangan baru...
Jemputlah baca ya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2015 03:07 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 28-1-2015 03:10 PM

PART 1


            Marlisa merenung ke arah sekumpulan kanak-kanak di hadapan yang sedang bermain di padang permainan itu. Leka seketika dia memerhatikan gelagat kanak-kanak tersebut. Tidak sedar betapa pantasnya waktu yang bergerak. Terasa seperti sekejap sahaja kanak-kanak di depan itu membesar. Bibir mugilnya mengukir senyum. Sesekali, tangan mengusap perut yang masih kempis. Perlahan-lahan satu perasaan halus menyelinap masuk hingga sedikit bergetar tangkai hatinya. Dia menarik nafas yang dalam kemudian dihela perlahan. Saban hari dia berdoa, menanti rahimnya terisi dengan satu nyawa. Tiga tahun mendirikan rumahtangga masih belum membuahkan hasil.

             Saat mahu kenal akan erti hidup, ternyata begitu banyak onak dan duri terpaksa ditempuh. Perjalanan yang sepatutnya lurus, menjadi berliku-liku dan terpaksa dihadapi juga hingga kadangkala kakinya tertusuk duri-duri yang menjalar di sepanjang perjalanan itu. Walaupun pedih, tetap sahaja dia meneruskan langkah yang semakin menyalurkan bisa ke segenap sanubari. Langkah semakin dimara, sesekali dia tidak mahu menoleh ke belakang. Namun semakin dia bertekad semakin menipis keazamannya. Marlisa, sudah semakin letih. Letih mahu mengharungi perjalanan yang ternyata semakin tajam liku-likunya. Semakin mengoyak dengan rakus luka di kaki hingga bisanya langsung ke hati.

               Entah di mana silap, kebahagiaan yang kian berada di dalam genggaman semakin melonggar darinya. Setiap kali dia cuba mendekat, bahagia itu menginjak. Kadangkala, dirinya dijerut rasa penat hingga hampir sahaja dia mahu mengalah. Namun dicekalkan hati, dikuatkan semangat untuk meraih kembali bahagia itu. Bahagia itu tetap milik mutlaknya. Dia akan memastikan semua itu. Dia enggan mengalah. Selagi masih ada jodoh antara dia dengan suami, selagi itu dia akan bertahan. Marlisa menyandarkan tubuh ke kerusi batu yang sedang didudukinya. Tangan, disilang memeluk tubuh.

               “Lisa, tolong pulangkan hak akak.”

                Kata-kata itu... ah ternyata begitu berbisa baginya. Marlisa memejam mata. Kata-kata yang terngiang-ngiang di telinga sebentar tadi ternyata begitu meruntun jiwa hingga mengheretnya ke kancah sedih. Ibarat mengandungi sebilah pisau, laju sahaja luncuran tajam itu menghiris hati. Pilu, itu yang dia rasakan. Bertebaran rasa bisa ke seluruh tubuhnya kala ini. Pelupuk mata sudah kelihatan basah. Saat dia memejamkan mata kembali, turunlah air jernih mengalir laju ke pipi yang tembam itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 03:11 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 28-1-2015 03:13 PM


              Mengapa perlu wanita itu bersemuka dengannya lagi? Kulit jenis apakah yang tertampal di muka wanita tersebut hingga hilang rasa malu? Bertahun-tahun menghilang, mengapa perlu sekarang muncul kembali? Itupun mengaruk, merayu-rayu meminta kembali haknya? Hak apa? Masih adakah lagi hak wanita itu selepas lari dari tanggungjawab? HAK? Tahukah wanita itu akan maksud hak? Marlisa menghela nafas panjang. Terkandung sedikit keluhan di dalamnya. Fikirannya buntu, beberapa hari ini gagal berfungsi dengan baik. Dia ingin menjerit, melepaskan sedikit tekanan namun dia tidak berdaya.

              Kemunculan wanita itu kebelakangan ini benar-benar menggugat ketenteraman hidupnya. Hidup yang tenang semakin jauh meninggalkan dia keseorangan. Sesak, lemas, rimas... semuanya semakin mahu bersatu, berpadu tenaga. Semakin membuat dia letih. Kalaulah dia boleh lari dari hidup begini, sudah lama dia lakukan. Namun sesuatu seolah-olah mengikatnya. Tanggungjawab besar di hadapan, sedang menanti. Mereka, perlukan perhatiannya.

              “Alif, Akif... jom. Dah nak Maghrib ni,”panggilnya. Dia melihat anak-anak itu berlari-lari anak, mendapatkannya.

               “Dah,esok pula sambung main.”

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:16 PM | Show all posts
teruskan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 03:23 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 28-1-2015 03:24 PM

PART 2


              Marlisa semakin tertekan. Kekerapan kemunculan wanita itu sejak kebelakangan ini semakin meresahkannya. Boleh pula hari ini, wanita tersebut mahu menumpang tidur di rumah. Dia serba salah pada mulanya namun keizinan suami telah mengunci mulutnya untuk bertikam lidah. Sungguh, dia tidak faham dengan perangai wanita itu. Masih boleh berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Masih boleh bermesra dengannya dan keluarga seperti tidak pernah membuat onar. Wanita itu, bukannya orang lain, darah dagingnya juga. Sampai hati Maznah, kakaknya. Apa dosanya? Mengapa perlu melempar dia ke sarang derita sedangkan kakaknya yang memulakan onar.

             “Lisa tak apa ke kalau akak nak tumpang tidur semalam dua?”

              Pertanyaan itu mengundang jelingan tajam darinya. Marlisa masih diam membisu dan kalau boleh bayang Maznah pun dia tidak sudi pandang. Hatinya cuba disabar dengan sebaik mungkin. Dia tahu, kakaknya memang sengaja mahu menguji setinggi mana tahap kesabaran yang boleh dicapai olehnya.

              “Lisa, dengar tak akak cakap?”

              “Kak Maz nak apa lagi? Kan ke Abang Hisham dah bagi izin. Kenapa nak tanya Lisa banyak kali?” Walaupun selembut mungkin nada itu ditutur, tetap juga terselit nada sinis di dalamnya. Geram, semakin mahu keluar namun cuba juga ditahan.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:24 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 07:11 AM
Mengapa perlu wanita itu bersemuka dengannya lagi? Kulit jenis apakah yang tertampal ...

hrp jgn dibiarkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2015 03:25 PM | Show all posts

tu, tak nampak akak tulis cerpen.

Dah siap pun sebenarnya. Malas nak tepek banyak-banyak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 03:27 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 28-1-2015 03:30 PM



            “Baguslah kalau macam tu. Akak bukan apa, takut nanti kau fikir yang bukan-bukan pula pasal akak. Akak tak ada maksud apa-apa tau,” Maznah juga membalas dengan kata-kata sinis berserta senyuman yang teukir di bibir juga terkandung sinis di bibirnya.

            “Suka hati akaklah. Lisa tak ada masa nak fikir hal lain. Banyak lagi perkara yang Lisa nak kena ambil kisah.”

             “Tak apa, kita tengok aje nanti. Ingat, akak tak nak dengar Lisa merungut belakang akak,”

              “Kak Maz, akak nak tinggal kat sini terus ke apa ke, terserahlah kat akak. Satu aje Lisa minta, tolong jangan kacau Lisa. Bagilah peluang Lisa hidup dengan tenang.”

              “Kalau kau bagi balik hak akak, hidup kau akan tenang balik Lisa.”

               Marlisa memandang wajah kakaknya yang sedang senyum sinis. Menyampah, meluat... rasa itu semakin bertebaran ke segenap tubuh hingga terasa sedikit gigilan. Matanya kemudian menjeling tajam sedang dada berombak-ombak menahan marah yang sedang membuak-buak. Kembang kempis hidungnya, cuba bertenang. Benar-benar geram dia dengan kelancangan mulut wanita itu. Tidak habis-habis menuntut hak. Kebencian, semakin menguasai dirinya.

              “Kau dengar tak apa yang akak cakap?”

              “Kak Maz! Apa hak akak yang Lisa dah ambil? Apa yang akak tahu pasal hak?”

               “Kau tanya apa hak akak? Kau buta ke? Masih tak nampak hak akak yang dah kau rampas?”

               “Lisa buta atau akak yang hilang ingatan? Tak ingat apa yang akak dah buat dulu?”

               “Kau jangan nak kurang ajar dengan akak Lisa?”

                “Lisa bukan nak kurang ajar tapi akak yang bagi Lisa hilang sabar. Lisa tak tahulah akak ni manusia jenis apa? Mana pergi hati perut akak tu?”

                “Kau memang dah makin kurang ajar ya sekarang Lisa. Dah makin tak reti nak hormat akak. Hei, aku ni kakak kau tau!”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 03:33 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 07:11 AM
Mengapa perlu wanita itu bersemuka dengannya lagi? Kulit jenis apakah yang tertampal ...

teringt zmn knk2.huhu. i miss my childhood.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:15 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 07:25 AM
tu, tak nampak akak tulis cerpen.

Dah siap pun sebenarnya. Malas nak tepek banyak-banyak.

baguslah.karya akk yg sy nnti.walau klise, sy bca sbb nk tiru gaya.haha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:16 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 28-1-2015 08:20 AM
wipers81 replied at 28-1-2015 07:25 AM
tu, tak nampak akak tulis cerpen.

Dah siap pun sebenarnya. Malas nak tepek banyak-banyak.


Dable.yoo..tepek lgi. btw, akk lawo ar dlm ws tu.hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:17 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 07:23 AM
PART 2

              Marlisa semakin tertekan. Kekerapan kemunculan wanita itu sejak kebelakangan ...

Mmng geram wei kn tanya many times oleh sister. i feel it.n rsa mcm haihh..Harap ko kakak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:19 PM | Show all posts
wipers81 replied at 28-1-2015 07:27 AM
“Baguslah kalau macam tu. Akak bukan apa, takut nanti kau fikir yang bukan-bukan pu ...

Geram dgn watak maz.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 10:56 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 29-1-2015 10:59 AM



             “Hormat akak? Akaklah punca Lisa kurang ajar. Sabar Lisa ada had Kak Maz. Sampai bilaKak Maz nak kacau hidup Lisa? Sampai bila Kak Maz nak berlakon baik depan Abang Hisham? Sampai bila kak!”

             “Kau memang tak tahu malu Lisa. Kau tu sebenarnya yang tak ada hati perut. Sampai hati kau rampas suami dengan anak-anak akak,”

             “Akak! Lisa bukan perampas suami kakak sendiri. Kenapa akak nak salahkan Lisa? Kenapatak nilai macam mana perangai dan layanan akak sepanjang jadi isteri Abang Hisham dulu? Apa yang akak dah buat pada keluarga akak? Lisa kahwin dengan Abang Hisham lepas akak dah bercerai. Tak ada istilah perampas kat sini!”

             “Jadi, Lisa nak tuduh akaklah yang tak reti jaga rumahtangga. Lisa ajelah yang pandai.”

             “Kak Maz, sudah-sudahlah. Lisa dah penat kak. Lisa letih sangat dengan semua ni. Akak yang pilih jalan akak. Tak ada siapa yang paksa akak tinggalkan kebahagiaan akak. Kenapa sekarang akak perlu kacau hidup Lisa? Kenapa baru sekarang akak balik? Lima tahun kak, lima tahun akak pergi macam tu aje. Sikit pun tak hiraukan keluarga. Turutkan sangat nafsu akak yang,”

             “Marlisa!”

             Marlisa dan Maznah serentak berpaling. Namun kemudian Marlisa memaling semula wajah ke arah lain dengan cebikan di mulut. Sakit hati, melihat riak marah di wajah penegur itu. Melihat susuk tubuh yang menyampuk tiba-tiba itu, hatinya dipaut rasa geram. Tubir mata yang sudah berair diseka dengan jari. Sampai hati Abang Hisham, mengherdiknya itupun di depan Kak Maznah. Ke mana pergi madah-madah lembut yang selalu dituturkan oleh lelaki itu selama ini?

             “Lisa,” Hisham yang tersedar akan keterlanjuran kata-katanya cuba memujuk dengan melembutkan panggilan nama isterinya itu.

             Marlisa buat tidak endah dengan panggilan itu. Dia enggan berlama di situ. Dari membiar hatinya berterusan disakiti oleh dua insan itu, lebih baik dia angkat kaki. Dengan linangan air mata, langkahnya melaju ke kamar. Sebaik masuk, dia menghempas tubuh ke atas katil. Muka disembam ke bantal lalu tangisan dihambur ke situ. Walaupun telinga Marlisa menangkap bunyi derap langkah yang mendekatinya, dia hanya membiarkan saja. Hatinya, sangat sakit. Suami apa jika selalu mempertahankan orang lain dari isteri sendiri. Suami apa jika suka melebih-lebihkan bekas isteri dari isteri sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 11:00 AM | Show all posts
Edited by wipers81 at 29-1-2015 11:02 AM


            “Kenapa Lisa cakap dengan Maz macam tu? Dia kan tetamu kita, kakak Lisa juga. Abang tak suka Lisa biadap dengan dia?”

             Marlisa semakin kuat menangis. Tewas dia dengan kedukaan ini. Kata-kata suaminya itu semakin menambah ngilu di hati. Teramat pedih hingga tersekat-sekat pernafasannya. Patutkah dirinya dipersalahkan sedangkan Kak Maznah seperti cuba memprovokasinya?

             “Lisa, abang tak ada niat nak marah Lisa tapi,”

             “Tapi apa bang? Sebab dia tetamu dan kakak jadi Lisa kena tahan aje? Tak apalah bang, Lisa faham. Lisa dah tahu apa kedudukan Lisa di hati abang. Lisa ni cuma pengganti aje.”

              “Kenapa cakap macam tu? Abang tak pernah anggap Lisa macam tu.”

              “Habis, selama Kak Maz muncul ni, kenapa abang layan Lisa macam seorang pesalah? Semua yang Lisa buat tak kena kat mata abang.”

              “Tak, abang tak macam tu,”

              “Sudahlah bang. Lisa dah malas nak bertekak. Selagi Lisa mampu tahan, Lisa akan buat demi anak-anak.”

               Marlisa bingkas bangun. langkah diatur menuju keluar. Hatinya semakin membengkak dengan ‘busung duka’. Sejak akhir-akhir ini, bercakap dengan Abang Hisham semakin menambah sakit dihati. Apa yang dikata, semuanya salah di mata suaminya itu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 11:21 AM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 03:00 AM
“Kenapa Lisa cakap dengan Maz macam tu? Dia kan tetamu kita, kakak Lisa juga. Abang t ...

Haishh..aku sakit hti dgn watak maz.jrng aku nk skit hti dgn wtk jht. Nasib baik lisa tu baik.klo tak...haish..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 12:18 PM | Show all posts
menarik cite ni...kesian lisa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 03:01 PM | Show all posts
Uiishhh....

Kalau baca tulisan Puan Wipers ni - terasa macam duduk tepi air sungai yang mengalir tenang diiringi kicauan burung kelicap.

Gitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 03:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 29-1-2015 03:01 PM
Uiishhh....

Kalau baca tulisan Puan Wipers ni - terasa macam duduk tepi air sungai yang mengalir  ...

Aduh, malunya.
Mana ada Nicki, biasa-biasa aje.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 03:08 PM | Show all posts
wipers81 replied at 29-1-2015 07:03 AM
Aduh, malunya.
Mana ada Nicki, biasa-biasa aje.

btul kta nicki tu kak.so terimlh pujian itewww.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.535493 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list