CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2838|Reply: 0

Ragbi: Bukan rempuhan mudah untuk JLJ

[Copy link]
Post time 30-1-2015 06:19 PM | Show all posts |Read mode

Perlawanan Kumpulan B di antara pasukan Kor JLJ DiRaja menentang pasukan NS Wanderers yang telah di adakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang berakhir dengan kemenangan pasukan Kor JLJ DiRaja dengan kutipan mata 33 berbalas 14

Serdang : Pasukan Kor JLJ DiRaja sekali lagi tidak diberikan laluan mudah untuk menamatkan perlawanan oleh pasukan NS Wanderers yang turun tanpa sebarang pemain import Fiji yang sering menjadi kuda harapan mereka dan di barisi sebahagian besar pemain-pemain muda mereka. Kedua – dua pasukan yang mengasak mengatur barisan serangan demi serangan penuh bertenaga tanpa memberi ruang akhirnya pada minit ke 9, pasukan Kor JLJ DiRaja berjaya mengutip mata pertama perlawanan melalui try yang dilakukan oleh Wan Malek Ishar bin Wan Jusoh selaku pemain sayap mereka dan seterusnya kutipan mata conversion yang kemas dari Farid bin Ahmad untuk melengkapkan 7 kutipan mata pertama dalam genggaman mereka.


Perlawanan Kumpulan B di antara pasukan Kor JLJ DiRaja menentang pasukan NS Wanderers yang telah di adakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang berakhir dengan kemenangan pasukan Kor JLJ DiRaja dengan kutipan mata 33 berbalas 14

Pasukan Kor JLJ DiRaja yang tidak mensia-siakan kudrat bekas pemain kebangsaan yakni Mohd Azuwar bin Hassan untuk terus membantu pasukan mencipta peluang sebaik mungkin di mana pada minit ke 22 sekali lagi berjaya memperolehi kutipan mata try oleh Muhammad Firdaus bin Muhd Ripin dan terus menambah mata melalui conversion oleh pemain tengah iaitu dari Farid bin Ahmad.


Mohd Fahmy bin Abdul Jalil selaku pembantu pengurus pasukan turut turun memberi kata semangat kepada pasukan NS Wanderers ketika perlawanan.

Pasukan NS Wanderers bagaikan tersentak dengan kutipan mata yang terus dicuri oleh pasukan lawan mula mengawal rentak permainan dan akhirnya kutipan mata penuh pertama pada minit ke 35 melalui try berjaya dibolosi oleh Mohd Azmir bin Zainal Abidin selaku pemain tengah dan conversion disudahkan oleh pemain senior pasukan NS Wanderers iaitu Jasmiza Khuzairi Jasme. Walaubagaimanapun selang 2 minit kemudian pasukan Kor JLJ DiRaja sekali lagi terus mencuri mata melalui hasil gerakan pantas oleh Wan Malek Ishar bin Wan Jusoh untuk mendapatkan kutipan try dan sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 19 berbalas 7.

Artikel+foto+keputusan sepenuhnya & kredit: http://www.sukandaily.com.my/v4/2015/01/bukan-rempuhan-mudah-untuk-jlj/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.177281 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list