CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3144|Reply: 6

[Jenayah] Batgirl kena belasah dek Mr Incredible

[Copy link]
Post time 31-1-2015 05:45 AM | Show all posts |Read mode
Ini betul-betul, bukan lakonan!



Los Angeles: Kerana berebutkan kawasan, lelaki berpakaian watak kartun Mr Incredible membelasah wanita berkostum adiwira Bat girl sebelum pergaduhan itu dileraikan ‘Freddy Krueger’ dan ‘Chewbacca.’

Dalam kejadian di Hollywood Boulevard pada 22 Oktober lalu itu, Muhammet Bilik, 35, mengejutkan orang ramai apabila menumbuk dan membuang mangsa ke lantai di khalayak ramai.

Sehubungan itu, ‘Mr Incredible’ dihukum penjara sehari, tiga tahun pemerhatian, kerja pembersihan jalan selama 20 hari dan 36 kelas mengurus kemarahan.

Dia juga dilarang berada di Hollywood Entertainment District sepanjang tempoh pemerhatian itu.

Kejadian itu dirakam dan disebarkan di YouTube. Muhammet dilihat memegang ‘Batgirl’ sebelum ‘Chewbacca’ dan ‘Freddy Krueger’ serta seorang lagi watak kartun, ‘Where’s Waldo’ menghampiri mereka.

Tiga rakan itu kemudian cuba meleraikan pertengkaran berkenaan, malah ‘Waldo’ berjaya mengheret Muhammet dari situ.

Bagaimanapun, Muhammet kemudian mencari ‘Batgirl’ dan terus menghempaskan wanita terbabit ke jalan sebelum beberapa pelancong menyelamatkan mangsa.

Polis tidak dapat mengenal pasti identiti ‘Mr Incredible’ sehingga ‘Batgirl’ kembali di jalan berkenaan beberapa minggu kemudian seterusnya membolehkannya disoal polis.

Pegawai Pendakwa Mike Feuer berkata, perselisihan faham itu akibat berebut kawasan antara penghibur terbabit. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27290#sthash.HNd0TlOa.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2015 07:44 AM | Show all posts
battle of the five cartoon
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 07:44 AM | Show all posts
Justice League V2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 10:03 AM | Show all posts
cartoon? CARTOON?
freddy krueger adalah antara watak aku paling takuti semasa kecil
dan agak takut masa dewasa
trauma woo
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku budak dolu2 punyalah penakut. Aku tgk filem freddy kruger seminggu x dpt tido mlm seram punya pasal. Pastu tgk citer indon ape ntah tjuk pasal pengamal ilmu buaya jelmaan. Bayangan org berkepala buaya bermain2 dlm otak aku sampai ngigau. Dah besar ni kalo aku tu citer seram aku cuba elakkan menonton pd waktu mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 10:39 AM | Show all posts
Adiwira bertempur








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk filem freddi kruger sambil menyorok di blkg kerusi...so scary jaman tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044637 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list