CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acescripters

Nabi Allah Adam Bukan Manusia Pertama.

[Copy link]
Post time 11-3-2015 09:02 PM | Show all posts
Kalau ikut cerita katun lar dan semua AL yg TT masukkan, kita ni agaknya adalah khalifah dunia generasi Earth Bender terakhir? :-)

Makhluk yg pernah punya PAMOR di dunia tetapi telah dineutralise setelah diciptakan al-insan, ikut teori ceta katun lah:

al-jin = Fire Bender
al-hin = Air Bender
al-bin = Water Bender

Jgn ada Blood Bender sudah. :-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bleh sy tau knapa TT ckp nabi adam bkn manusia pertama?
Ke sy yg xpaham pnyampaian TT..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:58 AM | Show all posts
Kalau Nabi Adam bukan makhluk pertama aku percaya tp kalau kata bukan manusia pertama amat meragukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2015 10:43 AM | Show all posts
Menurut penemuan fosil-fosil manusia purba di akhir abad ini, arkeologi menghuraikan para manusia purba ini hidup JUTAAN tahun lalu. Semoga kenyataan arkeologi ini benar, sebab usia fosil ini menjadi penentu status ‘manusia purba’ ini.

Bangsa Arab sangat terkenal dengan menghafal salsilah nenek moyangnya, bahkan banyak orang Arab yang boleh menghafal salsilahnya hingga ke Nabi Adam as. Dari data yang tertulis mahupun hafalan bangsa Arab akan salsilah mereka ini, bahawa Nabi Adam a.s. hidup sekitar 6000-8000 tahun silam. Data ini valid, mengingatkan  kemampuan bangsa Arab menghafal salsilah (dan banyak hal) merupakan suatu yang amat meYAKINkan.

Jadi siapakah manusia yang lebih dulu? Dari dua data di atas maka boleh dihuraikan bahawa manusia purba ada terlebih dahulu dibandingkan dengan Nabi Adam a.s.



· Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).

· Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)

· Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).

· Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)

· Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.)

· Dari Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw. memberi makan kepada sahabat–sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)

· Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)

· Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya akan membuat kamu jadi wangi.

· Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun.(H.R.Thabrani)

· Dari Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)

· Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Wallahu a’lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 01:09 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 5-2-2015 01:43 AM
Salam TT

Insan tu singular, manusia (an-nas) tu jamak

w'salam wbt..

Acaner dlm vacuum space ada gas?
ASAL-USUL ALAM DARIPADA ASAP?

Di dalam surah Fussilat 41: 11, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ′Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.′ Keduanya menjawab: ′Kami datang dengan tunduk.′”

Di dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9, halaman 5010, Said Hawa menyatakan: “Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan adalah di dalam bentuk gas nebula seperti asap. Dan pandangan yang seperti ini boleh dianggap sahih kerana ia begitu hampir dengan hakikat kalimat ′dukhan′ di dalam al-Quran.′

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA


Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai ′Big Bang.′ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ′Big Bang′, seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).

Kemudian terjadi ′Big Bang′ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar.

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah Al-Anbiyaa′: 30)

Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori Big Bang tidak dapat dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?

WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI

Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini dibentuk, yang ada pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ′asap′ adalah lebih sesuai berbanding gas.

Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh perkataan ′dhukhan′ yang bermaksud asap: “Kemudian Dia menujukan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ′Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa!′ Keduanya menjawab: ′Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela.′” (Surah Fussilat: 11)

Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, dari mana pula datang sumber ilmu ini?

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 12:27 AM | Show all posts
acescripters replied at 25-3-2015 01:09 PM
w'salam wbt..

ASAL-USUL ALAM DARIPADA ASAP?

Mcm mana nak bezakan antara:
- asap
- gas
- wap


Cer tgk ekjos kereta ada asap x?
Cer bukak dia punya catalytic converter tgk?
- SOx dan NOx tau x? Kerosakan2 di 'muka' bumi...


Jelas asap drpd pembakaran yg hadir dua faktor
- api
- bahan bakar


Dukhan - gas bakaran + jelaga + partikel mencemar + radiasi


Soalannya...adakah hiasan langit di lapisan paling rendah ni
i.e. matahari, bulan dan bintang2 ni yg dikatakan seluruh alam?
- sejak bila observatory boleh skodeng melepasi langit yg ini...???


Allah cipta seluruh alam dalam enam masa/hari...
- 7 lapis langit...yg dilihat cuma sebahagian lapisan terbawah.


Sbb tu dipanggil cosmologi, khen?

So, bila terakhir bumi ni binasa?
- tunjukkan jgk ayat kata 'kiamat' dlm jamaknya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2015 12:30 PM | Show all posts
Ermm menarik kupasan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia
Manusia berakal / bertamadun
Manusia barbarik/gua

Mgkin ITU maksudnnya manusia sebaik kejadian kerana elemen akal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke sel hidup terdiri daripada 80% air. Belajar sains sekolah menengah dulu. Benda hidup xleh hidup tanpa air.
Nabi Adam tetap manusia pertama yg Allah ciptakan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:18 PM | Show all posts
acescripters replied at 1-2-2015 02:42 AM
Assalaimualaikum ..
Satu Soalan:
saya amat hairan dan masih mencari siapakah yang mengatakan yang  ...

Apa yang nak dihairankan? Nabi Adam Alaihissalam adalah manusia pertama (homo sapiens) di muka bumi, period, titik noktah.

Mengapa perlu dipertikaikan? Sumber Al-Quran dan Hadith membenarkan pernyataan ini. Tiada Adam sebelum Nabi Adam AS. Tapi jika makhluk mirip kepada Adam, ya, memang ada berdasarkan fakta pra-sejarah yang didukung sains.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:51 PM | Show all posts
TT ada kekeliruan fakta. Jika dilihat, spesies mawas purba bermula dari Homo Ergaster / Homo Erectus menguasai bumi pada 1.9 - 1.6 juta tahun lalu dalam lingkungan era pra-sejarah awal dan pertengahan Pleistocene (era 2.6 juta tahun dahulu sehingga 11700 tahun dahulu).

Homo Erectus menguasai Eurasia dan Homo Ergaster pula menghuni benua Afrika. Kedua2 spesis mawas purba ini sebenarnya terhubung kait kerana Homo Ergaster dulunya dikenali dengan nama African Homo Erectus, tetapi saintis masakini membezakan Homo Ergaster berdasarkan perbezaan taxonomy tulang fosil.

Homo Erectus / Ergaster adalah spesies mawas purba yang dikenalpasti mempunyai keupayaan intelek melebihi haiwan pra-sejarah lainnya, tapi ia bukanlah "APEX PREDATOR" (pemangsa apex) malah berkongsi alamiah pra-sejarah Pleistocene dengan spesies mamalia megafauna (gergasi) lainnya.

Tapi mawas purba Homo Erectus / Ergaster memiliki set anatomi paling mirip kepada bani Adam, walaupun bukan sepenuhnya kerana leluhurnya masih mengekalkan penanda genetik mawas pada fizikal tubuh badan dan perlakuan spesies mawas purba pra-sejarah ini.



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:10 PM | Show all posts
Pupusnya Homo Erectus / Homo Ergaster membawa kepada kebangkitan spesies mawas purba pra-sejarah yang baru iaitu Homo Heidelbergensis / Homo Rhodesiensis dimana spesies mawas purba hominid ini menguasai Eurasia serta Afrika (dihuni Homo Rhodesiensis) pada era pra-sejarah pertengahan Pleistocene iaitu 600 - 200 ribu tahun dahulu.

Spesies hominid inilah lebih menyerupai bani Adam dari segi morphology dan taxonomy, namun ia tidaklah membawa sebarang kesan besar dalam era pertengahan Pleistocene yang masih dikuasai mamalia megafauna gergasi. Kelebihan mawas purba Homo Heidelbergensis hanyalah kepada kemungkinan penggunaan vokalisasi dalam berkomunikasi sesama mereka disamping masih mengekalkan cara hidup leluhur mereka iaitu Homo Erectus.

Homo Heidelbergensis juga bukanlah pemangsa apex dan kekal gaya hidup sehingga ia pupus dengan kehadiran spesies mawas purba yang lain, iaitu Homo Neanderthalensis.



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:46 PM | Show all posts
Spesies mawas purba paling berjaya ialah Homo Neanderthalensis, yang berleluhur dari Homo Heidelbergensis / Rhodesiensis. Lebih dikenali dengan nama Neanderthal (berdasarkan nama tempat Neandertal di Jerman), spesies mawas Neanderthal mula muncul pada era pra-sejarah pertengahan hingga akhir Pleistocene iaitu pada 200 ribu - 250 ribu tahun yang lampau.

Mawas Neanderthal mempunyai taxonomy dan morphology tubuh badan dan perlakuan yang lebih mirip pada Bani Adam (Homo Sapiens), mawas Neanderthal hadir di era iklim melampau iaitu Zaman Ais yang banyak melenyapkan spesies mamalia megafauna gergasi lainnya, tetapi hadir bersama haiwan pra-sejarah mamalia megafauna yang beradaptasi dengan iklim dan geografi zaman Ais.

Sepertimana leluhurnya iaitu Homo Erectus dan Homo Heidelbergensis, Neanderthal masih mengekalkan gaya hidup primitif warisan mawas purba lain dan tiada perkembangan teknologi pertukangan yang drastik malah mendatar sahaja sepanjang 1.9 juta tahun lalu sehinggalah ke 40,000 tahun dahulu apabila Neanderthal mulai pupus di mukabumi ini. Tapi Neanderthal mewarisi kepandaian vokalisasi yang lebih kompleks sedikit berbanding leluhurnya Homo Heidelbergensis.

Selain itu, kemunculan Neanderthal pada era Zaman Ais membawa kepada betapa kebergantungan spesies mawas pra-sejarah ini kepada alamiah Zaman Ais dan mamalia megafauna, dan akhirnya Neanderthal menjadi "APEX PREDATOR" (pemanga apex / terulung) sebaris dengan spesies rimau sabre tooth, singa gunung (cave lion) dan serigala dire (dire wolf) iaitu spesies pemangsa unggul mamalia megafauna era Zaman Ais.

Namun kebangkitan Bani Adam bermula pada 190,000 tahun dahulu menggegarkan kesinambungan mawas purba Neanderthal. Persaingan mendapatkan makanan, dan teknologi senjata perburuan yang didominasi Bani Adam (Homo Sapiens) dalam satu jangkamasa yang singkat serta adaptasi Bani Adam dalam setiap iklim Zaman Ais menyebabkan mawas Neanderthal tak mampu bersaing dan terpinggir.

Perubahan iklim dan ekosistem era Zaman Ais menyebabkan kepupusan mamalia megafauna lainnya termasuk mawas Neanderthal secara keseluruhan juga berkait rapat dengan kemunculan Bani Adam yang menggunakan akal melawan naluri kehaiwanan meminggirkan semua spesies pemangsa mamalia megafauna lainnya dalam mencapai status pemangsa terulung. Neanderthal pupus di saat perkembangan Bani Adam menguasai dan menerokai Bumi pada penghujung zaman Ais, 40 ribu tahun yang lampau.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:01 PM | Show all posts
Para sejarawan dan ahli paleontogi Barat cuba meletakkan Homo Heidelbergensis sebagai leluhur kepada Homo Neanderthalensis dan Bani Adam (Homo Sapiens). Malah pada peringkat awalnya, mawas purba Neanderthal dilumpukkan sebagai satu sub-spesies atau rumpun Bani Adam menerusi nama saintifiknya Homo Sapiens Neanderthalensis disebabkan persamaan ketara fizikal mawas Neanderthal dengan Bani Adam.

Sejajar dengan kajian sains genetik masakini yang kian berkembang, akhirnya mawas Neanderthal dipisahkan dari rumpun Bani Adam (Homo Sapiens) kerana perbezaan genetik sebanyak 0.5 peratus (Neanderthal memiliki genetik 99.5% mirip kepada Bani Adam). Ini sekaligus membuktikan Bani Adam adalah satu spesies yang baru yang memiliki AKAL, satu kurnia kepada makhluk ciptaan Allah (selain malaikat dan jin) mengatasi spesies2 lainnya, hatta spesies mawas purba pra-sejarah yang mirip pada Bani Adam tetapi pupus kerana tiada berakal sebagaimana spesies mamalia megafauna gergasi lainnya.

Mana mungkin mawas Neanderthal, yang mengikut naluri kebinatangan walaupun memiliki kepandaian melebihi haiwan lainnya, mampu menjadi Khalifah di bumi Allah, sedangkan Bani Adam yang dianugerahkan akal, dalam jangkauan 190,000 hingga kini mengorak langkah ke arah ketamadunan dipilih Allah sebagai Khalifah di muka bumi ini mengatasi sebaik2 ciptaan Malaikat dan Jin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:44 PM | Show all posts
Edited by robotech at 11-2-2016 02:53 PM

Nabi Adam dan Siti Hawa diturunkan ke bumi sebagai tanda langsung keingkaran mereka ketika di Syurga oleh Allah Taala. Tentang soal bila zamannya baginda menjejakkan kaki ke Bumi, tidak diketahui, malahan hampir mustahil. Tapi jika menggunakan perkembangan Bani Adam, iaitu keturunan Adam dan Hawa, sejarah kemunculan spesies Bani Adam menjangkau 190,000 tahun berdasarkan kajian sains genetik dan penemuan rangka manusia terawal.

Sejarawan dan ahli paleontologi berkiblat Charles Darwin cuba merasionalisasikan leluhur Bani Adam kepada spesies mawas purba pra-sejarah, maka umat Islam perlu meninggalkan akidah yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Apa yang menariknya, sejarawan dan ahli arkeologi dulunya meletakkan Bani Adam pra-sejarah bermula seawal 100,000 tahun lampau, namun berdasarkan teori terkini, Bani Adam pra-sejarah (Archaic Homo Sapiens) bermula lebih awal dalam lingkungan 200,000 ke 300,000 tahun lampau malahan wujud seiring dengan mawas Neanderthal yang muncul lebih awal sedikit.

Dengan kehadiran Bani Adam pra-sejarah (Archaic Homo Sapiens) membawa kepada terma AMH (Anatomically Modern Humans) Anatomi Manusia Moden, dapat disaksikan dan dibuktikan dengan penemuan fosil manusia pra-sejarah yang terawal iaitu penemuan tulang belulang Omo (Omo's remains) di Sungai Omo, Habsyah (Ethiopia) yang berusia 195,000 tahun yang lalu dan penemuan kerangka manusia pra-sejarah Homo Sapiens Idaltu ("idaltu" membawa erti paling tua / anak sulung) di Herto Bouri, Habsyah (Ethiopia) yang berusia 160,000 tahun.

Keturunan Bani Adam pra-sejarah menyaksikan perkembangan manusia menjarah setiap pelusuk Bumi menguasai setiap benua yang dijejaknya dari era Zaman Ais dan pasca kepupusan besar2an spesies megafauna mamalia gergasi termasuk juga spesies mawas purba yang terakhir iaitu Neanderthal.


Bani Adam pra-sejarah yang terawal - Homo Sapiens Idaltu

Bani Adam pra-sejarah Cro Magnon - Homo Sapiens Sapiens

Dari Bani Adam pra-sejarah iaitu Archaic Homo Sapiens kepada Homo Sapiens Idaltu dan terus berkembang biak kepada Homo Sapiens Sapiens (kita), dapat disimpulkan, Nabi Adam adalah Homo Sapiens yang pertama dalam sejarah manusia, dan anak cucunya berkembang biak dalam jangkamasa yang dapat diagak lebih kurang 200,000 tahun lebih untuk menjelajah pelusuk bumi.

Era Nabi Adam membawa kepada Nabi Nuh AS, yang mana perbezaannya fizikal pastinya ada dalam bentuk saiz tubuh dan bukan pada asas genetik. Bani Adam pra-sejarah membawa ketamadunan pertama paling awal akhirnya ke tamadun manusiawi penyembah berhala era Nabi Nuh AS, akhirnya dilenyapkan Allah Taala dalam Banjir Besar sebagai balasan kebejatan Bani Adam pra-sejarah yang melupakan pegangan tauhid Nabi Adam yg meng-Esa-kan Allah.

Analogi banjir besar juga boleh dikaitkan dengan berakhirnya zaman Ais, dimana kepupusan besar2an mamalia megafauna pra-sejarah, dan kebangkitan Bani Adam moden, Homo Sapiens Sapiens, dari susur galur Nabi Nuh AS dan pengikutnya yang terselamat di atas bahtera Nabi Nuh AS.

Pasca Zaman Ais, serta pasca Banjir Besar, membawa manusia ke era ketamadunan lebih baru, Bani Adam moden keturunan Nabi Nuh membawa kepada pecahan bangsa2 utama dunia, yang membawa kepada kepelbagaian etnik dan variasi genetik Homo Sapiens Sapiens hingga ke akhir zaman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:00 PM | Show all posts
robotech replied at 11-2-2016 04:51 AM
TT ada kekeliruan fakta. Jika dilihat, spesies mawas purba bermula dari Homo Ergaster / Homo Erectus ...

Episod Halaqah Minggu lepas ade menrangkan hal ini.. mmg ade mahluk yg "menyerupai" manusia sebelum adam.. Mungkin kelihatan ape-like, itu hanya Allah sahaja yg boleh confirmkan. Tapi yg pasti "MANUSIA" pertama yg seperti kita a.k.a homo sapien tetap Nabi Allah Adam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2016 02:44 AM | Show all posts
Bangsa Arab sangat terkenal dengan menghafal salsilah nenek moyangnya, bahkan banyak orang Arab yang boleh menghafal salsilahnya hingga ke Nabi Adam as. Dari data yang tertulis mahupun hafalan bangsa Arab akan salsilah mereka ini, bahawa Nabi Adam a.s. hidup sekitar 6000-8000 tahun silam. Data ini valid, mengingatkan kemampuan bangsa Arab menghafal salsilah (dan banyak hal) merupakan suatu yang amat meyakinkan.

Encik robotech mengatakan Nabi Allah Adam a.s telah wujud beratus ribu tahun dahulu secara automatik wujudnya percangggahan disini.

1- Adam
Diperkirakan hidup tahun 5872-4942 SM di sekitar wilayah India . Disitulah beliau pertama kali diturunkan Allah ke muka bumi setelah melanggar perintah Allah tidak boleh memakan buah terlarang. Lalu beliau berjalan ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia. Menurut beberapa riwayat beliau bertemu dengan istrinya, Hawwa di Arafah yang sekarang dijadikan tempat pertemuan ummat Islam dari seluruh dunia setahun sekali saat melakukan ibadah haji. Mereka lantas menetap di sekitar Ka’bah yang memang telah dibangun sebelumnya oleh para malaikat. Beliau wafat di jazirah Arabia (tidak diketahui dimana kuburannya). Diriwayatkan bahwa beliau mempunyai 40 anak. Nama Adam disebut dalam Al-Qur’an: 25 kali.

2- Idris
Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam as. Beliau dari anak keturunan Qabil yang tinggal di Babil di Iraq. Diperkirakan hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Nama Idris disebut dalam Al-Qur’an sebanyak 2 kali

3- Nuh
Nuh bin Lamik bin Mutuisyalkh dari keturunan Idris, lalu keturunan Nabi Syits bin Adam. Diperkirakan hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM. Diperkirakan beliau tinggal di wilayah yang kini disebut sebagai Iraq. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahwa beliau wafat di Mekkah, dan memiliki 4 anak laki-laki. Nama Nuh disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.

Nabi Nuh as mendapat julukan ulul ’azmi karena kesabarannya yang tinggi. Nuh as adalah rasul pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan akhlak umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran yang benar. Nabi Nuh as digelari sebagai ulul ’azmi karena kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya. Nabi Nuh tanpa menyerah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, untuk kembali ke jalan yang lurus. Usianya hampir 1000 tahun dan jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang. Bahkan istri dan anaknya yang bernama Kan’an tidak mempercayai ajaran yang dibawanya dan menjadi musuhnya. Atas kehendak Allah umat nabi Nuh as yang membangkang ditenggelamkan dengan tsunami yang dahsyat dan semuanya mati, kecuali nabi Nuh as dan pengikutnya yang beriman.

4- Hud
Hud bin Abdullah bin Rabah bin Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 2450-2320 SM. Diutus untuk Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf-Hadramut, Yaman. Beliau wafat di Hadramut sebelah timur, Yaman (kuburannya diziarahi sampai sekakarang). Nama beliau disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran.

5- Shalih
Shalih bin Abid dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan beliau hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir- Oman. Beliau wafat di Jaziratul Arab. Nama beliau disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran.

6- Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Beliau diperkirakan hidup tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Beliau tinggal di Iraq. Beliau wafat di Al-Khalil, Hebron, Palestina. Nama beliau disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran.

Nabi Ibrahim adalah nabi yang mendapat gelar ulil ’azmi karena kesabarannya yang tinggi. Dari mulai bayi nabi Ibrahim sudah diasingkan ke dalam gua disebabkan karena perintah Raja Namrudz untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru lahir. Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya yang pembuat berhala. Bahkan ia harus menerima siksaan yang pedih, yaitu dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya. Sudah hampir seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikaruniai anak hingga istrinya meminta ia menikahi seorang budak berkulit hitam bernama Hajar untuk dijadikan istri. Akhirnya Hajar dapat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ismail. Allah memerintahkan Ibrahim untuk melepas istri dan anaknya yang baru lahir dan sangat dicintainya itu ke tanah gersang di Makkah. Karena kesabaran dan kepatuhannya, perintah itu dilaksanakan. Namun, perintah lebih berat diterima Ibrahim, yaitu harus mengorbankan Ismail yang baru meningkat remaja. Hal ini pun beliau laksanakan, tapi Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor domba. selain itu ujian nabi Ibrahim as yang lain adalah membangun Ka’bah, dan menghadapi Raja Namrudz yang zalim.

7. Luth
Luth bin Haran dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestina. Beliau meninggal dunia di Desa Shafrah di Syam, Palestina dan meninggalkan 2 anak perempuan. Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran.

8- Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1911-1774 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Beliau tinggal di Makkah dengan kabilah Amaliq dari Yaman. Beliau meniggal dunia di Mekkah. Meninggalkan 12 anak. Nama beliau disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran

9- Ishaq
Ishaq Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Diperkirakan hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Beliau meninggal di Al-Khalil Hebron Palestina. Memiliki 2 anak. Nama beliau disebutkan dalam al-Qur’an sebanyak 17 kali

10.Ya’qub
Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Beliau wafat di Alkhalil Hebron Palestina. Punya 12 anak. Nama beliau disebutkan dalam al-Qur’an sebanyak 16 kali.

11. Yusuf
Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Heksos di Mesir. Beliau wafat di Nablus Palestina. Punya dua anak laki laki dan satu perempuan. Nama beliau disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran

12. Syu’aib
Syu’aib dari keturunan Madyan bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada ahli Madyan dan Penduduk Aikah Madyan. Beliau wafat di Madyan. Nama beliau disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran.

13. Ayyub
Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestina. Beliau wafat di Huran di Syam. Punya 26 anak. Disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran.

14. Zulkifli
Zulkifli dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus. Beliau wafat di Damaskus Syiria. Punya 2 anak. Disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran

15. Musa
Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israil di Mesir. Beliau wafat di Tanah Tih. Punya 2 anak.

Nabi Musa as adalah nabi yang paling banyak namanya disebutkan dalam al-Qur’an yaitu sebanyak 136 kali. Beliau termasuk nabi yang mendapat gelar ulul ’azmi karena kesabarannya yang tinggi dalam menghadapi dan berda’wah kepada Firaun. Selain itu, dia juga nabi yang sabar dalam memimpin kaumnya yang selalu membangkang. Ketika Musa as akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin Samiri menyeleweng dengan menyembah berhala emas anak sapi. Harun as yang ditugasi mengganti tugas Musa as, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka, bahkan ia diancam hendak dibunuh. Dengan kesabaran nabi Musa yang hebat tapi beliau pernah tidak bersabar ketika berguru kepada nabi Khidir as .

16. Harun

Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Diperkirakan hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Firaun Mesir dan Bani Israil Mesir. dan wafat di Tanah Tih. Disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran.

17. Daud
Daud dari keturunan Yahudza bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestina. Punya 1 anak dan wafat di Baitul Maqdis, Palestina. Disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran.

18. Sulaiman
Sulaiman bin Daud dari keturunan Yahudza bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestina. Beliau wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestina. Disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.

19. Ilyas
Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Diperkirakan hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Beliau tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah. Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

20. Ilyasa’
Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Beliau wafat di Palestina. Disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.

21. Yunus

Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Diperkirakan hidup pada tahun 820-750 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Beliau wafat di Ninawa di Iraq. Disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran.

22. Zakaria
Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Beliau wafat di Syam. Punya satu orang anak. Disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran.

23. Yahya
Yahya bin Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Wafat di Damaskus Syiria. Disebut dalam alquran 3 kali

24. Isa
Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Diperkirakan hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Beliau juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah. Nabi Isa as Disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran.

Beliau adalah nabi yang mendapat julukan ulul ’azmi karena banyak memiliki kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama, ketika nabi Isa as sabar menerima cobaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan muridnya, menghadapi fitnah, hendak diusir dan dibunuh oleh kaum Bani Israil. Kehidupan nabi Isa as menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam beribadah.

25.Muhammad
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Diperkirakan hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Beliau ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekkah dan Madinah. Wafat di Madinah. Meninggalkan 7 orang anak. Rasulallah saw namanya disebutkan hanya 5 kali di dalam Al-Quran.

Beliau mendapat julukan ulul ’azmi karena sejak kecil sampai dewasa, Rasulallah saw selalu mengalami masa-masa sulit. Pada usia 6 tahun dia sudah menjadi yatim piatu. Setelah dewasa ia harus membantu meringankan beban paman yang merawatnya sejak kecil. Tantangan terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi seorang rasul. Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari Abu Lahab, pamannya sendiri. Rasulallah saw juga harus ikut menderita tatkala Bani Hasyim diboikot (diasingkan) di sebuah lembah dikarenakan dakwahnya. Dan masih banyak lagi kesabaran dan masa masa sulit yang dihadapi beliau dari mulai lahir sampai beliau wafat.

Demikian ringkasan sejarah 25 nabi dan rasul (lihat Qashash al-Anbiya’ oleh ibnu Katsir, tahqiq Dr. as-Sayyid al-Jumaili dan kitab Atlas al-Quran oleh Syauqi Abu Khalil). Semoga menjadi rujukan yang bermanfaat dan kebenarannya kita kembalikan kepada Allah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 02:59 AM | Show all posts
Nabi Adam a.s. Tahun 5872-4942 SM di sekitar wilayah India.
5872 (sebelum masehi) + 2016 (zaman sekarang) = 7888tahun

Kajian Definisi Melayu telah dimulakan secara serius sekitar beberapa tahun yang lalu oleh gabungan beberapa badan NGO & Universiti di Malaysia juga Universiti luar negara, dengan bantuan tokoh-tokoh ilmuan & khazanah islam Asia tenggara, kini telah pun dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian:

1- Asal keturunan rupa Bangsa
2- Asal Nama Melayu, maknanya & kaitan bangsa agung ini dengan Agama Islam.

mana datangnya Alam Melayu yang wujud 60ribu tahun dahulu?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 05:39 AM | Show all posts


Kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam.


Al Qur’an tidak pernah menyebut Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama. Demikian pula isterinya, bukanlah manusia kedua yang diciptakan setelah Adam.

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. (A-li'Imraan 3:59)

Di dalam Al Qur’an dijelaskan bahwa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh Allah ditiupkan ruh kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :

"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;" (QS. As Sajdah (32) : 7)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.". (QS. Al Hijr (15) : 26)

Disamping itu Allah juga menjelaskan secara terperinci tentang penciptaan manusia pertama itu dalah surat Al Hijr ayat 28 dan 29 . Di dalam sebuah Hadits Rasulullah saw bersabda :

"Sesunguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah". (HR. Bukhari)

Di dalam Al Qur’an proses kejadian manusia secara biologis dejelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." (QS. Al Mu’minuun (23) : 12-14).

Dalam salah satu hadits Rasulullah SAW bersabda :
"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu dikumpulkannya pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya (untuk menuliskan/menetapkan) empat kalimat (seperti) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik (nasibnya)." (HR. Bukhari-Muslim)

Ungkapan ilmiah dari Al Qur’an dan Hadits pada abad silam telah menjadi bahan penelitian bagi para ahli biologi untuk memperdalamkan ilmu tentang organ-organ jasad manusia. Yang dimaksud di dalam Al Qur’an dengan "saripati berasal dari tanah" sebagai substansi dasar kehidupan manusia adalah protein, sari-sari makanan yang kita makan yang semua berasal dan hidup dari tanah. Yang kemudian melalui proses metabolisme yang ada di dalam tubuh diantaranya menghasilkan hormon (sperma), kemudian hasil dari pernikahan (hubungan seksual), maka terjadilah pembentukan antara sperma (lelaki) dan ovum (sel telur wanita) di dalam rahim. Kemudian berproses hingga mewujudkan bentuk manusia yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat diatas).

Para ahli sains dari barat baru terjumpa masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940 dan baru dibuktikan pada tahun 1955, tetapi 15 abad lalu dalam Al Qur’an dan Hadits telah dijelaskan. Ini sangat mengagumkan para saintis seorang embriolog terkemuka dari Amerika yaitu Prof. Dr. Keith Moore, beliau mengatakan "Saya takjub pada pernyataan Al Qur’an yang diturunkan pada abad ke-7 Masehi itu". Selain itu beliau juga mengatakan, "Dari ungkapan Al Qur’an dan hadits banyak mengilhamkan para saintis sekarang untuk mengetahui perkembangan hidup manusia yang diawali dengan sel tunggal (zygote) yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina) dibuahi oleh sperma (sel kelamin jantan).

Berbalik pada topik asal: Adam bukanlah manusia pertama.

Pada mulanya manusia itu IALAH umat yang SATU menurut ugama Allah yang SATU, tetapi setelah mereka berselisihan, maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana HASAD DENGKI sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka , dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah 213)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu sekalian, lalu Kami bentuk tubuh kalian, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.

Ayat di atas dimulai dengan kalimat ‘menciptakan kamu sekalian, lalu kami bentuk tubuh kalian’. Artinya, waktu itu Allah sudah menciptakan banyak manusia di muka Bumi. Baru kemudian memerintah para malaikat untuk bersujud kepada Adam.

Sayangnya, dalam kitab terjemahan bahasa Indonesia kata kum itu ditafsiri sebagai Adam. di sebelah kata ‘kamu’ diberi penjelasan dengan kata dalam kurungan - (Adam). Padahal kita tahu bahwa kum adalah bermakna jamak - kalian semua.

Ini semakin jelas kalau kita baca ayat sebelumnya, berikut ini. Bahawa yang dimaksud dengan ‘kum’ itu adalah bangsa manusia secara keseluruhan. Spesis manusia.

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (QS. Al A'raaf (7): 10)

Dari 3 ayat yang berurutan di atas, kita memperolehi kesimpulan bahwa Allah terlebih dahulu menciptakan bangsa manusia di muka Bumi, dengan segala sumber penghidupannya. Dan, kemudian memilih salah satu di antaranya sebagai khalifah di muka Bumi. Dialah Adam. Ditandai dengan perintah kepada malaikat untuk bersujud kepadanya.

Kalau Adam memang manusia pertama, ayatnya tidak akan berbunyi demikian. Diawalnya pastilah Allah mengatakan kepada Adam dalam bentuk tunggal: “Walaqad khalaqnaka - Dan sungguh telah Kami ciptakan kamu (Adam)...” Tapi, tenyata menggunakan kum.

Wallahu a’lam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Rujuk  Koran ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.615587 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list