CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1518|Reply: 1

Ranking bukan ukuran

[Copy link]
Post time 2-2-2015 07:44 AM | Show all posts |Read mode


        HAMPIR dua bulan berlangsungnya liga badminton yang pertama di Malaysia iaitu Kopiko Purple League (KPL).
       
        Pelbagai aksi hebat dapat dilihat daripada pemain dunia dalam kejohanan tersebut seperti Boonsak Ponsana, Kento Momota, Jan O Jorgensen, Simon Santoso dan Kenichi Tago.
       
        Namun aksi pemain Malaysia tidak kurang hebatnya apabila tetap berjaya menyajikan aksi memukau dengan menewaskan pemain terkemuka.
       
        Hafiz Hashim antara pemain yang mencuri tumpuan apabila berjaya mengejutkan beberapa pemain yang memiliki ranking dunia lebih baik darinya.
       
        Bekas pemenang All England 2003 itu berjaya membuktikan dirinya masih belum hilang sentuhan dengan menundukkan pemain Thailand, Boonsak yang berada di ranking 17 dunia dan pemain ranking 13 dunia, Kento Momota dari Jepun.
       
        Sebelum itu, pemain berusia 33 tahun itu juga mengalahkan pemain muda negara, Goh Soon Huat, bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia dari Vietnam, Nguyen Tien Minh dan Yeoh Seng Zoe.
       
        Prestasi Hafiz walaupun sudah bersara dari skuad kebangsaan memberikan gambaran bahawa sentuhannya sebagai 'otai' di arena badminton belum hilang.
       
        Pemain muda 'lambat panas'
       
        Hafiz ketika dihubungi Sinar Harian mengakui berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan.
        Dia yang mewakili Cheras BC berkata, walaupun turun dengan status bekas pemain, namun ia tidak pernah menyekat kemahuannya untuk mencari kemenangan.
       
        "Saya sayangkan badminton. Dan dengan adanya liga seperti ini ianya dapat memberi peluang kepada bekas pemain seperti saya untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan suatu ketika dahulu.
       
        “Ia juga satu kemenangan yang hebat, saya benar-benar gembira dengan corak permainan saya walaupun jarang bermain," katanya.
       
        Mengulas mengenai kejutan yang dilakar dengan mengejutkan pemain muda termasuk berada ranking lebih baik dunia, Hafiz berkata, sindrom 'lambat panas' mungkin menjadi faktor beliau mampu mengatasi lawan yang lebih baik darinya.
       
        "Sistem 11 mata berbanding 21 mata mungkin memberi kelebihan kepada saya. Jika nak dibanding kecergasan dengan pemain muda memang tak terlawan sebab mereka akan lebih cergas dari saya.
       
        "Tapi, kelemahan ketara yang saya dapat lihat mereka lambat panas dan sistem 11 mata ini tidak dapat bantu mereka walaupun telah berjaya bangkit di set seterusnya.
       
        "Selain itu, pengalaman juga antara faktor kemenangan ini diraih kerana rata-rata pemain berdepan tekanan yang tinggi dan ini dimanfaatkan saya sebaik mungkin," ujarnya lagi.
       
        Bayaran tinggi?
       
        Dalam perkembangan lain, Hafiz juga tidak menafikan bayaran tinggi ke atas pemain dunia antara penyebab kesudian mereka untuk beraksi dalam KPL.
       
        Dia berkata demikian ketika ditanya soalan penulis berhubung penglibatan pemain luar yang bertaraf dunia dalam kejohanan berkenaan.
       
        "Sudah tentu bayaran tinggi diberikan kepada pemain terlibat, kalau tidak mereka tak sanggup beraksi di sini dan meninggalkan beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini.
       
        "Itu pandangan saya sebagai bekas pemain kerana saya tahu pemain lebih suka buat duit. Dalam liga, bila main akan dibayar walaupun tewas ataupun kalah, jadi ia dianggap menguntungkan.
       
        "Oleh itu, mereka suka menyertai kejohanan liga walaupun pada dasarnya negara mereka juga ada liga sendiri," katanya.
sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:10 AM | Show all posts
Syabas hafiz








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057096 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list