CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3079|Reply: 0

Ragbi: Keris Conlay bermula tajam

[Copy link]
Post time 2-2-2015 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Izzuddin bin Moharam selaku pemain scrum half pasukan Politeknik Malaysia(jersey hitam dan kuning) yang turut berusaha keras memberi halangan kepada pasukan Keris Conlay untuk terus mencuri mata.

Serdang: Percaturan Keris Conlay selaku finalis pada musim lepas yang turun bersama 3 pemain import dari Fiji mereka memaksa pasukan Politeknik Malaysia terpaksa bekerja keras untuk menguasai corak permainan pada perlawanan pertama mereka di Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2015 ini. Pasukan Politeknik Malaysia yang turun dengan kudrat anak tempatan sepenuhnya terpaksa akur untuk memberikan mata tendangan penalti berturut – turut kepada pasukan Keris Conlay seawal minit ke 6 dan selang 8 minit kemudian.

Setelah berhempas pulas untuk menahan asakan bertubi – tubi dari pasukan Keris Conlay, Muhammad Amiruddin bin Zainal Abidin selaku pemain flyhalf pasukan Politeknik Malaysia akhirnya dapat membolos untuk mendapatkan mata try pertama pada minit ke 33. Kutipan mata tersebut yang membangkitkan semangat pasukan Politeknik Malaysia untuk terus yakin mengasak gandingan pemain import pasukan lawan akhirnya membuahkan hasil apabila memperolehi tendangan penalti yang disempurnakan oleh pemain fullback pasukan Politeknik Malaysia iaitu Mohd Amir Aswad bin Mat Saad.


Perlawanan Kumpulan B di antara pasukan Keris Conlay menentang pasukan Politeknik Malaysia(jersey hitam dan kuning) yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang berakhir dengan kemenangan pasukan Keris Conlay dengan kutipan mata 48 berbalas 22.

Pasukan Keris Conlay yang kembali mengatur serangan demi serangan memaksa sekali lagi pasukan Politeknik Malaysia terpaksa berhempas pulas untuk mencuri bola tetapi berjaya dinafikan dengan kutipan mata try pertama oleh pemain import pasukan Keris Conlay iaitu Etonia Vaqa Saukuru pada minit ke 40 dan conversion berjaya disempurnakan Mohd Fairuz bin Abdul Rahman selaku pemain scrum half.

Pada babak separuh masa kedua, pasukan Keris Conlay yang terus mengawal permainan dengan berjaya mengutip mata penuh hasil dari try dan conversion terus mejadikan semangat juang pasukan Politeknik Malaysia hilang punca.


Mohd Shafie bin Osman(tshirt biru) sewaktu menyampaikan taklimat kepada para pemain Politeknik Malaysia di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang.




Artikel+Gambar+Keputusan sepenuhnya & kredit: http://www.sukandaily.com.my/v4/ ... nlay-bermula-tajam/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list