CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 0

Danny Chia idam pamer aksi terbaik

[Copy link]
Post time 3-2-2015 09:15 AM | Show all posts |Read mode


PEMAIN golf profesional Malaysia, Danny Chia memasang impian untuk bangkit menampilkan aksi terbaik pada kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank yang bermula Khamis hingga Ahad ini.
            
        Danny, kini di ranking ke-450 dunia, menyasarkan keputusan yang baik pada kejohanan berkenaan untuk memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia dan akan menyertai seberapa banyak kejohanan tahun ini, bagi melayakkan diri ke Sukan
        Olimpik Rio de Janeiro di Brazil, tahun depan.
            
        Sebanyak 156 pemain golf profesional daripada Jelajah Eropah dan Asia serta 22 pemain Malaysia sudah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$3 juta (kira-kira RM10.9 juta).
          
        Juara bertahan Lee Westwood juga akan membuat penampilan di samping bintang Piala Ryder Victor Dubuisson, juara Terbuka Amerika Syarikat 2010 Graeme McDowell dan Kapten Piala Ryder Paul McGinley pada kejohanan berkenaan yang diluluskan oleh Jelajah Asia dan Eropah.
            
        Pemain terbaik Asia pula ialah dua bekas juara berganda Terbuka Malaysia, Arjun Atwal dari India dan Thongchai Jaidee dari Thailand, yang kini berada di kedudukan ke-38 dalam Ranking Rasmi Golf Dunia serta Liang Wen Chong dari China.‎
          
        Pemain meningkat naik India, Rashid Khan, 24, akan mengetuai cabaran pasukan negara berkenaan di samping Anirban Lahiri dan Gaganjeet Bhullar.
       
        "Harapan peribadi saya sudah tentu mahu melakukan terbaik tahun ini. Pada kejohanan ini, ia satu kebanggaan kepada negara jika pemain golf Malaysia memenanginya...saya akan berusaha mencatat keputusan terbaik.
       
        "Saya akan menyertai seberapa banyak kejohanan ranking dunia walaupun kejohanan kecil seperti ADT (Jelajah Pembangunan Asia) dan cuba meraih sebanyak mungkin mata ranking. Mudah-mudahan saya boleh mewakili negara pada Sukan Olimpik tahun depan," kata Chia kepada pemberita di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) hari ini.
       
        Pada masa ini, sebanyak 18 pemain golf tempatan yang disenaraikan dalam Ranking Rasmi Golf Dunia, perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, sehingga pemilihan akhir pada 11 Julai, 2016.
       
        Selain Danny, pemain golf profesional Malaysia yang tersenarai dalam ranking rasmi golf dunia ialah Arie Ahmad Irawan (479), Nicholas Fung (487), Airil Rizman Zahari (712) dan Rizal Amin (747). - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057652 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list