CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 0

Young Guns terus pamer kejutan

[Copy link]
Post time 5-2-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode


DILETAKKAN sebagai pasukan bukan pilihan, Kelab Hoki UniKL Young Guns terus mempamerkan rentak meyakinkan dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL).
       
        Setakat ini, Young Guns masih kekal sebagai pendahulu liga dengan mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.
       
        Sabtu lalu, mereka merekodkan kemenangan keempat, menundukkan Politeknik Malaysia, 3-1, di Stadium Hoki Bukit Jalil.
       
        “Pemain kami menunjukkan peningkatan dan terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam saingan awal liga.
       
        “Biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan yang mampu untuk menjuarai sebarang gelaran musim ini, jurulatih dan pemain memberikan komitmen yang tinggi untuk menafikan pandangan awal tersebut,” kata pengurus pasukan Young  Guns, Mohd Faiz Isa.
       
        Jumaat ini, Young Guns akan berdepan pasukan bekas juara, Olak PKT Tigers yang kini menghuni tangga kelapan liga.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.381737 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list