CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1812|Reply: 0

ATM guna ramai 'peledak'

[Copy link]
Post time 5-2-2015 08:58 AM | Show all posts |Read mode

Hishammuddin menunjukkan jersi baharu ATM bagi saingan Liga Malaysia 2015, semalam.                                                                                                                                   

                            ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak akan bergantung kepada seorang pemain sahaja untuk meledak jaringan.
       
        Itu pendekatan yang akan digunakan pengendali ATM, B Sathianathan bagi melonjakkan skuadnya itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
       
        “Musim ini, saya tidak akan bergantung kepada pemain import sahaja. Saya akan cuba beberapa pendekatan selepas terlalu bergantung kepada seorang pemain (Marlon Alex James) musim lalu.
       
        “Ini kerana bila bergantung kepada seorang pemain ia akan beri masalah kepada pasukan apabila pemain itu cedera. Jadi saya tidak mahu kesilapan itu berulang.
       
        “Oleh itu, tiada istilah pemain utama kerana saya yakin 25 pemain yang ada mampu meledak gol,” katanya pada majlis memperkenalkan barisan baharu pemain ATM di Stadium Mini Mindef, semalam.
       
        Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
       
        Mengulas mengenai saingan musim ini, bekas pengendali Kelantan itu mengakui saingan sengit bakal dirasai pada musim baharu Liga Malaysia ini.
       
        Beliau yang kekal bersama The Gladiators bagi musim kelima percaya semua pasukan kini melakukan persiapan teliti sebelum bermulanya saingan liga.
       
        “Musim baharu ini dijangka lebih sengit di mana setiap pasukan kini sedang melakukan persiapan dengan teliti.
       
        “Begitu juga ATM, tapi saya percaya pemain akan berlatih lebih keras dan berharap musim yang lebih baik diharungi tahun ini,” katanya yang menganggap sasaran satu piala musim ini realistik.
                sumber:sinar harian




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.125093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list