CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8290|Reply: 30

Diintai Johan Zulkifli Mat Jan

[Copy link]
Post time 6-2-2015 12:09 PM | Show all posts |Read mode
hai. beberapa hr lepas sy menonton movie Rumah Pusaka di Simpang Jalan. movie tu psal saka bkn? watak dlm movie tu membela hantu raya yg bernama Hamzah Buyong bin Johan Zulkfli Mat Jan. so sy teringat adje satu kisah yang berkaitan dgn Johan Zulkifli ini di rumah saya.cerita ini waktu dulu2 lah.. msa sy masih di bangku skolah sebegitu.

        Dulu sy ingat msa sy di form 6 sebegitu, sy pernah disakat oleh hantu aka jin. sy perna cerita pengalaman sy di thread lain dkat MPS ni. Buat pengetahuan sume itu kali pertama sy disakat, sebelum ini sy hanya dengar aja pengalaman orang lain. Bila terkena sendiri sy jadi shock dn tak tahu hendak buat apa. Masa tu my dad jugak tgh sakit la, dia bru operate kaki so sy terdengar la dia selalu juga meracau malam2 sebab ternampak penampakan seperti harimau hitam, pelesit, pocong dn sebagainya berlegar2 di rumah.Sy pun terkena tempias seperti diekori oleh budak kecil dan dicakarin di belakang badan. sialan.
   
        Berbalik pd kisah Johan Zulkifli. Kakak sy inform bahawa kami se family kena pegi jumpa pak ustad ni, tapi sy x dijelaskan kenapa kena pergi jumpa pak ustad ni. Of course sy menolak permintaan tu namun kakak sy makin memaksa plak. Akhirnya dia bagitahu bahawa di sebuah bilik dkat rumah kami itu ada hantu raya. Encik Johan Zulkifli itu mmg dh lama menginap di bilik itu, kisahnya mngkn sebelum rumah ini dibina dia mmg tinggal di tapak ini barangkali. Sebelum ini ayah sy yang sakit meracau nampak benda2 itu berubat dgn pak ustad ini, pak ustad ini lah yang bagitahu kisah Encik Johan Zulkifli. Wah... fikir saya, x sangka ada hantu raya kat rumah ini. Namun sy masih berdegil utk pergi ikut family sy jumpa pak ustad itu, Sy pun pelik kenapa sy tak mahu. Yang saya ingat waktu tu saya fikir, benda ini x penting dan sy percaya lah yang En Johan Zulkifli tu sebenarnya x wujud pun tapi udah family sy kata mmg ada, sy diam aja. Diorang kata buktinya, En Johan Zulkifli itu pernah kencing dalam bilik tu.nanti dia akan berak pula. Sy hanya tersenyum sinis saje lah. Last2 saya tak pergi. Ayah saya pun berubat separuh jalan aje dgn pak ustad tuh.

        Lama2 kisah Johan Zulkifli lenyap ditelan zaman. Namun setelah kisahnya diketahui saya, saya cuba buat2 pandai menyiasat di bilik yang didakwa menjadi tempat habitat Encik Johan. Ya, mula2 sy seram juga masuk bilik tu, dh dimomok dgn kisah En Johan Zulkifli kencing. Risau juga kalau sy terpijak najisnya. Udah la bilik itu redup, nyaman sejuk. Namun xda apa2 yang berlaku lah bila sy masuk tu. Semuanya diam je. Encik Johan pun takada. Namun sy terfikir juga. Lepas baca2 kisah forummer2 lain di MPS, simptom2 yg kita pernah diintai Johan Zulkifli ini ialah sering ditindih bukan? Maka otak sy pun refresh la beberapa benda, sy selalu ditindih. Tak kisah la tidur di bilik mana. Tapi anehnya, sekarang ini, sy akan ditindih kalau sy tidur waktu siang. Kalau malam elok2 aja. Tapi dalam elok pun sy selalu mimpi x bagus. Nanti sy akan ceritakan mimpi sy, sbb ia berkait dgn kwn sy yg mengalami sakit mistik.

             Ya berbalik pd kisah ditindih, sy pun slalu terfikir adakah Johan Zulkifli ini wujud sebenarnya? kerana konsepnya, kalau sy di rumah sewa di tempat sy belajar, xda kisah sy ditindih pun. Hanya di rumah saya ini aja. Dah la waktu siang berlaku. Kadang2 waktu ditindih tu sy dapat rasa bahawa satu sexual intercourse akan berlaku. Brdasarkan pengalaman sy membaca kisah2 di MPS ini, itu juga simptom kehadiran En JOhan Zulkifli bukan? Saya tak adalah serabut sangat memikirkan hal ini. Hidup sy normal biasa2 adja, cuma nak berkongsi la kisah2 mistik sy di MPS.  
Malas dh nak taip lg, sy nk rehatkan jari dulu kemudian akan cerita lg beberapa kisah mistik biasa2 aja, terutamanya sejak sy masuk belajar di U. Macam2 kisah mistik dn perangai manusia sy dpt simpulkan.


#bosanbtul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 12:14 PM | Show all posts
dari segi gaya penulisan teringat seorang porumer itu... adakah beliyaw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 12:30 PM | Show all posts
Sekarang nak cerita kisah mimpi sy pula.

Dulu masa umo 18-19 tahun sy slalu mimpi tenggelam dalam air. Tapi tak tenggelam sepenuhnya. Hanya separuh badan aja. Setiap kali mimpi tenggelam itu, sy berjaya menyelamatkan diri tapi lepas tu status unknown. Selalunya sy akan tenggelam dengan kereta atau sy terjun sendiri. Ya sebegitu lah... jadi beberapa lama selepas mimpi tu, akhirnya sy betul2 disakat.

Sy dh bagitahu yang waktu itu ayah saya juga sakit, dia baru operate kaki dn sering kali nampak benda2 yang pelik. Mungkin tempiasnya kena dekat saya. Satu malam tu, lepas surfin internet, saya bersedia nak masuk tidur. So bila masuk bilik, (bilik sy sebelah dengan bilik Johan Zulkifli) sy bau wangi mcm bau air pandan. Saya check punya check, masalahnya di atas katil. Setompok basah, namun wangi mcm pandan dkat tempat basah tu. Sy x fikir apa2. Sy ingat ini kerja mak saya yang tertumpah air pandan whatever. saya fikir nak tdo aja. So bila sy rebahkan badan di atas katil, tiba2 pedih pula belakang saya.

Mula2 sy ignore aje, lama2 makin pedih. Macam luka ditabur garam. Saya bangun la. Bila bangun tu tak tahu kenapa bulu roma meremang2 gemalai. Dalam hati sy ini x bole jadi ni. Sy rse sy dh disakat. So sy keluar la dr bilik tu dn tdo di bilik satu lg. Bilik ini paling hujung (bkn blik Johan Zulkifli), tapi msa sy nk berjalan ke bilik lain tu, terasa bau wangi pandan td mengekor2 sy pula. Hihiii. Sy buat bodo je. belakang sakit kan, sialan. Masuk bilik lain tu, sy check belakang sy di cermin. X nampak kesan cakaran pla tp sy nampak merah2. Double sialan.

Sy dh takut sebenarnya , so sy masuk bilik mak sy dn repot hal itu pd dia. Mula2 dia teragak2 namun dia terus pegi ke bilik crime scene tu, dia check cadar dn sy igt dia ambik cadar tu dn letak di tepi. Saya pula todur di bilik mak saya. Sempat check lg belakang sy, hooo kali ini sy nampak kesan cakaran tu. Bangsat.

Esk paginya, sy ke sekolah. Sy cerita hal ini ke kawan baik saya. dalam dok becerita tu, hati sy x sedap. Gelabh semacam. lantas kawan sy bertinda menjadi ustazah jadian. dia baca ayat kursi dn gosok belakang sy, tetiba kwn sy menjerit kecil. Dia kata rse macam kena karen bila gosok belakang sy. ooo sy gelabah lah. Adakah sy bakal dirasuk sebegitu?? so sy pun berkocoh2 pegi bilik guru panggil ustazah saya. saya cerita semua benda dan sy dibawa ke satu bilik di sekolah. Ada 2 guru yang punyai kepakaran mistik tolong tengok2 kan saya. Sorang guru ni bagi tahu saya, dia dah lama nampak ada benda mengekori saya, namun dia x pasti benda apa. dia kata lagi, dia x bleh duduk dkat dengan saya kerana suhu yang terlampau panas. Katanya benda itu selalu ikut sy walau ke mana aja sy pergi. Guru sorang lagi tgh baca2 ayat dn ubatin saya.

Maka, sy diberitahu oleh seorang kakak berbangsa siam yng bekerja di sekolah itu. Ada budak kecil yang mengekori saya sebenarnya. entah lah, yang pasti bukan anak saya. msa sy dengar tu, rse seram pun tidak, gelabah pn tidak. tapi lebih kpd nak test kebolehan akak itu aje
esoknya sy test lg akak itu, sy tanya 'akak nampak lagi ke?' akak tu reply, 'dia dh lari. balik tgu awak dkat rumah pula.' sy pn, oooo jelah. Balik dr sekolah, i took a nap. Untuk makluman, semenjak sy punyai isu dgn bilik sy tu, sy dh fobia nk tdo di bilik tu. sebulan sy tdo dgn mak sy bru lah sy berani tdo sorang, itu pn di bilik lain. OK, so when i took a nap, sy tersedar la. sebab sy rse ditindih dan sy dgr bunyi suara bdak ketawa mengekek2. Mata sy dh terbukak dh sy nampak satu tangan kecik, mcm tgn budak tp warna hitam melambai2 saya. sy mcm what the heck ni? lama juga lah berlaku dlm 2-3 minit. suara budak tu makin jelas. aduiii.. mujr sy berjaya menggerakkan badan sy sebelum sy nmpk full body budak tu. sialan. Tapi mmg menjadi igauan sy la....

sy ada bgtahu family namun entah kenapa isu itu tenggelam saja. semenjak itu, budak itu dh takda. mungkin dia bersembunyi. yang penting sy ala2 udah bertaubat la lps kena sakat. mungkin bila sy dh bertaubat benda2 yng menyakat itu lari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 12:32 PM | Show all posts
whadda replied at 6-2-2015 12:14 PM
dari segi gaya penulisan teringat seorang porumer itu... adakah beliyaw...

choyy siapa? cik es kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 12:40 PM | Show all posts

hehe terus tembak cik es....
apekahhh benar
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 12:45 PM | Show all posts
whadda replied at 6-2-2015 10:14 AM
dari segi gaya penulisan teringat seorang porumer itu... adakah beliyaw...

ko igt lg cara cik es menulis ye...
lejen btl

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2015 01:24 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 6-2-2015 12:45 PM
ko igt lg cara cik es menulis ye...
lejen btl

bukan...
macam changa... bolehhh...

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 01:25 PM | Show all posts

haaa... ko cik es ehh..

aku teka orang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2015 01:52 PM | Show all posts
scary..TT gugurl kan... baik gi bwk2 berubat ye...

I pollow benang cik es tu..mmg syok baca walau mcm citer industan dah kekdahnya,. layan jerlah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 02:19 PM | Show all posts
tok pehe eh ambo gapo dio cerito
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 02:32 PM | Show all posts
Ya… jadi semenjak kisah encik Johan Zulkifli dan kisah benda2 yang mengekor sy seperti di claim oleh guru saya tu berkubur, sy ingat sy xkan lagi mengalami pengalaman mistik. Tapi sialan…
Saya diterima masuk ke U akhirnya setelah hampir 2 tahun blajar di form 6. Sebelum sy dpt tawaran itu, sy mimpi lagi psal mahu tenggelam ke dalam sungai. Kali ini naik teksi lagi. Pakcik teksi tu nk bawa saya balik rumah konon, tiba2 teksi itu melencong masuk dalam sungai. Hish. Terus sy gelabah dalam teksi tu, tapi sebelum teksi tu masuk saya terlebih dahulu bukak pintu teksi dan berlari keluar. Sy fikir, ooo ni mimpi lain. Selalunya sy akan tenggelam sama2 lepas tu baru lah saya cuba meloloskan diri. Kali ini belum apa2 sy berjaya bukak pintu lari dulu dn perati teksi tu tenggelam. Bangga saya dgn pencapaian sy dalam mimpi itu. Itu lah kali terakhir shingga ke hari ini sy mimpi tenggelam. Lepas tu takda dah. Bahagia alam mimpi sy.


Jadi sy pun masuk la belajar mcm org gila di U itu. Sy punyai roommate. Kami ada x rapat juga walaupun belajar bnda sama. Selalunya kalau sama kursus pasti la rapat, tambahan pula roommate lagilah bukan? Tapi nggak, sy lagi rapat dgn housemate lain dn begitu juga dengan dia. Tapi terlebih dahulu sy nggak mahu la judge roommate sy bukan2, sy bukan jenis suka judge2 melainkan sy fikir secara mendalam dn secara serius. Melihatkan ketidak rapatan kami tu buat sy terfikir, apakah salah aku ya? Kdang2 dia ok, kdg2 dia tak dengan saya. Of coz la sy perasan dia x ok, walaupun nak cover. Come on la. Bahkan selalunya sy lah orang yang akan memulakan conversation dengan dia, kalau tidak dia diam sahaja dlm bilik. Layan laptop dia, layan lagu, kdg2 berborak dgn pakwenya. Tapi dgn housemates lain dia ok saja. Dgn sy dia mcm nk xnak melayan, oh pelik… tp sy jenis malas nak layan la. Kalau kau tak mahu bercakap persetan kan saja.
So satu hari sy dpt tahu roommate sy ni rupanya ada sakit mistikus. Sy nggak ingat la sy tahu mcm mana, dr mulut dia sendirri atau dr mulut housemates. Tapi flashback sy ni nampak mcm sy tgh duduk dgn dia dn dia bgtahu sy dia ada sakit. sy pn dgr je lah. Dlm hati sy fikir, ‘ooo.. patutlah dia x mesra dgn aku. Sakit rupanya. Org kata kalau sakit sama sakit mmg x ngam, bukan?’ dia cerita la mungkin dtg dr keturunan dia, dia cerita lagi ‘kalau aku marah pasti aku jd x igt, bila dh sedar aku akan menangis2.’ Dlm hati sy oooo kan je lah. Kdg2 sy angguk2 ckp ‘btul..btul..’  dia cerita lagi, ‘aku boleh thu apa yg org fikir atau mengata psal aku.’ Dlm hati sy kata, ‘alamakk… pasti dia dh byk kali tahu yg aku mengata dia dlm hati…huhu..’


Ya mmg sy banyak mengata roommate sy tu. Sapa suruh x mesra alam sgt dgn saya? Asyik saya jah yg start conversation bagai cuba nk ambik hati dia. Sialan. So kiranya dia udah tahu la sy mengata dia dlm hati, tu yg kdg2 dia x layan saya. Haha. So dipendekkan cerita, roommate sy ini pun berubat dgn seorang kwn kami yg katanya boleh melihat2 org yg ada sakit mistikus. Roommate sy pun mmg berusaha utk pulih kan, sy selalu lihat dia mengaji bagai utk pulihkan diri dia. Baguslah, namun attitude dia pada sy pulak makin kurang. Pelik sungguh sy dgn dia ni. Akhirnya kami bergaduh bergocoh setelah lama memendam perasaan.dia bagitahu pd sy, dia x puas hati sy selalu tarik muka masam dkat dia. Sy pun terkejut. Dia ni bodoh ke buta? Bila masa sy menarik muka dgn dia? Itu sy kata dlm hati la. Di luar sy diam aja dengar bebelan dia. Seingat sy, sy nggak pernah la tarik muka masam dgn dia. Dia yg tarik muka dgn sy adalah. Kalau sy tarik muka pun, sbb nk balas balik perbuatan dia. Hahah. Sy pn apa lagi, hencap lah roommate sy ni. Tp akhirnya kami bermaafan, namun begitu hubungan kami ttp dingin lepas itu. Namun sy syukur, walaupun roommate sy ini katanya sakit mistik, tak pernah lagi dia kesurupan kerasukan, hanya kami x bleh ngam aja. Sy pun tak pasti x boleh ngam sbb dia sakit kah atau sbb attitude kami yg x memberansangkan ini? Sy yakin ini masalah attitude dn lack of communication ja sbb sepanjang sy menghinap bilik itu dengan beliau, x pernah kena kejadian pelik2 lagi.


        Kecuali ada satu msa laptop sy itu hilang. Sy gelabah dh ingat kan kena curi, mmg sy dh siap sedia nk bergocoh dh msa tu dgn housemates dok tanya mana laptop sy. Laptop itu sy letak di meja depan dkat ruang tamu, bersama2 itu ada notebook seorang housemate sy yg turut sama hilang.so mmg kecoh la sbb time tu heboh dgn kes org pukau pecah masuk rumah utk curi kan? Namun housemate sy menyakinkan sy utk cari betul2 di dlm rumah itu. Sy cari tp still x jumpa. Sy check pintu, xda tanda dipecah masuk namun pintu itu terbuka sedikit sedangkan ia sepatutnya dikunci. Sy mmg yakin yg laptop sy dh dicuri namun second round sy check balik di bilik sy, nahhh.. sy jumpa laptop dgn notebook housemate sy di bawah bantal dkat katil sy.
Dlm hati sy fikir, ‘apa benda ni? Apa benda yang nak main2 ni?’ sy menjerit kesurupan. (takda lah.. haha sy hanya menjerit kata dh jumpa!!) housemates sy yg lain sume shaking. Sy soal betul ke mereka x prank letak laptop ni dkat bwh bantal sy msa sy xda? Sekor pun x mengaku, siap bersumpah. Lantas seorang housemate sy bersuara tenang, ‘adalah tu benda nk mengingatkan ko jgn letak merata2 barang berharga..’ terus sy terdiam sis.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 02:38 PM | Show all posts
@whadda @fifie_olin teka cik es saja, bukan dia legend di sini?
hi @anno_miss x perlu berubat, hidup sy tenang lagi setakat ini
@itik_kuning sy sendiri pun x fhm apatah lg org lain

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
erk igtkan kak changa td
cek semula tgk tt org lain rupanya
huhuhu

apapun suka tagline pilem Rumah pusaka tu
Keluarga Saka keluarga Bahagia..best ke cite dia tt? kt astro first ade nih rasa cam nk beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 08:50 PM | Show all posts
Suchi replied at 6-2-2015 06:25 PM
erk igtkan kak changa td
cek semula tgk tt org lain rupanya
huhuhu

bukan lah. gaya mcm si changa tu kah? ni lah akibatnya kalau bergelumang membaca komen changa famri vokuro di bod CI
x pyh la beli crita tu di astro first, rugi rm15. bosan jah. baik akak beli movie tamil aja
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bau mcm hakak @CiliPadiSedap adja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pun kamu tt....sila sambung crite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 04:15 PM | Show all posts
" Encik Johan Zulkifli itu mmg dh lama menginap di bilik itu, kisahnya mngkn sebelum rumah ini dibina dia mmg tinggal di tapak ini barangkali." eh johan neh sapa? manusia ke? penyewa ke? atau nama lain nak bahasakan hantu raya? aku penig2 lalat sket x paham

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 05:27 PM | Show all posts
ayong7777 replied at 13-2-2015 04:15 PM
" Encik Johan Zulkifli itu mmg dh lama menginap di bilik itu, kisahnya mngkn sebelum rumah ini dibin ...

en johan tu nama glemer utk benda itu....hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 05:48 PM | Show all posts
whadda replied at 6-2-2015 01:24 PM
bukan...
macam changa... bolehhh...

Yes...ai pun baru nak kata changa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062898 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list