CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6520|Reply: 67

[Tempatan] Ugut bunuh Ismail sabri di cari.

[Copy link]
Post time 7-2-2015 10:43 AM | Show all posts |Read mode


Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengesan individu yang mengugut mahu membunuh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 506, 507 dan 508 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menahan individu yang bertanggungjawab melakukan ugutanitu.

Khalid ditemui pemberita selepas melancarkan koleksi mainan kenderaanPolis Diraja Malaysia (PDRM) hasil rekaan eksklusif Dai Sheng Sdn.Bhd. yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada lima rumah kebajikan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat pengeluar koleksi mainan terbesar negara.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, Ismail Sabri akan tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan beliau menggesa pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga dalam media sosial Facebook baru-baru ini.

"Dia (Ismail Sabri) akan datang memberi keterangan pada Isnin ini (9 Februari 2015). tempat dan masa akan ditentukan Ketua Polis Kuala Lumpur nanti," katanya tanpa mengulas lanjut.

Dalam perkembangan lain berhubung hari keputusan kes liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata beliau polis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan keputusan rayuan kes liwat kedua Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

"Kita harap tiada sebarang insiden berlaku kerana saya percaya rakyat sudah matang dan boleh menerima apa jua keputusannya nanti dengan sabra," katanya.

-- Malaysia Gazette.


http://malaysiagazette.com/ms/nasion...bri-dicari-kpn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 10:47 AM | Show all posts
macam porum ja...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:51 AM | Show all posts
aiyoo..tak tahu!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Uihsss. Hati2 korangg
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:33 AM | Show all posts
laaa, mcm ni pon boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
la... isu kecik2 macam ni orang meroyan pak polisi kita nak habiskan masa layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2015 11:49 AM | Show all posts
Insaf lah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-2-2015 10:47 AM
macam porum ja...

Dorang keyboard warrior jer. Depan komputer tunjuk telur belakang komputer kecut telur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp je lebih... Terer sgt buat la betul2
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:22 PM | Show all posts
Mentang-mentang taip pakai tulisan simbol ingat orang lain tak faham

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Uiks tukar dah?
Dr nk tahan dia sbb menghasut jd tolong dia sbb org ugut...

Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:23 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-2-2015 12:04 PM
Dorang keyboard warrior jer. Depan komputer tunjuk telur belakang komputer kecut telur.

translation tu tepat tak?

kekdg ayat biasa2 dalam bahasa lain boleh bunyi jahat bila translate and vice versa....



Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:26 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-2-2015 12:23 PM
translation tu tepat tak?

kekdg ayat biasa2 dalam bahasa lain boleh bunyi jahat bila translate  ...

kalu tak tepat...polis tak ambik port la dol...

lu ingat polis malaysia tarak sekolah cam lu ke..??


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:26 PM | Show all posts
ingat cari forum
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-2-2015 12:23 PM
translation tu tepat tak?

kekdg ayat biasa2 dalam bahasa lain boleh bunyi jahat bila translate  ...

Spidey tak reti baca Cina. Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:37 PM | Show all posts
ultra78 replied at 7-2-2015 12:22 PM
Mentang-mentang taip pakai tulisan simbol ingat orang lain tak faham

zaman media sosial dan google translate

tapi aku lebih kesiankan Datuk Ustaz Kazim Elias yang diquote kata2 beliau 6 tahun lepas. Masa tu beliau mungkin baru nak up haruslah belum matang.

tapi kalau menteri yang menaip di FB pun alasan terlepas pandang kita tak boleh terimalah....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 12:56 PM | Show all posts
apek ingat orang x boleh pakai gogel translate ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:58 PM | Show all posts
cincang dia tipis tipis..ko ingat ismail sabri tu apa..cincau
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahah cash lah.Mulut celaka dibalas dgn mulut celaka jua..semoga pak mail selamat sejahtera hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 01:07 PM | Show all posts
berita 2 in 1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.294272 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list