CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Diskusi : INDEKS SYARIAH MALAYSIA - Keterlibatan, Cabaran dan Harapan

  [Copy link]
 Author| Post time 13-2-2015 03:52 AM | Show all posts
baulu replied at 11-2-2015 08:01 AM
Tak boleh kot nak benchmark against piagam madinah. Malaysia takkan jadi seperti negara islam madi ...

That's  kekasih Allah nyer style pentadbiran you, the barakah is there ...bezalaaa kot and you factor in suku kaum  dan era Islam masa tu.
so, sangatla sesuai piagam itu...

tapi piagam itu mejamin maqasid ini...dan of course piagam tu lebih tinggi strata sebab macam perlembagaan pertama bertulis...ni indeks

i mean in a way did u see this as a tool / indekslah untuk ukoq sejauh mana sesuatu itu being really syriahly- compliwth with ...may be ada ruang untuk penambah baikan...sebab as one forumner said bercampur aduk ...so in a way this approach juga bagus...



but I agree kalau depa pick and choose dalam 5 aspek maqasid tu  yg relevan pada bidang depa...

just i tertarik dan masih kurang jelas on the indeks...the criteria seeting ups to measure those  maqasid tu...

dari satu aspek lain ini kalau kita tengok dari intipati ucapan Najib, the ingrained message is to embed the  fact that islam tu bukan hanya pada label tapi pada isi..bukan pada bentuk tapi pada kandungan...dan ini juga berguna apabila kita tengok pejuang hak asasi manusia a la liberal secular dok  tenyeh itu ini ...so in a way indeks syraih ni macam boleh digunakan untuk ukur olisi akan sesuatu program , undang undang sejauh mana ia mendatangkan kebaikan rahmat dalam 5 maqasid itu , i dapat lihat ia relevan dalam legislation...

in future needs may be ....

sama ada nak merealisasikannya tu  wow hugeeeeeeeeeee tasks

i dunno la but i curious tengok bentuk macam mana ....exprapolate  5 aspek maqasid tu with 8 bidang utama tu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2015 03:54 AM | Show all posts
baulu replied at 11-2-2015 08:01 AM
Tak boleh kot nak benchmark against piagam madinah. Malaysia takkan jadi seperti negara islam madi ...

tapi interesting sungguh piagam madinah ni dalam menjamin keadilan sosial...

so siapa kata islam itu menindas, kan?

lelebih lagi fitnah rasulullah saw.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 03:59 AM | Show all posts
leahsphinx replied at 11-2-2015 01:19 PM
Rasanya perkara ni dah lama develop and applied dalam hampir semua aspek pembangunan Islam kt Malays ...

kenapa baru nak highlight?

in the light of recent development and threats made against islam by the muslim with 'distirted version of islam' , the thinkings posed by certain groups ...etc etc


dan juga may be dalam suasana antarabangsa esepcially bila timbul isu hak asasi manusia seolah oleh dunia terkutub pada nilai yg ditentukan oleh pihak yg tak ada sistem nilai jelas - hasil dari kesan sejarah yg mereka hadapi berkaitan dengan sistem nilai itu sendiri.

so in a way - indeks ini juga yg mengambil kira penyempurnaan maqasid syariah dari aspek nyawa, akal , keturunan, agama dan harta dapat tunjukkan pada pihak itu yg Islam actually lagi mementingkan kesejahteraan manusia dan ia menyeluruh.

why now...wallhua'lam

i dunno yg tahu Allah dan yg bercakap tu lah kot Najib...

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-2-2015 08:27 AM
mbhcsf replied at 13-2-2015 03:59 AM
kenapa baru nak highlight?

in the light of recent development and threats made against islam by ...


Balik pada sejarah. Jika dulu kita xdijajah bangsa2 asing, campurtangan British misalnya, pembaharuan pendidikan, pentadbiran etcetc dengan sistem n dasar2 british dll kemungkinan dari awal perkara ni mampu dikembangkan dengan baik, biarpun ada satu dua yg masih boleh diterima membawa kebaikan dan sumbangan kepada negara misalnya kemodenan infrastruktur.

Minda generasi kita sudah sebati dijajah dengan sistem pentadbiran bukan Islam,  apa yg kita nak jangkakan akan berlaku walupun selepas berpuluh tahun mencapai kemerdekaan?

Ini tanggungjawab besar penasihat agama Islam kpd pm negara untuk mengkaji dan merombak di atas bidangkuasa peguam negara dan seperti kita maklum kuasa penuh dipegang oleh dewan rakyat untuk menggubal semula dan memperbaharui rang undang2,
Apakah isu ini tidak pernah diketengahkan dari dulu lagi atau dewan negara yg tidak bisa meluluskan?

Atau apakah negara kita yg kini kononnya bangga mengamal sistem demokrasi yg berbayang2 motifnya, konon bebas bersuara, yang hanya manis kata2, ironinya cuma hanya tggl nama, serta masih mengamalkan feudalisme yg berajakan pm? Anda kupas isu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
leahsphinx replied at 13-2-2015 08:08 AM
Balik pada sejarah. Jika dulu kita xdijajah bangsa2 asing, campurtangan British misalnya, pembahar ...

Kita boleh bercakap apa apa pun bermula dgn jika.

Persoalannya bukan why now? Tapi pada saya lebih kpd bagaimana.tak siapa pun dakwa ni perfect.

Anda bercakap pasal kebebasan bersuara , tapi...kesan kebebasan yg tidak disulami sistem nilai pun teruk juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
leahsphinx replied at 13-2-2015 08:08 AM
Balik pada sejarah. Jika dulu kita xdijajah bangsa2 asing, campurtangan British misalnya, pembah ...

http://www.standard.co.uk/news/education/tristram-hunt-failure-of-swedens-free-schools-model-is-a-lesson-for-uk-9235485.htmlThis is not a blaming game. Kita bincang pasal satu instrumen yg mengkur sejauh mana sesuatu polisi atau program itu patuh syariah.

Dari aspek 5 maqasid itu.


Sebab tu indeks tu jadi penunjuk aras.

Kalau berbicara pasal napa sekarang dulu dah biasa dgn sistem lama ...well dunia berubah dan ada pelbagai cabaran so, kena fikir kaedah mana yg sesuai untuk menanggapi cabaran.



Dengan ideologi politik ,rencam sosiopolitik , may be u boleh terangkan perkaitan frasa feudal, kebebasan bersuara , undang undang dgn indeks syariah malaysia.

Sebab i guess these are two separate , entirely different issues. Yg kita bicarakan ialah kewujudan satu indeks...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya indeks ni ada elemen political push.

Pada masa yg sama mungkin PM nak dpt nama la dr aspek perkembangan Islam. All other PMs ada trademark projek islam depa.

Apa yg sy nampak, ni macam ISO, halal certification etc. Akan jadi ikutan negara OIC. Mcm yg Noraddin share, nampak mcm ada certain aspects je boleh pursue. Hudud for example, will face major blockade.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kita jangka akan berlaku?
Signifikannya satu indeks ukuran sesuatu keberhasilan yg berasaskan sistem nilai islam, yg menjamin kesejahteraan makhluk...sebab islam datang dgn segala rahmat.

Dan ia mencakupi aspek yg fundamental bagi seseorang insan itu, akal, nyawa, agama, harta dan keturunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 13-2-2015 08:43 AM
Rasanya indeks ni ada elemen political push.

Pada masa yg sama mungkin PM nak dpt nama la dr aspe ...

I pun rasa macam iso but with islamic approach. But i am dead curious on how they would measure 5 aspek tu...mcm depa sukat tu...ia bermula dgn political intention ke mileage may be...wallahua'lam..tapi kesan impak...may be akan ada penambahbaikan atau negara lain akan adopt if it is of f relevance


Sebab tujuannya untuk measure dan feedback
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan apa yg Noraddin share, djangka

1. Yg berkaitan hudud dan qisas akn jadi a set of indexes yg sentiasa berdepan dgn result Bad/very weak.

2. Yg dlm bidang kuasa Majlis agama negeri dan Mahkamah syariah mungkin ada turun naik.
3. Konsep2 islam dlm bidang spt insurance, financial takde hal. There are other options to non muslim. Sama juga konsep2 yg dishare secara sejagat, selagi takde brand islam, bolehlah diterima pakai di Msia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 13-2-2015 08:40 AM
http://www.standard.co.uk/news/education/tristram-hunt-failure-of-swedens-free-schools-model-is-a- ...

Kaitannya terkait pada satu perkara saja. Iaitu KUASA,
Semua boleh ubah. Masa dan KUASA saja penentu.
Halangan:  1.Kepentingan individu
                    2. Kepentingan individu
                    3. Kepentingan individu

Sebutlah apa sahaja terms, bangkitkan apa saja persoalan, pucuk pangkalnya, atas individu yg berKUASA

Idea bernas?(perlembagaan madinah) Checked.
Dah ambil? Checked
Nak praktik? In progress...Not checked

Alasan? 1.Hmm...kita kene kaji kesesuaian......bla3....
                2. Masyarakat majmuk bla3.....
                3. Pokpekpokpek....zz.zz.pokpekpokpek

Semoga dipermudahkan, disegerakan perlembagaan rangkaan Nabi Muhammad di Malaysia ini..Amiin.

                 
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually fakta masyarakat majmuk tu penting. Sebab tu kura lihat sahabat2 Rasulullah yg menjadi gabenor di wilayah lain x dpt laksana hudud.

Mungkin ada miscommunication. Ramai tidak mengetahui hudud dan hukum2 Allah yg lain terlaksana 100% di Madinah dlm situasi sudah tiada kafir harbi di Madinah. Yg tinggal hanya kafir dzimmi yg sekadar dtg berniaga dan menyewa harta dan tanah org islam.

This criteria telah ditentukan Allah. Apabila kita tak follow criteria Allah dan sunnah Rasulullah tu yg hudud dpt nama buruk. Semua nak ikut akal... ada ustaz tanya, ni hudud Allah atau hudud syahwat.
Interesting, kalau baca apa kata sahabat2 Rasulullah bila depa x dpt laksana hudud di daerah merk spt Mesir etc. Fatwa 3 imam mazhab tiada hudud hingga kiamat. Fatwa imam syafie, laksanakan di wilayah islam (seoerti Acheh dan wilayah kecil di Sudan yg ada warlord depa sdr). Mufti Ishak Baharom pun kata implement la satu jenis jenayah plg kronik kat Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Contohlah...... dah ada undang2 hudud. Kecurian berlaku kat Guardian Pharmacy kat Aeon.

Hakim tanya, GP sapa punya, AEON sapa punya? Semuanya nama non muslim. Tak  boleh execute hudud.

Saksi zina cukup syarat, sekali hotel tu owned by YTL,  tak boleh jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 13-2-2015 03:08 PM

Sama jugak hakim. Satu hal lah, pasal hakim pompuan. Tetiba hakim pun free hair. Tak pun hakim tu tgh happy giler sebab bini dia pregnant, tak boleh buat keputusan.

Ready ke saksi2 nak jadi saksi. Klu dah berlaku pertuduhan, sorang berubah hati, semua saksi kena rotan tak pasal2.

Tu belum bab nak dpt support di parlimen. Nak lulus undang2 hudud tapi kaedah tak islamik tak ikut Rasulullah. Apa kata org putih, the end doesn't justify the means?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 13-2-2015 03:06 PM

Mungkin tu pasal kelantan nak royalty minyak supaya boleh buy back lands and properties dari non muslims.

Spy boleh isytihar negeri Islam, fully owned by muslim mcm tanah2 kat Brunei yg tak boleh dimiliki org kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 11:35 AM | Show all posts
baulu replied at 13-2-2015 08:43 AM
Rasanya indeks ni ada elemen political push.

Pada masa yg sama mungkin PM nak dpt nama la dr aspe ...

Tak baik u tuduh PM nak dpt nama...  Dlm Islam tak boleh berprasangka buruk..
Baik u tingkatkan aje amalan u..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2015 11:37 AM | Show all posts
baulu replied at 13-2-2015 02:58 PM
Sama jugak hakim. Satu hal lah, pasal hakim pompuan. Tetiba hakim pun free hair. Tak pun hakim tu tg ...

Berprasangka pada hakim lak.. Soooo funny..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:57 PM | Show all posts
salam

urutan  susunan aturan acuan ..
Maqasid ini sudah teratur dan tersusun ..
maka ketertiban itu yang mana
yang dulu .. d'dulukan ..
yang kemudian .. d'kemudiankan

kayu ukur ini untuk memartabatkan syiar dan syariat islam ..
sebagaimana untuk mencapai islam yang wasatiyah ..
check and balances kertas kerja itu perlu untuk d'analisa ..
yang mana lemah d'perketatkan ..
yang mana sempurna d'perhaluskan ..
1. حفظ الدين HIFZUD DIN .. MEMELIHARA UGAMA
2. حفظ النفس HIFZUN NAFS .. MEMELIHARA JIWA/NYAWA
3. حفظ العقل HIFZUL `AQL .. MEMELIHARA AKAL
4. حفظ النسب HIFZUN NASAB .. MEMELIHARA KETURUNAN
5. حفظ المال HIFZUL MAL .. MEMELIHARA HARTA
bagi pandang saya yang daifa ..
walaupun maqasid ini sudah teratur dan tersusun ..
d'dalam mengaplikasikan hendaklah mengikut urutan bawah keatas ..
bukan atas kebawah ..
ini memerlukan dedikasi yang sungguh²
dengan mengunakan cara approach ..
  • hati yang luhur
  • lisan sebagai penyambung kata
  • perbuatan yang jujur dan ikhlas

wassalam





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 06:39 PM | Show all posts
Laporan pertama indeks dijangka keluar dalam tempoh setahun
11 Februari 2015 1:44 AM


PUTRAJAYA 10 Feb. – Laporan pertama Indeks Syariah Malaysia yang akan dilaksanakan di semua kementerian dan agensi pelaksananya dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh kurang setahun.

Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengukur semua kementerian terbabit berdasarkan lapan bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.

Untuk setiap bidang itu kemudiannya akan dilihat pada penyempurnaan lima aspek dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.

“Indeks Syariah ini akan diukur di setiap kementerian, agensi pelaksana dan masyarakat setiap tahun iaitu kementerian diukur berdasarkan fakta, agensi pelaksana diukur berdasarkan penggubalan polisi serta dasar manakala masyarakat diukur berdasarkan persepsi.

“Jadi, setiap tahun setiap kementerian perlu tunjukkan pergerakan positif contohnya jika tahun ini memperoleh markah sebanyak 60 untuk tahun depan perlu ditingkatkan kepada 70 dan seterusnya, ini bagi menunjukkan kesungguhan serta keseriusan Malaysia dalam memartabatkan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perdana Ulama Umara Bersama Perdana Menteri 2015 dan Pelancaran Indeks Syariah Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan pelantikan sebanyak sembilan ahli panel bagi menganggotai Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia termasuk Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Anggota lain, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin (Pengerusi); Datuk Aidit Ghazali (Timbalan Pengerusi II); Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha (Naib Pengerusi I) dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah (Naib Pengerusi II).

Selain itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Md. Salleh (Panel Pakar dan Polisi); Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Dr. Abd Samad Musa (Panel Pakar Syariah), Pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Mohammad Said Zainol (Panel Pakar Indeks) dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Panel Pakar Ekonomi Islam).

Menurut Zaleha, semua jawatankuasa yang baharu dilantik itu juga akan bermesyuarat secepat mungkin bagi menyelesaikan isu teknikal serta penggunaan keputusan serta metodologi yang betul bagi mengukur Indeks Syariah.

Sementara itu, Othman berkata, pelaksanaan indeks tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam tetapi juga meliputi bukan Islam.

“Inisiatif yang kita sedang buat ini akan fokus pada program yang sudah ada nama Islam dan program yang tidak menggunakan nama Islam tetapi mempunyai nilai murni. Ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan mengikut lima perkara dalam Maqasid Syariah.

“Selain itu, program yang dibuat itu juga akan memberi manfaat kepada bukan Islam contohnya kepada keluarga yang mana kita mahukan sebuah keluarga harmoni, tidak berpecah dan tiada penyakit sosial seperti dadah, jadi ini merupakan satu program yang bukan sahaja untuk masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/laporan-pertama-indeks-dijangka-keluar-dalam-tempoh-setahun-1.58325#sthash.WfBF1OoC.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 06:43 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-2-2015 06:48 PM
ini adalah paparan artikel hasi ltulisan Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan  dengan Indeks Syariah Malaysia

menariknya  beliau menceritakan tentang

- kronologi atau gagasan najib - yg menyuarakan idea / konsep dan dimanifestasikan melalui rangka paperwork
- objektif Indeks ini dilaksanakan
- contoh contoh  ia difahamkan secara kasar  dan eleboration on maqasid syariah



Indeks Syariah ukur usaha bukan jenama                               
DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI                             
15 Februari 2015 12:09 AM        
      
              
   
INTRO   
                                       
Ramai teruja apabila Indeks Syariah Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Februari lalu. Namun tidak kurang juga yang dangkal pemikiran menanggapinya sebagai satu inisiatif seolah-olah bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada isu Anwar.

BACKGROUND/ LATAR BELAKANG
              
Hakikatnya idea awal pembangunan Indeks Syariah Malaysia ini diilhamkan sendiri oleh Najib. Idea ini mula tercetus apabila dalam satu pertemuan tertutup dengan pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada 21 Ogos 2013 di pejabat Perdana Menteri, Najib menyuarakan keperluan untuk mengukur pencapaian Malaysia dalam pelaksanaan syariat dan pengembangan syiar Islam.
Keseriusan Najib sekali lagi disuarakan dalam Majlis Perdana Ulama Umara pada 28 Ogos 2014 sehingga tertubuhnya sebuah jawatankuasa yang diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi memulakan usaha untuk membangunkan Indeks Syariah ini.

Hakikatnya sejak lebih 57 tahun merdeka telah banyak kerajaan lakukan bagi mengembangkan syiar dan syariat Islam dalam pelbagai polisi, sektor dan program. Ini seiring dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara sebagaimana termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Malah agenda memartabatkan Islam sememangnya amat sebati dengan perjuangan UMNO sebagai parti tunjang yang menerajui kerajaan. Agenda ini dizahirkan secara jelas dalam Perlembagaan UMNO Fasal 3.3 bahawa asas dan matlamat perjuangan UMNO antara lain ialah untuk “menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama”.
Sebab itulah pelbagai dasar dan program Islam telah dibangun dan dikembangkan sama ada dalam bidang perundangan, ekonomi, pendidikan, pentadbiran dan pelbagai lagi sektor pemerintahan.
Walau bagaimanapun sehingga hari ini belum ada sebarang usaha mahupun inisiatif untuk benar-benar melakukan introspeksi atau penilaian berkenaan dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memartabatkan Islam dalam segenap lapangan dan bidang.
Atas asas inilah Najib secara berani dan ikhlas mahu kerajaan di bawah kepimpinannya dinilai dan diukur khususnya sejauh mana usaha dan pencapaian kerajaan selama ini dalam melaksanakan Islam menurut neraca syariat yang sebenar.
Tidak ramai pemimpin negara Islam yang bersedia untuk dinilai berkenaan dengan pelaksanaan syariat. Apatah lagi usaha penilaian yang dijalankan oleh pihak ketiga sudah tentu akan menzahir dan menyerlahkan pelbagai kelemahan dan kelompongan yang ada dalam pemerintahan.


NAWAITU:

Namun keikhlasan Najib jelas terpancar melalui kata-kata beliau dalam majlis pelancaran Indeks Syariah Malaysia Selasa lalu, yang meletakkan dua matlamat utama inisiatif ini.
Pertama, untuk “menilai keseriusan usaha kerajaan dari tahun ke tahun dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan”. Dan yang kedua, bagaimana untuk kita mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan, agar kita dapat menerima lebih banyak manfaat, hasil dari penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam”.
Keberanian untuk dinilai, bersedia untuk memperakui kelemahan serta melakukan penambahbaikan sudah tentu akan menyerlahkan jiwa besar yang ada pada seorang pemimpin Islam. Malah nilai seperti inilah yang dituntut Islam sebagaimana hadis Nabi SAW:

“Setiap Anak Adam terdedah kepada melakukan kesilapan dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat (iaitu orang yang memperakuinya lantas melakukan koreksi atas kesilapan tersebut).

Dalam dunia akademik dan penyelidikan, instrumen atau kaedah untuk mengukur sesuatu pencapaian dipanggil indeks.
Sebelum ini memang telah banyak indeks-indeks yang dihasilkan untuk mengukur pelbagai sektor dan aspek kehidupan. Sebagai contoh Indeks Pembangunan Manusia yang mengukur pencapaian pembangunan modal insan sesebuah negara. Indeks Persepsi Rasuah yang mengukur dan menilai pencapaian sesebuah institusi mahupun negara dalam isu-isu menyentuh rasuah dan penyelewengan.

Indeks ini dibangunkan mengikut kaedah tertentu berasaskan data-data yang berkaitan dengan bidang atau aspek yang ingin diukur.
Sebab itulah apabila idea untuk mengukur pencapaian dalam melaksanakan syariah, maka tidak salah untuk mengambil kaedah atau metadologi yang sama dengan indeks-indeks yang lain.
Cuma yang berbeza sudah tentulah komponen dan piawaian syariah yang ingin diukur dan dinilai. Piawaian syariah yang dimaksudkan ini harus berpandukan kepada lima matlamat syariah yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah. Ini termasuklah pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.


Manfaat

Ini kerana setiap hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah semuanya terkait dengan kelima-lima perkara ini yang menjadi matlamat sesuatu hukum.
Sebagai contoh, asas pengharaman zina kerana Islam amat menitikberatkan pemeliharaan keturunan yang jika tidak ditangani bakal memporak-porandakan masyarakat. Begitu juga apabila Islam menuntut agar pendidikan diberi keutamaan kerana akal manusia bukan sahaja perlu dipelihara bahkan dikembangkan.
Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat atau Maqasid Syariah yang bukannya bertujuan semata-mata menghukum tetapi lebih utama meningkatkan kualiti kehidupan yang bukan sahaja khusus kepada umat Islam tetapi punya nilai sejagat yang dimanfaati semua termasuk bukan Islam.
Inilah yang dikehendaki Allah apabila menegaskan dalam al-Quran bahawa Islam sebagai agama yang memberi rahmat kepada seluruh alam.
Bersandarkan prinsip ini Indeks Syariah Malaysia dibangunkan tidak hanya memfokuskan kepada insitusi-institusi, dasar-dasar, program-program yang berjenama Islam tetapi meliputi segenap aspek kehidupan yang menepati makna dan nilai syariah sejati.


Memang hakikatnya Islam tidak pernah mengutamakan label mahupun jenama. Tetapi yang lebih mustahak adalah makna syariah sebenar yang perlu dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan perlaksanaan.




Sebagai contoh pengukuran sama ada kenderaan itu Islamik atau tidak bukan bergantung kepada penjenamaan kenderaan itu sebagai ‘kereta Islam’ tetapi yang lebih bernilai dan bermakna ialah sama ada pemanduannya berhemah, berdisiplin dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Begitu juga dalam bidang ekonomi, pengukuran yang holistik bukan sahaja dalam konteks indusri kewangan Islam semata-mata tetapi meliputi aspek kecekapan, kejujuran dan ketelusan pengurusan ekonomi dalam kerajaan serta apa jua dasar dan polisi yang mampu mengangkat taraf hidup rakyat seperti pembasmian kemiskinan dan kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan.


Ini semua perlu dilihat daripada neraca dan piawaian syariah kerana al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan sumbernya jelas memperuntukkan hal-hal sedemikian.
Ini hanyalah sebahagian contoh bagaimana Indeks Syariah ini dibangunkan oleh hampir 200 tenaga-tenaga pakar dalam 8 bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.


Sesungguhnya, pembangunan Indeks Syariah ini juga merupakan satu manifestasi kesungguhan, ketulusan dan iltizam tidak berbelah bahagi Perdana Menteri yang ikhlas ingin dinilai oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan bagi mengenal pasti kedudukan sebenar Malaysia dalam pembangunan Islam.
Justeru dengan adanya Indeks Syariah ini tentu sekali kerajaan dapat menentukan apakah lagi kelompongan-kelompongan dalam dasar-dasar dan program-program yang perlu ditambah baik bagi menuju kepada kesempurnaan.
Memanglah amat mustahil untuk kita mencapai kesempurnaan dalam melaksanakan tuntutan syariah. Namun apa yang lebih mustahak untuk kita sama-sama berusaha bagi menyempurnakannya.
Akhirnya Allah bukan menilai berasaskan natijah mahupun pencapaian kita tetapi yang lebih mustahak ialah usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan syariah secara holistik dalam segenap aspek kehidupan.

- Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.zxyBEI2T.dpuf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061272 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list