CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 0

Medan gilap permata muda

[Copy link]
Post time 11-2-2015 07:16 AM | Show all posts |Read mode


KEJOHANAN Liga Hoki Remaja MHC-Milo-MSN 2015 bukanlah satu kejohanan yang asing dalam pembangunan sukan hoki Malaysia.
       
        Kejohanan itu merupakan satu platform terbaik buat negara melahirkan pemain berbakat besar sebagai pelapis buat skuad  negara yang dikenali dengan gelaran The Speedy Tigers.
       
        Dari sinilah jugalah kebanyakan pemain yang kini beraksi dalam Liga Hoki TNB-MHL dilahirkan.
       
        Biarpun kebanyakannya masih berstatus remaja, namun bakat yang dimiliki oleh pemain ini seharusnya tidak boleh diketepikan kerana merekalah permata yang boleh digilap untuk menjadi perwira negara suatu hari nanti.
       
        Dalam edisi kali ini yang bermula 10 Januari lalu, sebanyak 30 pasukan mengesahkan penyertaan, sekali gus mencatat pertambahan penyertaan berbanding edisi lepas.
       
        Daripada jumlah itu, tujuh akan bertanding dalam Divisyen 1 manakala selebihnya dalam Divisyen 2, dengan sembilan daripadanya mengambil bahagian buat kali pertama.
       
        “Bagi edisi 2013, kita mempunyai seramai 27 pasukan yang bertanding. Jumlah penyertaan untuk kali ini adalah satu rekod,” kata Naib Presiden MHC yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, M Gobinathan.
       
        Pasukan-pasukan dalam Divisyen 1 terdiri daripada juara bertahan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolts), UniKL Young Guns, Malacca High School, Anderson-Perak SEDC, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), SSTMI Juniors dan KLHC Juniors.
       
        Sementara Kumpulan A Divisyen 2 terdiri daripada MSSSPP-USM, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Persatuan Hoki Kota Star, Nurinsafi, 1MAS Pulau Pinang, SMK Syed Hassan, 1MAS Kelantan dan Matri Perlis.
       
        Kumpulan B terdiri daripada KLHC Juniors, Anderson Juniors, MSSD Larut Matang & Selama, Felda Akademi Hoki Pahang, MSP Pahang, SMK Padang Midin, Olak-PKT dan Permatang Juniors.
       
        Kumpulan C pula terdiri daripada SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato Mohd Taha Gemencheh, Sekolah Sukan Bukit Jalil, BJSS Juniors, SMK Dato Bentara Luar Batu Pahat, SM Sains Johor dan Politeknik Johor Bahru.
       
        Gobinathan berkata, MHC menamakan Trofi Pemain Harapan dengan nama Chua Boon Huat sebagai menghargai jasa mendiang.
       
        Young Guns terus pamer kejutan
       
        DILETAKKAN sebagai pasukan bukan pilihan, kelab hoki UniKL Young Guns terus mempamerkan rentak meyakinkan dalam saingan kali ini.
       
        Mereka merupakan pesaing yang mampu menggugat juara bertahan, SSTMI-Thunderbolts yang kini menghuni tangga pertama liga dengan 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
       
        Namun, Young Guns boleh memintas kedudukan itu kerana mereka masih kekurangan satu perlawanan dan mengumpul 15 mata untuk berada di tangga kedua.
        “Pemain kami menunjukkan peningkatan dan terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam saingan awal liga.
       
        “Biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan yang mampu untuk menjuarai sebarang gelaran musim ini, jurulatih dan pemain memberikan komitmen yang tinggi untuk menafikan pandangan awal tersebut,” kata pengurus pasukan Young Guns, Mohd Faiz Isa.
       
        Menyedari tumpuan diberikan kepada SSTMI-Thunderbolts, Mohd Faiz menjelaskan ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dalam diri pemainnya.
       
        Bagaimanapun katanya, ia bukat satu tiket buat pemainnya memandang mudah aksi kali ini.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061608 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list