CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 0

ISN tiada kuasa tentu tarikh kes doping Chong Wei

[Copy link]
Post time 11-2-2015 07:18 AM | Show all posts |Read mode


INSTITUT Sukan Negara (ISN) hanya bertindak memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyediaan bukti bagi membantu kes doping pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei.
          
        Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam penangguhan tarikh pendengaran kes serta tidak mempunyai kuasa menentukan tarikh pendengaran kes tersebut.
          
        "ISN tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam penetapan tarikh, jadi macam mana kita nak melambat-lambatkan? Saya rasa pihak peguam yang menjaga hak Lee Chong Wei sedang bertungkus-lumus untuk memastikan tidak ada apa-apa yang kita tertinggal atau terlepas pandang.
          
        "Sudah tentu langkah macam ini mengambil masa dan kita berharap semua pihak yang berkenaan bersabar," katanya.
          
        Beliau ditemui pada sidang media edisi kelima Kejohanan Ragbi Premier 7s Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini hari ini.
          
        Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.
          
        Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata penyediaan bukti bagi proses pendengaran isu doping Chong Wei oleh ISN dan pihak peguam Mike Morgan akan siap selewat-lewatnya Mac ini. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058010 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list