View: 3364|Reply: 16
|
[Tempatan]
1MDB muflis jika pinjaman RM2 bilion tidak dibayar pada 18 Februari - bank
[Copy link]
|
|
Edited by ResellerMaxis at 11-2-2015 09:41 AM
1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah diberi dua kali penangguhan pembayaran balik dan bakal muflis sekiranya gagal membayar hutang RM2 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Februari, 2015.
Pemilik bank Malaysia akan menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau “event of default” (EOD) sekiranya pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal membayar hutang RM2 bilion bagi unit tenaga yang diambil pada Mei 2014, kata sumber.
Pembayaran balik pinjaman tersebut sudah ditangguhkan dua kali dengan tarikh akhir pembayaran terkini adalah pada bulan lepas dan ia sebahagian daripada RM5.5 bilion pinjaman diambil salah satu unit syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF).
Anak syarikat 1MDB Powertek Investment Holdings Sdn Bhd mengambil pinjaman pada Mei lalu untuk membiayai semula pinjaman penyambung RM6.17 bilion diambil pada 2012 untuk pembelian aset tenaga. Baki RM3.5 bilion sudah ditukarkan menjadi pinjaman dengan pelan pembayaran selama 10 tahun berakhir pada Ogos 2024.
“Keputusan sudah ditetapkan dan (tarikh akhir pembayaran) 18 Februari atau EOD akan digerakkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Maybank memberikan 58.99% daripada pinjaman RM 2 bilion itu manakala RHB memberikan 32.41%. Pemberi pinjaman lain adalah Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
Sumber lain mengesahkan surat mengenai perkara itu sudah dihantar kepada 1MDB yang sedang berunding untuk meminjam wang daripada hartawan T. Ananda Krishnan bagi membayar semula pinjaman tersebut.
Tidak diketahui sama ada hartawan itu sudah bersetuju untuk memberikan pinjaman akan tetapi pengkritik mengatakan adalah luar biasa bagi syarikat milik kerajaan berhutang kepada rakyat.
EOD adalah tindakan atau keadaan menyebabkan peminjam menuntut pembayaran penuh baki hutang lebih cepat daripada tarikh akhirnya.
Menurut laman sesawang kewangan investopedia.com, peminjam kebiasaannya akan memasukkan fasal peningkatan risiko kegagalan dalam kontrak untuk melindungi diri sendiri sekiranya peminjam tidak mampu atau tidak berniat untuk meneruskan pembayaran pinjaman pada masa akan datang.
Apabila peningkatan risiko kegagalan digerakkan, pemberi pinjaman boleh menyita apa-apa cagaran dan menjualnya untuk mendapatkan balik pinjaman.
“Keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan risiko kegagalan termasuk pinjaman yang tidak dibayar apabila tiba tempoh matang, melanggar perjanjian dan diisytiharkan bankrap.
“Fasal peningkatan risiko kegagalan boleh dimasukkan bukan sahaja untuk pinjaman atau perjanjian pajakan, tetapi juga bagi usaha sama dan perkongsian. Fasal ini membenarkan pihak tidak ingkar keluar daripada perjanjian yang gagal,” kata laman sesawang itu.
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda memberitahu akhbar Business Times Singapura hujung minggu lalu baki AS$1.103 bilion (RM3.91 bilion) dana di Pulau Cayman tidak akan dibawa pulang ke Malaysia. – 11 Februari, 2015.
http://www.themalaysianinsider.c ... 18-februari-kata-ba
Amacam ni Najib..ada effect dekat negara x nanti??
|
|
|
|
|
|
|
|
arul kanda ni keling suruhan kan? mcm anjing kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia sanggup pikul tugas ceo di waktu company tengah nazak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi minyak dah jimat 28 billion takkan takleh bayor? |
|
|
|
|
|
|
|
Duit rakyat yg mana pulak nak dirembat untuk bayar hutang..... |
|
|
|
|
|
|
|
komen ni paling ironic..teringat gomen selalu mengeluh kena tanggung subsidi banyak ketika harga minyak naik..ambik kau sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
harta pusaka najib n rosmah banyak k..xabis setakat bayar 2 3 billion ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kak Mah.....saggup tak bershopping bagai coz nak bayar hutang.... |
|
|
|
|
|
|
|
lohhhh sumber malaysiainsider.....hahaha pakar fitnah dan buat spekulasi. |
|
|
|
|
|
|
|
tak caya aku....selagi tak kluar utuseks aku kira pukal semuanyaaaaa pitenah |
|
|
|
|
|
|
|
sorry lah sebab sebarkan fitnah ke sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Scandalous betul 1MDB nih. Tutup sajelah takde pekdah makan duit rayat. Puikks. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi can sampai CNY ekkk.....tungguuu....... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf tuan2 dan puan2 sekalian.
lubang dubur seorang anak muda lebih penting sekarang nih. |
|
|
|
|
|
|
|
awak kat mana..awak kat mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|