CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 0

Kecederaan pemain hantui Kelantan

[Copy link]
Post time 12-2-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode


MASALAH kecederaan pemain menghantui The Red Warriors (TRW) menjelang aksi kedua saingan Liga Super menentang Lions XII FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Sabtu ini.
       
        Pengendali Kelantan, George Boateng berkata, selain Brendan Gan yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ligamen lutut atau ACL (anterior cruciate ligament), dia juga terpaksa menyisihkan tiga lagi pemain utama untuk pertemuan menentang skuad kendalian Fandi Ahmad itu.
       
        Menurutnya, dua tonggak pertahanan, Mohd Farisham Ismail, Mohd Noor Hazrul Mustafa serta Mohd Norfarhan Muhammad menyertai senarai pemain yang mengalami kecederaan dalam skuad pantai timur ketika ini.
       
        “Inilah bola sepak. Kita kena akui kadangkala semua pemain tidak boleh berada dalam prestasi terbaik pada sepanjang masa dan kecederaan sememangnya menjadi musuh utama kepada mereka.  
       
        “Tetapi kami tidak boleh terus meratapi ketiadaan mereka. Kami kena pandang ke depan kerana saingan liga baharu sahaja bermula dan kami tidak mahu momentum kemenangan dicacatkan dengan masalah seperti ini,” katanya.
       
        Tambahnya, tahap kecederaan yang menimpa ketiga-tiga pemain ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pembuka tirai itu bagaimanapun tidak serius dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
       
        Malah, Boateng tidak panik berdepan situasi kehilangan empat tonggak itu kerana percaya pasukannya masih memiliki ramai pemain berkualiti untuk berdepan kelab dari Singapura itu.
       
        “Kami lega kerana Ahmad Fakri (Saarani) dan Mohd Fitri (Omar) kembali bersama pasukan untuk perlawanan Sabtu ini. Kami masih ada Poknik (Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim dan Zairul Fitree (Ishak) untuk posisi pertahanan itu.
       
        “Begitu juga enjin tengah, saya tidak bimbang kerana Isaac Pupo, Amar (Rohidan) dan Mohd Rozaimi Azwar (Mat Noor) boleh bermain di situ. Malah, Ahmad Fakri mampu beraksi selaku pemain tengah bertahan jika keadaan terdesak,” katanya.
       
sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059560 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list