CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 1

'Kami berhak terima kekalahan'

[Copy link]
Post time 12-2-2015 08:58 AM | Show all posts |Read mode

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak mengakui pasukan berhak tewas pada pertembungan menentang kelab Thailand, Bangkok Glass FC, kelmarin.
       
        Pada pusingan kelayakan kedua  Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 di Stadium Thanyaburi itu, JDT kecundang 0-3 hasil jaringan Narong Jansawek dan dua gol ledakan, Lazarus Kaimbi.
       
        “Ini adalah kali pertama bagi pasukan Malaysia bermain di ACL dan kita boleh mencari banyak alasan.
       
        "Kami hilang lima pemain dan bermain di atas padang tiruan. Tetapi, perkara sebenar JDT belum cukup baik untuk bersaing di peringkat ini,” katanya menerusi portal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),
       
        Menurut Bojan,  anak didiknya memerlukan lebih banyak permainan di peringkat antarabangsa dan menyifatkan tuan rumah beraksi lebih bagus.
       
        "Aksi malam ini (kelmarin) cukup berat sebelah dan kita gagal mengimbangi tempo permainan lawan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka," katanya.
       
        Sementara itu, dia berharap kekalahan tersebut tidak akan merosakkan keyakinan pemainnya kerana saingan Liga Malaysia baru di peringkat awal dan pertama kali melibatkan penyertaan di pertandingan Piala AFC.
       
        "Kami perlu segera melupakan perlawanan ini dan menumpukan kepada saingan seterusnya. Saya tidak rasa ianya (kekalahan) akan memberikan kesan buruk kepada pasukan.
       
        "Kita hanya mahu melihat sejauh mana pasukan JDT boleh melangkah jauh," katanya.
       
        Biarpun tewas, Harimau Selatan tetap layak ke saingan Piala AFC selaku juara Piala Liga Super bersama Pahang yang bakal memulakan kempennya tidak lama lagi.

sumber:sinar harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 09:32 AM | Show all posts
biar sejauh mana team JDT pegi...aku masih mengharap org kita yg byk score berbanding diaz dan figueroa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.121517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list