CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 0

FAS temu penyokong bincang sokongan lebih berhemah

[Copy link]
Post time 14-2-2015 08:54 AM | Show all posts |Read mode


PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) hari ini mengambil langkah proaktif untuk menyemarakkan sokongan terhadap pasukan Liga Super negeri itu dengan mengadakan pertemuan dengan wakil lima kumpulan penyokong bola sepak negeri.
          
        Pertemuan di sebuah hotel di sini dihadiri Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan penyokong iaitu GB13, Cakoza Troopers, Red Army 88, serta wakil daripada dua laman peminat (Fans Page) Facebook iaitu Sarawak Supercrocs dan Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya.
          
        Dalam ucapan ketika pertemuan itu, Sudarsono berkata FAS menghargai sokongan yang diberikan semua penyokong serta mengharapkan sokongan yang diberi itu dapat diterjemahkan dalam bentuk yang positif.
          
        "Sebagai pemain ke-12 pasukan, kumpulan penyokong adalah rakan kepada FAS. Jadi saya harapkan anda semua untuk sama-sama membantu FAS untuk bangunkan bola sepak Sarawak menerusi sokongan secara positif kepada pasukan, gunakan laman sosial anda untuk mempengaruhi penyokong daripada melakukan tindakan yang akan merugikan pasukan," katanya.
          
        Sudarsono berkata untuk rekod sepanjang tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendenda FAS sebanyak RM84,000 kerana beberapa insiden  yang berlaku membabitkan penyokong pasukan berkenaan.
       
        Menurutnya adalah lebih baik sekiranya wang denda itu digunakan untuk membentuk pasukan Liga Super dan mengasuh pemain belia yang lebih baik.
          
        Selain pemain import, katanya FAS yakin dalam tempoh dua atau tiga lagi, pasukan Liga Super negeri dapat diwakili oleh 100 peratus anak tempatan.
          
        Pertemuan selama dua jam itu juga turut memberi peluang kepada wakil kumpulan penyokong menyuarakan pendapat serta masalah yang dihadapi seperti larangan yang dikenakan untuk beberapa barangan seperti kayu yang digunakan pada sepanduk biarpun ianya bertujuan memberi sokongan kepada pasukan.
          
        Menjawab permasalah yang dikemukan itu, Sudarsono meminta kumpulan penyokong menghantar surat permohonan rasmi mengenai jenis barangan yang akan dibawa pada
        setiap perlawanan untuk penelitian sebelum permohonan itu dirujuk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
          
        "Kita mungkin boleh fikirkan beberapa kelonggaran seperti jika kayu yang digunakan pada sepanduk dibawa masuk, ia hanya terhad kepada kumpulan penyokong yang mendapat kebenaran sahaja.
          
        "Jika ada mereka yang lain cuba membawa masuk kayu, maka tindakan akan diambil," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063032 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list