CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36993|Reply: 24

HENTIKAN MEMANASKAN ENJIN KENDERAAN AWAL PAGI !

[Copy link]
Post time 15-2-2015 11:55 AM | Show all posts |Read mode





Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2015 12:00 PM | Show all posts
Info yang menarik.








Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 12:24 PM | Show all posts
lolx ye ke... selama ni duk panaskan enjin je pagi2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 12:53 PM | Show all posts
Pun tiap2 pagi gigih duk panaskan enjin.. Ok pasnih takyah buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 04:27 PM | Show all posts
Sekarang dah tak panas enjin lagi....start dan terus jalan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:48 AM | Show all posts
ikut suka la nak percaya ke tak..
tapi pada aku, info ni tak betul....
apa jenis kenderaan atau jentera sekalipun semasa kenderaan tidak berjalan, semua minyak enjin akan turun ke dalam oil sump..pagi2 semua metal komponen sejuk,termasuk piston,block dll...bygkan start enjin terus jalan.....aku bukan suruh panaskan enjin smpai 5-15 minit, sekurang kurangnya bagi la masa sket..tggu smpai RPM tu duk kat idle atau 'respiratory period' baru lah jalan....
in fact kereta racingpun ada respiratory period sebelum berlumba.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 09:54 AM | Show all posts
bagi aku panaskan enjin ni penting..xdela rasa enjin tu tersengguk2 bila drive awal pagi..ni kete aku la
kete org lain x tau pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 10:19 AM | Show all posts
keta lama boleh laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 10:47 AM | Show all posts
utk keta yg mmg setiap hari bergerak terutama yg jalan jauh (lbh 15 min) .. mmg x perlu panas enjin lelama waktu pagi. 30 saat dh cukup.
Minyak akn tetap ada pd piston & bile keta bergerak baru la minyak cepat panas & naik utk melindungi piston tu.
Cuma yg elok lgi .. jgn la start enjin pastu terus pecut. Amalkan corak pemanduan secara berperingkat lajunye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta dulu2 kena warm up dulu, kalau x tersenggut-senggut...kita terkini dah tak payah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 10:22 AM | Show all posts
tak yah lama2..kalau den tggu rpm dah turun ke 1 baru press pedal gerak..bukan lamo pon
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 03:16 PM | Show all posts
zulka replied at 16-2-2015 08:48 AM
ikut suka la nak percaya ke tak..
tapi pada aku, info ni tak betul....
apa jenis kenderaan atau je ...

aku 100% setuju....bgi rpm idle dulu baru gerak...
slalu aku tgk pmpn yg stat enjin trus jln!....peh tu meluru jer klua simpang!
bila hon buat muka toya jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 09:50 AM | Show all posts
Manusia pun kena warm-up!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 09:02 PM | Show all posts
Bergantung kepada manual kenderaan...memang ada yg suruh warmup dulu...tapi untuk kenderaan generasi baru kebanyakkan nya tak perlu warm up..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 11:53 AM | Show all posts
aku kene panaskan henjen gak..sbb iswara auto lejen aku...klu x cukup panas..auto gear x leh change dr 2 ke 3..heeee...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 09:17 PM | Show all posts
Tak warm up pun.  Tapi start drive slow dari pagar rumah sampai jalan besar. Sblm pick up normal speed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PencabutUban at 25-2-2015 11:08 PM

Aku pakai keta thn 79..mmg kna wamap tiap2 pagi..klu x,semput...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:12 PM | Show all posts
concern dia sebenarnya xnak bg pengeluaran karbon monoksida yang berlebihan

bila pembakaran pada keadaan idling, rugi pon pada user jgak

combustion ada tapi keta xgerak, so pembaziran disitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 01:44 PM | Show all posts
Abang kita kata better bila nak guna kereta waktu pagi,tunggu dalam seminit macam tu baru drive..so I follow that one..tapi kalau late, I drive je,tak tunggu pun...hehe..

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 02:40 AM | Show all posts
zulka replied at 16-2-2015 08:48 AM
ikut suka la nak percaya ke tak..
tapi pada aku, info ni tak betul....
apa jenis kenderaan atau je ...

bagi saya, statement ni betul. saya dah praktik benda ni selama 1997 lagi. dan alhamdulillah saya dah pusing 1 malaysia dengan jentera saya. tak pernak bukak enjin. cuma tukar minyak hitam sahaja. .. jentera saya masih dalam keadaan sangat cemerlang dan tak mengeluarkan bunyi yang pelik2.. depend kepada orang nak percaya ataupunt udak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.087578 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list