KAD jemputan perkahwinan atau lebih mudah dipanggil ‘kad kahwin’ merupakan satu kemestian bagi sesiapa saja yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Tidak kiralah perkahwinan pertama atau kedua atau ketiga ke atau ke empat, heh.
Di awal tahun 2000, tema kad kahwin yang mempunyai wangian menjadi pilihan masyarakat dan sesetengahnya amat kreatif hingga disimpan oleh penerimanya.
Sebut pasal kreatif, haa..jom lihat kad kahwin yang diilhamkan daripada aplikasi pesanan “WhatsApp” ini.
Nampaknya dunia dah moden sehinggakan kad jemputan kahwin pun mengikut trend digital.
Bagi kami, ia sangat simple dan menarik.
Buat pasangan di atas, selamat pengantin baru kami ucapkan dan anda sememangnya sangat kreatif!
|