CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 0

Khairulnizam tepati ramalan juara LIRP

[Copy link]
Post time 16-2-2015 10:24 AM | Show all posts |Read mode
KHAIRULNIZAM Mohd Afendy menepati ramalan dengan muncul sebagai juara kategori Laser Standard pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP) 2015 yang berakhir di sini semalam.
       
        Pelayar negara berusia 21 tahun itu berjaya memenangi kategori itu dengan mengutip 21 mata setelah menamatkan 12 perlumbaan keseluruhan.
       
        Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, LIRP 2015 merupakan medan bagi pemilihan terakhir skuad pelayaran negara sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan SEA di Singapura, Jun depan.
       
        Katanya, sebanyak 32 pelayar akan dipilih mewakili Malaysia ke sukan itu nanti.
       
        Beliau berpuas hati kerana pelayar yang bakal disenaraikan ke Sukan SEA telah menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang pertandingan itu.
       
        Mohd Afendy berkata cuaca baik dengan angin kira-kira 10 knot membolehkan perlumbaan itu berjalan lancar.
       
        Pelayar Thailand Keerati Bualong hanya mampu memenangi tempat kedua walaupun memberi tentangan hebat kepada pelayar negara dengan mengumpul 33 mata.   
       
        Seorang lagi pelayar negara, Ahmad Latif Khan berjaya mengutip 34 mata untuk menduduki tempat ketiga.
       
        Kategori Laser Radial Wanita menyaksikan pelayar Thailand Kamolwan Chanyim muncul sebagai juara kategori itu dengan mengutip 30 mata diikuti dua pelayar negara Nur Shazrin Mohd Latif dan Khairunneeta Mohd Afendy masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan mengutip 35 dan 36 mata.
       
        Dalam kategori International 470, gandingan pelayar Thailand, Navee Thamsoontorn/Thanapong Kamolvat muncul juara dengan mengutip 26 mata diikuti pasangan pelayar Singapura Darren Choy/Jeremiah Yeo dengan mengutip 31 mata.
       
        Gandingan negara Ku Anas Ku Zamil/Muhd Fauzan Roslan hanya mampu memenangi tempat ketiga dengan mengutip 36 mata.
       
        Sebanyak 300 pelayar dari Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Hong Kong, India, Bahrain, Kuwait dan New Zealand menyertai LIRP 2015 berakhir semalam. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.118373 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list