CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 0

Ragbi: Wanderers tersungkur di Serdang

[Copy link]
Post time 17-2-2015 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Pemain gantian NS Wanderers Mohd Faeez Mohd Alias(belakang) cuba melakukan tumbangan ke atas pemain fullback Politeknik Malaysia – Mohd Amir Aswad Mat Saad(depan) semasa perlawanan kedua kumpulan B Kejohanan Ragbi Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia yang telah diadakan di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Foto – Sukandaily

Serdang: Perlawanan kedua di dalam Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2015 ini masih belum dapat membuktikan sebarang percaturan yang baik dari pasukan NS Wanderers apabila terus menerima kekalahan tanpa sebarang kutipan mata kecuali mata saguhati melalui tendangan penalti. Pasukan Politeknik Malaysia yang turun dengan penuh keyakinan untuk menentang pasukan NS Wanderers tanpa kelibat sebarang pemain import Fiji yang sering digeruni pula terpaksa berhempas pulas hanya berjaya mendapatkan 3 jatuhan try dan melengkapkan hanya 2 conversion hingga tamat permainan.

Kutipan mata pertama bagi perlawanan ini berjaya dirampas oleh Mohd Amir Aswad bin Mat Saad selaku fullback bagi pasukan Politeknik Malaysia apabila seawal minit ke-13 telah dihadiahkan sepakan penalti. Selang 14 minit kemudian sekali lagi pasukan Politeknik Malaysia berjaya mendapatkan jatuhan try pertama oleh Muhammad Amiruddin Zainal Abid dan dengan pantas sekali lagi Mohd Amir Aswad bin Mat Saad menyempurnakan tendangan conversion.


Scrum half Politeknik Malaysia; Muhamad Izzuddin bin Moharam berjaya melakukan try kedua untuk pasukannya semasa menentang NS Wanderers di Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2015 yang telah berlangsung di padang A Universiti Putra Malaysia, Serdang. Foto – Sukandaily

Tanpa membuang masa Pasukan Politeknik Malaysia yang terus mengasak untuk mengawal permainan memaksa pasukan lawan terpaksa melakukan beberapa pertukaran pemain seawal separuh masa pertama ini. Walaupun kudrat tenaga muda hampir seimbang bagi kedua-dua pasukan ini namun pasukan NS Wanderers seolah-olah hilang fokus apabila banyak kesilapan mudah yang telah dilakukan dan kesempatan ini sekali pasukan lawan terus mendapatkan kutipan mata penuh melalui try dan conversion sebelum tamat separuh masa pertama di mana pasukan Politeknik Malaysia mendahului kutipan mata sebanyak 17 berbalas 0.




Dua pemain Politeknik Malaysia cuba menyekat pergerakkan fullback NS Wanderers; Phillip Carter dalam perlawanan kedua kumpulan B Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2015 di padang A, Universiti Putra Malaysia, Serdang.



Pada separuh masa kedua, aksi kedua- dua pasukan mula berhempas pulas apabila menyaksikan beberapa kad kuning telah dilayankan dan juga beberapa pertukaran pemain dari kedua-dua pasukan. Sekadar satu tendangan penalti dari pasukan NS Wanderers dan satu try dari pasukan Politeknik Malaysia untuk melengkapkan masa sehingga tamat permainan menjadikan mata kemenangan sebanyak 22 berpihak kepada pasukan Politeknik Malaysia berbalas 0.

Mohd Shafie bin Osman selaku jurulatih pasukan Politeknik Malaysia berkata, “Kemenangan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi pasukan Politeknik Malaysia, ianya kemenangan pertama kami sejak kami menyertai Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia pada tahun lepas. Pada tahun lalu, kami mengalami kekalahan pada semua perlawanan yang disertai. Keputusan perlawanan hari ini, penting untuk saya buktikan kepada pemain – pemain muda saya yang hampir keseluruhannya adalah pelajar Politeknik di mana mereka mampu untuk membuktikan sesuatu di peringkat yang lebih tinggi”.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057513 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list