View: 2313|Reply: 12
|
[Dunia]
Stesen televisyen siar gambar Obama sebagai perogol..
[Copy link]
|
|
SALURAN televisyen FOX 5 secara tidak sengaja menyiarkan gambar Obama sebagai suspek rogol. - AGENSI
SAN DIEGO, Amerika Syarikat – Sebuah stesen televisyen di sini secara tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati tidak bersalah.
Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks ‘NO CHARGES’ (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap suspek.
Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja melakukan perkara berkenaan.
“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.
Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.
“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruk kena kecam la kalau macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
abisla sorg kene pecat..
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba kalo terjadi di melesiaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
pembaca berita die cam cher |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la kes begitu
Gambar dia plak keluar
Ada la yang kena pecat tu |
|
|
|
|
|
|
|
camne tu???kikikikiii |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 17-2-2015 11:08 AM
Adakah Obama akan sentap + meroyan ala2 sakai?
kehkehkehkehkeh...... |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan ade gambar mugshot obama tadi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak menghairankan. FOX ni stesen tv lidah parti Republican. Memang anti-obama dan anti-islam |
|
|
|
|
|
|
|
Tersilap siar gambar Obama sebagai suspek rogol
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) memohon maaf atas kesilapan mereka menyiarkan gambar Presiden negara itu, Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol.
Penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.
Paparan tersebut tersiar selama 5 saat sebelum disedari stesyen televisyen berkenaan.
Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.
"Kesilapan ini adalah tidak disengajakan", katanya dipetik Al Arabiya News.
Bagaimanapun, stesyen televisyen telah memohon maaf diatas kesilapan tersebut.
"Kami secara tidak sengaja telah menggunakan gambar Obama semasa melaporkan berita tersebut dan kami memohon maaf dan menyesali kesilapan tersebut".
|
|
|
|
|
|
|
| |
|