CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5018|Reply: 2

MISC-Mifa sasar tiga teratas

[Copy link]
Post time 18-2-2015 08:54 AM | Show all posts |Read mode
PASUKAN Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-Mifa) menyasarkan untuk menamatkan cabaran dalam kelompok tiga teratas dalam saingan Piala FAM tahun ini.
       
        Beraksi untuk tahun kedua pada kejohanan berkenaan, presidennya Datuk T Mohan berkata pasukan itu yakin mampu mencapai matlamat tersebut musim ini.
       
        "Kali ini kami mempunyai beberapa pemain senior berpengalaman dan remaja dalam pasukan.
       
        "Saya yakin kita boleh mencapai keputusan yang lebih baik tahun ini," katanya pada majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi MISC-Mifa 2015 di Petaling Jaya, semalam.
       
        Untuk rekod, MISC-Mifa hanya menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan dalam saingan Piala FAM musim lepas, setelah mengutip 23 mata.
       
        Sementara itu, jurulatih yang baharu dilantik Jacob Joseph berkata, beliau menyasarkan pasukan berkenaan layak beraksi dalam saingan Liga Perdana tahun depan.
       
        Hanya juara Piala FAM, akan layak beraksi dalam kempen Liga Perdana.
       
        MISC-MIFA diundi dalam Kumpulan B pada saingan Piala FAM musim ini, bersama-sama AirAsia Allstars, Harimau Muda C, Johor DT III, PB Ipoh, PB Melayu Kedah, Melaka United, MOF dan Young Fighters.
       
        Sementara itu, Felcra, Megah Murni, Hanelang, PBAPP, Penjara, Perlis, Real Mulia, Shahzan Muda, Sungai Ara dan UKM diletakkan dalam Kumpulan A.
       
        Pelancaran jersi baharu pasukan berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan. - Bernama

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2018 12:11 PM | Show all posts
2018 Puma MIFA Home & Away Shirt






Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 03:39 PM | Show all posts
Thank you so much for sharing such a useful information. I will definitely share this with others. mcdvoice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055525 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list